Friday, June 21, 2024

ebook | X-VENTURE Unexplained File L04 - The Cursed Painting by Chang Lip Wei, Liew Chek Kee, Sloow Studio

Assalamualaikum..
Hye semua..

Okay kali ini buku ini cerita tentang bau dan lukisan puaka.. Buat pertama kalinya watak Allen muncul.. Allen ini polis yang menyiasat ke kematian seorang hartawan setelah membeli lukisan puaka ini tadi.. Betulkah lukisan tu membunuh atau ada yang cuba mengambil kesempatan.. Penyiasatan yang mantap dan mengujakan..

Info yang buku ini kongsikan pula tentang kenapa deria bau sangat penting buat manusia.. Bagaimana pernafasan berfungsi.. Apakah foktor yang membantu kita menghidu denban baik? 

Sha baca dan selesai pada 19.06.2024..

Published January 1, 2016

Tembikai Black Beauty & Hami Melon

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lama betul tak nampak tembikai jenis Black Beauty ini.. Bila jumpa memang belilah sebiji.. Alhamdulillah manis betul isinya.. Puas hatilah beli.. Sha memang suka betul makan tembikai sejak Ramadan tahun ini.. Boleh dikatakan, memang sentiasa adalah tembikai merah dalam peti ais.. Selalu beli yang bulat biasa tu je.. Bila jumpa Black Beauty ini, memang belilah sebab bukan selalu ada..

Hami Melon ini pertama kali Sha jumpa dekat pasaraya sini.. Belilah sebab nak rasa.. Boleh tahan juga harga dia.. Rasa dia manis tapi tak adalah terlalu manis.. Sedang-sedang je manis dia, yang pasti rangup dia tu.. Pergh!! Krup krap, krup krap bila gigit..

Tembikai Black Beauty (2.806kg) - RM12.04
(1kg = RM4.29)

Merah isinya dan biji dia banyak..

Hami Melon (2.060kg) - RM2.58

1kg = RM9.99
Hargapun mengancam.. kikiki..

Oren cantik isinya..

Meraikan Ulang Tahun Kelahiran Amani

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam kami meraikan ulang tahun Amani dengan kek keju kegemaran Amani.. Hadiah yang Amani minta dari Sha pula adalah set buku Harry Potter.. Sha okay saja bila dia minta buku, seronok tengok dia suka membaca.. Tambahan pula dari bacaan ini bolehlah dia tambah kosa kata untuk buat karangan.. Adik pun boleh tumpang baca juga.. Semoga Amani sentiasa dalam perlindungan Allah.. Aamiin..

Buku yang dipesan sampai awal.. Sampai pada hari kami nak meraikan ulang tahun perkahwinanulang tahun perkahwinan Sha dan encik suami.. Tak sangka yang buku akan sampai begitu awal.. Pesan pada 1 Jun 2024 pagi dan 2 Jun 2024 tengahari dah sampai.. Sampai tu memang terus bagi Amani..

Sebelum baca, haruslah emaknya balutkan dulu.. Runsing tengok buku tak berbalut.. kikiki..

Kek Keju kesukaan Amani.. Tiap-tiap tahun wajib beli ini dekat kenalan Sha.. Memang sedap dan kena sangat dengan harganya.. Puas hati.. Amani memang tak kan minta kek selain kek ini.. 

ebook | X-VENTURE Unexplained File L03 - The Brain Maze by Chang Lip Wei, Liew Chek Kee, Sloow Studio

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku ketiga ini mengenai jerangkap minda dan info tentang otak.. Kali ini mereka dapat tugas tentang pelajar yang tiba-tiba berubah selepas pergi ke pusat kajian otak.. Ash dan Katie dihantar untuk menyamar dan menyiasat.. Walaupunberjaya menyelamatkan pelajar lain namun penjahat utamanya terlepas..

Penerangan menarik mengenai otak, fungsi otak, kegunaan otak kiri dan kanan, perbezaan otak lelaki dan perempuan, penuaan otak, gelombang otak, hipnosis, adakah otak kita tidur, memori, info tentang otak haiwan juga dan banyak lagi info menarik mengenai otak.. 

Sha baca dan selesai pada 19.06.2024..

Published May 1, 2016 by Kadokawa Gempak Starz Sdn. Bhd.

Thursday, June 20, 2024

Sambal Kentang Bilis Rangup Abang Syukor

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ini satu lagi sambal best dari Abang Syukor.. Memang betul-betul rangup seperti yang dikatakan.. Beli pula masa live, memang ngamlah.. Sha ratah macam tu saja.. Tak berapa pedas, rangup, meriah dengan ikan bilis dan mewah dengan kentang.. Puas hati.. Barulah betul sambal kentang bila isi dalam penuh dengan kepingan kentang yang rangup.. Memang akan beli lagi sambal yang ini.. 

Sambal Kentang Bilis Rangup Abang Syukor - RM7.62

Memang meriahlah dengan kentang.. Rangup pula tu..

ebook | X-VENTURE Unexplained File L02 - The Phantom Eyes by Chang Lip Wei, Liew Chek Kee, Sloow Studio

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku kedua ini tentang penglihatan.. Maklumat mengenai mata atau pandangan diselitkan dihujung setiap bab..Memang bagus untuk fibaca oleh kanak-kanak serta orang dewasa.. Ada penerangan tengan buta warna, perubahan okular pada haiwan, bagaimana untuk melihat di dalam gelap, pandangan malam dan juga tentang cermin.. Memang menariklah sebab belajar tentang perkara lain juga selain komik..

Kali ini Madam White pergi bercuti namun sebelum itu sempat tinggalkan kes untuk Ash, Katie dan Crowley siasat.. Kali ini mereka kena pergi ke gunung untuk menyiasat kes tentang tample yang katanya boleh mempunyai keupayaan menyembuh dan membaiki nasib.. Malangnya ianya hanya lah tipu dan mereka menggunakan ilusi mata.. Tapi saat kes selesai, Madam White mengesahkan yang dia tak pernah tinggalkan kes untuk mereka siasat.. Jadinya kes tu dari siapa?

Sha baca dan selesai pada 18.06.2024..

Published May 1, 2016 by Kadokawa Gempak Starz Sdn. Bhd.

Sewing Kits Multi-function

Assalamualaikum..
Hye semua..

Imani minat sangat menjahit.. Selalunya dia usik barang jahit ayahnya.. Bila Sha tengok kesungguhan dan minat dia, Sha pun belikan set menjahit ini untuk dia.. Lengkap ada macam-macam supaya dia tak usik barang jahit ayahnya.. Boleh Sha guna sekali untuk jahit seluar atau kain yang terkoyak.. kikiki..

98pcs Sewing Kits Multi-function Sewing Box Set for Hand

Include:
22 X Coils , 2 X Colorful Coils  , 1 X Gold Tail Needle Tray , 30 X Gold Tail Needles , 3 X White Buckles, 3 X Black Buckles , 3 X Buckles , 2 X Threaders , 1 X Looser Clip , 1 X Pen , 1 X Disassembly Device, 1 X Plating Eyebrow Clip , 2 X Metal Thimbles , 1 X Scale  , 1 X Scissors  , 1 X Nail Clippers , 5 X Pearlite Needles ,5 X Big Pins , 1 X Pin Drum , 5 X Pins ,1 X Black Storage Bag

Sambal Geprek Ikan Bilis Abang Syukor

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha teruja betul dengan sambal yang ini.. Beli dengan harapan kena sangatlah dengan tekak.. Alhamdulillah memang kena.. Sedap, masin, manis.. Memang secukup rasalah dekat tekak Sha.. Tak terlalu pedas.. Ikan bilis pun banyak.. Memang layan.. Sha jadikan rencah nasi goreng, pergh!! Memang sedaplah.. Sha suka sebab sambalnya elok je walaupun tak simpan dalam peti ais.. Tahan lamalah juga, seminggu macam tu..

Paling best sebab berjaya beli dengan harga diskaun.. kikiki.. Sha beli pagi-pagi masa live, dapatlah penjimatan harga.. 

Sambal Geprek Ikan Bilis Abang Syukor - RM10.09

Isi dalam dia.. Berminyak, merah dan ada ikan bilis.. Padu betul..

Wednesday, June 19, 2024

ebook | X-VENTURE Unexplained File L01 - The Crying Stairs by Chang Lip Wei, Liew Chek Kee, Sloow Studio

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku pertama dari siri ini.. Buku ini memberi info tentang bunyi.. Apa itu bunyi dan bagaimana ia terbentuk.. Gema, Frequency, Resonances, kelajuan bunyi, Supersonic bunyi dan volume.. Selain itu ada juga tentang perbezaan tahap pendengaran manusia dan beberapa binatang, tip melindungi telinga, bagaimana manusia mendengar, kenapa telinga letak ditepi kepala dan banyak lagi.. 

Ash yang ditemani Crowley dan Katie telah diarahkan oleh Madam White untuk menyamar sebagai pelajar di sebuah sekolah yang diganggu dengan tangga menangis.. Penyiasatan mereka menemukan mereka dengan kejadian paranormal dan juga butik saintifik yang mana kejadian dilakukan oleh manusia dan juga hantu..

Sha baca dan selesai pada 18.06.2024..

Published January 1, 2016 by Kadokawa Gempak Starz Sdn. Bhd.

Munchy's Lexus Gold: Chocolate Brownies Cream

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pergh!! Memang mantaplah.. Biskut coklat yang bersalut coklat kemudian berintikan krim coklat brownies.. Memang puas lah untuk mereka yang menggemari coklat.. Memang ngam.. Tambah-tambah kalau korang simpan dulu dalma peti sejuk bagi dia sejuk lepas tu baru makan.. Memang ngamlah..

Munchy's Lexus Gold: Chocolate Brownies Cream (192g) - RM7.99

12 pek comel

Semuanya hitam.. Biskut coklat bersalut coklat dan berintikan coklat.. Mantap..

Kreativiti Imani #2

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hasil tangan Imani.. Menjahit bekas pensil menggunakan kain terpakai.. Semuanya dia jahit sendiri.. Kerja kumpulan tapi dia buat sorang-sorang sebab kawan yang lain tak pandai menjahit.. Kawan yang lain bawa bahan, melakar dan kerja menjahit jatuh dekat Imani.. Sha suka je tengok dia berkretiviti seperti ini.. Sekurang-kurangnya tahu dah ke mana minat dia.. Bolehlah cari jalan untuk perkembangan dia..

Bekas Pensil

Sepatutnya pakai zip tapi Imani guna butang je..

Bahagian belakang..

Wordless Wednesday 2024

Tuesday, June 18, 2024

ebook | Bila Jantung Kata Beep-beep oleh Hana Hadzrami, Adibah Abdullah, Khairil Idham Ismail

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bacaan yang mantap.. Tambahan pula bila dibaca pada Hari Raya Aidiladha.. Pengorbanan doktor bius yang tidak didendang dan dipandang sepi.. Sosok yang ada dan setia sepanjang pembedahan memantau keadaan pesakit.. Mereka ini antara watak yang penting saat pembedahan dijalankan.. Perkongsian dari tiga doktor ini membuka mata Sha tentang tugas seorang doktor bius.. Walaupun ada perkongsian yang kaku namun kebanyakkannya menyentuh hati dan perasaan.. Ada yang mampu membuatkan Sha menitiskan air mata.. Tak akan cepat mahupun lambat bila dah sampai waktunya.. Selain itu, turut diselitkan penerangan untuk istilah-istilah perubatan yang dinyatakan.. Memang best..

Sha baca dan selesai pada 17.06.2024..

Published April 1, 2017 by Penerbitan Kata Pilar / Kata-Pilar Books

Munchy's Lexus Gold: Madagascar Vanilla Cream

Assalamualaikum..
Hye semua..

Biskut munchy datang lagi dengan biskut yang sedap dan mantap.. Kikiki.. Buat semua peminat coklat dan vanila, biskut ini pasti akan menjadi kesukaan anda.. Rasa biskut coklat yang disaluti coklat dan ditambah krim vanila ditengahnya memang sangat sempurna untuk lidah dan tekak Sha.. Owh ya, ini bukan review berbayar.. Sha beli sendiri ya biskut ini.. Kalau nak lagi best, korang simpan biskut ini dalam peti sejuk lepas tu makan.. Memang mantop.. kikiki..

Munchy's Lexus Gold: Madagascar Vanilla Cream (192g) - RM7.99

Ada 12 pek individu..

1 pek ada satu sandwich biskut.. Warna putih tu krim vanila..

ebook | Diet-licious oleh Ruqayyah Muhd, Hakim Zakaria, M.H Nizam

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pergh!! Mengancam betul bukunya.. Walaupun tidak dikongsi dengan mendalam namun dari sini kita boleh nampak serba sedikit bidang kerja pakar diatetik ini.. Bukan sekadar bercakap namun memberi informasi pemakanan yang betul supaya pesakit dapat mengawal pemakanan dengan baik untuk kesihatan yang baik.. Penekanan yang Sha jumpa dalam ini, buah pun ada hadnya.. Bila kata makan buah tu baik bukan bermakna makan sebanyak-banyaknya.. Sebaliknya ada kuantiti yang perlu untuk kita ambil.. Pendek kata, makanlah sekadarnya bukan sesukanya.. 

Sha baca dan selesai pada 17.06.2024..

Published October 1, 2017 by Penerbitan Kata Pilar / Kata-Pilar Books

Monday, June 17, 2024

S360 Wafer Sticks Chocolate

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha jumpa wafer coklat ini dekat kedai roti.. Produk jenama Samudra.. Mahal sikitlah harganya.. kikiki Tapi berbaloilah pada SHa sebab rasa wafer yang rapuh dan inti coklat dia memang sedap.. Memang kalau dah mula makan, tak boleh nak berhenti.. Sedap..

S360 Wafer Sticks Chocolate (180g) - RM8

Dalam balang ada pembungkusan kedua....

Inilah isi dia.. Ada 20 batang wafer berinti coklat didalamnya.. Bolehlah..

ebok | Salah Siapa? oleh Dekna Lee

Assalamualaikum..
Hye semua..

Awal-awal baca, geram je perasaan dengan perangai degil Aida yang tak bertempat dan perangai mengalah si Hafizul ini.. Geram tau tak.. Sudahlah kejadian yang memyebabkan Aida mengandung tak terbongkar, Aida pula hilang ingatan.. Satu lagi geram Aida tak nak terima Hafizul sebagai suami.. Siap ugut lagi tu.. Sakut hati wei.. Tapi bila masuk bahagian Hafizul mula sertai Tinju Muay Thai, makin seronok baca.. Lepas tu bila kebenaran terbongkar, memang green flag sangat watak hero ini.. Salah dan silap tu semua manusia pernah buat.. Bertaubat dengan tak saja.. Cerita yang ohsem dari penulis..

Sha baca dan selesai pada 14.06.2024..

Published July 1, 2016 by Dekna Lee

ebook | My Mr Blind Date oleh Julia Ayu

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kisah Bella Ammara yang penuh liku.. Kerana kesilapan dan kedegilannya, dia tercampak jauh di tengah KL.. Kerana kedegillannya juga dia kini bergelar janda.. Melalui kehidupan yang serba biasa, Bella diketemukan dengan Rizki.. Rizki menyatakan dia adalah gadis yang pernah ditemui di Paris, namun Bella menafikan.. Hinggalah terbongkar satu kenyataan yang akhirnya memisahkan mereka berdua.. Namun 3 tahun kemudian mereka bertemu kembali tanpa sengaja.. Rizki memang jatuh cinta pada Bella bukan kerana Bella kembar kepada gadis yang ditemuinya di Paris sebaliknya kerana dia Bella Ammara.. Namun bekas suami Bella yang gila talak sukar melepaskan Bella dan kerana gangguan itu rumah tangga Bella hampir musnah..

Sha suka cara penulis selesaikan masalah Bella dan Rizki selepas mereka berkahwin.. Walaupun pada awalnya Sha marah juga dekat Rizki sebab tak berterus terang hal sebenar.. Tapi cara penulis sejukkan dan kembalikan mereka bersama, Sha suka.. Api jangan dilawan dengan api.. Perbincangan antara suami isteri itu perlu untuk meleraikan kekusutan.. Mak mertua langsung tak campur tangan..

Sha baca dan selesai pada 14.06.2024..

Published March 1, 2018 by Intens Idea

Selamat Hari Raya Aidiladha 2024

Sunday, June 16, 2024

Novel | Code Name: Ryzen oleh Angel_K20

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku ini memang kelakar lah walaupun sebenarnya ada babak aksi.. Watak utama dia hero dan heroin nya memang sengal ya amat.. Memang sakanlah Sha bergelak ketawa membaca novel ini.. Kisahnya Ryzen dihantar ke sebuah pulau untuk misi penyamaran.. Menyamar sebagai cikgu sekolah.. Sambil tu membongkar kes dadah.. Selain itu Ryzen mohon juga Shaurin sebagai rakan sekerja dia.. Sambil menyelam minum air gitu.. Sambil menjalankan misi kerja, misi cinta pun sekali jalan.. Memang syoklah baca..

Sha baca pada 12.06.2024 dan selesai pada 13.06.2024..

Published January 1, 2023 by Fajar Pakeer

Julie's Big Marie Milk

Assalamualaikum..
Hye semua..

Makan dia saja pun sedap dah wei.. Rasa susunya tu memang best.. Sha suka cicah kopi, rasa dia lagi umph!! Saiz dia pun besar.. Makan sebungkus pun dah puas.. Berbaloilah pada Sha untuk standby dalam beg tangan.. kikiki.. Sedap rupanya bila gabungkan biskut marie ini dengan susu..

Julie's Big Marie Milk (189g) - RM4.25

Ada 9 pek comel

Ada 3 keping biskut marie dalam setiap pek comel itu..

ebook | Gadis Futuristik oleh Sharina Elisa

Assalamualaikum..
Hye semua..

ebook ini Sha beli di Sentral.. Buku ini best cuma ada beberapa perkara yang penulis tak perincikan.. Sekadar bacaan ringan, memang seronoklah..

Kisah tentang Aria, anak yatim piatu yang tinggal bersendirian dan tidak mempunyai kawan.. Hinggalah pada suatu hari Aria terjatuh ke dalam lubang dan muncul di tahun 2333.. Aria diberitahu yang dia adalah orang yang membangunkan teknologi terkini untuk perlindungan penduduk.. Aria mulanya tak dapat menerima kenyataan namun kemudiannya dengan rela hati kekal di tahun 2333 untuk membantu mereka mengatasi masalah udara.. Tak lama di tahun 2333, Aria kembali semula ke tahun 2023.. Kemunculan semula Aria di sekolah mengejutkan banyak pihak.. Oleh kerana dipandang rendah, Aria kekal di kelas belakang dan mula membantu rakan-rakan sekelasnya..

Sha baca dan selesai pada 13,06.2024..

Published April 18, 2023 by Bookiut

Saturday, June 15, 2024

Tong Garden Cashew Nuts Mixed Walnuts Honey Roasted With Sesame

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kacang gajus dan walnut yang disalut dengan biji bijan dan dipanggang dengan madu yang lazat.. Hidangan yang manis dan sensasi dengan rangsangan tambahan untuk otak anda.. Memang asyiklah bila makan.. Kacang tu jadi extra sedap sebab ada bijan dan madu.. Jangan risau tak terlalu manis sebab madukan.. Memang asyik bila mengunyah..

Tong Garden Cashew Nuts Mixed Walnuts Honey Roasted With Sesame (150g) - RM14.87
Walnut & Cashew

Dapatlah sebekas comel ini.. Banyak jugalah pada Sha..

Alkeyf Camel Milk Chocolate

Assalamualaikum..
Hye semua..

Selain kopi, Sha cuba juga minuman coklat menggunakan susu unta ini.. Pergh!! Pekat betul rasa coklat dia.. Sha rasa susu unta lagi sedap dan tidak berbau.. Memang boleh beli lagi.. Ini rasa di tekak Sha tau.. Tekak kita tak sama ya..

Alkeyf Camel Milk Chocolate (23g) - RM4

Friday, June 14, 2024

Novel | Kembara Mistik: Hati oleh Maria Kajiwa, Llamakyo, Hannah Serres

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku ini mengandungi 3 cerita dari 3 penulis yang berbeza.. 2 darinya Sha tak pernah baca lagi..

Menunggu Siang oleh Maria Kajiwa - Cerita ini memang di luar jangkaan Sha.. Memang memgujakan dan mendebarkan.. Betul-betul tak sangka penamat dia macam tu.. Penulis memang selalu berikancerita yang menarik..

Staircase 7 oleh Llamakyo - Percubaan yang bagus dari penulis.. Pokok utamanya sangat bagus.. Cumanya cerita agak bercelaru dan mengelirukan.. Masih banyak perlu diperbaiki..

Pulang Demi Aku oleh Hannah Serres - Karya yang menarik dan mendebarkan.. Betul-betul di luar jangkaan.. Hati yang berdendam itu sangat bahaya..

Sha baca dan selesai pada 11.06.2024..

Published May 1, 2024 by Fajar Pakeer

Temujanji Review Result Mammogram

Assalamualaikum..
Hye semua..

Mohon doakan yang baik-baik buat Sha.. Semalam Sha dapat panggilan dari Klinik Kesihatan untuk datang ke Klinik hari jam 2.45 petang.. Doktor nak review keputusan Mammogram hari tu.. Sha datang dengan encik suami.. Sha daftar, ambil fail xray dekat bilik xray dan masuk bilik doktor.. Duduk je, doktor terus tengok keputusan dan maklumkan Sha ada cyst (kantung air yang Sha cakap sebelum ini).. Awal tu doktor maklumkan kena buat lagi sekali Mammogram dalam tempoh 6 bulan lagi untuk tengok perkembangan cyst tu.. Sha okay je.. Encik suami dah berderau..

Tapi kemudian doktor keluar untuk bincang dengan pakar.. Bila dah bincang, pakar suruh rujuk terus dekat SOPD Hospital Slim River.. Sebab cyst yang diorang jumpa tu jenis ACR BIRADS 3.. Kalau 1 atau 2, okay lagi tapi sebab angka 3 tu, doktor pakar suruh rujuk terus.. Jadinya doktor suruh Sha balik dulu nanti dia akan call semula lepas dapat tarik temujanji..

Doakan semuanya baik-baik sahaja buat Sha ya.. Sha juga sangat galakkan rakan-rakan yang dah berusia 40 tahun ke atas untuk buat Mammogram, Pap Smear dan full check up.. Kalau kita boleh berusaha mencegah dan merawat lebih awal, kita usahakanlah..

Dokumen X-Ray.

Mamee Chef Perisa Laksa Sarawak

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha ini jarang beli mamee chef dalam bentuk cup tapi perisa laksa sarawak ini tak jumpa dalam pek plastik tu.. Jadinya beli jugalah yang dalam cup ini.. Mujurlah sebelum ini Sha dah pernah rasa laksa sarawak yang original.. Sha dah boleh agak rasa dia macam mana.. Pergh!! Versi mamee chef ini pekat dan sedap.. Harapnya dia keluarlah dalam bentuk pek plastik tu.. Memang Sha beli..  Memang akan jadi kesukaan Sha.. Puas hati sangat dengan rasa dia..

Mamee Chef Perisa Laksa Sarawak - RM3

Rupa dalam dia lepas buang penutupnya..

Magi, perencah dan garfu..

Pekat kan kuah dia.. Best..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com