Wednesday, March 16, 2016

Wordless Wednesday #42

Assalamualaikum


Panduan dan pedoman dalam mendidik anak..
Semoga bermanfaat untuk semua..

Tuesday, March 15, 2016

Kahoot! - Make Learning Awesome - Part 1

Assalamualaikum...
Sha nak share website online yang ohsem..
Entry ini adalah kesinambungan dari Entry Sha sebelum ini iaitu
Kursus Lagi.

Entry kali ini Sha akan cuba terangkan mengenai Kahoot! ini berdasarkan pengalaman Sha..
Kalau ada kekurangan mohon ampunkan ye..

Kenapa Sha kata website ini best dan ohsem??
Sebab kita boleh gunakan untuk menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran lebih fun dan seronok.. Ibu-ibu pun boleh guna..
Yang penting kena ada komputer dan internet dekat rumah..
Sebab ianya secara online..

Jom mendaftar.. Just follow step kat bawah nie je ye..

https://getkahoot.com/
Step 1 : Klik link ataupun gambar diatas.

Step 2: Klik Sign Up For Free

Step 3 : Choose your role..

Step 4 : Masukkan detail anda seperti username, email, confirm email dan password.
Pastu klik create account..

Entry ini ada sambungannya ye..
Sha akan terangkan melalui pemahaman Sha..

Monday, March 14, 2016

Sarang Art Hub di Tanjung Malim, Perak

Assalamualaikum...
Xtau nak kemana pada hujung minggu??
Apa kata singgah di Sarang Art Hub yang terletak di Pekan Tanjung Malim..

Sarang Art Hub ini adalah sebuah galeri seni yang digunakan sebagai platform untuk mempamerkan hasil karya. Asalnya daripada Rumah Rehat Tanjung Malim, yang kemudiannya ditransform menjadi galeri seni dengan imej yang tersendiri. Warna putih dan hitam bangunan nya cukup sesuai dengan latar belakang dan persekitarannya.

Galeri yang masih belum beroperasi sepenuhnya itu terdiri daripada kawasan pameran, cafe, dan juga stage. Cafe sedang diubahsuai dan masih diusahakan. Bilik pameran sudah beroperasi dengan pameran hasil-hasil karya anak seni tempatan. Sarang Art hub ini juga menjadi tempat anak seni untuk berkarya. diuruskan oleh Mamat Khalid.

Di bahagian hadapan Sarang Art Hub ini ada diletakkan kontena. Kontena ini digunakan sebagai stage untuk persembahan atau konsert.

Boleh juga baca artikel mengenai Sarang Art Hub ini di Sini, Sini, Sini dan Sini.

Jom layan gambar pula..
Kredit to my little sister yang gi ke sini..

Bermula dengan penggambaran filem di sekitar Tanjung Malim, Perak mencetus idea buat pengarah terkenal Mamat Khalid untuk mengembangkan seni terutama dalam kalangan anak muda di kawasan itu.
Dengan adanya Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) selain pintu masuk negeri Perak dari Lembah Klang serta berhampiran, menguatkan lagi impian Mamat itu.
Sehubungan itu, tawaran daripada Majlis Daerah Tanjung Malim (MDTM) supaya membangunkan Rumah Rehat Tanjung Malim sebagai Art Hub atau pusat seni di daerah itu disambut baik Mamat.
Majlis menandatangani perjanjian Pajakan Rumah Rehat Tanjung Malim di antara syarikat milik Mamat, Enjit Semut Sdn Bhd dengan MDTM diadakan di pekarangan rumah rehat itu di Tanjung Malim, baru-baru ini.
Hadir sama, Pengarah Urusan Enjit Semut, Hasmah Hasan dan Yang Dipertua MDTM, Khairil Akhtar Ghazali serta pelakon, pelukis dan penyair seperti Imuda, Pyanhabib dan Sofi Jikan.
Perjanjian itu memboleh­kan Mamat menjalankan pelbagai aktiviti seni selama lima tahun di rumah rehat itu yang juga rumah warisan sejarah.
Mamat berkata, pusat itu akan dinamakan Sarang sebagai simbolik tempat pengumpulan pelbagai aktiviti seni serta bertujuan melahirkan lebih ramai pengiat seni dalam kala­ngan golongan muda.
“Aktiviti dijangka bermula Ogos ini. Saya tidak akan mengubah struktur bangunan yang menjadi warisan sejarah ini tetapi hanya proses baik pulih bagi memudahkan pelbagai aktiviti dijalankan nanti,” katanya.
Menurutnya, antara pengiat seni dan artis yang bakal menyumbangkan tenaga dan bakat mereka di situ ialah Pyanhabib, Imuda, S Amin Sahab, Nur Hanim Khairudin dan Afdlin Shauki.
“Kita akan bermula dengan pembukaan galeri diikuti pameran lukisan, bengkel seni dan pelbagai aktiviti seni. Segala kos bagi menganjurkan program ini akan dibiayai pihak Enjit Semut.
“Saya juga memerlukan sumbangan daripada syarikat korporat dan mana-mana NGO (pertubuhan bukan kerajaan) untuk bersama kami menganjurkan aktiviti seni sebagai tanda sokongan kepada golongan muda yang berbakat dan meminati seni terutama mereka yang sebelum ini tiada tempat untuk mengembangkan bakat,” katanya.
Dalam pada itu, satu kejutan majlis perpisahan Yang Dipertua MDTM, Khairil Akhtar Ghazali turut diadakan selepas majlis meterai perjanjian itu dilaksanakan.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 Mei 2015 @ 10:55 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/52026#sthash.iNUlX2r7.dpuf
Bermula dengan penggambaran filem di sekitar Tanjung Malim, Perak mencetus idea buat pengarah terkenal Mamat Khalid untuk mengembangkan seni terutama dalam kalangan anak muda di kawasan itu.
Dengan adanya Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) selain pintu masuk negeri Perak dari Lembah Klang serta berhampiran, menguatkan lagi impian Mamat itu.
Sehubungan itu, tawaran daripada Majlis Daerah Tanjung Malim (MDTM) supaya membangunkan Rumah Rehat Tanjung Malim sebagai Art Hub atau pusat seni di daerah itu disambut baik Mamat.
Majlis menandatangani perjanjian Pajakan Rumah Rehat Tanjung Malim di antara syarikat milik Mamat, Enjit Semut Sdn Bhd dengan MDTM diadakan di pekarangan rumah rehat itu di Tanjung Malim, baru-baru ini.
Hadir sama, Pengarah Urusan Enjit Semut, Hasmah Hasan dan Yang Dipertua MDTM, Khairil Akhtar Ghazali serta pelakon, pelukis dan penyair seperti Imuda, Pyanhabib dan Sofi Jikan.
Perjanjian itu memboleh­kan Mamat menjalankan pelbagai aktiviti seni selama lima tahun di rumah rehat itu yang juga rumah warisan sejarah.
Mamat berkata, pusat itu akan dinamakan Sarang sebagai simbolik tempat pengumpulan pelbagai aktiviti seni serta bertujuan melahirkan lebih ramai pengiat seni dalam kala­ngan golongan muda.
“Aktiviti dijangka bermula Ogos ini. Saya tidak akan mengubah struktur bangunan yang menjadi warisan sejarah ini tetapi hanya proses baik pulih bagi memudahkan pelbagai aktiviti dijalankan nanti,” katanya.
Menurutnya, antara pengiat seni dan artis yang bakal menyumbangkan tenaga dan bakat mereka di situ ialah Pyanhabib, Imuda, S Amin Sahab, Nur Hanim Khairudin dan Afdlin Shauki.
“Kita akan bermula dengan pembukaan galeri diikuti pameran lukisan, bengkel seni dan pelbagai aktiviti seni. Segala kos bagi menganjurkan program ini akan dibiayai pihak Enjit Semut.
“Saya juga memerlukan sumbangan daripada syarikat korporat dan mana-mana NGO (pertubuhan bukan kerajaan) untuk bersama kami menganjurkan aktiviti seni sebagai tanda sokongan kepada golongan muda yang berbakat dan meminati seni terutama mereka yang sebelum ini tiada tempat untuk mengembangkan bakat,” katanya.
Dalam pada itu, satu kejutan majlis perpisahan Yang Dipertua MDTM, Khairil Akhtar Ghazali turut diadakan selepas majlis meterai perjanjian itu dilaksanakan.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 Mei 2015 @ 10:55 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/52026#sthash.iNUlX2r7.dpuf
 
 
 
 

Hiasan dalaman yang sangat seni dan ohsem..

Qarin - Ilya Abdullah

Assalamualaikum..
Jom baca review sha mengenai Qarin.
Novel seram terbaru yang Sha baca..
Novel yang agak mengganggu la juga..

Sha beli direct dari penulis iaitu Ilya Abdullah..
Dapat fridge magnet tau..
Ohsem sangat penulis nie..

Sedikit mengenai Qarin "Qarīn (Arab:قرين, Qɑrɪn) adalah istilah yang digunakan untuk merujuk kepada malaikat dan jin dari (golongan syaitan) yang mendampingi setiap manusia. Istilah ini digunakan didalam Al-Quran dan dikatakan bahawa Qarin itu mengikuti manusia sejak seseorang manusia itu dilahirkan sehinggalah ajalnya. Kedua makhluk itu dianggap sebagai "kembaran setiap manusia." - info dari Wikipedia Bahasa Melayu.

Novel Qarin karya Ilya Abdullah nie memang best..
Seriously ohsem sangat..
Penceritaan yang mampu membuatkan Sha baca non stop selama tiga jam..
Membaca Qarin nie membuatkan akal Sha berteka-teki..

Siapakah sebenarnya Nazrin Shah? Apakah hubungan Nazrin dengan Fariz??
Pembunuhan yang dilakukan sangat mengerikan..
Kepala putus.. jantung direbus..
Mayat ditanam dalam dinding..
Bila baca pembunuh tu membunuh rasa cam berlaku pada diri jer..

Yang paling tragis bila tau Asmida rupanya dan meninggal..
Ingatkan si Johendry tu yang dah mati..

Penulis memang berjaya memukau Sha untuk terus membaca..
Non-stop.. Ohsem dan terbaik..

Semoga sis Ilya Abdullah akan terus berkarya..

Sunday, March 13, 2016

OISHI Green Tea Lychee & Honey Lemon

Assalamualaikum..
Minuman yang sangat ohsem..
Lama dah dok nampak dalam iklan..
Tapi baru berjaya membeli..
Ada banyak flavour lain..
Tapi Sha suka yang dua nie..
Laici dan Honey Lemon..
 Yang ini ada tambahan rasa laici

 Yang ini pula ada tambahan honey lemon..
Memang my feveret..
ohsem sangat-sangat..

GOLD: Kindness Cookies

Assalamualaikum..
Isnin (07.03.2016), Sha pergi Kompleks Pembangunan Masyarakat (3C)
untuk mengambil sumbangan buku dan membuat lawatan..

Semasa dekat sini, kami dibawa melawat ke kelas kanak-kanak istimewa..
Memang mereka sangat istimewa..
Masa kami datang tu, mereka tengah buat cookies..
Pergh!!! Dia punya bau....
Memang harum semerbak..

Disebabkan x mampu nak melawan bau biskut yang ohsem nie,
maka Sha telah membeli dua bekas..
Satu Red Pearl Cookies dan satu lagi Chocolate Chip Cookies..
Sebekas RM10.00 sahaja..

Mereka juga ada menyediakan Cookies in jar dengan harga RM100/1 jar..
Besar owh jar dia.. memang best r kalau letak kat rumah..
 
 
 
 
 
 Hasil kraf mereka.. Book Tag, Velvet Book Charm
(Ish.. tangan gegar lak)
Selain dari ini, cawan or mug pun ada juga.. Klik Sini kalau nak tengok gambar yang lebih jelas.

Kalau berminat, sini Sha sertakan maklumat mereka..

Alamat
Level G, Kompleks 3C MPSJ
Jalan PJS 11/2, Bandar Sunway
46150 Petaling Jaya, Selangor Darul EhsanMALAYSIA

Email : goldstrmy@gmail.com

Tel : 03 56124001

Blog
Association of Learning Disabilities [GOLD] District of Petaling, Selangor
(tapi blog nie last update tahun 2015)


Facebook
GOLD - Generating Opportunities for Learning Disables

Saturday, March 12, 2016

Dari Alam Lain - Helmi Effendy

Assalamualaikum..
Novel yang sangat ohsem..
Walaupun tebal melampau tapi best sangat..
Dari novel nie la saya tahu tujuan lagu Ulik Mayang tu dipendekkan.
Kerana novel nie juga saya mencari maklumat mengenai lagu Ulik Mayang di internet.
Novel yang sangat ohsem dalam menerangkan bahawa mereka sentiasa ada di sekeliling kita..
Serta penuh dengan semangat kemelayuannya..

Novel ini bukan sahaja memaparkan kisah pemburuan Badruz Zaman dan Citra Adra,
tapi juga mengenai sejarah Melaka, Hang Tuah dan sejarah lama..
Seronok baca novel ini sebab ada diselitkan lawak jenaka dan juga kesedihan..
Bukan sahaja penuh debaran dan perasaan seram tapi juga ada hubungan persahabatan,
ikatan kekeluargaan, perasaan sayang antara manusia..

Firstly rasa sangat lain bila membaca novel seram..
Terdapat kepuasan yang maksimum bila membaca novel Helmi Effendy ini..
Ketebalan dan isi sangat serasi..

Bila Ais Ku Tinggalkan

Assalamualaikum...
Hye semua..
Tajuk gempak kan..
Hehehe..

Sebenarnya sejak 03.03.2016 yang lalu, Sha dah x minum minuman berais..
Kenapa?? Tambah-tambah musim panas sekarang nie kan..
Mesti pelik kan kenapa Sha x lagi minum minuman berais..
Well.. Demi kesihatan yang semakin serius tidak berapa bagus..

Sebenarnya semakin lama semakin bertambah berat badan Sha nie..
Risau pula rasa hati sebab semakin cepat penat..
Semakin malas dan semakin lemau..
Bajupun banyak yang dah semakin mengecil.. hehehe..
Kebetulan aritu ada check gula dalam darah, pergh!! seram owh..
Serius menakutkan.. so kena mula amalkan pemakanan sihat..
Tapi tulah, disiplin kurang.. Makanya terpaksalah gunakan bantuan ubat..

Demi mendapatkan stamina balik, maka Sha mencuba sejenis produk nie..
Produk nie katanya untuk meningkatkan metabolisma..
So, demi membakar lemak-lemak yang semakin terkumpul Sha pun cuba..
Pantang untuk ubat ini hanyalah ais.. Dan kena banyak minum air masak..
Tu je.. Kira oklah kan..

Alhamdulillah, ubat nie serasi dengan Sha.. Hari pertama Sha makan dah terasa..
Badan berpeluh-peluh dan dahaga jer.. Makan pun x banyak dah..
Pergh memang rasa macam dalam sauna.. Ohsem tu..
Ais memang x usik la.. Alhamdulillah masih lagi bertahan sehingga sekarang..
Yang paling ketara ialah bila adik Sha tegur hari ini (11.03.2016)
"Eh.. perut ko dah x buncitlah kak.. X macam sebelum nie.. Macam org pregnant"
Pergh!! Masa nie rasa cam nak lompat bintang jer..
Seronok ya amat.. Alhamdulillah..
Sehingga 09.03.2016 Sha telah berjaya buang 2.5kg...
Semoga terus maintain dalam usaha mengurangkan lemak dan berat di badan ini...

Chayoookk!!! Chayooookk!! U can do it..

Seriously.. meninggalkan minuman berais adalah cabaran terbesar buat Sha..
Sebab dah menjadi kebiasaan kan.. pantang pun x rasa macam nie..
Semoga terus bersemangat..

Friday, March 11, 2016

Pengalaman Berbekam

Assalamualaikum..
Bekam itu sunnah..

Seumur hidup Sha memang x pernah berbekam walaupun abah Sha memang buat bekam ini.
Kebetulan 04.03.2016 Sha balik kg jenguk family.. 
Masa hari nak balik (06.03.2016) tetibe tergerak hati nak berbekam..
Sha buat bekam angin dan juga bekam darah..
Malangnya masa bekam darah, xde darah yang keluar.. 
Abah Sha cakap kena buat bekam angin lagi untuk buang angin dulu baru buat bekam darah.
Masa buat bekam angin, memang lebam teruk badan Sha. Banyak betul angin dalam badan Sha..

Memang lepas berbekam tu rasa nak sedawa je..
(Buang angin.. ) Badan terasa ringan dan dah kurang lenguh-lenguh..
Nampak gayanya memang nak kena buat lagilah nie..

Sedikit maklumat mengenai Bekam

Apa itu bekam? Bekam terdiri daripada dua jenis utama iaitu bekam basah dan bekam angin(kering). Bekam basah sangat terkenal dalam perubatan Islam mana kala bekam angin(kering) amat terkenal dikalangan pakar perubatan cina.
Bekam angin.
Bekam angin sangat senang dilakukan. Boleh dilakukan sendiri oleh orang dewasa di rumah. Letakkan gelas bekam di kawasan hendak dibekam, contohnya di belakang badan. Buangkan angin dalam gelas tersebut menggunakan pam vakum. Biarkan selama 10 - 15 minit. Kemudian tanggalkan dan selesai. Tanda-tanda badan mengandungi banyak angin ialah semasa membekam angin terdapat wap putih melekat pada dinding gelas. Bekam angin boleh dilakukan kerap. Sebulan sekali, dua minggu sekali, seminggu sekali ataupun tiap-tiap hari.

Bekam basah
Bekam ini dilakukan dengan melukai permukaan kulit menggunakan jarum tajam. Darah toksik dikeluarkan menggunakan alat pengamal bekam. Setiap kali proses mengeluarkan darah toksik adalah antara tiga hingga lima minit. Darah toksik dikenal pasti berdasarkan warna merah pekat dan berbuih. Mereka yang berbekam dinasihat tidak mandi selama tiga jam selepas berbekam.


Thursday, March 10, 2016

Tebus Point WOOP #9

Assalamualaikum...
Tebus lagi.. Kumpul-kumpul point, lepas tu tebus..
Kali ini Sha tebus Vaseline Value..
Yang ini ada banyak barang..
Antaranya

 Ini tarikh Sha tebus..

Alhamdulillah..
Barang sampai pada 04.03.2016

 Walaupun cam x sama.. Tapi jimat duit belanja..
Sha dapa 3 deodorant Rexona for men, 3 shampoo Dove, satu beg makeup dan satu tuala.
Tukar dengan 1500 point.. Oklah.. kalau belipun dah berapa, ye x?
Alhamdulillah...
Berminat???

Jom daftar di SINI.
Lelaki pun boleh joint ye..
Bukan perempuan sahaja..

Tuesday, March 8, 2016

5 Things I Hate Most

Assalamualaikum...
Sha kena tag lah..
Blogger Alya Chan tag saya di SINI..
Kemudian Blogger Cik Itah lak tag saya diSINI.
Disebabkan mereka tag mende yang sama, maka saya sekalikan jelah entry nya..




Tajuknya 5 Things I Hate Most
Hurm.. 5 mende yang dibenci...
Apa ye??
Sha cubalah ye...

5 Perkara yang sangat dibenci:-

1. Pemandu kereta yang suka pasang lampu hazard time hujan.
Menyusahkan je.. Padahal lampu hazard tu untuk kecemasan.. Kereta tu bermasalah ke.. Kadang-kadang pelik tengok pemandu Malaysia nie.. Saat kecemasan x nak pula pasang lampu hazard tu.. Time hujan patutnya pasang lampu je, nie sebok pasang lampu hazard.. Dah orang fikir kereta kau rosak ke?? Kalau memang rosak, logiklah pakai lampu hazard.

2. Penggunaan lampu kereta yang salah.
Patutnya pasang lampu pada time hujan lebat or gelap or berkabus or jerebu.. Ini x.. siang-siang hari dok pasang lampu.. Cerah kot.. Yang ko sebok nak pasang lampu kereta ko tu dah kenapa.. Bila hujan or jerebu or berkabus x nak pula ko pasang lampu kereta.. Stress tengok perangai pemandu melaysia nie.. Wargh!!!!..

3. Mereka yang dengki dengan kegemaran ku pada makanan.
Well.. Yang gebu dan montok tu badan ku.. Kalau nak nasihat pun ko kena terima hakikat x semua orang mempunyai kepercayaan dan penerimaan yang sama dengan ko. Yup, aku memang suka makan.. Kenapa?? Sebab aku akan punya masa dan ketika, aku x boleh nak makan. Langsung x boleh. Kenapa badan aku montok?? Well my hubby suka.. So kenapa ko nak jeles..

4. Mereka yang memandang rendah pekerjaan atau status seseorang
Setiap kita punya peranan yang sama penting dalam membentuk sebuah organisasi.. Namun ada manusia yang bila berada diatas akan memnadang rendah mereka yang dibawah. Pada mereka ini, orang-orang yang berada dibawah ini hanyalah kuli dan x penting..Seriously, kalau xde yang bawah-bawah nie, xdelah yang atas-atas tu tau x..

5. Haiwan
Yang panjang, licin pastu melingkar-lingkar tu...dan Yang seangkatan dengan Cicakman.. ngeri..

Yeah!!! Berjaya juga buat.. sorrylah pada yang tag sebab lambat jawab..
Sha x nak tag siapa-siapa tapi kalau ada yang sudi buat entry 5 Things I Hate Most nie, dipersilakan..
Boleh tinggalkan link dekat ruangan komen dan Sha akan BlogWalking..
U guys/gurls ohsem..
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com