Tuesday, July 7, 2015

Dia... Aku Punya by Izma Qahiera

Assalamualaikum..

Marilah mari...Kita membaca...
Hehehe..Jangah marah ye.. Kita nak citer pasal Novel lagi..Novel yang menarik dibaca..
Kisah budak montel yang comel, cantik dan baik hati..
Bagaimana dia dihina tapi masih lagi berjaya menjadi manusia yang berpendidikan dan berkerjaya..
Mempunyai lelaki yang menyukainya kerana hati bukan fizikalnya..
Pada saya Novel ini bagus dibaca untuk motivasi diri..
Kita adalah apa yang kita nak jadi bukan apa yang orang lain mahu kita jadi..Fizikal yang besar bukanlah penghalang untuk kita berjaya dan bahagia..
Novel yang bermula dan tamat dengan baik..

Ingin Mengenali Penulis novel ini boleh ke Blog Beliau Hasil Tenyehan Izma Qahiera

Sinopsis belakang buku:- “Jadi kaulah Fakhri? Satu-satunya lelaki yang sanggup membeli perempuan paling comel dalam kampung ni? Hmmm...boleh tahan! Pandai kau pilih Gee! Dia berwang. Dan kau pula beruang! Hahaha!!!”

Aku tak pernah berangan untuk dipuji cantik. Apatah lagi datang jejaka mengatakan dia jatuh cinta pandang pertama dengan aku. Tak pernah dan takkan terjadi. Sebab aku sedar diri aku, hanya seorang gadis yang biasa-biasa saja dan mungkin…. luar daripada kebiasaan? Aku bahagia dengan kehidupan aku, tapi kenapa ada saja yang mengganggu emosi aku?

Dan… cinta. Aku bukan tak percaya kepada cinta. Aku juga ingin dicintai seikhlas dan sepenuh hati. Tapi untuk mencuba sekali lagi, aku tak berani. Cukuplah sebelum ini aku dikecewakan oleh cinta seorang lelaki.
Tapi… tanpa aku sangka, perkara yang aku tak pernah angankan selama ini, akhirnya muncul. Ya, rasa itu memang ada dan dia juga memang benar-benar wujud! Dia muncul saat aku sudah serik untuk percaya kepada janji-janji lelaki. Bagi aku, dia sama seperti mereka, hanya ingin menduga aku.
Setelah aku cuba melepaskan rasa ini terhadapnya, setelah berbagai-bagai fitnah dan cemuhan yang hadir antara aku dan dia, adakah masih ada peluang untuk aku mendapatkan cinta itu? Adakah lelaki itu yang sememangnya aku nantikan untuk menjadi yang pertama dan terakhir dalam hayatku ini?
“Sayang I kepada you, sama macam I sayang kepada nyawa I sendiri. Cinta I kepada you tak pernah mengharapkan lebih daripada apa yang I dapat sekarang. Kalau you cuba mengubahnya, itu bukan cinta namanya. Itu kompromi. Dan dalam percintaan tidak wujud sifat kompromi. Yang wujud hanya rasa ingin saling melengkapi. Kita menerima antara satu sama lain seadanya.”

Sha pinjam dari Perpustakaan Negara Malaysia..
Published March 2014 by October

#Cabaran20Hari : Lagu Raya Pilihan

#Cabaran20Hari
Hari kesebelas..

Assalamualaikum... Selamat petang..
Tinggal x lama jer lagi dah nak raya...
Lagu-lagu raya pun dah mula main di radio dan tv...

So cabaran hari ini adalah mengenai lagu raya pilihan..
Untuk saya lagu raya pilihan adalah lagu-lagu lama..
Saya x brape berkenan dengan lagu-lagu raya sekarang..
Xde jiwa bila mendengar... Pelik benor bunyinya..
Tapi kalau lagu-lagu lama macam senarai dibawah nie memang akan menggamit hati dan memberi mood raya.. Terkesan di jiwa dan ada rohnya yang tersendiri..:-

Fazidah Joned - Selamat Hari Raya
Junainah M Amin - Suasana Riang Di Hari Raya
M.Nasir - Satu Hari Di Hari Raya
Ahmad Jais - Selamat Hari Raya
Sanisah Huri - Bersabarlah Sayang
Sanisah Huri - AidilFitri
Aishah - Pulanglah
Aishah - Setitis Cahaya di Aidilfitri
Rahimah Rahim - Selamat Berhari Raya
Aman Shah - Kepulangan Anakmu
Amy Mastura - Setahun Sekali
Rafeah Buang - Bila Takbir Bergema
Black Dog Bone - Cahaya Di Aidilfitri
D.J Dave - Menjelang Hari Raya
Dayang Ku Intan - Senandung Hari Raya Untukmu
P. Ramlee - Dendang Perantau
Jay Jay - Hari Raya Bahagia
Jeffrydin - Musafir Di Aidilfitri
Mamat (Exist) - Ku Pohon Restu Ayah Dan Bonda
Sharifah Aini - Suasana Hari Raya
Siti Nurhaliza - Anugerah AidilFitri
Siti Nurhaliza - Sesuci Lebaran
Sudirman - Balik Kampung
Sudirman - Dari Jauh Ku Pohon Maaf
Sudirman_-_Selamat_Hari_Raya
Uji Rashid & Hail Amir - Seloka Hari Raya
Sheila Majid - Hari Mulia
Anuar & Ellina - Suasana Hari Raya
Azlina Aziz - Indahnya Beraya di Desa
Noorkumalasari-Pulang Di Hari Raya

Yang paling menggamit hati dah tentulah lagu nie..
Pada saya lagu nie setiap kali dengar memang menyentuh hati dan perasaan..
Memang x boleh dengar lagu nie..
Mesti sedih ya amat.. hehehe.. Cengeng je kan..


Sudirman
Dari Jauh Kupohon Maaf 

Dalam dingin subuh hatiku terusik
Kenang nasib diri di rantauan
Bergema takbir raya menitis air mata
Terbayang suasana permai desa

Rindu hati ini inginku kembali
Pada ayah bonda dan saudara
Tetapi aku harus mencari rezeki
Membela nasib kita bersama

( korus )
Hanya ku sampaikan doa dan kiriman tulus ikhlas
Dari jauh kupohonkan ampun maaf
Jangan sedih pagi ini tak dapat kita bersama
Meraikan aidil fitri yang mulia

Restu ayah bonda kuharap selalu
Hingga aku pulang kepadamu

( ulang korus )

Restu ayah bonda kuharap selalu
Demi anakmu yang kini jauh


Monday, July 6, 2015

#Cabaran20Hari : Tetamu Raya Paling Ditunggu-tunggu

#Cabaran20Hari
Hari Kesepuluh

Assalamualaikum dan selamat pagi semua..
Semoga hari ini lebih baik dari semalam..
Macam mana dengan puasa kawan2?? Semoga terus Istiqamah ya..
Raya x lama jer lagi kan... Cakap pasal raya nie, jom citer pasal tetamu raya yang ditunggu-tunggu..

Zaman Sekolah..
Selalunya saya akan menunggu sepupu2 saya datang ke rumah..
Sebab setahun sekali jer dapat berjumpa..
Masa nielah yang paling seronok.. dapat jumpa saudara mara yang jauh..
Memang best giler.. Berkumpul.. main bunga api..
Jalan raya sama2..lawan kumpul duit raya..

Zaman Remaja..
Masa nie sebok dok tunggu kawan-kawan sekolah datang..
Yallah zaman sekolah x ramai kawan...
Jadi tertunggu-tunggu juga ada ke kawan nak datang rumah..

Zaman dewasa..
Kenangan yang paling x boleh nak lupa..
Tahun 2008.. Masa nie raya bulan Oktober..
Memang excited dan berdebar-debar..
Menanti kedatangan bakal tunang untuk pertama kalinya ke rumah..Masa nie family nk tgk orangnya macam mana..kira sesi suai kenal..
Pergh!! masa tu hanya Allah sahaja yang tahu debaran dihati...

Sekarang..
Alhamdulillah... sekarang tetamu yang di tunggu-tunggu adalah kepulangan suami dari Solat AidilAdha... Hehehe... jangan marah ye..

Bagaimana pula dgn kawan2..Siapakah tetamu yang paling dinanti2kan??

Sunday, July 5, 2015

Seindah Rahsia by Afiqah Farzana

Assalamualaikum...
Novel lagi..maaflah ye, da kerja dalam Perpustakaan jadi banyaklah entry pasal novel..

Tajuk je dah menggambarkan yang novel ini akan penuh dengan rahsia..
Rahsia menjadi perkara utama dalam novel ini..Ada rahsia yang sadis..Ada rahsia yang sangat indah..Ada juga rahsia yang sepatutnya diberitahu tapi disimpan dan akhirnya memakan diri..
Novel ini juga menyentuh tentang erti pengorbanan, kasih sayang antara adik dan kakak, hubungan suami isteri serta nilai persahabatan..
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata hati binasa..


Sinopsis Belakang Buku :- Demi maruah keluarga, Sri Atiya sanggup menjadi galang ganti kakaknya mengahwini Anuar.

Kita hanya merancang namun ALLAH yg menentukan. Begitulah yg terjadi kpd nasib Sri Atiya. Demi menjaga maruah keluarga, Sri Atiya terpaksa menjadi galang ganti kakaknya, Atira bila dia tiba-tiba sahaja hilang di majlis perkahwinannya. Anua yg sepatutnyamenjadi abg ipar Sri kini menjadi suaminya yg sah. Tidak dapat digambarkan bagaimana perasaan Sri utk menghadapi hari2 mendatang.

Pada mulanya kehidupan rumahtangga Sri bahagia. Tiada apa2 yg terjadi. namun setelah 5 tahun melayari bahtera besama, akhirnya rumahtangga yg dibina mula dilanda badai. Anuar menuduh Sri berlaku curang di belakangnya dan akhirnya bercerai.

Kehadiran Ilham sbg Secret admirerer dn kemunculan Hadi secara tidak langsung telah merubah hidup Sri. Sri mula melupakan kisah silamnya bersama Anuar dan pertemua semula dgn Atira membuat hidupnya bersinar kembali. Sri mula tertarik dgn keluhuran hati Hadi dan berhasrat ingin mengambil hadi sbg suami namun dlm masa yg sama dia tidak dapat melupakan Ilham yg lebih dulu dikenalinya melalui sms.

Konflik bermula setelah Hadi mengahwini Sri. Bekas suaminya, Anuar telah datang menuntut janji pada Hadi. Hadi telah berjanji pd Anuar utk mengembalikan Sri. Perkahwinannya ats dasar cina buta. Sri sekali lg berasa tertekan. Kepercayaan pd hadi hilang sekelip mata. Dlm masa yg sama, Ilham muncul semula melalui SMs. Sri mula bersemangat kembali dan berhasrat ingin berjumpa.

dapatkah Sri berjumpa dgn Ilham? Apakah pula tindakan Hadi seterusnya? Bagaimanakah pula hubungan Sri dgn bekas suaminya Anuar? Dan siapa pilihan Sri?

#Cabaran20Hari : Kenangan Terawikh di Surau / Masjid Masa Zaman Kanak-kanak

#Cabaran20Hari
Hari kesembilan

Assalamualaikum dan selamat pagi..
Momentum masih bertahan..
#Cabaran20Hari diteruskan untuk hari kesembilan..
Kenangan terawih zaman kanak2 nostalgia yang tidak mungkin dilupakan..
Jalan kaki beramai-ramai meredah kegelapan malam..
Usik mengusik menjadi selingan..dalam keberanian tetap ada debaran..
Pergi terawih sebab nak jumpa dan bermain dengan kawan-kawan..Habis terawih, perkara yg dinanti pun dimulakan..bunga api, mercun mula menjadi melodi telinga..Seronok tak terkata walaupun tahu di rumah sudah menanti rotan buluh..
Indahnya zaman kanak-kanak..

Bila da dewasa nie lainlah pulak citenya..masa bujang g ngn kengkawan...bila da kahwin, kat umah jelah..tambah2 ada anak kecik..x sesuai lak rasanya..mengganggu je nanti..bebdk tu tgh aktif kan abis ditawafnya satu masjid..haru biru dibuatnya..

Saturday, July 4, 2015

#Cabaran20Hari : Amalan Berbalas Juadah Di Bulan Puasa

#Cabaran20Hari
Hari kelapan

Assalamualaikum semua...
Saya masih lagi dengan #Cabaran20Hari...
Kenapa?? Sebab seronok kekalkan momentum menaip entry untuk blog..
Xkan nak give up separuh jalan ye dak.. hehehe..

Amalan Berbalas Juadah Di Bulan Puasa adalah satu amalan yang dapat mengeratkan silaturrahim antara kita dan jiran tetangga.. Saya suka amalan ini tapi sesekali jer dapat buat.. Yellah wanita yang berkerja seperti saya hanya dapat memasak pada sabtu dan ahad sahaja..
Bagus tau amalan nie untuk orang macam saya yang x reti memasak dalam kuantiti yang sikit.. Dari membazir baiklah disedekahkan kepada jiran tetangga.. Jiran2 juga akan saling berbalas juadah.. Seronok tau... Kadang2 tuh dapat juadah yang x dijangka.. hehehe...

Kepada yang berminat untuk menyertai #Cabaran20Hari bolehlah pergi ke blog ARZMOHA dan sahutlah #Cabaran20Hari..

Jom sahut cabaran ini!

Kerana Aya Sofya by April Snow

 Assalamualaikum..
Hye semua..

“Semua insan inginkan bahagia... macam pelangi, indah dan mendamaikan mata. Tapi... tidak mungkin pelangi akan muncul tanpa ada titis-titis hujan. Begitu jugalah hidup ini. Bahagia itu ada harga yang harus dibayar.”

Novel yg penuh dengan pengajaran..
Novel ini juga memaparkan banyak info mengenai kraftangan dan dunia peguam syarie..
Info mengenai syariah seperti hak seorang isteri yang akan dimadukan..
Hak menantu yang diketepikan mertua hanya kerana harta yang diamanahkan..
Hak seorang tunang yang ditinggalkan setelah terlanjur..
Seoronok bila baca novel yang penuh dengan informasi ini..
Bukan sekadar bacaan ringan tetapi penuh informasi..
Kepada penulis semoga terus menulis novel seperti ini..



Boleh juga baca online di Blog : ceritera kucc...

Kalau ingin berkenalan dengan penulis boleh add FB APRIL SNOW


Sha pinjam Perpustakaan Negara Malaysia

Diterbitkan oleh Kaki Novel

Sinopsis belakang buku:- Kerana Aya Sofya, Laila dan Wazif dipertemukan lebih lima tahun dahulu. Kerana Aya Sofya mereka berdua menjadi seteru. Namun kerana Aya Sofya juga, tanpa diduga Laila dan Wazif terikat rasa… tersimpul jiwa.

Aya Sofya, insan comel yang menjadi rebutan dua pihak. Laila tetap teguh mempertahankan haknya atas Aya Sofya yang jadi miliknya usai dilahirkan. Si kecil tu nyawanya selama ini. Takkan mungkin diserahkan sewenangnya! Bagi Wazif si peguam syarie yang ampuh menjunjung prinsip undang-undang yang tertulis, hak tetap hak. Bagi Wazif, sahabatnya Fakhrul dan isterinya Aliyana pemilik sebenar si comel Aya Sofya. Bukan Laila!

Bagi Laila, Wazif penyebab dia kehilangan Aya Sofya buat selama-lamanya. Muncul lelaki itu dalam hidupnya merengut bahagia dia bersama Aya Sofya. Selama-lamanya! Laila bencikan Wazif. Benci yang sesungguhnya!

Namun bagi Wazif, mengenali Laila dalam erti kata yang sebenar telah membuka pintu hatinya untuk melihat tulus jiwa seorang gadis yang berkorban apa sahaja demi seorang Aya Sofya yang nyata bukan darah dagingnya sendiri. Laila buat Wazif rasa teramat berdosa. Berjumpa Laila kembali setelah lebih lima tahun mencari, gadis itu tak mungkin dilepaskan. Wazif nekad. Dia hanya mahukan Laila. Hanya nama Fahratu Laila yang tertulis di hatinya!
Akan bertautkah dua hati yang punya rasa yang berbeza? Akan terciptakah bahagia antara mereka jika rentak di jiwa tidak seirama nadanya? Dan kala cinta baru mula berputik bunganya berupayakah mereka berdepan dengan kemunculan cinta lama yang datang mengusik kenangan di jiwa... mahu merebut kembali hati yang parah tercarik luka.

Friday, July 3, 2015

Duit Raya RM50 Dari Cik EN


HADIAH
Hadiah Utama : Duit Raya rm50
10 Hadiah saguhati : Kad Raya 2015 Cik EN
yang lelain akan dimasukkan bloglist dan sesiapa yang bertuah akan cik en review dan diberi keutamaan pada blog yang follower bawah 1000.

Tarikh Tutup 3 Julai 2015 ( jam 12.00 tengah hari)

#Cabaran20Hari : Kuih Kegemaran di Bulan Puasa

#Cabaran20Hari
Hari Ketujuh


Assalamualaikum...
Wah.. x sangka dah masuk hari ketujuh untuk #Cabaran20Hari..
Kali ini kita citer pasal Kuih Kegemaran pula..

Antara Kuih Kegemaran saya di Bulan Puasa 
(boleh klik dekat kuih tu ya ada link untuk resepi mana tau ada yang teringin nak buat pula untuk juadah berbuka karang)

Yang nie paling feveret.. Memang tiap kali bulan puasa saya akan cari kuih nie..
Kuih ini ada dua jenis.. satu yg manis, satu lagi pedas atau orang panggil kuih cara berlauk..
Saya suka yang manis..

Maaflah saya x share gambar-gambar kuih nie.. Karang terliur pula yang membaca entry nie.. hehehe.. Jangan Marah ye..

Kepada yang berminat untuk menyertai #Cabaran20Hari bolehlah pergi ke blog ARZMOHA dan sahutlah #Cabaran20Hari..

Jom sahut cabaran ini!

Drama Korea | Who Are You: School 2015 (2015)

Drama Korea
Ke korean lagi kita..
Drama mengenai budak sekolah..
Misteri.. menarik dan Awsome..
Pelakon yang sangat bagus..
Ada 16 episod..
Permulaan yang penuh misteri..persoalan demi persoalan..
Bila menonton kisah budak sekolah melalui kehidupan macam nie sesekali seronok juga..
Mereka yang membuli dan yang dibuli...
Pengajarannya mudah sahaja, kita adalah kita sekiranya berani mengatakan tidak..
Untuk berkawan kita juga perlu berani mengatakan tidak..
Hidup ini bukan untuk orang lain tapi diri kita..
Perkara yang kita nampak belum tentu tepat mengikut tafsiran kita..
Anak-anak yang bersekolah haruslah dipantau..

School 2015 poster.jpg

Plot:- Go Eun-byul and Lee Eun-bi are identical twins separated at birth. Eun-bi lives at House of Love, an orphanage in Tongyeong, South Gyeongsang Province, where the younger residents look up to her as a mother figure. However, she hides the fact that she is bullied at school by a gang of mean girls led by Kang So-young, while teachers turn a blind eye.

On the other hand, Go Eun-byul is the most popular girl at Sekang High School, the most prestigious private high school in Seoul's Gangnam District. Eun-byul's best friends are Cha Song-joo and Lee Shi-jin, and she shares a mutual attraction with Han Yi An, the school's star swimmer. They have been friends since they were 8.
Eun-bi and Eun-byul look exactly alike, but only Eun-byul is aware of the other's existence. Unlike the cheerful Eun-bi, Eun-byul is prickly and secretive.
One day, on a school field trip to Tongyeong, Eun-byul mysteriously disappears. At the same time, Eun-bi is unjustly expelled from her school and jumps off a bridge in a suicide attempt. Ten days later, the injured and amnesiac Eun-bi is mistaken for her twin Eun-byul, and the latter's adoptive mother takes her home to Seoul, where she starts living as Eun-byul. But she soon remembers everything.

Eun Bi faces many challenges as Kang So Young transfers to Sekang High School and tends to reveal her real identity. She does many things to make Eun Bi transfer.
On the day Eun Bi and her mother packing up to move house, the real Eun Byul comes knocking on the door.

Thursday, July 2, 2015

Part 3 - Projek Meja Besi

Alhamdulillah...
Yeah!!! Meja dah siap...
Terima kasih En. Suami..gigih membuatnya..
Siap balutkan..hehe..
Hasilnya seperti dalam gambar..

Ukuran bagi meja nie
Tinggi 4 kaki
Panjang 3 kaki
Lebar 2 kaki
Untuk oven tu kena ukur mengikut saiz oven masing2..
Hehehe..
Puas hati dapat buat meja sendiri.. Besar dan tinggi..

Atas untuk dapur tungku satu dan periuk nasi..

bawah nie untuk oven..

Prince Charming by Ratu Bulan

Assalamualaikum...

Nak kongsi sikit pasal novel..
Novel yang sangat kelakar..
Kalau baca nie akan ada babak2 yang membuatkan kita tetibe gelak sendiri..
Penulis berani menggunakan dua personality dalam satu badan sebagai salah satu watak dalam cerita ini. Watak utamanya seorang perempuan yang sangat ganas dan cakap lepas..
Cerita mengenai remaja perempuan yang menjadi kapten bola sepak sekolah menengah..
Cabaran yg dihadapi dalam mengawal pemain-pemain bola sepak yang macam-macam perangai..
Carta Prince Charming yang Misteri..
Betulkah ada sumpahan pada Carta Prince Charming..??
Cubaan membunuh hanya kerana Carta Prince Charming dikoyakkan???
Seriously novel ini menarik dibaca..

Boleh baca online di Blog : Prince Charming


17261761
Sha pinjam Perpustakaan Negara Malaysia

Diterbitkan oleh Fajar Pakeer
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com