Friday, November 5, 2021

Filem Korea | Hwayi: A Monster Boy (2013)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sebuah kisah yang menyayat hati dan menyedihkan.. Seorang budak yang diculik dan kemudiannya dibesarkan oleh penculik yang menculik beliau.. Hwa Yi cuba dijadikan penjahat juga oleh 5 penculik yang membesarkan beliau.. Walaupun Hwa Yi agak tak berani dalam melakukan pembunuhan namun semuanya berubah bila Hwa Yi dikehendaki masuk ke sebuah rumah.. Rumah tu akhirnya membongkar rahsia siapa sebenarnya Hwa Yi, maka bermulalah misi membalas dendam Hwa Yi terhadap manusia-manusia yang merosakkan kehidupan beliau..

Movie: Hwayi: A Monster Boy
Also Known As: Gwimureul Samkin Ai , Hwayi: Gwimuleul Samkin Ai
Director: Jang Joon Hwan
Screenwriter: Park Joo Seok
Genres: Action, Thriller, Psychological
Country: South Korea
Release Date: Oct 9, 2013
Duration: 2 hr. 5 min.
A 5-member gang, led by Seok Tae, kidnaps a baby boy named Hwa Yi and raises the baby like their own son. The baby boy is now 17 years old and has turned into a lethal killer. Taking part in his father's gang, Hwa Yi learns about his own past. Hwa Yi pulls out his gun to find out who he really is.
(Source: AsianWiki) 

Dine In di KFC

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam tengahari bawa anak-anak pula dine in di KFC.. Mujurlah tak ramai orang.. Kalau ramai memang Sha cancel.. hehehe.. Kita elakkan tempat yang sesak.. Lama dah tak dine in di luar kan.. Kebetulan ada rezeki lebih, kita bawalah tempat kesukaan anak-anak.. KFC di hati.. hehehe..

Kakak memang kesukaan dia nasi ayam KFC dan cheezy wedges.. Adik pula suka Cheezy Bowl dan fries KFC..

3-pc Black Sesame Balls - RM4.20

Sha pula cuba menu baru dari KFC ini.. Okaylah.. Tak manis dan macam makan mochi versi goreng.. hehehe.

ebook | Bloodlust oleh Naurah Hazwany

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..
Hye semua..

Ebook pertama untuk bulan November.. Sha dapat ebook ini secara percuma dari penulis.. ebook yang ringkas namun jalan ceritanya menarik.. Kisah Draki yang gilakan darah dan berkenalan dengan Alin bila Alin berpindah di sebelah rumah Draki.. Perkenalan yang membawa kepada hubungan yang lebih serius dan pembongkaran perangai Draki.. Namun kerana satu kejadian hitam, akhirnya terbongkar tujuan sebenar Alin mendekati Draki.. Nice..

Sha baca dan selesai pada 02.11.2021..

Sha baca menggunakan aplikasi Google Play Books.. ebook ini diberikan percuma oleh penulis..
Published October 31st 2021 by Studio Fictionist

Thursday, November 4, 2021

Jalan-Jalan Cari Makan

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam sajalah keluar makan tengahari dengan rakan pejabat.. Kebetulan pejabat kosong dan tak ada orang.. Maka berjumba-jumbalah kami.. Bestnya sebab makan di Secret Recepi.. Kami buat tempahan meja dan pesan makanan siap-siap.. Jadinya bila kami sampai, terus staf SR hidangkan makanan.. Jadinya tak adalah ambil masa yang lama..

Jom ke SR.. Kami berlima je yang kerja..
3 orang staf dan 2 pelajar praktikal..

Makanan semua dah sampai.. Kita bergambar dulu..

Sha dan sorang lagi rakan pesan Hainanese Chicken Chop.. Okaylah rasa dia.. 

Rakan sekerja yang sorang lagi order Secret Resepi Fried Rice with Satay.. Nasi gireng ini ada lada hitam.. Sedap..

Ini menu pilihan pelajar praktikal.. Lupa pula namanya apa.. hehehe..

Yang ini pun menu pelajar praktikal TomYum Noodle.. Pakej sekali dengan kek..

Rakan sekerja Sha order Shijuku Nutella with aiskrim.. sedap.. Berbaloilah bayar RM11.90

4 orang order air Limau asamboi ni..

Sorang lagi order bandung selasih.. Sedap air ni.. 

Filem US/Germany | Army of Thieves (2021)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem ini kira kejadian sebelum rompakan di Vegas bila diorang kena berdepan dengan zombie.. Untuk filem ini Ludwig Dieter/Sebastian melalui kehidupan yang membosankan sampailah didatangi Gwendoline.. Gwendoline mengajak Sebastian untuk sertai kumpulan beliau dan rompak peti besi yang direka oleh Hans Wagner.. sebastian ini tak pernah lagilah buat perkara-perkara macam ini tapi disebabkan teruja dia joint kumpulan Gwendoline ini.. Namun pada rompakan kedua, sebastian ditinggalkan oleh Brad dengan sengaja sebab cemburu.. Gwendoline dan Korina kembali mencari sebastian dan meneruskan misi mereka untuk merompak peti besi ketiga.. Pada akhirnya Gwendoline korbankan dirinya untuk ditangkap dengan syarat Sebastian dibebaskan.. Pada penghujung cerita dikongsikan babak Scott Ward dan Maria Cruz mengajak Sebastian untuk membuka peti besi terakhir Hans Wagner yang dikatakan hilang.. Ini membawa mereka kepada filem Army of the Dead.. 

Army of Thieves
2021 ‧ Thriller ‧ 2h 7m
In this prequel to "Army of the Dead," a mysterious woman recruits bank teller Dieter to assist in a heist of impossible-to-crack safes across Europe.

Kintry Macadamia Cookies with White Choc Chips

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha beli ini sebab teringin nak rasa.. Biskut dia just nice.. Tak terlalu manis dan okaylah.. Ada ketulan kacang macadamia.. Pek ini sekali makan je.. Kecil dan comel.. snenag nak dibawa ke mana-mana.. hehehe.. 

RM4.84 (35g)
Cookies yang penuh dengan kelazatan mentega bersama kacang macadamia berserta potongan coklat putih.

Isi dalam dia.. hehehe.. Berbaloilah dengan harga..

Wednesday, November 3, 2021

Drama Korea | Moebius: The Veil (2021)

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..
Hye semua..

Drama ini 2 episod je.. Sebelum drama The Veil kalau ikut alur ceritanya.. Kira okaylah sebab Sha tak tengok lagi The Veil tu, terus tengok yang ini sebab 2 episod.. kikiki..

Dramanya agak beremosi jugalah.. Kisah agent yang dinafikan haknya untuk kembali ke negara asal bertahun-tahun.. Kemudian bila operasi dilakukan agent tu tak dipedulikan pun sebaliknya team dia sebok nak tangkap penjahat.. Memang kejamlah pada Sha.. Dua episod tapi sangat beremosi.. Ada yang berpaling tadah sebab tak tahan dengan layanan.. Agent tu manusia kan..

Drama: Moebius: The Veil
Also Known As: Moebius: Black Sun , Moebiuseu: Geomeun Taeyang
Genres: Action, Thriller, Mystery, Crime
Country: South Korea
Episodes: 2
Aired: Oct 29, 2021 - Oct 30, 2021
Aired On: Friday, Saturday
Original Network: MBC
Duration: 55 min.
The story of when Agent Seo Soo Yeon, who returns from China, gets involved in a dangerous deal with Agent Jang Chun Woo.
(Source: Korean = Naver || Translated= MyDramaList)

Komik | Fruto Kingdom: Misi Srikandi Sahara oleh Syuhada Safian, Hasse'

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..
Hye semua..

Komik ini merupakan komik bersiri namun masih boleh difahami walaupun tak baca siri yang sebelum ini.. Untuk siri yang ini, geng fruto telah tersadai di Wilayah Selatan dan mendapati penduduknya berada di dalam keadaan pelik.. Mereka bergembira dan tidur sepanjang masa tanpa mempedulikan kebun mereka.. Geng Fruto mula menyiasat dan mendapati ada yang berpura-pura baik demi menjahanamkan wilayah selatan.. 

Sha baca dan selesai pada 02.11.2021..

Sha pinjam buku Perpustakaan Negara Malaysia..
Published 2019 by Ana Muslim Sdn Bhd

Kopi Gantung Viral Perlis, Tanjung Malim.

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..
Hye semua..

Mencuba Kopi Gantung Viral Perlis tapi dijual di Tanjung Malim Perak.. Memang sedap.. Pada Sha rasa dia sangat lemak dan tak manis.. Memang sedaplah.. Berbaloi tau bayar RM4 untuk sepeket kopi ini.. Boleh singgah selalu ini.. kikiki..

Cekap akak tu buat..

Posing satu kali.. hehehe..

Kopinya.. RM4 sebungkus.. Sedap.. Kena dengan tekak Sha..

Wordless Wednesday 2021

Tuesday, November 2, 2021

Imani Kembali ke Sekolah

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Semalam dan hari ini, Imani dah mula bersekolah agama.. Minggu ini hanya tahap 1 sahaja yang akan bersekolah.. Bila tanya Imani, dia kata nak pergi walaupun kakak tak ada.. Maka berusahalah dia membasuh kasut sekolah, mengemas beg pada malam Ahad hari tu.. Semangat tau nak ke sekolah.. hahaha.. 

Hari pertama masa pergi kemain teruja dia tapi bila amik, kemain panjang muncungnya.. Katanya ada kawan ejek-ejek dia.. Mak layankan aje dia meluahkan perasaan.. Ingatkan esoknya dia tak naklah ke sekolah..

Hari ini masa balik tengahari, kemain teruja lagi dia nak ke sekolah.. Siap tanya kenapa mak lambat.. Hahaha.. Adoilah anak.. Siapkan dia, lepas tu hantar.. Masa balik, dah tak ada muncung.. Kemain happy lagi naik kereta.. Katanya ada kawan baru yang comel.. Layan jelah.. Lega tengok dia gembira..

Teruja nak ke sekolah..

Buku | Cerita Abang Kadi oleh Imran Burhanuddin

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..
Hye semua..

Ada  pelbagai kisah menarik yang dikongsikan dalam buku ini.. Bermacam ragam orang yang ingin berkahwin, bercerai, rujuk dan berpoligami.. Ada yang setia hingga ke hujung nyawa.. Ada yang kembali rujuk setelah berpisah kerana masih memerlukan antara satu sama lain.. Ada yang kelakar, sedih dan juga memberikan pengajaran.. Memang berbaloilah baca.. Ada juga penulis selitkan nota dihujung buku..

Sha baca dan selesai pada 01.11.2021..

Sha pinjam buku Perpustakaan Negara Malaysia..
Published May 2019 by Komrad Buku
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com