Tuesday, December 24, 2019

Hujung Minggu Bersama Keluarga

Assalamualaikum..
Hye semua..

Petang ahad rasa macam nak sangat makan laksa.. Ajak encik suami keluar.. Masalahnya kedai yang selalu makan laksa, tutup pula.. Nak lepak makan burger, kedai Abang Man tutup juga.. Makanya kami beli jagung, pisang goreng, keledek goreng dan air je.. Lepas tu lepak tepi tasik buatan dekat kuarters.. Hehehe.. Senang.. Nak lepak Tasik YDP dekat Slim, macam nak hujan.. Anak-anak bermain, sha dan encik suami bersembang.. hahaha.. Jadilah kan..

Tak jumpa laksa.. Jagung pun boleh..

Bukan main seronok lagi Amani dengan Imani dapat main tepi tasik.. Dah lama sebenarnya mereka ajak singgah dan main dekat sini.. Sha je yang tak berapa nak bagi.. Sebab kalau hari biasa ramai budak poli dekat sini dan juga orang memancing.. Tak sesuai pula..

Pagi dalam pukul 7 tu berjaya ajak encik suami untuk aktiviti jalan kaki.. Dapatlah 3 ribu lebih langkah.. Sejuk je bila jalan waktu pagi..

Petang tu lepas habis makan jagung dan lain-lain, encik suami balik naik kereta dan Sha pula meneruskan aktiviti jalan kaki.. Tak jauh pun.. Tak sampai 1km pun.. Bolehlah.. hehehe..

10 comments:

  1. Sesekali bawak anak- anak beriadah kan..akak plak memang setiap kali cuti memang jogging petang...pagi tak dan nak jogging...

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam. alhamdulillah best spend masa berkualiti dengan keluarga ^_^

    ReplyDelete
  3. Ada geng lepak lepak best la. Sedapnya laksa. kat gombak ni x tau ada jual laksa kat mana. nak buat malas klw setakat nak makan sorang.

    ReplyDelete
  4. Bestnya lepak tepi tasik sambil makan-makan.

    ReplyDelete
  5. Sesekali jalan kaki memang best. Rasa ringan badan. Malam pun mudah tidur.

    ReplyDelete
  6. family bonding...sedap nmpk jagung tu

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »