Hye semua..
Ahad (18.12.2016) sambung balik projek..
Encik suami teruskan dengan aktiviti memotong tayar kepada dua bahagian..
Tayar nie nak buat lapik tong drum di bahgian yang dipotong tu..
Kalau seret ke apa ke, tak adalah bercalar lantai..
Tayar nie, tayar kereta honda encik suami dua biji, dan 3 biji lagi tayar daripada kereta kerajaan..
Sha mohon dengan bahagian admin untuk ambil tayar nie buat projek Sha nie..
Tayar nie pun dah tak guna.. Tayar yang dah botak..
Daripada terbiar je, baiklah Sha amik dan guna.. Ye tak..
Seksa juga nak potong tayar ini..
Dah potong, kenalah cuci pula..
Tayar ini dah berabuk-abuk..
Proses seterusnya
Nak skrukan tayar ke tong drum..
Bila dah skru baru perasan..
Patutnya cat dulu.. Hahaha...
Nasib baik baru 3 biji..
So stop la dulu..
Projek akan bersambung semula pada minggu pelajar bercuti semester..
Masa ini, boleh buat waktu berkerja..
Hehehe.. dengan keizinan ketua Sha..
Susun cantik-cantik dulu..
Next week kita sambung balik..
wahhh. dah jadi! susah jgak tu nak buat. bukan snng.. bagus la kak sha n suami. :)
ReplyDeleteBelum lagi.. hehehe..
DeleteMasih ada beberapa proses..
wah hasil recycle mmg mmuaskn ati kan =D
ReplyDeleteAda juga manfaatnya tayar lama,..boleh guna semula untuk fungsi lain 😊
ReplyDeletewah dah nampak rupa..tak sabar nak tengok yang dah siap
ReplyDeletennt tong ni untuk ape?
ReplyDelete