Friday, February 10, 2017

Fisioterapi Bermula

Assalammualaikum..
Hye semua..

Rabu (08.02.2017) Sha mulakan rawatan fisioterapi untuk lutut Sha..
Alhamdulillah sesi pertama berjalan lancar..
Sha mulakan sesi fisioaterapi dengan Hotpack..
Hotpack tu dia balut dengan tuala pastu letak kat lutut..
Tempoh dia 15 minit..

Kemudian buat rawatan terapi eletrik..
Mesin dia kecik je..
Yang ini pun 15 minit juga..
Last sekali kena buat senaman..
Kayuh basikal selama 15 minit..
Berjayalah Sha bakar kalori sikit.. Hehehe..

Lepas selesai semua sesi ini..
Sha diberi nasihat untuk tuam lebam dikaki dengan Icepack..
Buat sekali sehari..
Untuk lutut pula Sha kena buat senaman..
Angkat kaki dalam kiraan 10 sebanyak 30 kali..
Kena buat pagi, petang dan malam..
Buat setiap hari sampailah temujanji yang seterusnya..

Selain itu Sha juga dinasihatkan untuk mengayuh basikal dirumah..
Buat paling kurang 15 ke 20 minit..
Sha juga tidak dibenarkan untuk berdiri terlalu lama..
Berjalan terlalu lama..
Tempoh masanya mestilah tidak lebih 30 minit..
Supaya lutut tidak terbeban..

Berusaha sehabis daya..
Yang menyembuhkan Allah yang maha kuasa..

Fisioterapi Bermula
Surat rujukan untuk buat fisioterapi..

Fisioterapi Bermula
Ini nama dia strapping (kalau salah boleh betulkan).. Bubuh kat lutut untuk support.. Sepatutnya pakai 5 hari tapi disebabkan doktor pesan kalau rasa gatal-gatal, boleh buka.. Makanya Sha pakai tak sampai sehari.. Huhuhu.. tapi memang best pakai mende nie..

16 comments:

  1. Kesian sis... Semoga cepat sembuh... Ada appointment kan nak attend fisioterapi tu... Sebab pernah hantar ayah kat situ... Tulang pinggul lari sikit sebab pernah jatuh...

    ReplyDelete
  2. Semoga kak Sha cepat sembuh seprti sediakala dan ikutlah arahan doktor selalu.. =)

    ReplyDelete
  3. Get well soon kak. jaga kesihatan ya :)

    ReplyDelete
  4. kenapa dengan lutut sha tu? moga cepat sembuh ya

    ReplyDelete
  5. Lahai.. Sian sha.. moga sha cepat sembuh ye.. kuatkan semangat utk terus buat fisio..

    ReplyDelete
  6. Semoga cepat sembuh ya sis Sha :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »