Saturday, June 10, 2017

The Fate of the Furious (2017)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem ke lapan dari franchise The Fast and the Furious ini ohsem..
Kali ini memang best..
Aksi dari mula sampai ke hujung cerita..
Yang paling syok bila ada Jason Statham.. My feveret hero nie..

Gandingan Vin Diesel, Dwayne Johnson & Jason Statham memang mantap..
Aksi yang diselang selikan dengan lucu dan juga hubungan kekeluargaan..
Cuma watak brian tu tetap dirindui..

Kali ini Dom terpaksa mengkhianati geng dia..
semuanya disebabkan satu rahsia..
Memang kesianlah tengok Dom..
Mujur ada Deckard Shaw yang membantu..
So bila rahsia terbongkar, Dom kembali bergabung dengan geng dia dan juga Shaw..
Orang jahat pun kalah.. Hehehe

Tapi memang thumbs up lah cite dia..

Sumber gambar Google Image
Sinopsis filem, klik SINI.

Taklimat Perpustakaan Untuk Pelajar Baru

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Kali ini berjaya buat taklimat di Perpustakaan..
Dah dua kali tak dapat buat dekat Perpustakaan sebab kekangan masa..
Kali ini MSK agak santai dan relax..
Kebetulan pula bertukar slot waktu dan tarikh..
Memang mudahlah..

Taklimat ini lebih kepada tour dalam Perpustakaan..
Pelajar akan masuk ikut pintu utama dan diberitahu mengenai OPAC (sistem pencarian buku), tempat letak barang, kaunter utama dan juga borang-borang yang ada di kaunter OPAC..
Kemudian penerangan mengenai ruang bacaan, kedudukan bahan bacaan, ruang santai, WIFI, surau, tandas, suratkhabar, contoh laporan LI dan peraturan wajib bila membuat pinjaman dan pemulangan..
Bahagian yang seterusnya ialah ruang kanak-kanak, buku-buku dari Perpustakaan Negara Malaysia, Cafe santai dan makmal komputer..
Settle taklimat..

Ringkas, padat, cepat dan sekali jalan..
Ngam ngam je 40minit..

Hari Khamis Jam 2.00petang

Mencari 10 Ulasan Berhikmah - Amukan Jembalang Tanah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Review kali ini special sikit..
Sebab Sha terus joint pertandingan review Amukan Jembalang Tanah oleh A. Darwisy..
Pertandingan review ini di Goodreads sebenarnya..
Tapi Sha buat juga review entry di blog..

Ini penyertaan Sha di Goodreads..

Peraduan ini berlangsung sepanjang Ramadan dan keputusan akan diumumkan pada Hari Raya nanti.

Friday, June 9, 2017

Dracula Untold (2014)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha dah cuba tengok dah cite nie dua tiga kali gak sebelum ini..
Tapi suku je.. Aysik tak habis je.. Hahaha..
Semalam baru berjaya tengok sampai habis..
Menarik juga filem ini..

Menarik dari segi jalan cerita dia..
Hero dia pun not bad juga..
Kalau ikutkan citer nie fantasi je..
Horror fantasi.. Tapi maksud dia Sha suka..

Seorang ketua keluarga dan juga pemerintah yang sanggup berkorban demi keselamatan keluarga walaupun cara tu salah.. Tapi akhirnya dikhianati oleh rakyat dia.. Memang kena soundlah rakyat-rakyat dia.. Kalau tak kerana dia berkorban, tak denya rakyat dia terselamat.. Tapi yellah orang jahat, akal dia banyak.. Akhirnya isteri dia terbunuh dan anak dia kena tangkap.. Masa nielah dia memang betul-betul bertukar jadi jahat.. Pergh!! Ganas juga vampire dia.. Cuma aksi ganas tu tak adalah melampau sangat... Ending filem ini macam nak bagi tahu ada sambungan.. Best juga kalau dia buat sambungan.. Boleh tengok Dracula tu lawan Vampire yang dalam gua tu.. Mesti dasyat..

Sumber gambar : Google Image..
Sinopsis filem, klik SINI.

Kesumat oleh Fitri Hussin

Assalamualaikum..
Hye semua..

Settle dah baca sambungan Novel Rakus ini..
Kesumat datang dengan Konflik yang ohsem..

Watak Soraya dibentuk menjadi watak yang menakutkan..
Bukan disebabkan hantu tapi hati Soraya yang kekal hitam itu sangat menakutkan..
Membaca Kesumat ini membuatkan hati sentiasa beristghifar..

Penyampaian penulis dalam mengisahkan kumpulan ajaran sesat ini memang menjadi..
Betapa manusia mudah terpesong..

Dendam Soraya pada Azlan menyebabkan Azlan kehilangan dua nyawa tersayang..
Namun Azlan terus bangkit melawan..
Tidak Azlan berputus asa...

Banyak cabaran yang terpaksa ditempuhi Azlan..
Namun Azlan dibantu oleh rakan-rakan seperjuangan..
Menginsafkan dan memberi pengajaran..

Sha baca pada 07.06.2017 dan selesai pada 08.06.2017

Top commentor Mei-Jun 2017 di Blog Starlavenderluna

Assalamualaikum..
Hye semua..


Alhamdulillah.. Rezeki pagi Khamis..

Dapat mesej dari Shikin bagi tahu Sha berada dalam carta top commenter..
Tak teringat pun yang Shikin nak bagi hadiah..
Bila tengok entry Shikin Top commentor Mei-Jun 2017..
Alhamdulillah... Rezeki lagi..
Terima kasih Shikin..
Semoga makin murah rezeki Shikin..

Akak doakan juga semoga ikatan perkahwinan Shikin kekal bahagia hingga ke Syurga...
Semoga Allah murahkan rezeki anak buat Shikin dan Suami... Aamiin Aamiin..

Mesej dari Shikin bagi tahu Sha berada dalam top commentor..

Wah!! Saingan sengit ni dengan Lea.. hehehe..

 Inilah hadiahnya.. Dwi color lagi..

Bukan saja dapat hadiah.. Tersenarai pula dekat bloglist Shikin.. Alhamdulillah..

Pemenang Ramadhan / Syawal 2017 Giveaway by Kasihkuamani

Assalamualaikum..
Hye semua..

Yeah!!! Ramadhan / Syawal 2017 Giveaway by Kasihkuamani dah tamat..
Jom tengok siapa yang menang..


8 set sampul duit raya & kad raya untuk 8 orang pemenang











Hadiah saguhati untuk 12 orang pemenang iaitu kiriman kad raya dari Sha
















Sila emailkan nama, alamat dan no telefon ke coklat.funky@gmail.com..
Nyatakan Pemenang Ramadhan / Syawal 2017 Giveaway by Kasihkuamani sebagai tajuk email..
Sila bubuh anda menang hadiah apa.
Email anda mestilah sampai selewat-lewatnya pada Isnin (12.06.2017) supaya hadiah dapat dipos seawal yang mungkin..

Thursday, June 8, 2017

Audit ETAC di Perpustakaan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bila kerja dekat Perpustakaan ini, memang rajinlah kena audit..
Jabatan lain yang diaudit, Perpustakaan pun terlibat sama..
Iyalah, kami juga sebahagian dari proses Pembelajaran dan Pengajaran..

Semalam (Rabu) ada audit ETAC untuk program Ijazah..
Datang jam 2 petang tepat..
Pusing satu Perpustakaan..
Sampai dekat rak tanya pasal buku..
Mujur Sha bawa list buku yang berkaitan..
Kalau tak memang fengsan la..
Sebab selalunya kita suh dia search dekat OPAC baru pergi rak..
Ini dah sampai rak baru minta buku..
Sha terkejut terus tak ingat.. Hahaha..
Tapi alhamdulillah.. semua buku yang dia tanya ada..

Sekejap je..
Tak lama.. Auditor dia pun ohsem..
Bulan 7 audit lain pula..
Audit lagi.. setahun tak tahu berapa kali..

Menang Giveaway Poskad Animasi Aidilfitri By Bonde Zaidalifah

Assalamualaikum..
hye semua..

Alhamdulillah..
Sha Menang Giveaway Poskad Animasi Aidilfitri By BondeZaidalifah..
Yeah!! Dapat kad raya yang ohsem..
Terima kasih Bonde Zai..
Sha teruja sangat nie..


Pemenang yang keempat.. No bertuah 9..


Menang Giveaway RM1000 Shopping Credit SGshop Malaysia oleh Cikzacom

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Sha menang RM100..
Sha tahu pun sebab login akaun SGShop..
Tengok baki kredit bertambah..
Rupanya Cikza dah kreditkan..
Memang tak sangka..
Semoga murah rezeki Cikza..
Dapatlah Sha beli rak buku..
Makin dekat dengan impian Sha..
Jom terjah blog Cikza ini..
Macam-macam info ada tau..


Kredit bertambah pada 05.06.2017

Wednesday, June 7, 2017

Bertugas di Dewan Sempena Minggu Suaikenal

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jangan terkejut..
Walaupun jawatan Sha Pembantu Pustakawan, namun kerja Sha bukan dalam Perpustakaan je..
Kami juga terlibat dengan Minggu Suaikenal pelajar baru..

Biasanya staf Perpustakaan akan uruskan penceramah untuk bagi taklimat pada pelajar baru sepanjang Minggu Suaikenal..
Jadual akan disediakan oleh bos kami..
Kami pula akan dipasang-pasangkan untuk bertugas di dewan..

Tugas kami menghubungi penceramah sehari sebelum taklimat mereka..
Sha kena bertugas hari Selasa bersama staf yang seorang lagi..
So Isnin kami akan call semua penceramah untuk hari Selasa dan mendapatkan maklum balas kehadiran mereka..

Ada je kejadian penceramah batalkan ceramah.. Tukar waktu.. tukar tarikh.. tukar orang.. Taklimat tetap diteruskan..

Hari Selasa kami akan pastikan taklimat berjalan mengikut waktu yang ditetapkan..
Tapi biasalah kalau terlewat.. Terlebih cakap.. hehehe..

Tambah-tambah bulan puasa kan..
Siapa cakap Pembantu Pustakawan duduk relaks je.. Meh sini buat kerja kami.. bukan jaga buku je tau.. Pelbagai sebenarnya.. Tapi seronok sebab dapat banyak pengalaman..

Seharian duduk kat dewan.. Penat juga.. hehehe.. Tambah-tambah cuaca agak panas dan berbahang.. Kalau ikutkan, tahun nie tahun ketiga Minggu Suaikenal dijalankan pada bulan puasa.. Bertabah jelah..

Owh ya.. Taklimat Perpustakaan selalunya akan diberikan di Perpustakaan supaya senang pelajar faham.. Yang ini nanti kita cerita lain ye..

Innocent Defendant

Assalamualaikum..
Hye semua..

Drama Korea ni Sha amik masa yang lama nak tengok..
Sebab cerita dia suspen sangat..
Kisah seorang pendawakraya yang dituduh membunuh isteri dan anaknya..
Memang sedih dan stress tengok dia hilang ingatan bagai..
Dahlah kawan dia tikam belakang dia..
Memang macam tulah manusia selalunya..
Mujur masih ada yang percaya dan mahu membantu beliau..

Tapi cerita ini memang bestlah..
Sha suka semangat watak utama..
Tak mengalah dan terus berusaha..
Itu semangat yang patut kita contohi..


Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com