Thursday, June 7, 2012

Novel lagi : Dear Yayah & Cinta Tiga Suku

Assalamualaikum..
Hye semua..


Hohoho..... novel lagi.... Moh le kita membaca... baca jangan tak baca... hehehe...



Update terbaru.... Baru je selesai baca dua novel nie dalam tempoh kurang lebih sebulan... Biaselah dah kawin banyak lagi perkara yang perlu dibuat selain membaca novel.. hehehe....



Dear Yayah the Series (Keluaran khas Popular Book Store)
Published December 31st 2009 by PTS One Sdn Bhd


Sipnosis : Alam remaja memang indah. Tak lengkaplah dunia remaja kalau tiada kawan-kawan, surat dan yang paling penting...Diari (biasalah budak perempuan).


Elemen-elemen penting dalam hidupku:
Yayah - Diari kesayangan
Suria - Bestfriend merangkap roommate. Minat kat Khairi (jejaka idaman Malaya katanya tapi mamat tu tak tahu pun Suria minat kat dia )
Hazman - Bestfriend juga. Selalu bagi surat kat aku sebab kawan senyap-senyap. Malu pulak nak cerita.
IK - Mamat misteri yang selalu bagi kad yang cute-cute kat Suria (Jealous betul!)


Ulasan : Novel nie novel remaja... memang seronok membacanya... Raser cam kembali remaja lak.. teringat zaman belajar... hehehe... Menarik untuk dibaca oleh remaja penuh dengan nasihat dan panduan... Parents yang nak tahu mengenai attitude remaja pun sesuai baca novel nie... membantu mengenali karekter dan perangai remaja zaman sekarang yang sangat jauh berbeza dengan remaja zaman saya dulu....



Cinta Tiga Suku
Karya : Herna Diana
Published August 23rd 2010 by Alaf 21


Sipnosis :

‘SKETSA Perang' di pertengahan jalan menjadi detik pertemuan pertama antara Minah Sewel dan Mamat Tiga Suku. Sejak itu, pertemuan demi pertemuan tercipta. Anehnya, setiap pertemuan dihiasi insiden perlanggaran.

Iman - gadis comel yang nakal dan berperwatakan kasar atas dasar mahu melindungi diri lantaran pengalaman masa silam. Kehilangan abah tersayang menjadikan dia sebatang kara. Kebencian si ibu tiri menambah lara hidupnya lantas dia membawa diri ke kota. Kehadiran Suhaila dan Razif secara tidak dirancang membolehkan dia menumpang kasih dan sayang.

Arie - pertemuannya dengan Iman menghadirkan seorang musuh dalam hidupnya. Si Minah Sewel! Sikap kasar dan mulut celopar gadis itu menimbulkan kejengkelan di hatinya. Tidak seperti kekasihnya yang manja dan pandai menggoda.

Iman dan Arie tidak sehaluan. Seorang ke simpang kiri, seorang lagi ke selekoh kanan. Tetapi, haluan berbeza itu membawa mereka ke satu jalan lurus bernama keserasian. Namun tiada seorang pun menduga lorong yang sedang mereka lalui itu rupa-rupanya penuh dengan onak dan duri.


Ulasan : Pergh... memang best novel nie.. superb beb.... boleh buat kita rase geram... kelakar.. sedih... Lawak jer bila bacanye... Satu minah sewel satu lagi mamat tiga suku.... hahaha... Pada aku yang nak santai minda mmg aku suka r baca... tapi pada orang lain aku x pasti r... Iman karekter yang chomey.. Menepati citarasa hati yang ingin bersantai...

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »