Tuesday, January 4, 2022

Drama Korea | Crime Puzzle (2021)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Drama ini bermain dengan darah yang banyak dan agak ganas serta plot yang gelap.. Kalau tak minat drama gelap dan banyak darah, baik jangan tengok.. 

Drama ini bermula dengan pembunuhan bapa Yoo Hee dan pembunuhnya ialah Dr. Han yang juga kekasih Yoo Hee.. Bukti semua memang jelas menunjukkan Dr. Han yang bunuh.. Selepas 3 bulan penyiasatan, Dr. Han dijatuhkan hukuman dan dimasukkan ke penjara.. Maka bermulalah pembongkaran konspirasi disebalik kenapa pembunuhan bapa Yoo Hee berlaku.. Jenayah yang lebih besar dna terancang yang cuba dibongkarkan oleh Dr. Han yang dah lama menyiasat dan kepalanya ada di dalam penjara yang sama dengan Dr. Han.. Bukan mudah bila pengikutnya terlalu taksub.. Pembunuhan berlaku tanpa belas kasihan.. siapa sahaja yang menghalang pasti menjadi mangsa.. 

Memang plot dia gelap gila.. Walaupun Sha berjaya teka dalang yang bersembunyi dalam pasukan polis tapi tak sangka ada 2 bukannya 1.. Memang mengejutkanlah.. 

Drama: Crime Puzzle
Also Known As: Keuraim Peojeul, Geuraim Peojeul
Director: Go Jae Hyun
Screenwriter: Choi Jong Gil
Genres: Thriller, Mystery, Psychological, Romance, Drama
Country: South Korea
Episodes: 10
Aired: Oct 29, 2021 - Nov 26, 2021
Aired On: Friday
Original Network: Olleh TV
Duration: 1 hr. 10 min.
"Crime Puzzle" is a story where a criminal psychologist is sent to prison for murdering a political candidate, and the criminal profiler who loses her father to the murder is conducting interviews with the murderer for a case that occurs within the prison. These two used to be lovers just a year ago, until they meet again as a murderer and a criminal profiler, and face the unexpected truth to a series of murders. The thriller focuses on the process of them putting the pieces together, like a puzzle.
(Source: HanCinema)

~Adapted from the webtoon "Crime Puzzle" (크라임 퍼즐) by Meen.~

Cadbury Hot Chocolate Drink 3in1

Assalamualaikum..
Hye semua..

Mencuba minuman 3in1 Cadbury.. Rasa coklat yang mewah namun tak manis memang sesuai diminum di waktu pagi mahupun kala hujan.. Bersama sebungkus biskut dan sebuah buku.. Gandingan yang mantap di waktu sejuk.. Hehehe.. Jemput minum..

Monday, January 3, 2022

Drama Korea | At a Distance, Spring Is Green (2021)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Aduh.. Sedihnya drama ini.. Macam manalah boleh terjebak tengok.. Emosi betul bila tengok Yeo Joon kena pukul dengan ayah dia, lepas tu mak dia tak suka dia.. Ada keluarga dan kaya tapi terbuang.. Soo Hyun pula terpaksa pikul beban keluarga.. Mana nak selesaikan hutang ayah dia, tanggung keluarga dan belajar.. Jadi dua watak ini bertentangan namun sebenarnya mereka saling melengkapai.. Drama ini ada je cinta tiga segi tapi tak adalah aksi-aksi mengenakan atau apa.. Drama ini banyak bagi tips lah macam mana nak melalui hidup sebagai remaja yang hanya datang sekali sahaja.. Apa yang perlu kita buat dengan luka dan masa silam kita.. Macam mana kita nak berhadapan dengan manusia yang suka mengambil kesempatan.. Tak salah pun kita terima pertolongan atau meminta tolong bila kita bertemu jalan buntu.. Owh ya, membunuh diri bukanlah pilihan yang baik..

Drama: At a Distance, Spring Is Green
Also Known As: A Blue Spring from Afar , From Distance, Blue Spring, From a Distance, a Green Spring, Seen from a Distance Green Spring, Blue Spring From a Distance, Meolriseo Bomyun Pooreun Bom
Director: Kim Jung Hyun
Genres: Friendship, Romance, Life, School, Youth
Country: South Korea
Episodes: 12
Aired: Jun 14, 2021 - Jul 20, 2021
Aired On: Monday, Tuesday
Original Network: KBS2, iQiyi, iQiyi, Viki
Duration: 1 hr. 3 min.
A coming of age story about young people in their twenties and the problems they face in university. Nam Soo Hyun and Yeo Joon,  two boys with contrasting personalities, unexpectedly become friends when working on a project together.
Depicts the realistic worries and conflicts of university students in their 20's, centered around 1st-year student Yeo Joon. Even though Yeo Joon has an attractive appearance and comes from a wealthy background, he carries pain inside. His character is a puppy-dog freshman who takes a liking to a sunbae and follows him around, leading to an unlikely friendship between two very different boys.
(Source: MyDramaList)

~ Adapted from the webtoon "Campus Life" (멀리서 보면 푸른 봄) by Ji Nyoong (지늉).~

ebook | Happiness, Vol. 7 - Vol 10 by Shūzō Oshimi

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Permulaan Januari 2022 ini Sha mulakan dengan sambungan komik bertajuk Happiness yang sebelum ini Sha kongsikan.. Ini adalah buku ke 7 sampai 10.. Bila baca komik ini memang pelbagai perasaan bercampur baur.. 

Sayu yang disangka mati rupanya masih hidup dan turut ditangkap untuk dijadikan eksperimen.. Sayu yang sudah mula mendapatkan sepenuhnya badan telah menyerang orang yang menangkap mereka dan membebaskan Okazaki.. Okazaki juga menyelamatkan otak Nora yang masih punya kesedaran.. Yuki yang telah dimakan oleh pengikut Sakurane meminta pertolongan Okazaki untuk membunuh Sakurane.. Okazaki berjaya membunuh Sakurane dan menyelamatkan Gosho.. 

Kerana Okazaki, Sayu dan Nora mula mendapatkan kesedaran yang telah lama hilang.. Okazaki juga berjaya mengajar Nora untuk tidak perlu membunuh sekiranya ingin mendapatkan darah.. Mak Okazaki dan juga Gosho mula meneruskan hidup dan menerima yang Okazaki ada walaupun tak boleh memunculkan diri..

Sha baca dan selesai pada 01.01.2022


Sha baca menggunakan aplikasi PDF..
Published May 8th 2018 by Kodansha Comics (first published January 9th 2018)
Published October 30th 2018 by Kodansha Comics (first published June 8th 2018)
Published June 18th 2019 by Kodansha Comics (first published November 9th 2018)
Published December 24th 2019 by Kodansha (first published May 9th 2019)

Munchy's Crackers Plus High Protein Chia Seeds

Assalamualaikum..
Hye semua..

Biskut ini rakan sekerja Sha yang bagi.. Sedap rasa dia.. Tak sangka chia seed best jadinya bila diletakkan pada biskut.. Bolehlah beli pack besar nanti... Selalu sha beli yang biasa tu je.. Tak pernah cuba yang lain-lain tu.. Cam rugi lak.. hehehe Dah lah sedap, chia seed tu pun banyak khasiatnya..

1 paket comel ini ada 3pcs biskut..

Nampak tak biji-biji hitam tu?? Tulah chia seed nya..

Sunday, January 2, 2022

2022 Reading Challenge

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ini antara entry wajib setiap awal tahun untuk Sha.. Cabaran Membaca di Goodreads.. Cabaran ini Sha buat dengan tujuan merekod pembacaan Sha sepanjang tahun serta mencabar diri untuk komited dengan sasaran.. Jomlah sertai cabaran ini bersama Sha.. Boleh je letak jumlah yang sikit seperti 10 buah, 5 buah.. Ikut kemampuan.. Cabaran ini boleh ditambah angkanya pada bila-bila masa..

Macam Sha ini kadang tu tak ada mood langsung nak membaca dan ada masanya Sha mabuk membaca sampai boleh baca beratus-ratus muka surat.. Lagipun Sha kerja di Perpustakaan, memang berdepan dengan buku setiap hari..

Berfikir-fikir sebenarnya nak meletakkan angka di ruangan kosong tu..

Sha letak 222 harapnya berjayalah.. Letak target lepas dah baca sebuah ebook.. Buku pertama Sha baca untuk tahun ini dari genre seram komedi..

Marrybrown Loaded Potato Bowl

Assalamualaikum..
Hye semua..

Tak sangka MB pun ada Loaded Potato Bowl tapi tetap KFC punya di hati.. hehehe.. MB punya ini sedikit kering kentangnya.. Ayam dia sedap.. Sos keju dan mayonis pun meriah.. Cuma kentang dia jelah kering dan keras..

RM4 - Meriah sos dan isinya..

ebook | Alamak, Terpaku Langsuir oleh Ilya Abdullah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bacaan pilihan pertama Sha untuk Januari 2022 ialah ebook yang Sha baru sahaja terima pagi tadi.. ebook ini Sha pra tempah pada tahun lepas.. 

Memang permulaan yang cantiklah untuk tahu ini.. Ebook seram komedi yang mampu buat Sha gelak ketika membacanya.. Baseer yang terlalu berani telah masuk memancing di hutan larangan dan beliau akhirnya tersesat.. Kemunculan Kak Lang yang disangka Cik Ponti telah membantu Baseer pulang dengan selamatnya.. Kawan Baseer telah meminta tolong beliau untuk masuk semula ke hutan dan memaku Kak Lang yang disangka Cik Ponti.. Namun kerana ketakutan dan ingin membantu kawan-kawannya, Baseer tak sengaja memaku Kak Lang.. Kak Lang yang tak puas hati telah mencari Baseer hingga ke rumah sewa.. Bila Baseer balik semula ke kampung, kampungnya diserang makhluk lain pula.. Ada konspirasi terancang dan ianya berkaitan dengan sejarah silam Kak Lang.. Baseerlah yang membantu menyelesaikan masalah orang kampung dan juga Kak Lang..

Sha baca dan selesai pada 01.01.2022..

Koleksi peribadi Sha ini.. Sha baca menggunakan aplikasi PDF sebab ebook ini ada password..
Published January 2021 by Ilya Abdullah

Dutch Lady: Vanilla Ice Cream Flavoured Milk

Assalamualaikum..
Hye semua..

Dutch Lady keluarkan susu berperisa vanilla ice cream guys.. Sedap.. Sha suka rasa dia yang lembut tu.. Memang ngamlah bila minum sejuk-sejuk.. Hehehe.. Boleh juga bubuh dalam kopi, memang umph lah..

4 kotak ini RM5.90

Saturday, January 1, 2022

FIlem Melayu | Rumah Tok Wie (2021)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem dengan pelakon yang menarik.. Kisah 3 sekawan yang dibuang kerja namun mempunyai komitmen yang tinggi.. Kerana dah hilang punca, mereka merancang untuk merompak rumah Tok Wie yang dikatakan banyak harta.. semuanya demi meyelesaikan masalah belanja rumah, sambung belajar dan hantaran kahwin yang tinggi.. Namun usaha merompak mereka bukanlah mudah.. Walaupun dah berjaya masuk rumah Tok Wie namun tak ada apa pun yang boleh mereka perolehi..

Salah tetap salah.. Keadaan tak menghalalkan cara.. Membina rumah tangga kalau dari awal dah teruk, bagaimanalah agaknya selepas perkahwinan.. 

Rumah Tok Wie
Waktu Siaran: Rabu, 29 Disember 2021, 9:00 malam
Rangkaian: Awesome TV
Pengarah: Razif Ajiboy Rashid
Produksi: Rumah Produksi Merah
Pelakon: Awie, Roy Azman, Hazama, Sharwani, Vivienna Alfred, Pak Abu, Saiful Ghaz

Sinopsis Rumah Tok Wie
Tok Wie memiliki sebuah rumah agam. Rumah tersebut dibina sebagai tempat untuk Tok Wie menyimpan segala barang-barang berharga miliknya. Kodi, Fuad dan Amir merancang untuk merompak rumah Tok Wie.

Marrybrown Roti Goreng / Mantao

Assalamualaikum..
Hye semua.. 

Lama dah aim untuk beli roti goreng @ Mantao dari Marrybrown ini lepas rasa 2 minggu lepas.. Roti ini dia bubuh dalam set Lucky Plate (set 2 ketul ayam).. Kebetulan kawan pejabat Sha beli, dia bagi Sha rasa roti ini.. Eh!! Sedaplah.. Terus berhajat nak beli.. Tapi asyik tak tersinggah je walaupun duk lalu lalang depan Marrybrown tu.. Hahaha.. Lepas tu minggu lepas keluar cari kopi dan tersinggahlah Marrybrown.. Sha beli terus yang 6pcs.. Boleh kongsi makan dengan anak-anak.. Roti dia sedap makan macam tu je.. Nak cicah dengan kari atau kuah lain pun okay je.. Sha lebih suka makan macam tu je.. Sedap..

Sekotak Roti Goreng / Mantao - RM6.90

Ada 6pcs

Putih dia tak menyerlahlah dalam gambar ini.. Tapi memang putih mantao lah..

Goodreads: My Year 2021 in Books

Assalamualaikum..
Hye semua..

Macam biasa, permulaan tahun 2022, Sha kongsikan perjalanan membaca Sha sepanjang tahun 2021.. Tahun yang mencabar dengan Covid19 dan juga banjir.. Memang tak sangka namun ini adalah ujian buat kita semua.. Semoga mereka yang ditimpa musibah sabar dan kuat melalui ujian.. Kita yang tak ditimpa musibah pun sebenarnya diuji juga.. Berikut merupakan perjalanan membaca Sha..

Sha berjaya baca 273 buah buku sebenarny tapi keluar 271 sebab yang 2 lagi tu merupakan bacaan kali kedua..

Ini merupakan buku paling pendek dan paling panjang yang Sha baca..

Purata bacaan Sha sehari lebih kurang 249 muka surat je.. Tak banyak mana..

Buku ini pula yang paling popular dan tak popular langsung..

Ini merupakan buku pertama yang Sha baca dan review..

Ini pula merupakan buku terakhir yang Sha review bagi tahun 2021..

273 buah buku berjaya dibaca walaupun targetnya 202 buah buku..
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com