Wednesday, July 10, 2019

Wish List oleh Syamnuriezmil

Assalamualaikum.. 
Hye semua..

Yeah!! Setelah lama sabar menunggu giliran, berjaya juga pinjam novel ini di PNM elib.. Dan Sha memang memerlukan sesuatu yang boleh mengalihkan perhatian Sha.. Walau ramai yang kata buku ini cliche dan tak logik, tapi pada Sha buku ini cukup rencahnya.. Stail Syamnuriezmil yang Sha suka..

Cerita pasal Safa yang kehilangan lelaki yang dicintainya tanpa sempat melafazkan perasaan.. Kemudian bertemu pula dengan Dutch celup yang mukanya serupa seperti lelaki yang telah pergi.. Bermulalah hubungan yang macam taufan tsunami.. Ada je yang tak kena antara Safa dan si Dutch celup.. semuanya gara-gara salah faham dalam kerja sebelum ini.. Tapi kerana si Dutch celup ini jugalah si Safa ini berjaya menunaikan semua wish list yang dibuat oleh lelaki yang dicintai Safa serta berbaik semula dengan ayah dan family tiri Safa.. Kawan baik Safa si Ummi pun berjaya buat jalan cerita ini jadi menarik.. Walaupun kawan baik tak semestinya kena setuju dengan semua perkara tambah kalau perkara itu salah..

Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.. Walaupun mata melihat persamaan namun hati dapat merasakan perbezaan.. Ini yang disampaikan Syamnuriezmil buat pembaca wish list dan setiap quote, ayat yang dikongsikan berjaya buat Sha lupa apa yang hati Sha rasa.. Ye buku ini berjaya buat Sha lupakan sekejap apa yang membeban di hati.. I need some escapism even its temporary.. 

Sha baca dan selesai pada 09.07.2019..

(ebook : PNM e-Reader)
Pinjam dari elib PNM..
Published May 2018 by Penulisan2u

8 comments:

  1. best..tak pernah miss novel2 syamnuriezmil. I is nangis baca novel ni sbb part ditinggalkan tanpa pesan... :-( cedih!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. novel beliau tak pernah tak best..

      Delete
  2. Sukalah baca reviews Sha ni menarik perhatian Mrs. A

    ReplyDelete
  3. Wah Mira Filzah la cover dia ")

    ReplyDelete
  4. Novel nilah yang first sekali saya beli secara direct dgn Syamnuriezmil. Memang antara favourite novel selain Mr Grey.

    ReplyDelete
  5. lama tak beli novel... yang beli ada lagi tak baca...teruk nau pengurusan masa ni...

    ReplyDelete
  6. Sedihlah kan bila ditinggalkan tanpa pesan.. Pernah melalui situasi tu dulu, so mmg ambil masa lama utk terima kenyataan...

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »