Assalamualaikum..
Hye semua..
Semalam Sha dah berjaya guna BUDI95 melalui aplikasi Setel.. Mudah dan cepat.. Nak tengok baki pun senang.. Terasa betul perbezaan harga tu.. Syukur sangat dapat BUDI95 ini.. Sha memang lebih suka gunakan Setel bila isi minyak.. Pelanggan setia Petronaslah katakan.. kikiki.. Setiap kali gaji Sha dah masukkan siap-siap budget untuk penggunaan minyak sebulan.. Senang nak pantau setiap bulan berapa banyak duit dan minyak yang digunakan.. Kalau korang nak download Setel, bolehlah masukkan kod 3gbbk ini.. Kalau guna kod Sha ini, nanti korang akan dapat RM3 selepas selesai daftar dan belanja RM30 petrol atau di Kedai Mesra..
Ini sebelum guna.. Ada 300 liter..
Ini semasa pengisian sedang dijalankan.. Dia budget dah berapa liter Sha akan isi..
Ini pula jumlah sebenar minyak yang Sha isi.. Paparan harga sebenar kalau bayar RM2.60.. Tolak subsidi RM12.20 dan jumlah yang Sha bayar hanya RM39.81 sahaja..
Ini paparan baki minyak yang masih boleh Sha tebus..
Ini paparan di aplikasi TouchnGo ewallet Sha.. Sama kan macam paparan di setel..
Semalam pun saya dah guna..isi RM30.00
ReplyDeleteTahniah dah guna!
ReplyDeleteAmmi pun baru je download apps SETEL dan terus daftar BUDI hari Ahad haritu. Selama ni tak pernah pun isi minyak sebab ammi tak drive walaupun ada lesen tapi sebab ammi pun layak dapat subsidi maka kita downloadlah.
ReplyDelete