Shoplinks.Asia

Shoplinks.Asia


Simple Hijab

SISTEM GURU ONLINE

APDM SAPS

Tuesday, November 1, 2016

Rangkaian Produk Enchanteur Paris

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jom Sha share detail pasal produk Enchanteur Paris ini..
Ada 3 rangkaian bauan iaitu Mon Amie, Belle Amour dan Adore..
Memang memikat dan memukau..

 

Serum Wangian Lembapan Berganda (Double Moisture Parfum Serum) ENCHANTEUR PARIS Mon Amie dengan Penghidratan Ultra Hyaluronic & Minyak Zaitun - Untuk kulit sihat dan lembap sehingga 10 hari
(RM7.90 – 85ml & RM18.00 – 275ml)

Ramai wanita menghabiskan masa yang lama di dalam pejabat dan bilik yang berhawa dingin. Pendedahan secara berterusan kepada udara sejuk dan kering membuat kulit menjadi kering, kusam dan kasar.

Serum Wangian ENCHANTEUR Paris terbaharu yang diadun degan wangian ENCHANTEUR PARIS Mon Amie ini mengandungi Ultra Hyaluronic dan Minyak Zaitun yang memberikan manfaat penghidratan dengan meningkatkan kelembapan kulit sebanyak 2x lantas membuatkan kulit berseri dan lembap sehingga 10 hari.

Penghidratan Ultra Hyaluronic yang mengandungi sodium hyaluronate akan menembusi kulit dan membentuk viscoelastic, iaitu sebuah lapisan filem yang boleh memerangkap lembapan dan meningkatkan keanjalan kulit. Minyak Zaitun pula adalah pelembap tembusan mendalam semulajadi yang menjana sel kulit serta melembutkan tisu, membuatkan ia ejen terbaik untuk mencegah masalah penuaan kulit dan turut membantu menghidratkan kulit. Serum Wangian Lembapan Berganda (Double Moisture Parfum Serum) ENCHANTEUR PARIS Mon Amie ini, bebas dari alkohol, minyak, paraben, MIT dan triclosan, memberikan kelembapan selama 24 jam dan memastikan kulit cantik dengan lembapan yang tahan lama dan lembut. Ia sesuai digunakan setiap hari dan wangiannya yang menyegarkan pasti menceriakan hari anda.


Losyen Wangian Pencerah (Triple Whitening Parfum Lotion) ENCHANTEUR PARIS Belle Amour dengan manfaat pencerahan tiga kali ganda - Kombinasi 3 ejen pencerahan untuk 5x ganda manfaat pencerahan segera
(RM7.50 – 100ml & RM16.95 – 300ml)

Kulit gelap dan tidak sekata adalah masalah yang paling sukar dihadapi oleh setiap wanita. Ia biasanya berlaku pada bahagian belakang leher, lutut dan juga siku. Losyen Wangian Pencerah (Triple Whitening Parfum Lotion) ENCHANTEUR Paris Belle Amour dengan 3 kali ganda manfaat pencerahan ini direka dengan 3 ejen pencerahan - ekstrak likouris, ekstrak Sakura & Vitamin B3 untuk mengatasi masalah kawasan kulit gelap dan tona kulit tidak sekata.

Ekstrak likouris dan ekstrak Sakura didalam produk ini mencerah dan menyamaratakan tona kulit serta menghalang pembentukan melanin.

Vitamin B3 bukan sahaja mencerahkan kulit malah memperkukuhkan ketahanan kulit serta mencegah kehilangan lembapan. Kombinasi manfaat ketiga-tiga ejen pencerahan ini membantu memberikan 5x manfaat pencerahan. Dengan menggunakan losyen ini anda bukan sahaja dapat mengekalkan kulit yang cantik dan sekata tetapi ia juga menjadi memberikan seri kepada anda dengan haruman wangian Belle Amour.



Losyen Wangian Formulasi Ringan & Segar (Light & Fresh Parfum Lotion) ENCHANTEUR PARIS Mon Amie - menyegar dan menghidratkan kulit
(RM7.50 – 100ml & RM16.95 – 300ml)

Pancanran sinaran matahari yang berlebihan kepada kulit adalah musuh utama setiap wanita kerana ia menjadi punca kepada pelbagai masalah kulit seperti selaran matahari, penuaan dan kanser kulit.

Untuk mengelakkan masalah kulit seperti itu, kaum wanita lebih cenderung memakai baju berlengan panjang, mengurangkan aktiviti luar serta sentiasa membawa payung kemana-mana sahaja.

Kini dengan adanya Losyen Wangian Formulasi Ringan & Segar (Light & Fresh Parfum Lotion) ENCHANTEUR PARIS Mon Amie yang baharu, wanita tidak perlu lagi takut untuk menikmati aktiviti luar di bawah sinaran mentari. Losyen ringan, tidak berminyak dan elegan dengan haruman Mon Amie yang menyegarkan ini memberikan kesegeran dan mengekalkan aura feminine setiap wanita walaupun pada cuaca yang panas.

Agen pelindung matahari di dalam losyen ini melindungi kulit dari selaran matahari dengan memantulkan sinaran UV daripada kulit.

Aloe Vera pula membantu merawat, menyegarkan dan melembutkan kulit. Losyen ini mengandungi ekstrak Portulaca yang merupakan ejen pelembut. Manafaat Likouris pula mencerah dan membuatkan tona kulit sekata.

Gunakan Losyen Wangian Formulasi Ringan & Segar (Light & Fresh Parfum Lotion) ENCHANTEUR PARIS Mon Amie untuk kulit yang lembut dan merasa segar dengan losyennya yang ringan.

Losyen Wangian Anti Bakteria (Antibacterial Care Parfum Lotion) ENCHANTEUR PARIS Adore - memberikan kulit perlindungan berpanjangan dari 99% kuman merbahaya
(RM7.50 – 100ml & RM16.95 – 300ml)

Melindungi kulit daripada bakteria dan kuman bukanlah sesuatu tugas yang mudah, terutamanya apabila wanita masa kini kebanyakannya aktif dan sentiasa berada di luar. Dengan losyen ini, wanita kini dapat melindungi diri mereka daripada 99.9% bakteria merbahaya di samping memastikan kulit mereka sentiasa lembap.

Losyen tidak berminyak ini mengandungi Germclear, sejenis agen bakteria yang menawarkan perlindungan daripada pelbagai jenis bakteria. Ia juga mengandungi Swiss Edelweiss, iaitu anti oksidan berprestasi tinggi yang melindungi kulit dari radikal bebas yang terhasil daripada sinar UV dan pencemaran. Dengan Losyen ini anda bukan sahaja dilindungi daripada bakteria, malah kulit anda kekal lembut, gebu di samping sentiasa kekal di memori orang sekeliling anda dengan harumannya yang unik.



Deodoran Wangian Anti Peluh Pencerahan Ekstra (Extra Whitening Parfum Anti-Perspirant Deodorant) ENCHANTEUR PARIS Belle Amour
(RM8.70 - 50ml)

Dengan manfaat tiga kali ganda pencerahan, deodorant anti peluh ini adalah pelengkap kepada losyen Wangian Pencerah ENCHANTEUR PARIS Belle Amour.

Dengan manfaat anti peluh sehingga 24 jam dan perlindungan daripada bau sehingga 72 jam, produk ini adalah deodoran berasaskan losyen yang tidak melekit. Diperkaya dengan ekstrak likouris, ekstrak benih Rose Hip serta Vitamin B3 untuk menggalakkan proses pencerahan bawah lengan lanjutan aktitivi mencukur yang membuatkan sel kulit mati terkumpul.


Deodoran Wangian Anti Peluh Mencerah & Menyegar (Whitening & Refreshing Parfum Anti-Perspirant Deodorant) ENCHANTEUR PARIS Mon Amie
(RM8.70 - 50ml)

Deodoran Wangian Anti-Peluh berasaskan losyen ini memberikan manfaat perlindungan bau sehingga 72 jam dan anti peluh sehingga 24 jam. Kekalkan kesegaran pangkal lengan anda dan pastikan ia sentiasa kering dengan ekstrak Likouris yang membantu mencerahkan tona kulit dan mengurangkan pembentukan melanin. Butiran Kristal mentol di dalam semburan memberikan kulit sensasi yang menyejukkan dan membuatkan anda merasa selasa. 
 
 
Deodoran Wangian Anti Peluh Mencerah & Menyenangkan (Whitening & Soothing Parfum Anti-Perspirant Deodorant) ENCHANTEUR PARIS Adore
(RM8.70 - 50ml)

Deodoran Wangian Anti Peluh ini mengekalkan kesegaran berpanjangan di pangkal lengan sehingga 72 jam dengan manfaat perlindungan tiga kali ganda dari peluh, anti bakteria dan juga bau.

Ekstrak Chamomile melembutkan kulit akibat gatal dan merah selepas bercukur. Produk ini juga mengandungi ekstrak likouris yang membantu mencerahkan kulit.
 
 



 
 
Semburan Pewangi Deodoran (Parfum Deo Mist) ENCHANTEUR PARIS Belle Amour
(RM10.10 – 100ml)
Serlahkan aura memukau diri dan lindungi diri dari bau badan sehingga 24 jam.


Semburan Pewangi Deodoran (Parfum Deo Mist) ENCHANTEUR PARIS Mon Amie
(RM10.10 – 100ml) 
Semburan Pewangi dengan manfaat perlindungan bau badan sehingga 24 jam ini membuat anda merasa segar sepanjang hari.


Semburan Pewangi Dedoran (Parfum Deo Mist) ENCHANTEUR PARIS Adore
(RM10.10 – 100ml)
Semburan Pewangi ENCHANTEUR PARIS Adore memberikan keyakinan berpanjangan sehingga 24 jam.
 
 
Rangkaian produk penjagaan peribadi ENCHANTEUR PARIS ini boleh didapati di semua rangkaian pasar raya / pasar raya besar dan farmasi. 

Untuk maklumat lanjut mengenai ENCHANTEUR sila layari www.ENCHANTEUR.com.my atau lawati laman Facebook rasmi ENCHANTEUR di www.facebook.com/EnchanteurMY.

8 comments:

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..
1. Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
2. Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
3. Komen yang baik2 sahaja ye..
4. Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..
Terima kasih sekali lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Chit Chat

 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI