Saturday, June 27, 2015

Misteri Mayat Terapung di Resort Melati by Kusyi Hirdan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Best novel ini..
Sebab menggunakan Tanjung Malim sebagai tempat dimana berlakunya bermacam peristiwa..
Aku baca sebab ada Tanjung Malim..
Boleh gitu..Hehehe..
Sebenarnya menarik jalan cerita yang disampaikan..
Misteri mayat terapung di tasik..
Siapakah pembunuhnya..
Jenuhlah teka dari mula membaca sampai habis..
Mesti korang x sangka pembunuh sebenarnya siapa..

Menarik mengenai penulis novel ini..
Ingatkan lelaki rupanya perempuan.. hehehe..
Ada blog sendiri.. Dah banyak novel yang beliau tulis..
Nak baca lebih lanjut mengenai beliau klik Kusyi Hirdan


Sinopsis Belakang Buku :- Sebenarnya Fardiana melarikan diri dari kedukaannya di Kuala Lumpur tapi dia beralasan mahu membina hidup baru. Namun jauh di sudut hati dia mengharap akan munculnya cinta baru. Maka bermulalah kerjaya baru di resort terpencil. Tempat yang tidak pernah dia jejaki, dia tidak tahu pun kewujudannya.

Segalanya berjalan baik, dia tampil berdikari seperti cita-citanya tetapi 'bekas tunang' masih tidak mahu melepaskannya. Gadis bermulut terus terang ini lemas dan bosan. Namun bukan kisah cintanya saja yang mewarnai kehidupan serba barunya. Ada mayat terapung di tasik dan Fardiana yang menjumpainya.

Bermulalah misteri dan pembongkaran rahsia demi rahsia. Tanpa dipinta dia mulai tahu banyak perkara dan lebih mengenali hidup dalam perjalanan itu. Misteri kematian bersangkut paut dengan semua orang dan kisah cinta mereka. Semua orang pun boleh dituduh sebagai pembunuh. Semua orang ada sebab tersendiri untuk misteri yang terbaru dan lima tahun lalu.

Adakah Fardiana gembira dengan pengalaman baru? Atau kerana misteri dia makin berminat untuk mengetahui penyudahnya? Teruja hendak tahu?

Bagaimana dengan Pengurus Resort yang juga ada msiteri tersendiri? Bertautkah hati?


6 comments:

  1. pergh.. jarang dengan penulis perempuan mengarang karya genre thriller...


    singgah BW sini pelan2 dari geng blogger utara..

    ReplyDelete
  2. wow ~ macam syiok jaaaa... #bloggerutara

    ReplyDelete
  3. uuuish novel ke ? alaamak genre tak kena hehehe..

    ReplyDelete
  4. First time taw penulis novel perempuan tulis gnre novel thiller ini.. selalu bc yg RAM

    ReplyDelete
  5. Novel yang genre macam buat kita turut sama berfikir dan menyiasat...

    ReplyDelete
  6. Assalam sha,
    laaaaaaa
    hengatkan kisah cintan cintun :P

    #BloggerUtara

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com