Thursday, June 25, 2015

Aku Mahu Lawan Hantu by Ain Maisarah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sesekali meh baca novel remaja..
Seronok juga mengetahui apa yang remaja sekarang baca..
Penulis yang sorang nie memang terkenal dikalangan pembaca remaja..
Ain Maisarah namanya..
Punya blog yang diberi nama Blog Pink, FB Ain Maisarah Novelis dan Syarikat penerbitan sendiri iaitu Blink Book Sdn. Bhd.

Review Buku :- Seronok kot baca novel nie.. Watak2 dalam cerita ini adalah mengenai kumpulan anak2 sekolah yang sangat angkuh dan berlagak.. Watak utama yang agak berlainan dari novel2 yang sedia ada.. Seronok melihat mereka belajar mengenai sesuatu yang baru dan berubah mengikut keadaan.. Banyak pengajaran dan tauladan yang boleh diambil bila membaca novel remaja ini..


Sinopsis Belakang Buku :- Kelepasan daripada belajar di sekolah selama seminggu memang suatu berita yang menyeronokkan! Namun, The Wannababes menerima berita ini dengan rasa was-was dan sangsi. Selama seminggu itu mereka terpaksa menghadiri kem pasukan sorak di Universiti Selatan Malaysia. Sebuah universiti yang letaknya di ceruk hutan. Mereka akur dengan mengikuti kem itu kerana tidak mahu dilucutkan jawatan. Pelbagai perkara aneh berlaku sejak awal perjalanan dimulakan. Kisah gelanggang misteri. Segalanya terlerai seketika kerana The Wannababes gembira diberikan sebuah rumah tamu yang besar seperti banglo sebagai tempat tinggal selama seminggu itu. Kegembiraan itu tiba-tiba dirampas apabila datangnya sebuah tim debat dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Siput Sedut yang akan berkongsi rumah dengan mereka. Pelbagai aksi buli-membuli dilakukan The Wannababes kerana mahu menyerlahkan kekuasaan mereka. Tim debat cuba bersabar. Suatu hari The Wannababes beria-ia mahu berbaik dengan tim debat kerana tidak tahan diganggu semula perkara-perkara aneh dan menyeramkan. Kesempatan diambil daripada tim debat kerana mereka arif tentang menghalau makhluk halus. The Wannababes diminta mengamalkan perkara-perkara yang tertulis dalam senarai yang disediakan oleh tim debat untuk mengelakkan gangguan makhluk halus yang sering mengganggu.

2 comments:

  1. Assalam sha,
    takuit haaaiihhh tajuk buku dia :P

    ReplyDelete
  2. Macam best je buku nie, nanti kena p cari gak...

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com