Thursday, May 23, 2019

18 Ramadhan 1440

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini dah hari ke lapan belas kita berpuasa.. Sekejap je dah 18 hari kan.. Sha belum lagi terdengar lagu raya.. Dok pasang juga radio.. Tak ada rezekilah tu kan.. Pagi tadi dah bangun pukul 4 tapi kononnya nak lelapkan mata kejap je.. Sekali tersedar semula jam 4.40 pagi.. Terus kalut bangun masak nasi dan air.. hehehe.. Memang mengundang betul.. Mujurlah sempat bersahur.. Bahana tidur 5 minit.. hehehe.. Gambar bawah ini, menu berbuka semalam..

Roti telur dengan sambal sardin.. Sha masak.. hehehe..

Mee kari MIL masak.. Meriah dengan tauhu, kerang dan udang..

Wednesday, May 22, 2019

Korea | Item (2019)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha pilih untuk tengok drama ini sebab ada Joo Ji Hoon berlakon.. hehehe.. Lepas tengok beliau dalam Along With the Gods, cam menarik pula nak tengok lakonan beliau yang lain.. Lagipun drama ini ada  magic magic.. hehehe.. Penyiasatan tambah magic/barang ajaib memang ohsemlah.. Tapi penjahat dia pun mengancam juga.. Memang psiko habislah.. hehehe.. Sesuailah Kim Kang Woo tu jadi orang jahat.. Cerita dia dari awal dah tunjuk siapa jahat dan siapa baik.. Jalan cerita pertembungan diantara watak hero dan penjahat tu yang buat cerita ini menarik.. Memang ohsem, cuma cara kematian penjahat tu agak simple dan tak ditunjukkan dengan details.. Tu belum lagi babak hero muncul tiba-tiba dan item yang terakhir tu tak ada apa-apa klu pun.. Warghhh!! Takkan bersambung kot..

THE ITEM | 11 February 2019 | 32 episodes + special | Action, Suspense, Thriller, Mystery, Psychological, Law, Supernatural, Detective, Investigation |
Sinopsis | A profiler and a prosecutor must uncover the hidden secrets surrounding unique items with supernatural powers and a conspiracy.  Kang Gon is a prosecutor full of justice and a warm heart. In order to save his niece Da In, he jumps into a conspiracy surrounding an item having supernatural powers. Kang Gon works with a criminal profiler Shin So Yeong. 
(Source: Asianwiki)

Salam Nuzul Al-Quran


Tuesday, May 21, 2019

Korea | The Crowned Clown (2019)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Punyalah lama Sha nak tengok.. Sekarang baru berkesempatan.. Drama yang sangat menarik..

Hanya kerana nak menyelamatkan sebuah negara setiausaha raja sanggup menggantikan raja sebenar dengan lelaki yang berkerja sebagai badut kerana persamaan muka mereka.. Lelaki badut tadi kekal menjadi raja kerana raja sebenar tak sihat dan berhalusinasi serta ketagihan dadah akibat perbuatan ketua dayang yang diupah untuk melekakan raja.. Kejam betul sistem raja dia.. Membunuh adik sendiri.. Queen Dowger yang berdendam dengan raja dan memandulkan permaisuri dengan cara membubuh bunga yang tak sepatutnya dalam minuman permaisuri.. Pergh!! Konflik betul drama ini.. Menteri-menteri yang tamak dan menindas rakyat.. Sakit hati pula tengok perangai menteri macam ini.. Aihhh.. Walaupun cerita je tapi teladannya banyak.. Cuma ada sedikit sedihlah di bahagian penamat.. Biasalah hidupkan.. Mana boleh bahagia je, kenyataannya akan ada waktu kita bersedih dan kehilangan..

 The Crowned Clown
Also Known As: Ghwanghae, Man Became A King; Wangyi Doen Namja; The Man Who Became King | KDrama | Historical, Romance, Drama, Melodrama, Political | 16 Episodes | 7 Jan 2019 - 4 Mar 2019 |


Sunday, May 19, 2019

Jawab Survey YouGov

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sebelum ini Sha memang rajin jawab survey YouGov.. Nak kumpul point untuk tebus topup.. Tapi bila dua kali percubaan tebus topup tak berjaya terus Sha give up.. Hahaha.. Cepat putus asa Sha ini.. Sampailah beberapa minggu lepas Sha ada dapat bayaran kerja melalui PayPal.. Sha terus buka balik Sha punya akaun YouGov dan tengok ada pilihan tunai ke PayPal.. Yeah!! Terus tebus point yang terkumpul masuk ke akaun PayPal.. Hahaha.. Alhamdulillah.. Adalah rezeki sikit.. Walaupun melalui PayPal akan ada fee yang kita kena bayar tapi masih okaylah pada Sha.. Sikit-sikit lama-lama jadi banyaklah ye tak.. Nak joint jawab survey?? Klik je SINI atau gambar dibawah..


Rewards yang ditawarkan..

Saturday, May 18, 2019

2019 Reading Challenge - Half Success

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bulan ini memang pulun membaca je.. Tak nak layan sangat perasaan.. Saja sibukkan diri dengan bermacam-macam perkara.. Cuba bermasyarakat dan macam-macamlah.. Malam bila dah penat memang awallah tidur.. Tak ada dah nak layan-layan perasaan sangat.. Tapi biasalah perempuankan.. tengah mandi pun boleh sedih dan menangis.. hehehe.. Sedar tak sedar dah separuh target bacaan berjaya diselesaikan.. Semuanya sebab layan komik bersiri Helios Eclipse.. Memang lagi cepatlah target tercapai..

Dah 116 buah buku dari 230 buah buku..

Friday, May 17, 2019

Mimpi Bintangku #2 oleh Abeben, Syafy Zahin (Illustrator)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ini sambungan bagi komik bertajuk Mimpi Bintangku oleh Abeben (Pelukis: Syafy Zahin) yang pernah Sha kongsikan sebelum ini..

Buku kedua ini menyambung dimana watak utama sudahpun sambung belajar di luar negara dengan jurusan pilihan ibu bapa nya.. Ujian kali ini datang bila mana hobi yang dulunya menjadi satu keseronokkan kini menjadi beban dan menyebabkan kemurungan.. Perasaan-perasaan negatif yang mengganggu bermula dari ujian-ujian yang datang.. Perasaan itu menghasilkan mimpi ngeri yang mengganggu.. Bukan mudah melepaskan diri dari kemurungan tambah bila kita merasakan diri kita sendiri.. Memang lagi dalam kita terbenam.. Semakin kita lari semakin dekat perasaan itu memeluk kita.. Namun bila kita menerima perasaan itu kita sebenarnya mengakui mimpi itu tidak indah tanpa dugaan sebaliknya dugaan itu yang mengindahkan mimpi kita.. Itulah yang cuba disampaikan oleh Mimpi Bintangku #2 ini..

Sha baca dan selesai pada 17.05.2019..

Koleksi Sha..
Published March 2019 by Buku Puris

Cempaka Melati oleh Zahida Zarkasi

Assalamualaikum..
Hye semua..

Memang terbaiklah olahan penulis ini.. Dari awal membaca Sha dihdangkan dengan misteri sama ada Melati tu boleh nampak hantu atau tak.. Berterusanlah penulis menghidangkan misteri hidup si Melati ini.. Dari opah, mak ayah Melati hinggalah lelaki bernama Zhariff yang mendekati Melati.. Memang sekali hadaplah novel ini.. Tak terasa, tau-tau dah habis.. Memang sangat mengujakan.. Kerana cinta memang manusia boleh mengambil keputusan luar jangka..

Sha baca dan selesai pada 16.05.2019..

Koleksi Sha.
Published April 2018 by PROLOG MEDIA..

Gotong Royong Bubur Lambuk

Assalamualaikum..
hye semua..

Semalam ada gotong royong memasak bubur lambuk di Pusat Islam tempat Sha kerja ini.. Masak satu periuk besar bubur lambuk dan satu periuk besar bubur kacang hijau.. Sha joint team membawang.. hehehe.. Kami ke Pusat Islam jam 9 pagi untuk tugas-tugas memotong bawang, halia, bawang putih, lobak merah, daung bawang dan daun sup.. Sebab buat satu periuk je, kejap je dah siap aktiviti memotong.. Lepas tu balik pejabat baliklah.. Sambung buat kerja.. Yang memasak team lain.. Petang team lain pula membungkus.. Begitulah bila ramai staf.. Berbahagi tugaslah kami.. Pengarah pun joint team membawang.. Hehehe..

Seronok juga bila joint aktiviti macam ini.. Bertemu staf dari jabatan lain.. Beramah mesra dan bermasyarakat.. 

Agihan pula dilakukan sebelah petangnya..

 Bubur lambuk dalam proses..

Aktiviti membawang.. Hehehe..

Sha dapat dua bekas.. 1 bekas bubur lambuk dan 1 lagi bubur kacang hijau + jagung.. Malam tu pula encik suami bawa balik sebekas bubur lambuk..

Thursday, May 16, 2019

Delina Aku Antropomorfik oleh Sharina Elisa

Assalamualaikum..
Hye semua..

Novel yang menarik.. Kisah Delina si robot yang menyamar menjadi pelajar untuk menyiasat kes kematian yang berlaku seyiap malam Jumaat.. Bila Delina mula menyiasat, kematian mula berlaku lebih kerap dan bukan malam Jumaat je.. Delina semakin buntu.. Delina suspek rakan sebiliknya tapi agak mustahil untuk Sera berada di dua tempat pada satu masa.. Pelajar-pelajar lain pula menyatakan hantu dan sumpahan sekolah tu yang menyebabkan kematian.. Makin peninglah Delina menyiasat.. Siapakah dalang di sebalik semua kematian itu..?? Memang suspen dan misteri.. hehehe..

Sha baca dan selesai pada 15.05.2019..

Koleksi Sha..
Published January 2019 by Kadokawa Gempak Starz

Hadiah TTO Serum Giveaway

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah hadiah dari GA Instagram Radhia dan Huda Halid dah selamat sampai.. (Boleh baca SINI dan SINI).. Dua kotak Tea Tree Oil serum sampai ke tangan pada 14.05.2019.. Terima kasih Cosmoderm yang menaja hadiah ini.. TQ juga pada Radhia dan Huda yang memilih Sha sebagai pemenang..

11 Ramadhan 1440

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini dah 11 hari kita berpuasa.. Alhamdulillah, tahun ini dapat bertukar tukar juadah dengan jiran tetangga.. Bazaar Ramadhan dah 3 hari tak pergi.. Awal awal ari tu ada lah pergi, beli kuih.. Tapi rasa macam tak lalu dah.. Lagipun MIL rajin masak bubur, tu yang stop ke bazaar.. Kalau teringin sangat nak makan kuih tertentu baru pergi cari..

Encik suami rajin tolong MIL masak, tu yang setiap hari ada bubur.. Bubur jagunglah, bubur butir nangkalah, bubur pulut hitam, bubur kacang hijau tu belum masuk cekodok bilis, cekodok jagung, cekodok kucai.. Memang ohsemlah.. Bila MIL masak bubur dan cekodok/cucur, Amanilah tukang hantar dekat jiran-jiran.. Sha selang selikan bagi jiran jiran.. Juadah sikit jadi kenalah anta rumah berbeza.. Tapj paling kerap jiran sebelah rumahlah.. hehehe.. Kadang ada lah juadah tambahan yang dibalas jiran.. Jadi tak pergi bazaar pun dah meriah juadah..

Menu berbuka semalam yang MIL masak.. Bubur kacang hijau, cekodok/cucur kucai dan gulai pucuk paku.. 

Tomyam ayam ini Sha masak lepas amik anak sekolah agama.. Senang, bubuh semua dalam satu periuk pastu didihkan.. Siap..

Nasi goreng sotong.. Lebihan nasi semalam.. Sayang pula, tu yang buat nasi goreng..
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com