Tuesday, August 3, 2021

Filem Jepun | Gekijouban Kamen Teacher (2014)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ini versi filem.. Kalau ikut tahun sepatutnya versi filem ini sambungan kepada drama, namun sebaliknya pula.. Kena tengok versi filem ini baru drama sebab cerita dalam filem ini berlaku sebelum drama.. Tapi okay je sebab berlainan sekolah..

Akari dihantar ke sebuah sekolah model yang mana pelajar dan guru mempunyai batas pergaulan dan ruang.. Guru tidak boleh mencampuri urusan pelajar secara personal.. Tugas guru hanya mengajar sahaja.. Terpulang pada pelajar nak ikut atau tidak.. Sebelum ini sekolah tersebut dah didatangi kamen teacher yang sangatkeras dan semua pelajar mematuhi undang-undang tanpa membuat masalah.. Namun bila berlaku satu tragedi dimana seorang pelajar perempuan terjatuh dari bangunan, teman lelaki pelajar tersebut mula melakukan keganasan bagi mencari siapa yang menyebabkan teman wanitanya terjatuh.. Maka Araki ditugaskan untuk menghukum pelajar tersebut supaya kembali mematuhi peraturan.. Araki bertegas untuk tidak menggunakan keganasan sehinggalah ada pihak yang menghantar penjahat..

Movie: Gekijouban Kamen Teacher
Screenwriter: Yamaoka Junpei
Genres: Action, School, Drama
Country: Japan
Release Date: Feb 22, 2014
Duration: 1 hr. 33 min.
This is a live-action film adaptation of Fujisawa Toru's popular manga. It's a story of school life that features a mysterious masked teacher who is good at managing motorcycle. He is a special teacher who is allowed to use his fist to reform the students. This film adaptation will also feature a confrontation between the protagonist and his old beloved teacher.

ebook | Dia Bodyguard Aku! oleh Aurora

Assalamualaikum..
Hye semua..

Novel ini okay je.. Cuma penulis sedikit kelam kabut dalam menyampaikan cerita.. Isi ceritanya mengenai Qaira dan bodyguardnya.. Okay je isi cerita dia.. Tapi bila penyampaian penulis tak tersusun, cerita jadi tak berapa menarik untuk dibaca.. Mungkin buku pertama penulis agaknya.. Semoga penulis akan menghasilkan karya yang lebih baik lepas ini..

Sha baca dan selesai pada 01.08.2021..

Sha pinjam dan baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..
Published 2020 by Syahidah Hamizah Ahmad Sukri

Drama Jepun | Kamen Teacher (2013)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Drama bersiri yang menarik.. Ala-ala kamen rider gitu.. Kikiki.. Kamen teacher ini merupakan pembenteras pelajar-pelajar yang bermasalah.. Sekolah yang mengalami pelajar bermasalah tidak terkawal akan dihantar seorang kamen teacher untuk memperbetulkan perangai pelajar.. Tapi Kamen Teacher Araki bukanlah seorang yang suka pada kekerasan setelah mengalami masa lalu yang kelam.. Beliau merasakan para pelajar yang jahat ini dapat diperbetulkan walaupun tanpa keganasan.. Maka bermulalah misi beliau di sekolah tersebut.. Disini juga beliau bertemu dengan seorang lagi kamen teacher yang menggunakan kekerasan dalam membentuk pelajar..

Drama: Kamen Teacher
Also Known As: Kamen Ticha
Director: Honda Ryuichi, Chimura Toshimitsu
Screenwriter: Yamaoka Junpei
Genres: Action, School, Drama
Country: Japan
Episodes: 12
Aired: Jul 6, 2013 - Sep 28, 2013
Aired On: Saturday
Original Network: NTV
Duration: 30 min.
Gota Araki begins work at a new high school. He is assigned to the school's notorious 2nd Year, Class C as their homeroom teacher. All of the students in Class C are violent delinquents, who have no respect for authority figures. Gota Araki quickly becomes acclimated with the students during his first day. He is beaten by his students, but he doesn't fight back. Gota Araki wants to breakthrough the student's tough outer shells, but he soon discovers that the students are more wounded than he could ever imagine. Gota Araki then turns to his mask. Will it take power or heart to change his students? ~~ Based on the manga series "Kamen Teacher" by Tooru Fujisawa.



Farm Fresh Oat Milk

Assalamualaikum..
Hye semua..

Farm Fresh pun ada keluarkan susu oat.. Sedap dan mengenyangkan.. Harga dia pun boleh tahan juga.. hehehe.. Tapi berbaloilah pada Sha untuk yang nak diet.. Susu dia pekat sebab ada oat dan oat mengenyangkan.. Kalau minum ini, memang tak teringat nak makanlah.. Rasa dia tak adalah pelik pada Sha.. Cuma susu dia pekat sikit.. 

RM3.70

Monday, August 2, 2021

ebook | Dia Budak Jepun 2 oleh Rafina Abdullah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Novel ini sambungan terus dari Cinta Budak Jepun sebelum ini.. Kepulangan Ayumi ke Malaysia selepas Yuzuru bersara adalah untuk menguruskan majlis perkahwinan mereka.. Ayumi selalu merasakan yang neneknya punya persaan dengan atuk Yuzuru dan bila terbongkar kisah sebenar, Ayumi risau hubungan yang baru dibina akan terlerai.. Maka rahsia yang terbongkar diaembunyikan.. Tapi rahsia terbongkar juga bila Ayumi dan Yuzuru kembali ke Jepun.. Rahsia menyedihkan yang pernah berlaku satu masa dahulu melibatkan keluarga Yuzuru.. Dalam masa yang sama Yuzuru kembali meneruskan Figure Skating dan menyebabkan pemain dari Malaysia cuba melakukan sesuatu yang tak baik pada Yuzuru.. Dugaan pula.. Namun penulis berjaya menjadikan hubungan Yuzuru dan Ayumi sihat bila mereka sering berkomunikasi setiap kali menghadapi masalah..

Sha baca dan selesai pada 01.08.2021..

Sha pinjam dan baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..
Published February 2020 by RMA Studio

FIlem US | F9 (2021)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Aduh.. Aksi kejar mengejar yang lebih dasyat kali ini.. hehehe.. Kali ini kisah adik beradik Toretto yang berkerja dengan keraan dan serong darinya berpaling tadah serta mencuri alat yang merbahaya.. Lepas tu Han yang dah mati, muncul semula.. Aduh.. Macam Penthouse pula bila watak dah mati buat kemunculan.. hehehe.. Pastu end credit Han berjumpa dengan Deckard.. Adakah akan berlaku pertembungan antara mereka untuk filem yang seterusnya.. Makin mengancam pula.. kikiki..

Sha layan filem ini sebab babak kejar mengejar guna kereta laju tu yang best.. Hubungan erat Dom dengan kawan-kawan dia tu ohsem..


F9
F9: The Fast Saga and Fast & Furious 9
2021 ‧ Action/Adventure ‧ 2h 25m
Dom Toretto is living the quiet life off the grid with Letty and his son, but they know that danger always lurks just over the peaceful horizon. This time, that threat forces Dom to confront the sins of his past to save those he loves most. His crew soon comes together to stop a world-shattering plot by the most skilled assassin and high-performance driver they've ever encountered -- Dom's forsaken brother.



ebook | Cinta Tak Pandang Status oleh Rafina Abdullah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Cerita yang ringkas mengenai Rania yang kematian suami, mempunyai anak istimewa dan dihalau mertua.. Imran bercinta dengan Rania namun mak Imran tak sukakan Rania kerana statusnya seorang janda anak 1.. Dalam masa yang sama mak mertua Rania cuba mendapatkan anak Rania kerana ingin menumpang kesenangan bila mana anak Rania menerima bantuan dari kerajaan kerana kurang upaya.. Mujurlah Rania tegas dan tidak mempedulikan permintaan bekas mertua dia.. Imran yang marah kerana Rania menolak bila diajak kahwin telah melakukan tindakan mengejut yang akhirnya membuatkan mak Imran menerim Rania dengan terbuka..

Cinta tu boleh datang pada sesiapa sahaja dan bila-bila masa..

Sha baca dan selesai pada 01.08.2021..

Sha pinjam dan baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..
Published February 2020 by RMA Studio

Drama Korea | Something Between Us, Summer Story (2020)

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Kali ini kisah mengenai kawan mereka pula iaitu Jun Hwan dan Ji Hye.. Bila dah suka, senang je nak klik.. Drama pendek yang sweet dan santai.. Min Gyu dengan Yoon Ji pula semakin mesra dan dah berpindah ke rumah baru.. Kemudian mereka berempat pergi bercuti bersama..

Drama: Something Between Us, Summer Story
Genres: Food, Comedy, Romance
Country: South Korea
Episodes: 4
Aired: Jul 8, 2020 - Jul 29, 2020
Aired On: Wednesday
Duration: 6 min.

Sunday, August 1, 2021

Catatan Sinovac Kami

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Sha dan encik suami dah complete dos kedua untuk vaksin Sinovac.. Encik suami punya temujanji kalau ikitkan semalam jam 11.30 pagi di kertas dan jam 4 petang di aplikasi mySejahtera.. Bila pergi sebelah pagi, punyalah ramai orang beratur, makanya kami balik dulu dan bercadang nak datang sebelah petang ikut masa yang tertera di aplikasi mySejahtera.. Tapi jam 2.34 petang encik suami dapat panggilan dari pusat vaksin untuk datang terima suntikan.. Masa ini orang dah tak ramai dah.. Sha pun temanlah encik suami sekali.. Encik suami tanyakan dekat petugas tu sama ada Sha boleh cucuk sekali tak sebab temujanji Sha hari ini patutnya.. Alhamdulillah, petugas itu benarkan sebab doa kedua.. Kalau dos pertama memang dia tak bagilah.. Jadinya Sha pun cucuklah sekali.. Senang.. Tak payah datang dah hari ini..

Masa nak cucuk tu petugas tu tanya nama, no ic dan vaksin apa yang nak dicucuk.. Kemudian petugas tunjukan amoun vaksin yang akan dicucuk.. Masa dia cucuk tu Sha tak tengok pun.. Walaupun dah selalu kena cucuk untuk amik darah, tetap ngeri.. hehehe.. Dah cucuk dia tunjukkan jarum yang kosong tu dekat Sha.. Sha dan encik suami tak bergambar pun dekat booth yang disediakan.. Kami ambil gambra dekat luar je, demi keselamatan.. 

Setakat ini kesannya pada Sha dan encik suami ialah lenguh tangan.. Kemudian Sha sakit kepala dari petang lepas cucuk sampailah ke pagi.. Tu jelah.. Lain tak ada apa pun.. Untuk hilangkan lenguh di tangan, Sha dan encik suami gerak-gerakkan tangan.. 


PSV: Membuat Doh Tepung & Tembikar

Assalamualaikum..
Hye semua..

Imani diminta menggunakan tepung untuk membuat tembikar.. Mak lah tukang bancuhnya.. hahaha.. Encik suami tak bagi, dia suruh beli tanah liat je.. Tapi Sha bancuh je.. Bukan nak guna banyak pun.. Dua cawan tepung, 1 cawan garam dan setengah cawan air.. Sha yang ulikan.. Tapi produknya, Imani yang bentukkan.. Kerja sekolah dia kan.. Nak menguli tu je dia tak kuat.. Bila beraktiviti macam ini memang seronoklah anak-anak buat dengan mak..

Cawan, mangkuk dan bekas..

Filem US | Gunpowder Milkshake (2021)

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Tengok filem ini sebab ada babak dekat dalam perpustakaan.. Cantik gila perpustakaan dia.. Kalau dapat peluang pergi situ memang bahagialah.. Dah lah perpustakaan tu besar, susunan cantik dengan buku yang banyak tu memang heaven lah.. 

Cerita dia sempoi je.. Pembunuh upahan yang tersalah bunuh orang kemudian simpati dan selamatkan seorang budak, akhirnya jadi buruan dua pihak.. The Firm dengan ketua jenayah mengejar dia dan juga menyebabkan dia kembali bersatu dengan mak dia yang juga seorang pembunuh upahan.. Babak tembak menembak, kejar mengejar dan juga berlawan dalam filem ini memang ohsemlah.. Bila Eva tu mengaku bunuh bapa Emily, Emily maafkan dia sebab pada Emily dia cuma jalankan arahan.. Yang jahat tu orang yang suruh Eva bunuh bapa dia.. Jadinya demi mengelakkan Eva terus jadi buruan, Eva dengan Emily pergi jumpa Nanthan dan ugut supaya hentikan pemburuan Eva.. Kalau tak dia hapuskan semua yang ada dalam The Firm tu.. 

Gunpowder Milkshake
2021 ‧ Action/Thriller ‧ 1h 54m
To protect an 8-year-old girl, a dangerous assassin reunites with her mother and her lethal associates to take down a ruthless crime syndicate and its army of henchmen.

Wall’s Magnum Chocolate Truffle

Assalamualaikum..
Hye semua

Aiskrim yang sangat mengancam, mewah dan mahal.. Kikiki.. Dibuat menggunakan coklat Belgian yang mewah.. Harganya pun sedikit mahal dari aiskrim magnum yang sedia ada.. Memang puas hatilah makan Magnum Chocolate Truffle ini.. Mewah coklatnya.. Rasa bahagia je bila dapat makan aiskrim coklat ini.. kikiki..

RM5.30

Lapisan coklat yang sangat mengancam..

Sedap dan mewah dengan coklat.. Berbaloi bayar mahal-mahal.. kikiki..
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com