Monday, December 16, 2019

Day 1 | Cuti-cuti Hujung Tahun 2019

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sabtu (14.12.2019), Sha sekeluarga menuju ke arah Utara seawal 7 pagi.. Kami singgah di Sungkai untuk tapau nasi dan berhenti makan di RNR Gopeng.. 

Singgah sarapan dulu..

Dari RNR kami terus gerak ke Pulau Pinang lalu Jambatan Kedua.. Memang pengalaman pertama melalui jambatan ini.. Patutnya nak makan di Kedai Nasi Kak Ani Kari Ikan Sembilang tapi kedainya tutup.. Mujur kedai sebelahnya buka.. Dapat jugalah makan kari ikan sembilang.. Memang power..

Nasi putih (4), Air Teh O (3) dan lauk kat atas ini.. Semuanya RM33.90..

Lepas makan, cadangnya nak naik Bukit Bendera.. Tapi punyalah ramai umat manusia.. Memang tak jadilah.. Kesian pula kat MIL, nak tunggu lama.. Sudahnya kami gerak ke Jeti dengan harapan dapatlah naik ferry.. Pun tak berjaya juga.. Cuti sekolahkan.. Umat manusia ramai betul.. Beratur sikit punya panjang kereta, tak gerak-gerak.. Akhirnya naik jambatan lama terus gerak ke Perlis.. Singgah Restoran Ramly Burger dekat RNR Gurun, tapau burger.. Berbaloi sangat beli.. Harga pun berpatutan.. Beli set burger Ayam (Burger, fries dan air), set oblong kambing (oblong, fries dan air), 1 ala carte burger ayam dan cheezy wedges.. Semuanya RM28.60..

Cheezy Wedges yang melimpah ruah dengan cheese.. Puas hati.. Tak sempat nak ambil gambar, dah kena ngap.. hehehe..

Lepas tapau makan, kami terus ke Homestay Sofea di Perlis.. Cantik betul Homestaynya.. Check in, mandi dan rehat.. Malamnya dalam pukul 9 kami keluar makan Char Kuew Tiaw di Nabil Char Kuew Tiaw.. Okaylah char kuew tiaw dia.. Sedap.. Kuantiti je sedikit.. Lepas makan, balik homestay.. Rehat dan tidur..

Char Kuew Tiaw Special RM7

21 comments:

  1. Char kuew tiew tu mmg menggoda la...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..bercuti ya.Bawa anak-anak sebelum cuti sekolah berakhir.

    ReplyDelete
  3. Alahai...sedap plak tgok makanan tu semua..terus rasa lapar...

    ReplyDelete
  4. makanan yang meneyelerakan...

    terutama menu udang tersebut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa je yang ada udang memang disukai anak sha..😂

      Delete
  5. wi asyik bisa bercuti di akhirtahun semoga saya jg bisa suatu hri nanti

    ReplyDelete
  6. time cuti sklh ni mana mana tempat pun ramai org.

    ReplyDelete
  7. tak pernah lagi naik jambatan kedua..biasa guna jambatan pertama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalunya memang guna jambatan pertama.. Alang2 dah jalan, sajalah lalu jambatan kedua nie..

      Delete
  8. Kalau bercuti paling best bab makan.. sedapnya char kuew tiow.. udang kemain besar tu

    ReplyDelete
  9. Alahai s dapnya Char Kuew Tiaw Special RM7 je tu

    ReplyDelete
  10. menarik nyer holiday ke utara tanahair.
    aida x ke mana pun, sha.
    this weekend baru nak jalan2 KL.
    izzat bersunat kan. 2-3 minggu dah stay kat rumah.
    so memang tak dpt la nak berjalan jauh2.

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »