Saturday, January 21, 2023

ebook | The Insect oleh Minghye Zang, Shafiqah Azman (Penterjemah)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha memang teruja nak baca terjemahan novel ini bila The Patriots kongsikan di media sosial mereka.. Alhamdulillah.. Ada juga rezeki untuk baca bila aplikasi Cereka tambah novel ini dalam aplikasi mereka.. Tak rugi Sha langgan, memang akan teruskan langganan lah lepas ni.. Buku ini asalnya dari Korea dan diterjemahkan ke Bahasa Melayu..

Sha paling tak suka dengan watak Gyu Cheol yang merasakan apa dia buat semuanya betul.. Macam kes budak hilang, dia anggap yang mereka lari dan akan pulang kerumah semula bila merka rasa nak pulang, jadi tak payah nak siasat beria.. Tu belum lagi pemalsuan bukti semata mata kerana penjenayah yang ditangkap tu pelik..

Bila baca novel ini memang sesak nafas dengan pelbagai perangai manusia yang pentingkan diri.. Masing-masing ada agenda yang tersendiri.. Langsung tak ada simpati pada mangsa mahupun keluarga mangsa.. Mujurlah ada polis macam Seo Jun yang menyiasat dengan sepenuh hati dan menggunakan apa sahaja bukti yang ada demi menangkap penjenayah sebenar..

Sha baca pada 18.01.2023 dan selesai pada 20.01.2023..

Published October 18, 2021 by Mahakarya
Sha langgan dan baca di aplikasi Cereka..

1 comment:

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com