Monday, October 9, 2017

The Midnight Library : Voices (Vol I) by Nick Shadow

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku Inggeris lagi..
Lama sangat tak membaca novel BI..
Kali ini terjumpa sesuatu yang menarik..
The Midnight Library series..
Buku 1 The Midnight Library ada 3 tajuk..
Voices, A Perfect Fit & An Apple a Day..

Voices
Cerita pasal Kate yang secara tiba-tiba boleh mendengar perbualan telefon orang lain.. Perbualan telefon itu rupanya belum berlaku lagi, dan dari situ Kate mula menggunakan apa yang dia tahu.. Namun bila kebenaran mengenai suara itu terbongkar Kate rasa terseksa.. Suara-suara itu pula makin lama makin mengganggu.. Pengakhiran bagi Kate sangat tragic..

A Perfect Fit
Kasut yang sangat menakutkan.. Mulanya rasa sangat bertuah tetapi dari satu kemalangan ke satu kemalangan dan akhirnya berakhir dengan tragedi yang sangat ngeri..

An Apple a Day
Hanya kerana sebiji epal yang disumpah dan perasaan marah kerana neneknya dihina akhirnya menjadikan dia sebatang pokok epal.. Setiap amaran ada sebabnya, namun manusia penuh dengan perasaan ingin tahu.. Curiosity kill the cat..

Sha baca dan habis pada 07.10.2017..

3 Books In A Day

Assalamualaikum..
Hye semua..

Memang gilalah..
Tak pernah-pernah Sha ralit membaca..
Sabtu haritu entah apa kena..
Sha berjaya habiskan 3 buah buku sekaligus..
1 novel melayu dan 2 novel english..
Sampai lupalah nak lipat baju.. Hahaha..
Sabar jelah..

Sha baca The Midnight Library I & II dan Awak Sangat Nakal..
Buku BI tu nipis je..
Buku Melayu tu je yang tebal..
Kalau ikut hati, nak sambung baca The Midnight Library III..
Tapi mengenangkan baju yang tak berlipat, makanya kita stop dulu..

Kalau ikutkan Sha dah susah sebenarnya nak baca novel BI..
Sebab itu Sha pilih yang nipis-nipis je dulu..
Nak bangkitkan semangat sebenarnya..

Dalam pada itu boleh pula Sha tersalah baca buku.. Tajuknya Need..
Mulanya ingatkan cerita vampire yang biasa-biasa sekali vampire gay..
Adoilah rasa cam nak muntah baca..
Dah baca separuh, habiskanlah juga..
Part-part yang tak sepatutnya semua sha skip..

Kalau ikutkan jalan cerita dia ohsem..
Cuma part gay tu je menyusahkan jiwa Sha..
Nasib baik nilos je bukunya..
Kalau tebal memang Sha surrender..
Tak kuasa ku nak buat jiwa ku kacau bilau.. Hahaha..

Sunday, October 8, 2017

Need by Todd Gregory

Assalamualaikum..
Hye semua..

Yeah!! Habis juga baca novel Inggeris ini..
Okay.. Warning.. warning..
Novel ini untuk bacaan dewasa sahaja ye..
Novel fantasy mengenai vampire..
Dan bila dah baca baru tahu vampirenya gay.. hehehe..
Tapi dah bacakan.. Baca jelah sampai habis..

Tipikal cerita vampire..
Mestilah perlukan darah semua..

Maka bermulah konflik..
Vampire muda sudah tersalah langkah..
Sepatutnya tak pergi meninggalkan master dia, dan tak cuba bereksperimen..
Akhirnya kawan baik jadi mangsa..
Membawa kepada penemuan kembar ahli sihir yang hampir membunuh..
Bertemu pula dengan polis vampire..
Tetibe kena culik dengan ahli sihir..
Eh!! Terbongkarlah rahsia besar disebalik penculikan..
Akhirnya ahli sihir mati dan vampire tu jadi sangat berkuasa..

Plot cerita dah sangat-sangat ohsem..
Yang menjadikan novel ini tak best ialah adegan 18sx yang melampau..
Sha skip-skip baca part yang tak patut tu..
Ngeri wei.. Hahaha..
Baik baca yang kejam dan seram dari yang sx tu.. Boleh pitam..

Sha baca dan selesai pada 06.10.2017..

Hadiah Giveaway Dior Miniature Perfume Mini

Assalamualaikum..
Hye semua..

Terkejut juga bila terima parcel..
Bukan apa, Sha dah stop membeli dan tak menang apa-apa GA pun..
Bila buka parcel, rupanya hadiah GA yang dah agak lama..
Sha pun dah terlupa dengan hadiah itu..
Terima kasih untuk hadiah yang comel dan super cute itu..
Semoga makin murah rezeki yang memberi..

 
Dapat perfume dan Keychain teddy bear yang comel sangat..
Terima kasih Blogger Hafiza Aizzawa

Saturday, October 7, 2017

Projek Seram Tanah oleh Syaida Ilmuna, Akma Saidon & Saidee Nor Azam

Assalamualaikum..
Hye semua.. 

Novel ketiga untuk bulan Oktober..
Slow sikitlah bulan ini.. Rasa macam kurang mood membaca..
Mungkin sebab memikirkan hal lain.. 

Tema kali ini ialah Tanah..
Cover novel ini warna hijau.. 

Gegar Tanah oleh Syaida Ilmuna
"Jangan biar kau terperangkap."
Percubaan pertama yang sangat menarik dari penulis..
Cerita yang dibawakan memang berbeza..
Satu alam or dimensi lain yang sangat kejam..
Menuntut nyawa manusia walaupun sudah kembali ke dunia sebenar.. 

Petaka oleh Akma Saidon
" Janji ditabur menuntut galang ganti!"
Memang petaka sungguh.. Semuanya kerana janji..
Tapi, biasalah makhluk yang satu itu sentiasa penuh tipu muslihat..
Kerana janji 5 sekawan, waris meraka jadi taruhan..
Mujur masih ada yang tahu cerita sebenar..
Terselamatlah 7 waris yang tertinggal..
Semuanya kerana helah makhluk dujarna itu..

Ayunan Resort oleh Saidee Nor Azam
"Kami akan berada di tanah ini untuk selama-lamanya."
Satu-satunya penulis lelaki dalam Projek kali ini.
Menampilkan cerita yang menarik mengenai resort tepi laut..
Penulis yang mencari bahan cerita seram..
Akhirnya disajikan dengan peristiwa seram dan pelik..
Bertemu dengan perempuan bernama Bunga..
Tapi siapa sebenarnya Bunga?
Bagaimana Bunga boleh berada di resort yang nampak usang..
Kenapa hanya ada Bunga sahaja?

Sha baca pada 04.10.2017 dan habis pada 06.10.2017
Agak lama sebab banyak berkhayal.. Hehehe..

Senorita – OST Abang Long Fadil 2 Syamsul Yusof, AC Mizal & Shuib

Assalamualaikum..
Hye semua..

Terus jatuh cinta dengan muzik lagu ini..
Memang agak happy dan menceriakan hari..
Sha suka pasang lagu ini masa shelving buku..
Semangat rasanya.. Hehehe..
Muzik dia rancak dan agak fun...
Suara shoib pun best..

Lirik Lagu Senorita – OST Abang Long Fadil 2
Syamsul Yusof, AC Mizal & Shuib

(Chorus)
Kau buat aku terpana,
Kau buatKu hilang kata,
Kau buat tidur tak lena sampai nak naik gila,
Mandiku rasa tak basah
Demamku tak kebah-kebah,
Jangan kau biarku rebah,
Ku mahu terus gagah.

Degup jantungku palpitasi,
Cepu mindaku halusinasi,
Mari kesini marilah oh Senorita. (Repeat)

Bagaikan bidadari dari syurga.Kadang2 aku panggil kamu senorita
Panggilan manja untuk buat kau suka Jatuh cinta mamacita!
Dia tidak pandang Evo, Lambo dia cuma cari yg jujur abg tak poyo.
Yeah cintanya bagai letrik bukan egosentrik dia suka picnic pakai lipstik filem klasik memang hotchick. Uh,fabolous marvelous tapi sgt jealous! uh thats cool!

Ohh..She’ so fine she’s so good everybody in the hood say.
Ohh..wanna know, email, Twiiter, Facebook IG tell me baby.

(Chorus)
Second verse

Now 123 to the 4 everybody get down to the flow, jika ada salah silap abg let me know, Dia dari kuala lumpur!
Abg tiada banglo,bukan mcm pablo, money2 cash flow, oh No!
What? Bukan saja cantik tapi juga sempurna, kalau ada jodoh takkan kemana. Siapa kata abg badboy2 huh 2× I’m a good boy!

Ohh..She’ so fine she’s so good everybody in the hood say.
Ohh..wanna know, email, Twiiter, Facebook IG tell me baby.

Beriku ruang sayangku
Jangan kau kata NO dulu
Ku mahu bukti padamu
Aku soldadu kamu
Bak kata Bruno Mars dulu, I would catch grenade for you, Aku lebih dari itu, I wanna go to Jannah with you
Cukup-cukuplah sudah
kita main-main madah
aku lelah, hampir rebah, engkaulah senorita….engkaulah senorita..
Doa dulu
Sampai waktu
Kau dan aku,satu.

Cuba goyang macam lagu boom boom pow. Tahu lagu dulu lagu boom boom pow? Black eyed peas abang bukan polis jangan senyum sinis jangan menangis hah.
(Chorus)

Nak dengar lagu? Klik SINI.

Jom Pinjam Buku

Assalamualaikum..
Hye semua..

Khamis (05.10.2017) Sha ke Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) untuk buat pemulangan dan peminjaman buku..
Kali ini tak pinjam sampai 400 pun..
Sebab pergi berdua je dengan bos..
Tangan tak cukup.. Hehehe.. 

Kali ini memang rezekilah, sampai je dekat bahagian pinjaman berkelompok novel bukan main banyak.. Hehehe..
Cerah biji mata dibuatnya..
Buku baru.. Tajuk pun menarik..
Novel BI pun ohsem-ohsem..
Maka bermulalah sesi pemilihan buku oleh Sha dan bos.. 

Disebabkan bulan 12 ini cuti sekolah, maka kami lebihkan komik dan buku kanak-kanak..
Tapi memang cepatlah.. Dalam tempoh
2 jam je settle.. 

Settle dekat bahagian pinjaman, Sha dan bos ke bahagian terbitan dan ISBN..
Lepas tu baru kita gi makan..
Gerak balik dalam 1.45pm macam tu..
Sampai poli pukul 3 lebih..
Jointlah kawan-kawan yang tengah kena audit (audit dalaman sebelum audit SIRIM)..
Lepas je auditor balik, Sha terus punggah buku letak dekat troli..
Nanti senang, boleh terus katalog je.. 

 
Koleksi The Midnight Library

 
Novel-novel ohsem..

 

 
Antara komik kanak-kanak..

Friday, October 6, 2017

Filem Pendek : Odah (2015)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari tu Sha ada tertengok filem pendek bertajuk Odah..
Memang sempoi habislah ceritanya..
Kisah pasal Odah yang nak potong rambut pendek..
Persepsi mak dan juga orang kampung yang menganggap Odah nak jadi lesbian sebab potong rambut pendek..

Sebenarnya Odah nak potong rambut pendek gaya kumpulan penyanyi Feminin masa keluarkan album Kini..
Bukannya nak pendek macam tomboy pun..
Setelah mak Odah di pujuk dan di tegur oleh ayah Odah, akhornya mak Odah setuju Odah potong rambut pendek..
Comel dan nampak lebih semenggah..
Serius, walaupun pendek tapi bermesej..

Boleh tonton di SINI.

Koleksi Buku Sha #2

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari tu Sha dah share sebahagian koleksi Sha kan..
Jom tengok buku-buku selain genre seram dan thriller..

Ada juga genre cinta, sweet-sweet tau..
Kebanyakkan buku ini, buku-buku lama..
Maksudnya dah tak diterbitkan lagi..
Sha dapat melalui group buku di Facebook dan Instagram..
Yang baru-baru Sha tengah aim lagi..
Walaupun tak sebanyak seram dan thriller tapi ada juga.. Hehehe..

Tapi cinta yang Sha baca ini pun bukanlah sebarangan..
Ada yang cinta sweet kelakar.. Cinta thriller.. Cinta kekeluargaan..
Pada Sha, novel cinta sekarang lebih pelbagai..
Tak lagi tertumpu kepada cerita yang cliche..

Kalau ada rezeki, Sha nak beli Perempuan Paling Bahagia dan Bisik Pada Langit.. Dua novel ini menangkap perhatian Sha..

Ini novel tak lama dan tak baru.. 
Ada preloved.. Ada baru.. 

Yang ini ada yang orang bagi.. 

Yang ini memang Sha beli untuk koleksi.. 
Ada yang dah tak jual.. 

Novel Projek Cinta : Pilot ini novel cinta paling baru yang Sha ada.. Cover dia cantik sangat.. 

Awek Skuter oleh Ilya Abdullah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Akhirnya jumpa juga novel komik dari penulis Ilya Abdullah ini..
Keluaran Kaki Novel..
Sha beli preloved, mahal seringgit dari harga novel sebab campur kos pos..
Tapi berbaloilah.. Sebab susah jumpa..

Cerita yang menarik, sempoi dan sisi lain penulis..
Walaupun novel ini simple tapi masih ada konflik dan emosi..

Garapan penulis sangat sempoi dan ohsem..
Mampu memberikan satu perasaan yang sweet pada Sha sebagai pembaca..

Watak Adllea yang sangat sempoi dan juga tegas memikat hati Sha..
Shaz yang sinis, beku dan suka cakap lepas memang sepadan dengan Adllea..
Sangat unik gabungan mereka berdua..
Membuatkan cerita Awek Skuter ini begitu sweet dan mengancam..

Sha baca dan selesai pada 04.10.2017..

Koleksi peribadi Sha

Diterbitkan oleh Kaki Novel

Thursday, October 5, 2017

Group Whatsapp Jual Beli Buku

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sekadar perkongsian bersama..
Semoga dapat membantu pada yang minat buku..

Group Buku Setiap Negeri di Malaysia
1. Hanya menjual buku & bahan bacaan
2. Lebih mudah urusan lagi-lagi untuk COD
3. Selain dari iklan buku, akan diremove serta merta

Link di bawah














Group yang ini umum, mana-mana negeri pun boleh joint..
Jual Beli Buku
https://chat.whatsapp.com/7K30bX9tYsoJUjOcrjEud1

Semoga dapat membantu.
Sha akan kemas kini dari masa ke semasa kalau ada pertambahan group-group buku yang baru ye..

Implant aka Nexplanon - The Journey

Assalamualaikum..
Hye semua..

Dah seminggu Sha pakai Implat (Perancang Kehamilan) dekat tangan ini...
Lebam masih ada.. Tapi dah beransur hilanglah..
Lebam ini sebab cucukan bius bukan sebab implant..
Sha dah mula buat kerja macam biasa..
Kadang-kadang terlupa ada implant dekat tangan..
Siap angkat kotak buku dan batu hiasan..

Lepas itu, baru terasa..
Tangan agak kebaslah..
Kadang-kadang kalau terlanggar apa-apa dekat tempat impalant itu terasalah juga sakitnya..
Kadang rasa lenguh..

https://www.plannedparenthood.org/learn/birth-control/birth-control-implant-implanon
Inilah dia alatnya..
(27.09.2017 - 04.10.2017)
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com