Thursday, November 3, 2016

Koleksi Novel / Buku Bulan Oktober 2016 #1

Assalamualaikum..
Hye semua..

Oktober Sha ada membeli beberapa buah Novel..
Ada yang Sha beli dari penulis..
Ada yang Sha beli melalui Blog dan juga group di Facebook..
Inayah merupakan projek novel adaptasi telefilem terbitan Astro yang bertajuk INAYAH.

 
Siap ada tandatangan, ucapan dan button bedge dari Penulis..

 
Yang ini Sha beli dengan Blogger Fatina Mdzfr.
Korang kalau ada nak cari novel gi lah terjah Blog Fatin..
Fatin tengah buat Pre-Loved Sale okay...

 
Novel ini sha tak beli..
Sha menang GA by Eyqin dan Ecah..
Boleh Terjah kat SINI untuk entry penuh dan review novel tau.. 

 
Yang ini Sha beli dekat SINI. Penjualnya nama Afini Ariffin.
Tapi... Kalau beli dengan sis ini kena sabar menunggu ye..
Sebab sis ini pakai FlexiPack, lambat sikit sampainya..
24.10 pos.. 27.10 baru sampai kat tangan Sha..
Sha memang lama teringin nak baca Karya penulis Maya Iris ini..
Bila ada sale macam ini, tunggu lagi..
Grab teruslah... Walaupun tak berapa nak cukup duitnya.. Hahaha..
Demi buku, ku ikat perut ku..

Wednesday, November 2, 2016

Tersenarai dalam Bloglist Bulan November by Kinah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Yeah!! Sha tersenarai dalam Bloglist Bulan November by Kinah...
semoga makin ramai yang berkunjung ke Blog Sha..
Terima kasih Kinah...
Ohsem bangat nie..
Jom gi terjah Blog Kinah..

 
Sha berada di no 5..

 

Enchanteur Paris - Adore, Belle Amour & Mon Amie

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha dapat produk istimewa dari Enchanteur Paris..
Produk terbaru koleksi Mon Amie, Belle Amour dan Adore..
Enchanteur bagi Sha cuba :-
  1. Losyen Wangian Pencerah (Triple Whitening Parfum Lotion) ENCHANTEUR PARIS Belle Amour
  2. Deodoran Wangian Anti Peluh Mencerah & Menyegar (Whitening & Refreshing Parfum Anti-Perspirant Deodorant) ENCHANTEUR PARIS Mon Amie
  3. Semburan Pewangi Dedoran (Parfum Deo Mist) ENCHANTEUR PARIS Adore
Buka je kotak bauan semerbak menyapa hidung..
Wangi ya amat...
Terus rasa tak sabar nak cuba..
 
Bungkusan yang sangat menarik untuk dijadikan hadiah..

 
Tiga produk dengan tiga bauan yang memukau..

 
Memang bauannya sungguh memukau..

 
Bila pakai losyen dari Belle Amour bukan setakat mencerahkan tapi memberikan kesegaran dan keselesaan pada Sha yang memakai.. 
Sha suka pakai waktu malam sebelum tidur.. Memang memberi keselesaan.

Losyen Wangian Pencerah (Triple Whitening Parfum Lotion) ENCHANTEUR PARIS Belle Amour dengan manfaat pencerahan tiga kali ganda - Kombinasi 3 ejen pencerahan untuk 5x ganda manfaat pencerahan segera
(RM7.50 – 100ml)
Kulit gelap dan tidak sekata adalah masalah yang paling sukar dihadapi oleh setiap wanita. Ia biasanya berlaku pada bahagian belakang leher, lutut dan juga siku. Losyen Wangian Pencerah (Triple Whitening Parfum Lotion) ENCHANTEUR Paris Belle Amour dengan 3 kali ganda manfaat pencerahan ini direka dengan 3 ejen pencerahan - ekstrak likouris, ekstrak Sakura & Vitamin B3 untuk mengatasi masalah kawasan kulit gelap dan tona kulit tidak sekata.

Ekstrak likouris dan ekstrak Sakura didalam produk ini mencerah dan menyamaratakan tona kulit serta menghalang pembentukan melanin.

Vitamin B3 bukan sahaja mencerahkan kulit malah memperkukuhkan ketahanan kulit serta mencegah kehilangan lembapan. Kombinasi manfaat ketiga-tiga ejen pencerahan ini membantu memberikan 5x manfaat pencerahan.

Dengan menggunakan losyen ini anda bukan sahaja dapat mengekalkan kulit yang cantik dan sekata tetapi ia juga menjadi memberikan seri kepada anda dengan haruman wangian Belle Amour.

 
 Semburan yang wangi dan everlasting okay..
Bau dia buat ko rasa berkeyakinan dan bersemangat...

Semburan Pewangi Dedoran (Parfum Deo Mist) ENCHANTEUR PARIS Adore
(RM10.10 – 100ml)
Semburan Pewangi ENCHANTEUR PARIS Adore memberikan keyakinan berpanjangan sehingga 24 jam. 

 
 Bukan setakat mewangikan ketiak.. mampu mencerahkan dan menyegarkan juga..
Memang ohsem bila pakai deodorant ini..

Deodoran Wangian Anti Peluh Mencerah & Menyegar (Whitening & Refreshing Parfume Anti-Perspirant Deodorant) ENCHANTEUR PARIS Mon Amie
(RM8.70 - 50ml)
Deodoran Wangian Anti-Peluh berasaskan losyen ini memberikan manfaat perlindungan bau sehingga 72 jam dan anti peluh sehingga 24 jam. Kekalkan kesegaran pangkal lengan anda dan pastikan ia sentiasa kering dengan ekstrak Likouris yang membantu mencerahkan tona kulit dan mengurangkan pembentukan melanin. Butiran Kristal mentol di dalam semburan memberikan kulit sensasi yang menyejukkan dan membuatkan anda merasa selasa

Rangkaian Serum dan Losyen ENCHANTEUR PARIS boleh didapati didalam bentuk tiub 85ml dan 100ml yang mudah dibawa bersama ketika menikmati aktiviti luar untuk melindungi kulit di samping mengekalkan penampilan yang mempesona dan sentiasa berbau harum dengan wangian memukau. 
Rangkaian produk jenis tiub dijual dengan harga RM 7.90 / RM 7.50 (85ml / 100 ml) manakala bagi jenis botol ia dijual pada harga RM18.00 / RM16.95 (275ml / 300ml). Deodoran Wangian Anti - Peluh ENCHANTEUR PARIS dijual pada harga RM8.70 untuk 50ml sebotol. Semburan Pewangi Deodoran ENCHANTEUR PARIS dijual pada harga RM10.10 untuk 100ml sebotol.
Rangkaian produk penjagaan peribadi ENCHANTEUR PARIS ini boleh didapati di semua rangkaian pasar raya / pasar raya besar dan farmasi. Untuk maklumat lanjut mengenai ENCHANTEUR sila layari www.ENCHANTEUR.com.my atau lawati laman Facebook rasmi ENCHANTEUR di www.facebook.com/EnchanteurMY.

Wordless Wednesday Special #10

Assalamualaikum

 
Model Milo..

Tuesday, November 1, 2016

Bila entry Lama di Cari Pembaca

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah..
Tak sangka entry Sha yang lama nie di baca..
Sha share pasal chalet nie Januari 2013 tau..
Inilah yang dipanggil power of searching..
Hehehe.. tetibe berbahasa inggeris pula..

Pembaca ini ingat Sha owner Chalet ini..
Beriya dia tanya harga..
Disebabkan rasa ingin membantu gigih Sha cari entry ini semula untuk dapatkan no fon pemilik Chalet.. Alhamdulillah.. gembira rasanya dapat membantu..

Boleh baca entry Sha pasal Chalet ini di SINI.
Tapi sekarang tak pastilah harganya masih murah atau tak..
Sebab ini entry tahun 2013.. Sekarang dah 2016 nak masuk 2017..
Contact no pun Sha tak pasti masih sama atau tak..

 

 

 

 

November - My birthday Coming Soon

Assalamualaikum..
Hye semua..

Salam November..
Semoga anda semua sihat dan ceria selalu..
Semoga semua pembaca Sha berada dalam Rahmat Allah..

November..
Birthday Sha jatuh dalam bulan ini..
Lama lagi.. Di penghujung November..
Kalau zaman sekolah dulu, memang sedihlah..
Sebab birthday jatuh masa cuti sekolah...
Tapi lama-lama dah jadi biasa..

Yang best sebab muda selalu..
Hahaha... sila jangan kecam saya..

November 198_...
sekarang dah November 2016..
Makin berusia...
Makin matang dan tua..

Alhamdulillah masih bernyawa..
Dikelilingi keluarga tersayang..
Adik beradik dan saudara-mara..
Serta sahabat-sahabat yang ohsem..

Sha menghargai setiap saat yang sha miliki..
Semoga segala ujian dan musibah yang mendatang dapat Sha lalui..
Sha doakan juga semoga semua sahabat sentiasa tabah dan kuat melalui Ujian Allah..

Salam Sayang dari Sha buat semua..
Coretan tanpa penghujung.. tanpa penutup..
Fikiran agak bercelaru namun masih kuat melalui..

Cuti Ulangtahun Keputeraan DYMM Paduka Seri Sultan Perak

Assalamualaikum..
Hye semua..

Selamat bercuti ye..
 
 
Mulai tahun 2016 Ulangtahun Keputeraan Baginda akan diraikan pada setiap Jumaat Minggu pertama di Bulan November ...
Yeah!! Cuti lagi..
Semoga Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah dirahmati Allah..

Rangkaian Produk Enchanteur Paris

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jom Sha share detail pasal produk Enchanteur Paris ini..
Ada 3 rangkaian bauan iaitu Mon Amie, Belle Amour dan Adore..
Memang memikat dan memukau..

 

Serum Wangian Lembapan Berganda (Double Moisture Parfum Serum) ENCHANTEUR PARIS Mon Amie dengan Penghidratan Ultra Hyaluronic & Minyak Zaitun - Untuk kulit sihat dan lembap sehingga 10 hari
(RM7.90 – 85ml & RM18.00 – 275ml)

Ramai wanita menghabiskan masa yang lama di dalam pejabat dan bilik yang berhawa dingin. Pendedahan secara berterusan kepada udara sejuk dan kering membuat kulit menjadi kering, kusam dan kasar.

Serum Wangian ENCHANTEUR Paris terbaharu yang diadun degan wangian ENCHANTEUR PARIS Mon Amie ini mengandungi Ultra Hyaluronic dan Minyak Zaitun yang memberikan manfaat penghidratan dengan meningkatkan kelembapan kulit sebanyak 2x lantas membuatkan kulit berseri dan lembap sehingga 10 hari.

Penghidratan Ultra Hyaluronic yang mengandungi sodium hyaluronate akan menembusi kulit dan membentuk viscoelastic, iaitu sebuah lapisan filem yang boleh memerangkap lembapan dan meningkatkan keanjalan kulit. Minyak Zaitun pula adalah pelembap tembusan mendalam semulajadi yang menjana sel kulit serta melembutkan tisu, membuatkan ia ejen terbaik untuk mencegah masalah penuaan kulit dan turut membantu menghidratkan kulit. Serum Wangian Lembapan Berganda (Double Moisture Parfum Serum) ENCHANTEUR PARIS Mon Amie ini, bebas dari alkohol, minyak, paraben, MIT dan triclosan, memberikan kelembapan selama 24 jam dan memastikan kulit cantik dengan lembapan yang tahan lama dan lembut. Ia sesuai digunakan setiap hari dan wangiannya yang menyegarkan pasti menceriakan hari anda.


Losyen Wangian Pencerah (Triple Whitening Parfum Lotion) ENCHANTEUR PARIS Belle Amour dengan manfaat pencerahan tiga kali ganda - Kombinasi 3 ejen pencerahan untuk 5x ganda manfaat pencerahan segera
(RM7.50 – 100ml & RM16.95 – 300ml)

Kulit gelap dan tidak sekata adalah masalah yang paling sukar dihadapi oleh setiap wanita. Ia biasanya berlaku pada bahagian belakang leher, lutut dan juga siku. Losyen Wangian Pencerah (Triple Whitening Parfum Lotion) ENCHANTEUR Paris Belle Amour dengan 3 kali ganda manfaat pencerahan ini direka dengan 3 ejen pencerahan - ekstrak likouris, ekstrak Sakura & Vitamin B3 untuk mengatasi masalah kawasan kulit gelap dan tona kulit tidak sekata.

Ekstrak likouris dan ekstrak Sakura didalam produk ini mencerah dan menyamaratakan tona kulit serta menghalang pembentukan melanin.

Vitamin B3 bukan sahaja mencerahkan kulit malah memperkukuhkan ketahanan kulit serta mencegah kehilangan lembapan. Kombinasi manfaat ketiga-tiga ejen pencerahan ini membantu memberikan 5x manfaat pencerahan. Dengan menggunakan losyen ini anda bukan sahaja dapat mengekalkan kulit yang cantik dan sekata tetapi ia juga menjadi memberikan seri kepada anda dengan haruman wangian Belle Amour.



Losyen Wangian Formulasi Ringan & Segar (Light & Fresh Parfum Lotion) ENCHANTEUR PARIS Mon Amie - menyegar dan menghidratkan kulit
(RM7.50 – 100ml & RM16.95 – 300ml)

Pancanran sinaran matahari yang berlebihan kepada kulit adalah musuh utama setiap wanita kerana ia menjadi punca kepada pelbagai masalah kulit seperti selaran matahari, penuaan dan kanser kulit.

Untuk mengelakkan masalah kulit seperti itu, kaum wanita lebih cenderung memakai baju berlengan panjang, mengurangkan aktiviti luar serta sentiasa membawa payung kemana-mana sahaja.

Kini dengan adanya Losyen Wangian Formulasi Ringan & Segar (Light & Fresh Parfum Lotion) ENCHANTEUR PARIS Mon Amie yang baharu, wanita tidak perlu lagi takut untuk menikmati aktiviti luar di bawah sinaran mentari. Losyen ringan, tidak berminyak dan elegan dengan haruman Mon Amie yang menyegarkan ini memberikan kesegeran dan mengekalkan aura feminine setiap wanita walaupun pada cuaca yang panas.

Agen pelindung matahari di dalam losyen ini melindungi kulit dari selaran matahari dengan memantulkan sinaran UV daripada kulit.

Aloe Vera pula membantu merawat, menyegarkan dan melembutkan kulit. Losyen ini mengandungi ekstrak Portulaca yang merupakan ejen pelembut. Manafaat Likouris pula mencerah dan membuatkan tona kulit sekata.

Gunakan Losyen Wangian Formulasi Ringan & Segar (Light & Fresh Parfum Lotion) ENCHANTEUR PARIS Mon Amie untuk kulit yang lembut dan merasa segar dengan losyennya yang ringan.

Losyen Wangian Anti Bakteria (Antibacterial Care Parfum Lotion) ENCHANTEUR PARIS Adore - memberikan kulit perlindungan berpanjangan dari 99% kuman merbahaya
(RM7.50 – 100ml & RM16.95 – 300ml)

Melindungi kulit daripada bakteria dan kuman bukanlah sesuatu tugas yang mudah, terutamanya apabila wanita masa kini kebanyakannya aktif dan sentiasa berada di luar. Dengan losyen ini, wanita kini dapat melindungi diri mereka daripada 99.9% bakteria merbahaya di samping memastikan kulit mereka sentiasa lembap.

Losyen tidak berminyak ini mengandungi Germclear, sejenis agen bakteria yang menawarkan perlindungan daripada pelbagai jenis bakteria. Ia juga mengandungi Swiss Edelweiss, iaitu anti oksidan berprestasi tinggi yang melindungi kulit dari radikal bebas yang terhasil daripada sinar UV dan pencemaran. Dengan Losyen ini anda bukan sahaja dilindungi daripada bakteria, malah kulit anda kekal lembut, gebu di samping sentiasa kekal di memori orang sekeliling anda dengan harumannya yang unik.



Deodoran Wangian Anti Peluh Pencerahan Ekstra (Extra Whitening Parfum Anti-Perspirant Deodorant) ENCHANTEUR PARIS Belle Amour
(RM8.70 - 50ml)

Dengan manfaat tiga kali ganda pencerahan, deodorant anti peluh ini adalah pelengkap kepada losyen Wangian Pencerah ENCHANTEUR PARIS Belle Amour.

Dengan manfaat anti peluh sehingga 24 jam dan perlindungan daripada bau sehingga 72 jam, produk ini adalah deodoran berasaskan losyen yang tidak melekit. Diperkaya dengan ekstrak likouris, ekstrak benih Rose Hip serta Vitamin B3 untuk menggalakkan proses pencerahan bawah lengan lanjutan aktitivi mencukur yang membuatkan sel kulit mati terkumpul.


Deodoran Wangian Anti Peluh Mencerah & Menyegar (Whitening & Refreshing Parfum Anti-Perspirant Deodorant) ENCHANTEUR PARIS Mon Amie
(RM8.70 - 50ml)

Deodoran Wangian Anti-Peluh berasaskan losyen ini memberikan manfaat perlindungan bau sehingga 72 jam dan anti peluh sehingga 24 jam. Kekalkan kesegaran pangkal lengan anda dan pastikan ia sentiasa kering dengan ekstrak Likouris yang membantu mencerahkan tona kulit dan mengurangkan pembentukan melanin. Butiran Kristal mentol di dalam semburan memberikan kulit sensasi yang menyejukkan dan membuatkan anda merasa selasa. 
 
 
Deodoran Wangian Anti Peluh Mencerah & Menyenangkan (Whitening & Soothing Parfum Anti-Perspirant Deodorant) ENCHANTEUR PARIS Adore
(RM8.70 - 50ml)

Deodoran Wangian Anti Peluh ini mengekalkan kesegaran berpanjangan di pangkal lengan sehingga 72 jam dengan manfaat perlindungan tiga kali ganda dari peluh, anti bakteria dan juga bau.

Ekstrak Chamomile melembutkan kulit akibat gatal dan merah selepas bercukur. Produk ini juga mengandungi ekstrak likouris yang membantu mencerahkan kulit.
 
 



 
 
Semburan Pewangi Deodoran (Parfum Deo Mist) ENCHANTEUR PARIS Belle Amour
(RM10.10 – 100ml)
Serlahkan aura memukau diri dan lindungi diri dari bau badan sehingga 24 jam.


Semburan Pewangi Deodoran (Parfum Deo Mist) ENCHANTEUR PARIS Mon Amie
(RM10.10 – 100ml) 
Semburan Pewangi dengan manfaat perlindungan bau badan sehingga 24 jam ini membuat anda merasa segar sepanjang hari.


Semburan Pewangi Dedoran (Parfum Deo Mist) ENCHANTEUR PARIS Adore
(RM10.10 – 100ml)
Semburan Pewangi ENCHANTEUR PARIS Adore memberikan keyakinan berpanjangan sehingga 24 jam.
 
 
Rangkaian produk penjagaan peribadi ENCHANTEUR PARIS ini boleh didapati di semua rangkaian pasar raya / pasar raya besar dan farmasi. 

Untuk maklumat lanjut mengenai ENCHANTEUR sila layari www.ENCHANTEUR.com.my atau lawati laman Facebook rasmi ENCHANTEUR di www.facebook.com/EnchanteurMY.
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com