Tuesday, February 13, 2018

Drama Korea | Black Knight : The Man Who Guards Me

Assalamualaikum..
Hye semua..

Drama yang orang lain dah lama tengok dan Sha baru je habis tengok.. Drama yang sangat menarik disebabkan heronya.. Hehehe.. Tapikan drama ini bukan sahaja menarik disebabkan hero ataupun jalan cerita tapi fakta yang dikongsi dalam drama ini juga mampu menarik penonton untuk menonton.. Contohnya mengenai hartanah macam yang dikongsikan oleh Blog orangbukit ini.. Sha tak pandai sangat bab hartanah.. Kalau korang nak tahu apa yang Blog orangbukit ini kongsi, boleh klik SINI..

Pada Sha cerita ini memang sweet lah.. Adegan antara Soo-ho dan Hae-ra memang boleh bikin Sha tersenyum.. walaupun ada Black Knight namun Hae-ra tetap biasa je.. Nampak lah sikit sikap melawan dan tidak pasrah heroin.. Watak Sharon/seo-rin tu pun memang berjaya buat Sha rasa annoying dan menyampah.. dalam masa yang sama, kesian juga dekat dia.. Yellah, dia pun mangsa keadaan juga cuma tu lah.. Hati dia memang tak baik kan.. Kalau dia layan hamba dia dengan baik mesti hidup dia okay.. Episod 18, 19 memang geram je dengan Sharon/Seo-rin tu.. Tetap tak putus asa dan masih lagi jahat.. Kalau dia move on je dengan kehidupan dia, mesti semua bahagia.. Penamat dia Sha tak suka.. Tak setuju.. Hampeh betullah.. Walaupun penamat dia sebenarnya logik lah juga tapi Sha harapkan yang lain.. Tapi tak apalah.. Sesekali kena ada kelainan kan.. Sha cuba terima walaupun memang tak puas hati.. Hahaha..


Black Knight: The Man Who Guards Me @ The Black Knight @ Black Knight | 06 December 2017 | 20 episodes | Historical, Romance, Drama, Fantasy
Sipnosis : This drama is about a pure man who accepts a dangerous destiny for the woman he loves. It is a love story that spans over two hundred years. Moon Soo Ho is a businessman with a pure heart braves danger for his love, Jung Hae Ra who is a travel agent but never traveled abroad.

11 comments:

  1. lama x layan korea. hehe

    Jemput singgah tgk entry terkini k.. :)
    1. Partime UBER Driver
    2. Bestnya join GALS, hadiah untuk 5 PEMENANG

    ReplyDelete
  2. dah habis eh cerita nih ? tak tengok pun lagi sebab tak minat heroin dia. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha a, dah habis dah.. sekarang cite baru pula..

      Delete
  3. Selalu jugak dengar pasal drama nie, tapi tue la, takde kesempatan langsung nak tengok..

    ReplyDelete
  4. tertengok sikit hari tu.. mcm best. tapi lum layan lagi. kawan yg tgk pun kata tak puas hati dgn ending nya

    ReplyDelete
  5. Bestnya.. cuma mama x sempat aje nk layan

    ReplyDelete
  6. Ana suka tgk lakonan kim rae won tu dr zaman dia dengan jang nara lagi. Skrg makin hensem 😅

    ReplyDelete
  7. tengok tajuk, ingatkan cerita omputih... heee

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com