Friday, October 4, 2019

Gigi Graham Amani Luruh

Assalamualaikum..
hye semua..

akhirnya.. Gigi yang Amani bagi tahu dok goyang dari bulan 8 hari tu.. Boleh baca SINI.. Masa temujanji terakhir dengan pakar gigi.. Tapi dia tak nak pergi klinik untuk cabut.. Sha suruh dia goyang selalu supaya gigi tu luruh.. Alhamdulillah.. Akhirnya semalam pagi gigi tu luruh.. Nampak tak gigi tu bersalut besi.. Lama tunggu nak luruhnya.. 

Gigi Amani..

Besi di bahagian luar gigi..

Review Blog KasihkuAmani oleh Ain Athirah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam masa jalan-jalan tengok blog kawan-kawan.. Tiba-tiba ternampak entry terbaru oleh Ain Athirah di side bar Blog Sayidah Nafisah.. Eh.. Review Blog Sha.. Hati mulalah tertanya-tanya, maka jomlah kita terjah.. Yeah!! Ain review blog Sha.. Terima kasih Ain untuk review yang ohsem ini.. Terharu.. Teruja.. Semua adalah.. Boleh tengok review penuh oleh Ain di SINI..

Ini yang Sha nampak di Sidebar Blog Sayidah Nafisah.. Terkejut Sha.. 

Mestilah ingat.. Ain antara yang rajin juga tinggalkan komen dekat blog akak.. Mula tu ingatkan Ain dah stop berblog.. Tapi akhirnya Ain muncul semula.. Alhamdulillah and welcome back.. semoga Ain terus berblog..

Sebenarnya simple ini sebab tak pandai nak godek coding blog.. Sebelum ini pernah tukar template.. Tapi tak tahu kenapa, tiba-tiba templet tu huru hara.. Sudahnya akak pakai je templet sedia ada dekat blogger dashboard tu..

Its okay.. Pada Kak Sha tak ada apa yang perlu dimaafkan.. Mesti ada sebab kenapa Ain lambat buat/atau tak buat langsung.. Its okay girl.. Kak sha juga nak ucapkan terima kasih sebab sudi buat review yang ohsem ini untuk akak.. semoga satu hari nanti Allah temukan kita face to face.. Aamiin..

Thursday, October 3, 2019

Shopping di Shopee #9

Assalamualaikum..
Hye semua..

Isnin baru ini, Sha adalah beli beg melalui Shopee.. Tak sangka cepat betul penjual tu proses pesanan Sha.. Beli hari Isnin, hari Selasa beg dah sampai.. Sajalah Sha belikan beg untuk anak dara Sha ini.. Senang mereka nak bawa apa-apa bila berjalan ke mana-mana.. Hehehe.. dah besarkan mereka berdua ini.. Mulalah nak bergaya..

Beg selamat sampai petang kelmarin.. Yang hitam Sha punya, yang bercorak milik Amani dan Imani.. Ada free gift keychain.. 3 beg ini Sha bayar RM36.. 

Novel | Puaka Bilik Darjah oleh Rhea, Lavender Biru, Lyla

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kali ini siri cerita hantu yang Sha baca bertemakan Bilik Darjah.. Semua sekolah ada lagenda yang tersendiri.. Betul atau tak bukanlah asbab untuk kita memanggil atau mencari..

Penunggu Meja Belakang oleh Rhea
Cerita yang ringkas tapi mempunyai twist yang tak disangka.. Memang teruja membacanya.. Akibat buli, yang membuli pula dibuli.. Hehehe.. Memang kelakar bila nak mengganggu kawwan dengan hantu akhirnya yang mengganggu pula diganggu..

Penyeru Syaitan oleh Lyla
Banyak aktiviti yang boleh dilakukan, ke sekolah tinggal juga mereka nak pergi.. Akhirnya tanpa sengaja membebaskan syaitan yang sentiasa berusaha memperdaya manusia.. disebalik sejarah, ada sejarah lain yang tersimpan..

Hantu Jepun oleh Lavender Biru
Bilik Darjah yang dihantui askar Jepun.. Ada yang cuba menemuinya hinggalah menyebabkan gangguan.. Memang menarik olahannya..

Sha baca dan selesai pada 01.10.2019..

Koleksi Peribadi Sha..
Published October 2018 by Penerbit X

Drama Korea | Prince's Prince (2015)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Drama yang sangat menarik dan kelakar.. Semuanya sebab Yoo Na yang terlalu taksub dengan online game dan komputer sehingga mengabaikan abang dia.. Si Hyeon cuba mengembalikan adiknya Yoo Na ke dunia realiti namun lain pula yang jadi.. Perkenalan dengan Lee Mong Ryong membaca cerita lain dalam hidup mereka bertiga.. kelakar walaupun watak Si Hyeon tu nampak macam kejam..

Owh ya.. Drama ini pendek je.. 10 episod dan setiap episod 10 minit je..

Drama: Prince's Prince
Also Known As: The Prince's Prince , Prince's Man , Prince of Prince
Directors: Shin Joo Hwan
Genres: Romance, Drama, Melodrama
Country: South Korea
Episodes: 10
Aired: Jun 8, 2015 - Jun 19, 2015
Aired On: Monday, Tuesday, Wednesday, Thursday, Friday
Network: Naver TV Cast
Duration: 10 min.
Sinopsis: Park Shi Hyun’s younger sister is so engrossed in video games and her computer, she lives in an imaginary world all her own. Shi Hyun tries to get his sister to return to the real world, however his nemesis Lee Mong Ryong is trying to stand in the way. 

Wednesday, October 2, 2019

Novel | Puaka Perpustakaan oleh Rhea, Balqis Jaz, Eve Naura

Assalamualaikum..
Hye semua..

Terdapat tiga cerita dari tiga penulis didalam buku ini bertemakan Perpustakaan.. Garapan yang berbeza tapi sangat menarik.. Kalau dikembangkan menjadi novel penuh pun menarik..

Ulat Buku oleh Rhea
Johan sangat minat membaca dan selalu menghabiskan masa di dalam Perpustakaan.. Namun tanpa sengaja, Johan terjumpa Perpustakaan yang unik.. Buku-buku didalamnya adalah edisi lama dan susah dicari.. Kerana terlalu asyik dan diperdaya syaitan, Johan mula hanyut dengan buku dan mengabaikan pelajaran.. Walaupun dah diberikan amaran, Johan tak mengendahkannya.. Hinggalah Johan tahu kebenarannya dan akhirnya nyaris terperangkap didalam Perpustakaan itu..

Hantu Mati Anak oleh Balqis Jaz
Cerita mengenai seorang perempuan mengandung yang dibunuh dan kemudiannya dihidupkan semula untuk membalas dendam.. Berjaya dikurung tapi kemudiannya dilepaskan semula setelah memperdaya manusia dengan menjanjikan emas.. Dari situ, kejadian pembunuhan ibu mengandung pun berlaku di Perpustakaan.. Malah terbongkarlah peristiwa di zaman komunis pada pewaris yang tinggal..

Kauseru oleh Eve Naura
Kerana minat membaca, Mira tanpa sengaja telah melepaskan makhluk yang dikurung didalam sebuah novel.. Semuanya kerana secebis kertas.. Bagaimana novel tu berada di Perpustakaan, tiada siapa yang tahu.. Mujurlah ada Shah yang sudi membantu..

Sha baca dan selesai pada 01.10.2019..

Koleksi Peribadi Sha.. Bertandatangan penulis..
Published July 2019 by Penerbit X

Blogger Dashboard Berwajah Baru

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bila Sha buka je Blogger Dashboard baru-baru ini,  ada keluar pop up suruh cuba paparan baru untuk blogger dashboard.. Yang Sha nampak berubah adalah untuk Comments, Theme dan juga Stats.. Yang lain nampak sama je.. Boleh tengok perbezaannya macam dibawah ini..

Paparan belah kanan bila kita buka Blogger Dashboard yang lama.. Dekat bawah tu ada ayat Try the new Blogger!

 Kalau paparan lama dia akan tunjuk macam gambar dekat atas ini..

Yang ini pula paparan baru.. Yang Sha highlight warna merah tu kalau klik dia akan tunjuk macam gambar dekat bawah ini.. Yang Sha highlight warna biru tu pula adalah pilihan untuk kita tentukan komen tu dipaparkan, dibuang atau pun spam..

Siap ada jumlah komen..

Ini untuk paparan lama statistik blog kita..

Paparan baru nya seperti ini.. Perbezaan yang ketarakan..

 Paparan lama..


Paparan baru.. Lebih besar dan luas mata memandang.. hehehe..

Wordless Wednesday #book



Tuesday, October 1, 2019

Koleksi Buku Oktober 2019

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kalau ikutkan buku ini Sha beli dah lama.. Cumanya buku ini pra tempah, tu yang lambat sikit sampainya.. Sha beli dua set untuk setiap tajuk.. Nak jadikan hadiah buat kawan-kawan.. Buku-buku ini bertandatangan penulis.. Nantikan siapa yang bertuah itu ye.. Hehehe..

Dapat free gift pewangi.. 

Sample Wonda Coffee 3in1

Assalamualaikum..
Hye semua..

Dalam suratkhabar The Star hari ini ada sample Wonda Coffee: Kopi Tarik 3in1.. Sempena International Coffee Day katanya.. Silalah beli The star.. hahaha.. Sha bukan duta.. sekadar berkongsi.. Wonda Coffee pun dah keluarkan paket 3in1.. Ada 3 perisa.. Original, Mocha dan Kopi Tarik.. sedap juga Kopi Tariknya.. Ada sedikit perbezaan rasa dari yang dalam tin.. Ada siapa-siapa yang dapat sample Mocha atau Original?

Sha memang penggemar coffee.. Mocha, latte, caramel atau apa sahajalah.. Kalau dapat secawan memang lenalah tidur.. Bau kopi tu sendiri mampu menenangkan.. Cuma sekarang ini, kenalah kurangkan sikit.. Berat badan makin bertambah.. Usia pun bertambah juga.. Tapi keaktifan dibawah paras kosong.. adoilah.. Bab bersenam ini, memang besar dan tebal betul si huruf M itu.. hahaha..

Sempena Hari Kopi Sedunia katanya..

Ada sepeket Kopi Tarik di situ.. Perasan tak?


Sha dapat dua sebab ada dua suratkhabar.. Hehehe..

Terus bancuh buat minum pagi.. sedap.. Rasa dia tak sama macam dalam tin..

Performance Blog KasihkuAmani

Assalamualaikum..
Hye semua..

Cadangnya nak buat entry ini kalau pageview bulan Ogos capai 20K, malangnya tak capai.. Ingat bolehlah capai sebab entry bulan Julai naik sampai 19K lebih.. Bila tak dapat tu rasa macam hampa gitu.. hahaha.. Tapi buat jugalah sebab ada entry tahun 2015 yang meletup semula.. Entry review buku.. Alang-alang tak tau nak update pasal apa.. Jomlah tengok performance blog Sha yang tak seberapa ini.. All time pageview tu dah 900k dah.. Agaknya hujung tahun ini boleh capai kot 1 juta.. Berangan je dulu.. hehehe..

Kena rajin lagi blog-walking ini.. 

Tak sangka post yang paling banyak dicari ialah mengenai review buku Suamiku Mr. Blind.. Cerita Gantung The Series pun kerap dibaca.. Artikel 2015 dan 2018.. 

2019 Reading Challenge #9

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini dah 1 Oktober.. Sekejap je dah nak penghujung 2019.. Dari 230 buah buku yang disasarkan oleh Sha, setakat semalam Sha dah berjaya baca 189 buah buku.. Harapnya sempatlah capai sasaran.. Bulan pun dah tak banyak dah nie..

Bulan lepas Sha berjaya baca pelbagai genre buku.. Seram, komik, buku thriller dan ada satu buku pop sejarah.. Semua buku berjaya memberikan pelbagai rasa pada Sha.. Di bawah adalah buku-buku yang Sha dah baca..




Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com