Saturday, July 6, 2019

Kursus Penghasilan Macaroon Dan Kek Span Coklat Cawan

Assalamualaikum..
Hye semua..


Kursus Penghasilan Macaroon Dan Kek Span Coklat Cawan di Kolej Komuniti Sabak Bernam

Sha joint kursus ini pagi tadi.. Saja teman encik suami kursus.. Encik suami ambil kursus elektrik, beliau nak cukupkan 5 hari berkursus.. Sha pula saja nak tambah ilmu.. Dari sini baru tahu yang macaroon nie susah rupanya nak buat.. Patutlah mahal.. Berbaloilah dengan harga yang dijual.. Sha kongsikan resepi dan kaedah memasak melalui gambar dibawah ye.. Sha habis kursus awal.. Encik suami belum selesai lagi.. jadinya, kenalah tunggu encik suami selesai.. Mujurlah ada unlimited data, layan cerita China dulu.. hehehe..

Bawah ini resepi Macaroon France Style..



Resepi kek span coklat cawan


Hasilnya:-
 Kek span dalam cup..

Macaroon yang dah siap berintikan coklat ganache..
Sedikit perkongsian Sha mengenai Macaroon ini.. Lepas masak, macaroon nie sangat keras dan rapuh.. Kalau ikut penerangan cikgu yang mengajar, sepatutnya macaroon nie keras di luar dan chewy didalam.. Tapi yang kami buat nie semuanya keras.. Tapi.. tapi.. Bila malam tu Sha makan, elok je dia rangup kat luar dan chewy kat dalam.. Rasa pun seperti makan macaroon yang mahal dan dijual di cafe-cafe hipster.. Memang tips dia begitu rasanya.. Kena makan 6 jam lepas buat atau esoknya untuk rasa atau texture yang sepatutnya muncul.. Cikgu pun ada cakap nak sedap kena makan esoknya, baru rasa kacang badam tu akan lebih menyerlah..

16 comments:

  1. Wow.nampak macam,menarik macaroon tue . Rasa macam makan

    ReplyDelete
  2. Cantik kejadian macaroon yang dah siap tu. Bagus juga ye join kursus-kursus macam ni. Dapat tambah ilmu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Kinah.. sesekali kena belajar juga ilmu lain..

      Delete
  3. Doakan sy minat utk mendalami ilmu memasak ni 😅😅😅

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. ish.. taklah.. saja nak belajar je.. hehehe..

      Delete
  5. pernah buat sekali macaroon tu tapi tak berapa menjadi lak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang susah nak buat dia.. teknikal sangat..

      Delete
  6. aida lom pernah merasa makarun ni, sha.
    mahal! ha ha haha... agak kedekut nak beli.
    and nak buat mcm x mudah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang mahal pun.. Harga tu sepadan dengan usaha nak membuatnya.. Payah dan teknikal..

      Delete
  7. buat mmg xtau tp mmg dah sedia maklum macaroon ni mmg mahal... aritu tgk discovery psl macaroon, pembuatan dia alahai... sabo je laa maklum laa bila hasilkn dlm skala bsr lg kena berhati2...

    ReplyDelete
  8. best dapat join kursus macam ni

    ReplyDelete
  9. dia kena semalaman kot baru chewy tu, macam kek la jugak. bagus lah dah belajar buat macaroon. ni sampai sekarang x buat2 cam payah jerr.

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com