Tuesday, December 13, 2016

Shopping Baju Sekolah Amani

Assalammualaikum..
Hye semua..

First time membeli belah untuk anak sekolah rendah.. 
Mahal Okay.. Amani darjah 1 untuk tahun 2017.. 
Kelengkapan sekolah dia yang Sha dah beli Baju Sekolah Rendah (3pasang), Baju Sekolah Agama (3pasang), Kasut Sekolah (1pasang), Stoking Sekolah (3pasang) dan Pembalut Buku (2gulung).. 1 beg sekolah untuk Imani.. Semua nie hampir RM300.. 

Inipun kami mencari bermula dari Tanjung Malim, Behrang 2020 dan Slim River.. 
Dari Pasaraya HariHari, Sakan, Big Ten, BB Kim Wah, TF Value Mart, BB Kim Wah, dan berakhir dengan Econsave... Pening rupanya.. Hahaha.. Pengalaman okay.. 
Sebab anak baru nak sekolah kan.. Itupun tudung sekolah lupa beli.. 
Beg sekolah agama boleh pakai yang lama sebab masih elok lagi.. 
Nak beli beg sekolah rendah.. Ini terlupa.. 
Kasut sepasang lagi dan stokin tambahan..
Mujurlah peralatan sekolah dia dah ada adik Sha sponsor..
Beriya dia nak belikan untuk Amani.. Yang ini boleh tengok entry

Kat bawah nie Sha senaraikan harga barang yang kami beli.. 
Sebagai rujukan dan juga simpanan Sha..
sha settle beli barang-barang ini pada 12.12.2016..

Harga Kelengkapan Sekolah Amani
  • Baju Sekolah Rendah (3pasang) RM98.60
  • Baju Sekolah Agama (3pasang) RM100.40
  • Kasut Sekolah (1pasang) RM15.90
  • Stoking (3pasang) RM9.90
  • Singlet (6pasang) RM35.40
  • Pembalut Buku (2gulung) RM8.40
  • Jumlah Keseluruhan = RM268.60
Mujurlah kami menyimpan sedikit-sedikit duit dari awal tahun hari tu..
Bila membeli macam ini tak terasa lah sangat..
Tapi bila sha kenang balik perbelanjaan kami..
Terasa betapa ringannya beban kami berbanding mereka yang anak ramai..
Terasa semakin peritnya kewangan pada zaman sekarang ini..
Semakin mahal anak-anak nak ke sekolah..

Ini belum lagi bayar duit buku sekolah rendah dan sekolah agama..
Baju sukan lagi.. Yuran sekolah lagi..
Sesungguhnya pendidikan di Malaysia semakin mahal..

Shopping Baju Sekolah Amani 
Sebahagian Pakaian Sekolah Amani

Shopping Baju Sekolah Amani 
Mak ayah sebok cari baju sekolah Amani..
Amani dengan Imani sebok nak main puzzle..
Asyik tanya bila nak balik..
Adoi la hai..

6 comments:

  1. Adoi bertingkek2 nak kena beli..Murni mggu depan baru nak start membeli..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la kak.. Banyak rupanya.. Da jadi parents nie baru tau..

      Delete
  2. Boleh tahan mahal persiapan ke sekolah sekarang kan

    ini abru seorang anak. Kalau dah 5 orang sekolah.

    ReplyDelete
  3. adehh banyaknye.. Kene menyimpan awal kalau anak dah sekolah ni.. Nanti tak la terbeban sgt dengan brg yg semakin mahal skrg ni..

    ReplyDelete
  4. kak sha da shoping.. comel je amani n imani ni.. macam kembar pun ada.. moga jadi anak soleha adik comel

    ReplyDelete
  5. MV minta jahit jer baju sekolah agama...sebab kat sabah ni kos 2 kali ganda...

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com