Friday, December 6, 2019

Novel | Projek Cinta: Kampus oleh Nurul Syahida, Qaseh Husna, Nurina Feeza

Assalamualaikum..
Hye semua..

Novel ini agak kaca bilau dari segi susun atur ceritanya.. Kesalahan tatabahasa juga terlalu banyak dan mengganggu pembacaan.. Pertukaran watak juga berlaku dengan kerap.. Jadi tak seronok nak baca.. Cerita bertajuk Bee sahaja yang menarik dan memikat.. Cerita yang ketiga pun okaylah.. 

Bee oleh Nurul Syahida
"Tak ada buku rujukan yang boleh ajar kau erti cinta"
Cerita ini memang sangat ohsem.. mengisahkan Bee yang dibesarkan oleh ibu tunggal dengan pegangan bahawa lelaki tak diperlukan dalam hidup mereka.. Namun tiba-tiba ibunya berubah hati dan menyuruh Bee berkahwin.. Kisah cinta yang sangat luar biasa dan sweet.. Cinta tu sebenarnya dah lama ada depan mata Bee, Bee je yang tak nampak..

Skandal, Gosip & Cinta oleh Nurina Feeza
"Video itu akan viral dan netizen akan mengancam perbuatan mereka semua!"
Sha tak baca pun.. Annoying sangat ceritanya.. Entah apa-apa yang nak disampaikan penulis ini.. Sha baca separuh jalan je.. Maaf ye penulis..

Bila Kasanova Jatuh Cinta oleh Qaseh Husna
"Jangan terlalu membenci, kelak disayangi. Jangan terlalu mencintai nanti disakiti"
Ceritanya okay dan agak menarik.. Ada konflik dari segi persahabatan, pengaruh rakan sebaya dan juga hubungan dengan manusia berpenyakit.. Menarik tapi agak bercelaru sedikit isinya..

Sha baca pada 03.12.2019 dan selesai pada 04.12.2019..

Sha baca menggunakan aplikasi Oakbee
Published March 2017 by Alaf 21

7 comments:

  1. penulis amatur gamaknya ye. sila belajar teknik penulisan lagi ye adik-adik

    ReplyDelete
  2. novel dengan banyak cerita ya dalamnya nice review

    ReplyDelete
  3. hi jemput join ye https://dramaticyang.blogspot.com/2019/12/1st-giveaway-by-yysella.html
    :))

    ReplyDelete
  4. sekarang ni dana perasan macam trend lah, novel jenis ada 2 atau 3 cerita dari penulis berlainan...
    kadang ada penulis yang ok ada jugak yang ko...

    ReplyDelete
  5. bila banyak kesalahan ni memang menganggu mood membaca. sayanglah cover dah nampak menarik tapi projek cinta tak menjadi.

    ReplyDelete
  6. kacau bilau seperti kehidupan di kampus mungkin. hehe

    ReplyDelete
  7. Mungkin penulis baru kot,Kak Sha. Macam tak pernah baca lagi karya penulis tersebut.

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »