Thursday, July 2, 2015

Carta Tukang Komen Terhangat #Jun2015

Assalamualaikum..
Selamat pagi.. Maaflah terlewat..
Baru first time wat cenggini kekdahnya..
Hehe.. Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di blog saya yg biasa2 nie...

Sebagai penghargaan dari saya, sudilah kiranya meninggalkan nama penuh dan alamat di coklat.funky@gmail.com untuk memudahkan saya menghantar kad raya..
Semoga kedatangan kad raya dari saya akan menceriakan Aidilfitri kawan-kawan..

#Cabaran20Hari : Pengalaman Manis Di Bulan Puasa

#Cabaran20Hari
Hari Keenam..

Assalamualaikum...
Bertemu lagi dalam #Cabaran20Hari..
Pengalaman manis di Bulan Puasa... Yang nie memang manis sangat pada saya..
Bila menyambut Puasa berdua untuk pertama kalinya..
Pengalaman yang tak mungkin dilupakan..
Masa nie kami berdua tengah menyesuaikan diri antara satu sama lain..
Yallah saya yang bujang x sahur sangat... bila dah kawin en. suami sahur makan nasi..
Kenalah adjust kan..
Merasa pertam kalinya bangun sahur untuk masak..
Kemudian bersahur bersama.. Berbuka pula en suami x makan nasi..
En. Suami lebih suka makan kuih muih, mee, meehoon or kuew tiaw..
Jadinya saya pun mulalah berubah mengikut rentak en. suami..
Alhamdulillah.. sekarang sumenya mudah..
Pengalaman yang sangat manis...

Kepada yang berminat untuk menyertai #Cabaran20Hari bolehlah pergi ke blog ARZMOHA dan sahutlah #Cabaran20Hari..

Jom sahut cabaran ini!

Wednesday, July 1, 2015

#Cabaran20Hari : Pengalaman Pahit di Bulan Puasa

#Cabaran20Hari
Hari Kelima..

Assalamualaikum...
Yeah dah hari kelima untuk #Cabaran20Hari .. X sangka.. berjaya gak menjaga momentum..
Hari ini kita citer pasal pengalaman pahit semasa berpuasa..
Pada saya pengalaman paling pahit bila beli juadah berbuka tapi lepas tuh xle makan..
Kenapa xleh makan?? Biasanya juadah tuh basi ataupun rasa dia amat luar biasa..
Yang nie memang sadis.. hehehe...Bayangkan masa tuh memang teringin nak makan tapi x boleh makan, Pergh!!! dianya perasaan memang luar biasalah... hehehe...
Yang kedua bila tak bangun sahur... Aduh!!! memang pahit gila r..
Sebab dah biasa sahur bangun dan makan nasi.. Jadi bila x sahur mulalah mood swing..
Sebab saya ada gastrik.. Jadi sahur tu memang wajib..
Pengalaman pahit yang kalau boleh memang akan dielakkan..
hehehe... setakat nie Alhamdulillah belum ada lagi kejadian2 di atas yang berlaku untuk Ramadhan 2015.. Semoga tahun ini akan bersih dari pengalaman pahit..

Kepada yang berminat untuk menyertai #Cabaran20Hari bolehlah pergi ke blog ARZMOHA dan sahutlah #Cabaran20Hari..

Jom sahut cabaran ini!!!

Wordless Wednesday #8

Tuesday, June 30, 2015

Part 2 - Projek Meja Besi

Alhamdulillah
Projek meja besi dah berada pada fasa kedua..
Sudah semakin siap..
Masih ada beberapa barang yang x cukup..
Antaranya papan untuk letak oven, kepala gas, gas baru..
Meja ini untuk kegunaan aku memasak dan membakar kek..
jadi xdelah mengganggu dapur untuk masak makanan harian..
Cadangan en. suami sebenarnya..
Barulah boleh budget untuk jualan..

Tempat letak Tong Gas

Tempat letak Oven.. Papan masih belum beli..

Meja yang separuh siap..Bahagian atas tuh untuk dapur satu tungku..
Untuk masak kek.. (Cek meniaga kek.. boleh tengok disini Kasih Shadz)

#Cabaran20Hari : Menu Wajib Bulan Puasa

#Cabaran20Hari
Hari keempat

Assalamualaikum..
Salam Ramadhan...
Masuk nie dah Ramadhan yang ke 13...
Hari ini nak cerita pasal menu yang wajib ada di bulan Puasa..
Banyak tuh.. hehehe... Antaranya ialah Kerabu timun..
Mak mertua yang ajar pasal kerabu timun nie.. Sedap tau makan pada waktu berbuka ataupun sahur..
Resepi boleh klik Kerabu Timun..
Selain itu saya juga sangat suka dengan kuih Buah Melaka.. Jarang sangat buat sendiri sebab makan berdua je kan.. Biasanya beli di Bazaar Ramadhan..
Murtabak Kambing Behrang Stesen.. Murtabak ini hanya ada pada bulan Ramadhan jer.. Kalau gi beli memang beratur orang.. Sedap dan harga masih lagi berpatutan.. hanya RM3.50 sekeping..
Saya juga sangat suka masak spaghetti untuk juadah berbuka..
Owh ya ada satu lagi iaitu mee kari.. Pergh!! berbuka dengan nie memang best..
Selalunya saya wat masa weekand jer..
Itulah antara menu wajib yang pasti ada setiap kali Ramadhan..
Menu anda pula?? Mesti lagi best kan..

Berminat dengan #Cabaran20Hari... Jom ke blog ARZMOHA

Jom sahut cabaran ini! #Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015

Monday, June 29, 2015

Kahwin 6 Bulan Aje?! By Anabella

Assalamualaikum..
Hye semua..

Menarik gila citer nie..
Bagus untuk di jadikan bahan bacaan..
Kenapa?? Sebab ada menggunakan ayat2 Al-Quran dan terjemahannya sebagai nasihat..
Banyak yang boleh di pelajari dari novel ini..
Novel ini sesuai dibaca dan dijadikan tauladan..
Ambil yang baik..
Boleh baca online di All About Crystal Anabella


Sinopsis Belakang Baju:- RANIA IXUNA Seorang gadis comel yang mempunyai pelbagai kelebihan. Kelebihan yang membuatkan semua mata membulat dan rahang hampir terjatuh setiap kali melihatnya. 


EMIR ENRIQUE… Seorang pemuda biasa dengan perangai yang biasa-biasa. Tidak menyangka hidupnya akan berubah apabila berkahwin dengan si comel yang digelar ‘raksasa’ oleh sepupunya itu! Si comel yang merupakan cinta pandang pertamanya!



“Sayang, sayang nak pakai baju pengantin warna apa?”

“Hitam.” - Ixuna
“Sayang ingat kita nak berkabung ke pakai pakaian pengantin warna hitam? Warna lain?” - Emir
“Warna kelabu tahi anjing.” - Ixuna
“Grrr… Lain?!” - Emir
“Lut sinar.” - Ixuna



“Dah gila nak pakai baju lut sinar? Nak suruh semua orang nampak badan kau tu ke? Bila dah kahwin nanti, diri kau hanya untuk tatapan aku saja!” - Emir

Itu cerita sebelum Emir menikahi Ixuna, selepas kahwin…
Emir ingin merasa air tangan isterinya, Ixuna malas nak layan… 
Emir hadiahkan bunga untuk isteri comelnya, bunga beralih tangan kepada kakak iparnya… 
Emir minta kiss, siku makannya! Dan Emir minta pelukan kasih sayang, seterika panas yang Ixuna berikan! 
Akankah berterusan ikatan perkahwinan yang diatur oleh kedua-dua belah keluarga itu? 
Atau terus terputus setelah tempoh tamatnya enam bulan seperti yang diungkap oleh si gadis comel rupawan lagi kuat makan itu?

#Cabaran20Hari : Resepi Hidangan Sahur Paling Ringkas

#Cabaran20Hari
Hari Ketiga

Assalamualaikum.. Selamat Bersahur semua..
Kalau nak cerita pasal resepi sahur paling ringkas memang banyak..
Berikut antara yang saya suka makan pada waktu sahur..
Sangat ringkas dan mudah..

Telur Mata Kerbau + Kicap + Cili padi (dipotong kecik) dan Bawang Merah (dihiris) = Pergh!! memang membuka selera..

Kacang + Ikan Bilis + Bawang Merah (dihiris) + Cili Padi (dipotong kecik) = digoreng bersama, memang best makan dengan nasi putih panas-panas..

Ikan pekasam @ Daging pekasam @ Ayam Pekasam yang digoreng bersama bawang dan cili padi..

Tumis sardin dan Telur dadar..

Sup Sayur dan ikan goreng...

Antara menu yang ringkas di waktu sahur.. hehehe.. Nasib baik dapat en. suami yang x cerewet.. Makan jer apa yang saya masak.. Selamat bersahur.. hehehe.. Owh ya, maaflah x tepek gambar makanan.. Bukan apa, takut terliur.. hehehe..

Sunday, June 28, 2015

Part 1 - Projek Meja Besi

Assalamualaikum..
Mai nak citer..
Inovasi mudah.. Memula kita tunjuk part nie dulu ye...
Beli dan potong..
Besi nie kukuh.. Dulu pernah beli untuk buat tempat sangkut baju..
Kali ini projek yang kedua..
Buat meja untuk bubuh oven dan dapur satu tungku..
Semua ini kerana bila nak beli almari atau rak dapur harganya agak mahal dan tidak memuaskan hati.. Kemudian rendah sangat.. saya memang x berkenan..
Jadi En. Suami kata kena buat sendirilah nampaknya..
Barulah boleh ikut ketinggian yang diidami.. hehehe...


#Cabaran20Hari : Pengalaman Sahur

#Cabaran20Hari
Cabaran kedua..

Assalamualaikum.. Selamat pagi..

Pengalaman Sahur - Sangat berbeza ketika bujang dan selepas berkahwin... Masa zaman saya bujang kalau sahur cukuplah dengan meminum air kosong sahaja.. Ataupun makan meggi.. Ataupun makan roti.. Kadang-kadang x makan apa pun.. Tapi Alhamdulillah, mampu bertahan sehingga berbuka.. Sekarang bila dah berkahwin, sahur wajib makan nasi sebab En. Suami nak makan nasi.. Memula dulu macam susah juga tapi seiring masa berlalu semuanya jadi sangat biasa.. Menu sahur saya sangat ringkas.. Biasanya hanya nasi dan dua jenis lauk.. Selain itu yang wajib ada ialah kurma, air masak, milo panas dan neslo panas.. Sahur bujang dan sahur berdua, kedua-duanya pengalaman terindah..


Info Mengenai Sahur

Sahur - Sahur (Arab:سحور cahaya subuh), juga di sebut Sehri, Sahari dan Suhoor, ialah terma yang digunakan umat islam bagi merujuk kepada makan di waktu pagi sebelum berpuasa di siang harinya pada bulan Ramadhan. Ia di lakukan sebelum masukkan waktu Solat Subuh, lebih tepat lagi sebelum azan subuh mula berkumandang. Sahur ialah makan di waktu awal pagi (sebelum azan subuh), manakala iftar ialah makan di waktu petang (sewaktu bermulanya azan maghrib) untuk berbuka puasa pada bulan Ramadan.

Info dari Wikipedia

Saturday, June 27, 2015

Misteri Mayat Terapung di Resort Melati by Kusyi Hirdan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Best novel ini..
Sebab menggunakan Tanjung Malim sebagai tempat dimana berlakunya bermacam peristiwa..
Aku baca sebab ada Tanjung Malim..
Boleh gitu..Hehehe..
Sebenarnya menarik jalan cerita yang disampaikan..
Misteri mayat terapung di tasik..
Siapakah pembunuhnya..
Jenuhlah teka dari mula membaca sampai habis..
Mesti korang x sangka pembunuh sebenarnya siapa..

Menarik mengenai penulis novel ini..
Ingatkan lelaki rupanya perempuan.. hehehe..
Ada blog sendiri.. Dah banyak novel yang beliau tulis..
Nak baca lebih lanjut mengenai beliau klik Kusyi Hirdan


Sinopsis Belakang Buku :- Sebenarnya Fardiana melarikan diri dari kedukaannya di Kuala Lumpur tapi dia beralasan mahu membina hidup baru. Namun jauh di sudut hati dia mengharap akan munculnya cinta baru. Maka bermulalah kerjaya baru di resort terpencil. Tempat yang tidak pernah dia jejaki, dia tidak tahu pun kewujudannya.

Segalanya berjalan baik, dia tampil berdikari seperti cita-citanya tetapi 'bekas tunang' masih tidak mahu melepaskannya. Gadis bermulut terus terang ini lemas dan bosan. Namun bukan kisah cintanya saja yang mewarnai kehidupan serba barunya. Ada mayat terapung di tasik dan Fardiana yang menjumpainya.

Bermulalah misteri dan pembongkaran rahsia demi rahsia. Tanpa dipinta dia mulai tahu banyak perkara dan lebih mengenali hidup dalam perjalanan itu. Misteri kematian bersangkut paut dengan semua orang dan kisah cinta mereka. Semua orang pun boleh dituduh sebagai pembunuh. Semua orang ada sebab tersendiri untuk misteri yang terbaru dan lima tahun lalu.

Adakah Fardiana gembira dengan pengalaman baru? Atau kerana misteri dia makin berminat untuk mengetahui penyudahnya? Teruja hendak tahu?

Bagaimana dengan Pengurus Resort yang juga ada msiteri tersendiri? Bertautkah hati?


#Cabaran20Hari : Erti Puasa Bagi Saya

Assalamualaikum...
Bermula hari ini sha akan cuba membuat satu entri berkaitan raya/puasa..
Ini kerana menyahut #Cabaran20Hari..
Semoga momentum akan dapat dikekalkan.. hehehe...

Erti Puasa Bagi Saya
Puasa mengajar saya erti syukur terhadap semua nikmat yang telah dikurniakan Allah kepada saya.. Sesungguhnya Puasa ini banyak membantu dalam mendidik diri saya supaya lebih bersyukur dan berserah kepada Allah.. Selain itu puasa juga membantu saya mengawal nafsu makan yang kadangkala sukar dilakukan pada bulan bulan lainnya.. Puasa juga merapatkan lagi hubungan saya dan suami serta anak-anak... Nikmatnya berpuasa disamping yang tersayang..

Kepada yang berminat untuk menyertai #Cabaran20Hari bolehlah pergi ke blog ARZMOHA dan sahutlah #Cabaran20Hari..

Cabaran akan bermula pada 27 Jun 2015 sehingga 16 Julai 2015.

Selamat menyahut #Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015


Informasi mengenai Puasa

Puasa - Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari dengan niat. Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, berkata-kata yang buruk atau sia-sia, dan daripada bertengkar atau bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan latihan kesabaran, kejujuran dan bertolak ansur sesama sendiri. Maka secara tidak langsung, puasa juga menolong menanam sikap yang baik dan berbudi. Dan kesemuanya itu diharapkan berlanjutan ke bulan-bulan berikutnya, dan tidak hanya pada bulan puasa.

Kelebihan Bulan Ramadhan - Bulan Ramadan adalah bulan yang penuh dengan keberkatan. Di dalam bulan Ramadhan ada satu malam yang lebih baik dariapada seribu bulan iaitu Lailatul Qadar atau Malam al-Qadar. Lailatul Qadar atau Malam Qadar ialah satu malam dalam bulan Ramadhan yang lebih baik daripada 1,000 bulan. Sesiapa yang beramal pada malam tersebut sama seperti beramal selama 1,000 bulan, iaitu bersamaan 83 tahun 4 bulan, jika mendapatnya selama 10 tahun bersamaan beribadat lebih 833 tahun, jika mendapatnya selama 20 tahun bersamaan lebih 1,666 tahun, jika mendapatnya selama 30 tahun mendapatnya bersamaan 2,500 tahun. Maka berbahagialah orang yang tidak pernah meninggalkan Solat Isyak berjamaah dan Solat Sunat Tarawih kerana orang yang solat Isyak berjamaah dan solat Tarawih termasuk dari kalangan orang mendapat Lailatul Qadar.

Rasullah mengatakan sesiapa yang tidak mendapatnya dia adalah tergolong daripada orang yang amat rugi. Lailatul Qadar satu malam dalam bulan Ramadan yang tidak diketahui dengan tepat tarikhnya. Ia lebih diharapkan untuk mendapatkannya pada 10 malam yang terakhir Ramadan, terutama malam-malam yang ganjil daripada 10 hari terakhir Ramadan tersebut. Waktunya dikira apabila masuk waktu Maghrib sehingga terbit fajar. Pada malam itu al-Quran diturunkan, malam Qadar berlaku pada 17 Ramadan, sementara menurut al-Mubarakfury al-Quran turun pada malam 21 Ramadan.

Orang yang pasti mendapat sebahagian Lailatul Qadar ialah orang yang solat Fardhu Maghrib dan Isyak secara berjamaah sepanjang bulan Ramadan, dan dia tidur dengan azam yang kuat untuk solat Subuh berjemaah. Sabda Rasulullah “Sesiapa yang solat Isyak berjemaah, maka seolah-olah dia telah berqiyamulail separuh malam; Dan sesiapa yang solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah bersolat sepanjang malam.” (Hadis Sahih Riwayat Imam Tarmizi, Ibnu Majah dan Nasai)

Sabda Rasulullah : "Allah berfirman; "Sesungguhnya dia (hamba) meninggalkan makan dan minum serta syahwatnya kerana-Ku. Puasa (yang dikerjakan) kerana-Ku. Puasa adalah untuk-Ku. Sedangkan, Aku memberi balasan setiap kebaikan itu dengan sepuluh kali ganda sehingga 700 kali ganda kecuali ibadah puasa. Ini kerana, ia (puasa) adalah untuk-Ku, dan (sudah tentu) Aku sendiri yang akan memberi balasannya."

(Hadis diriwayatkan oleh Imam Malik dalam Al-Muwattha, Kitab al-Syiyam. No:603)

Info diperolehi dari Wikipedia.
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com