Wednesday, July 6, 2016

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2016

Assalamualaikum...
Selamat hari Raya Aidilfitri 2016 buat semua pembaca Blog Kasihku Amani..
Semoga ceria di Aidilfitri...

Selamat Menjamu Selera dan jangan lupa menziarahi sanak saudara..
Sha memohon ampun dan maaf sekiranya ada salah dan silap
sepanjang menulis di sini..
Semoga Aidilfitri 2016 diraikan bersama keluarga tersayang..


Sedikit makluman buat kawan-kawan yang mengunjungi blog Sha ini..
Semua entry bermula dari ucapan Raya ini adalah auto publish ye..
Entrynya Sha siapkan awal seminggu sebelum Sha bercuti raya..
Entry mengenai Raya akan Sha cuba selitkan sepanjang cuti ini..
Terima kasih kerana sudi singgah di Blog Kasihku Amani..

Tuesday, July 5, 2016

Kurma Dari MSU

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha berkerja di Perpustakaan Politeknik..
Selalu buat kerjasama dengan MSU...
Jadi bila Ramadhan jer, kawan-kawan dari MSU pasti mengirim buah tangan..

Ramadhan 2016, mereka datang membawa kurma untuk kami..
terima kasihlah kepada kawan-kawan di MSU...
Terutama sekali Ina.. Ukhawah yang terjalin harapnya berkekalan...

 
Packaging yang sangat cantik..

 
Ina dari MSU yang berbaju merah..
kecik molek je orangnya..

Ongoing Campaigns From Nuffnang #1

Assalamualaikum...
Hye semua..

Alhamdulillah... Untuk Bulan enam nie, nampaknya Nuffnang baik hati..
Dapatlah Sha beberapa campaigns...

Walaupun Tak banyak sangat..
Tapi adalah juga untuk kawan-kawan tolong klik..

Terima kasih Nuffnang...
Semoga makin banyak Campaigns yang Sha terima...

Tak sabar nak cashout..

CPUV (Cost-per-unique-visit) Campaigns dari Nuffnang..

Monday, July 4, 2016

Koleksi Kad Raya 2016 #2

Assalamualaikum..
Hye semua...
Kad raya lagi..
Makin bertambah koleksi Sha..
Suka sangat..

Semoga amalan bertukar-tukar kad raya akan berterusan dan tak hilang ditelan zaman..

 
Yang ini dari Blogger Sis Kathy R'Bain

 
Yang ini pula Dari Blogger sis Shida Radzuan

Crispy Sambal

Assalamualaikum
Sebelum ini Sha ada share pasal Crispy Sambal ini kan..
Akhirnya berjaya juga jumpa..
Dan Sha jadi agen untuk jual Crispy Sambal ini..

Sebotol - RM15 (tidak termasuk postage)

Bahan-bahan Crispy sambal ini
1. Cili
2. Ikan bilis
3. Bawang..

Sesuai dimakan oleh semua..
Termasuk ibu dalam pantang..
Sambal ini memang crispy..
Boleh dimakan bersama nasi..
Makan dengan roti pun sedap..

Berminat??
WhatsApp - 0192673703 (Sha)
 
 

 

Sunday, July 3, 2016

Juadah Berbuka Ramadhan 2016

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jom sha share juadah berbuka sepanjang Ramadhan..
Sha memang paling kerap berbuka dengan menu yang sama..
Boleh dikatakan Setiap hari..

Hanya ada beberapa hari sahaja Sha berbuka dengan juadah seperti nasi,
Mee kari, Berger dan Bubur..

Paling kerap seperti gambar dibawah..
Bukan diet ye..
Tapi Ramadhan kali ini memang Sha tak lalu makan..
Hanya mampu jamah kuih dan air sahaja..

Nafsu makan seperti tersekat..
Badan Sha pun dah mula susut..
(Encik suami yang tegur..)

Kalau tak dapat beli kuih ini, memang sedih lah rasa hati..
Teruk kan.. kikikiki.. Ada jugalah cuba tukar2 kuih tapi
tidak menepati citarasa tekak..
Hanya dua jenis kuih ini je yang disukai lidah dan tekak Sha..
Beli pun pada orang yang sama sahaja..
 
Kuih Abuk-abuk @ Tepung Gomak
Karipap inti sardin..

Koleksi Kad Raya 2016 #1

Assalamualaikum..
Hye semua..
Koleksi kad raya untuk tahun 2016..

Yang ini dari Penulis novel..
Rasa seronok sangat bila penulis-penulis ini mengirimkan kad raya buat pembaca..
Rasa dihargai tau.. Walaupun hanya kenal melalui penulisan mereka dan lama maya..
Namun ikatan itu merapatkan ukhwah bukan takat penulis dan pembaca
tapi turut merapatkan ukhwah sesama pembaca..
 

 
Dari sis Ebriza Aminnudin

 

 
Dari sis SyaSya Bellyna.. 

 

Dari Encik Naim Tamdjis..

 
Dari Encik Eqbal Mohaydeen..

Saturday, July 2, 2016

Sign @ Heaven (2011)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Drama 20 episod..
Drama ini dah lama dalam simpanan.. 
Tapi tengok separuh je.. Ini baru Sha sambung tengok balik..
Drama ini mengisahkan penyiasatan yang dilakukan ke atas mayat.. 
Memang ohsem gila..

Banyak konflik yang terpaksa dilalui oleh dua watak utama..
Kerjaya sebagai Doktor forensik bukanlah mudah..
Mereka berdua dibantu oleh seorang detektif dan juga pendawakraya..

Seronok tengok macam mana mereka bedah mayat dan create semula lokasi jenayah..
Memang best dan ohsem..
Pelakon-pelakon dia pun ohsem..
Drama penyiasatan, dunia doktor forensik..
Penuh debaran dan juga kelakar..

 
Sign @ Heaven | 05 January 2011 | 20 episodes | Thriller, romace, mystery, crime |


Berminat..?
Boleh tonton di Viki atau search saja di Youtube..

Ayam Masak Kunyit

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bersahur apa pagi tadi?
Sha masak menu simple sahaja..
Selalunya Satu atau dua jenis lauk jer..
Kadang-kadang nak cepat just goreng telur dan bubuh cili padi dengan kicap..
Paling mudah buat nasi goreng..

Ini antara resepi mudah yang sha masak waktu bersahur..
Main campak-campak dan agak-agak jer..
Tiada sukatan tertentu..

Ayam Goreng Kunyit..
2 keping potongan ayam (Tak kisah bahagian mana)
Carrot
Kacang buncis
Bawang besar
1 sudu makan cili kisar
1/2 sudu makan sos tiram
Sedikit gula
1 sudu besar mentega Adele (untuk menumis)
Beberapa tangkai cili padi..

Cara Memasak
1. Panaskan kuali dan cairkan mentega adele. Masukkan bawang dan biar naik bau..
2. Masukkan cili giling dan sedikit air..
3. Masukkan ayam yang dah diperap bersama Perencah Rempah Gorengan Seri-Aji bersama cili padi..
4. Bila ayam dah masak 3/4, masukkan carrot..
5. Akhir sekali masukkan kacang buncis, sos tiram dan sedikit gula.. Kacau dan biarkan sekejap..
6. Dah siap, bolehlah dihidangkan bersama nasi..

 
 Ayam Masak Kunyit
 
Inilah Rempah Gorengan yang Sha guna untuk perap ayam..
Dah memang ada kunyit.. Sebab tu dekat bahan2 Sha tak nyatakan kunyit..

Friday, July 1, 2016

GIVEWAY PERTAMA edisi Raya

Assalamualaikum..

http://bidadarisado.blogspot.my/2016/07/giveway-pertama-edisi-raya.html 

Segmen ini bermula pada 1/7 dan akan tamat pada 31/7 tepat pukul 12 tengah malam. 

Coconut Shake

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jom buat coconut shake untuk juadah berbuka..
Bukannya susah pun..

Cuma perlukan
Air kelapa, Isi kelapa
Asikrim Vanilla
Ketulan ais batu
Blander untuk mengisar..

COCONUT SHAKE
Resepi Asal - Blog Masam Manis

1 gelas air kelapa muda ~ ambil sekali isinya yang muda dan lembut
1 gelas kiub ais
2 scop aiskrim vanilla
2 sudu besar susu pekat manis

Sediakan 2 gelas kosong.
Sukatan air hendaklah menggunakan gelas yang sama
Masukkan 1 gelas air kelapa muda dan isinya yang lembut ke dalam blender yang bersih
Masukkan juga 1 gelas kiub ais. ( kiub ais dan air pastikan sama paras supaya mudah di kisar nanti)
masukkan 2 scop aiskrim dan juga 2 sudu susu pekat manis. Susu ni terpulang ikut citarasa, jika tak suka manis kurangkan. Jangan banyak sangat susu ni nanti hilang pula rasa air kelapa tu. jadi susu ni agak-agak selera kita lah ya..
Kemudian kisar semua bahan ni hingga halus 

 
Bahan utama..
 
 
 Cocunut Shake tanpa hiasan..
Macam milk shake..
Sedap tau..
Sila jangan jilat screen komputer @ HP anda..

Imam Mudaku Romantik oleh Izzah Haneefa

Assalamualaikum..
Hye semua..

Imam Mudaku Romantik..
Tajuk untuk sebuah novel yang dah diadaptasi ke drama..
Disebabkan asyik miss jer nak nengok dramanya..
Maka Sha baca novel dia..

Memang novel yang sangat ohsem..
Tak sangka la pula si Faqih tu anak orang kaya..
Ustaz celebrity pula itu..
Bagus juga baca novel ini..
Ada banyak pengajaran yang boleh diambil..

Antaranya belum terlewat untuk berubah..
Nak dengan tak nak sahaja..
Bila sudah ada niat, maka teruskan dengan tindakan..

Jodoh itu rahsia Allah..
Bila sampai masanya pasti bertemu..

Novel ini ada sedih.. gembira.. 
Teguran untuk yang lalai dan leka..

 
baca pada 22.06.2016
Selesai pada 23.06.2016

Sha pinjam Perpustakaan Negara Malaysia

Diterbitkan oleh Kaki Novel
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com