Saturday, December 21, 2019

Jalan-jalan Hari Sabtu

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi tadi seawal 8.30 pagi Sha dah keluar rumah.. Pengasuh anak Sha minta bawakan ke Pustaka Rawang Maju di Bukit Beruntung, nak belikan buku rujukan anak SPM dan PT3.. Alang-alang tu, Sha belikan sekali buku teks Imani yang rosak.. Bila dah ke kedai buku, bukan buku teks je yang dituju, bahan bacaan lain pun jadi tumpuan juga.. hehehe..

Dapat beli buku teks Bahasa Melayu je.. Super Minds dah habis stok.. huhuhu..

Komik UPSR tu nampak menarik pada Sha untuk membantu Amani memahami subjek Penulisan, tu yang Sha beli.. Lagi 3 tu buku untuk Imani.. Dua buku mewarna dan satu buku membaca..

2 novel untuk Amani bertajuk Gadis Novel Lawan Budak Komik dan Perang Mulut..
3 komik tu Sha punya.. Cun #3, Cabaran Komik Online Malaysia & Cun #4..

Tak jauh dari kedai buku ada Tesco, singgah makan nasi ayam dan jalan-jalan dalam Tesco.. Nampak dua sayur ohsem ini teruslah beli.. Kalau dekat sini, susah nak jumpa Sawi Bunga Muda dan Kailan Muda nie.. Beli juga telur puyuh ini nak buat sambal esok, cadangnya.. Pengasuh anak Sha pun beli juga sayur dan cendawan.. Murah harganya dari biasa..

Kemudian kami singgah kedai baju Pasaraya Mu, Bukit Beruntung.. Sha cari kasut untuk Amani dan Imani.. Manakala pengasuh anak Sha beli baju sekolah untuk anak-anak beliau..

Perhentian terakhir kami ialah Pasaraya Hari-hari beli singlet dengan anak tudung Amani.. Singlet Imani je tak jumpa lagi dengan stoking.. Lepas tu baru balik.. Jam 2.30 petang baru sampai rumah.. Sha tapau siap nasi untuk makan tengahari.. Penat.. hehehe..

3 comments:

  1. Harap2 persiapan untuk persekolahan tahun depan dan selesai

    ReplyDelete
  2. dah lama tak pergi hari-hari sebab sini takde. Suka pergi tesco sebab sayur dia banyak choice. Salad dia paling best

    ReplyDelete
  3. shopping time is the best time :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »