- Penjawat Awam - - Kasihku Amani Imani

GURU

APDM SAPS

Wednesday, April 25, 2012

- Penjawat Awam -

Assalamualaikum....

Hari ini berlaku satu peristiwa yang sungguh tidak ku jangka... Tidak ramai yang tahu, kalau dah jadi Penjawat Awam, bukan senang untuk diambil tindakan.. Sebab tulah mana yang tahu bukan main suka lagi bila dapat kerja sebagai Penjawat Awam.. Sebab tu jugalah banyak yang kerja sambil lewa... endah x endah... ada segelintir yang suka buat masalah... kerja xnak buat tapi gaji nak terima... sebab mereka begitu, kerana mereka ini tahu kalau dah sah jawatan tindakan untuk pemberhentian adalah sangat rumit... Sebab tu banyak parasit, pemalas dan semua yang seangkatan dengannya...

Diowang nie kalo xnyusahkan orang lain xpe.. ini menyusahkan, menyemakkan dan mengganggu gugat kerja serta perasaan orang lain tu yang menyampah tu... dahlah tu beri imej buruk lak pada organisasi kerajaan... sedangkan ramai lg Penjawat Awam yang berdedikasi dalam melaksanakan tugas serta memberi komitmen yang tidak berbelah bagi terhadap pekerjaan.. Kalau xnak keje atau x mampu nak buat... Berhentilah bagi peluang pada orang lain... jangan nak menyusahkan bos dan rakan sejawat...

Bukanlah saya nak kata saya ini berdidikasi sesangat tapi sekurang-kurangnya saya buat jugak keje saya walaupun saya memain.. ini yang saya cite bukan setakat memain langsung x buat kerja.. pastu kerja nya mengutuk owg.. x profesional lah.. xde raser tanggungjawablah.. xde belas kasihan lah... pastu mc memnajang... marah pagi, petang hilang... esoknya mc.. cam mana tu?? ce cite seket... kalo mc tu sebab terdesak or memang betol2 sakit xde sape nak heren.. ini mc sebab malas nak berdepan dengan kenyataan dan hakikat... Gaji terima kerja x buat...

Petikan mengenai Amanah Dan Tanggungjawab Penjawat Awam


Amanah dan Tanggung Jawab Penjawat Awam
Apabila kita bercakap tentang Penjawat Awam sudah tentu kita akan terbayang kepelbagaian jenis tugas yang tentunya berbeza di antara satu jawatan dengan jawatan yang lain. Tinggi taraf jawatan yang disandang maka tinggi pula imbuhan atau gaji yang bakal diperolehi, sesuai dengan beban tugas serta beratnya amanah yang dipikul.Selanjutnya klik Sini


Tapi x ramai yang sedar mengenai perkara ini... Sedangkan ramai lagi yang begitu mahu jawatan dalam sektor awam tapi x ramai yang berpeluang mendapatkannya... renung-renungkanlah...

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..
1. Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
2. Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
3. Komen yang baik2 sahaja ye..
4. Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..
Terima kasih sekali lagi..