
Thursday, May 16, 2019
Wednesday, May 15, 2019
My Sweet Arissa oleh Sania Yasmin
Assalamualaikum..
Hye semua..
Tajuk dan kisah dalam dia memang kena sangat.. My Sweet Arissa, memang cerita pasal Arissa.. Bagaimana Arissa yang yatim piatu bertemu dengan Hakimi.. Dari bekas bos dan pekerja menjadi suami isteri.. Mulanya sekadar saling membantu tapi tanpa disedari cinta mula berputik.. Yang jadi penghalang, mak Hakimi.. Garang tak tentu pasal dan asyik nak marah-marah.. Watak mak Hakimi ini memang Sha menyampah.. Harapnya jadi pengajaranlah pada pembaca.. Kerjanya nak mengamuk je, walaupun dapat suami yang baik dan tengah sakit.. Patutnya dia jaga suami, ini tak asyik nak marah-marah dan tengking suami.. Arissa jangan cakaplah.. Bila mak mertua tak suka, takkan dia nak melebih-lebih.. Tapi bagus penulis bila buat perangai Arissa yang masih hormatkan mak mertua dan sentiasa suruh Hakimi hormat mak dia.. Watak menantu yang sepatutnya.. Cerita dia sempoi dan sweet.. Gangguan kecil dari mak Hakimi dan Naim sepupu Hakimi..
Sha baca dan selesai pada 14.05.2019.. Mula baca tak boleh nak letak.. Memang menarik jalan ceritanya.. Sempoi dan tak meleret-leret..

Projek Seram: Grab oleh Fitri Hussin, Arifful Baqi, Hasrudi Jawawi
Assalamualaikum..
Hye semua..
Baca novel ini memang menggegarkan jantung.. hahaha..
Baca novel ini memang menggegarkan jantung.. hahaha..
Seru oleh Fitri Hussin
Pemandu yang buat perangai macam ini mungkinlah 1 dalam beribu.. Tapi kerana yang 1 tu lah terpalit nama buruk pada yang lain.. Bila nafsu menjadi raja dalam diri, yang haram dikejar-kejar..
Hilang oleh Arifful Baqi
Pergh!! Ngeri wei.. Ngeri.. Mujurlah bacaan sahaja.. Kalaulah wujud memang tak naiklah Grab ini.. Kerana dendam, dia wujud menghantui.. Tapi penamat dia memang tak disangkakan.. Sangat sangat tak sangka..
Januari oleh Hasrudi Jawawi
Cerita ketiga ini seram campur misteri.. Dalam keseraman dan misteri tu, boleh pula jadi sedih di hujung cerita..
Sha baca dan selesai pada 14.05.2019..

Koleksi Sha..
Published March 2019 by Buku Prima
Tuesday, May 14, 2019
Lelaki Langit Bumi
Assalamualaikum..
Hye semua..
Lama tak cerita pasal novel online Lelaki Langit Bumi ini.. Sekarang dah sampai 53.. Kisah suka duka Diha dalam merebut kasih sayang Ariyyan yang masih mencintai arwah isterinya.. Memang menarik dan mampu membuatkan sha menitiskan air mata..
Bacaan sebelum ini
Nak baca novel ini klik je
Sha sambung pembacaan Sha pada bab 45 sehinggalah bab 53..
Memang makin menarik perkembangan hubungan antara Ariyyan dan Diha.. Nampak kesungguhan diha dalam hubungan mereka.. Manakala Ariyyan pula umpama Roller coaster.. Kejap okay, kejap tak.. Geram je baca.. Penceritaan penulis memang menyetuh perasaan dan Sha suka.. Rasa macam nak cakap je dengan Diha, tinggalkan Ariyyan.. Hehehe.. tapi mujurlah Diha masih bersabar..
Harap penulis akan teruskan hingga penamat.. Good luck penulis..
Gila! Aku Suka Dia oleh Fatrim Syah
Assalamualaikum..
Hye semua..
Lambat sikit membaca sebab guna telefon.. Mata dah tak berapa suka mengadap telefon lama-lama.. Tapi disebabkan buku ini nak dapat baca kena tunggu giliran, gagah jugalah baca dan habiskan.. Kalau tak emmang tunggu lagilah baru dapat pinjam dan baca.. Hahaha..
Cerita yang ringkas dan menarik.. Kisah 3 lelaki yang sudah berusia 30 an dalam usaha mencari jodoh.. dah jumta tapi tak jadi.. Memang seronok baca keakraban antara Lalan, Bob dan Joe.. Walaupun aksi mereka kalau di alam realiti mampu mengundang pandangan serong masyarakat.. hehehe.. Cerita yang santai..
Sha baca pada 13.05.2019 dan selesai pada 14.05.2019..
Lambat sikit membaca sebab guna telefon.. Mata dah tak berapa suka mengadap telefon lama-lama.. Tapi disebabkan buku ini nak dapat baca kena tunggu giliran, gagah jugalah baca dan habiskan.. Kalau tak emmang tunggu lagilah baru dapat pinjam dan baca.. Hahaha..
Cerita yang ringkas dan menarik.. Kisah 3 lelaki yang sudah berusia 30 an dalam usaha mencari jodoh.. dah jumta tapi tak jadi.. Memang seronok baca keakraban antara Lalan, Bob dan Joe.. Walaupun aksi mereka kalau di alam realiti mampu mengundang pandangan serong masyarakat.. hehehe.. Cerita yang santai..
Sha baca pada 13.05.2019 dan selesai pada 14.05.2019..
Published 2016 by Love Novel
Monday, May 13, 2019
Ramdhan oleh Ijam
Assalamualaikum..
Hye semua..
Sebab tajuk dia Ramadhan, tu yang Sha baca.. Hehehe.. Walhal Ramadhan tu nama orang bukan pasal bulan Ramadhan.. Buku seterusnya yang diambil dari rak "To be Read" Sha..
Ramdhan ini budak baik sebenarnya tapi disebabkan satu peristiwa, dia kena masuk sekolah jahat.. Walhal kejadian tu bukanlah disengajakan dan dia cuba membantu je.. Mak dia benci dan salahkan dia.. Hiduplah dia dengan bantuan dua orang kawan dia yang baik.. Dalam pada dia nak mulakan hidup, dia diganggu dengan dasyat.. Gangguan tu datang dari makhluk yang tak boleh dilihat.. Ada yang mengganggu dan ada yang membantu.. Memang menarik novel ini..
Sha baca pada 12.05.2019 dan selesai pada 13.05.2019..

Koleksi Sha..
Published June 2018 by IK Creative Press.
Sunday, May 12, 2019
566 Hari Mencari Cinta oleh Ilya Abdullah
Assalamualaikum..
Hye semua..
Cuba mengurangkan buku dalam rak "To Be Read" yang makin bertambah.. Sha pilih buku penulis Ilya Abdullah ini untuk dibaca.. Cuba membuai perasaan tapi sebaliknya yang berlaku..
Bukan terbuai dengan cerita cinta yang tipikal.. Hero dan heroinnya memang jenis ganas dan kejam perangai.. Hehehe.. Firdayu yang kejam mempermainkan cinta lelaki telah dicabar neneknya untuk mencari cinta dalam tempoh 566 hari, kalau tak harta Firdayu akan dirampas neneknya.. Memang makin menjadi-jadilah perangai Firdayu.. Habis tunang orang, teman lelaki orang dicantasnya.. Digoda dan ditinggalkan bila tak berkenan di hati.. Dibantu PA yang macam batu tak berperasaan dan sentiasa ada disisi lagi menjadi-jadilah perangai beliau.. Rupanya cinta dicari ada didepan mata namun otak menafikan sedangkan perasaan mengakui.. Bagaimanakah akhirnya kisah cinta mereka?? Memang kena bacalah..

Koleksi Sha..
Published April 2011 by Kaki Novel Enterprise
7 Ramadhan 1440
Assalamualaikum..
Hye semua..
Tak ada apa nak update sangat pasal Ramadhan.. Cuma hari ini terlambat bangun.. hehehe.. Terus kalut memasak.. Jaga-jaga je dah 4.40 pagi.. Terus masak nasi dan rebus telur masin.. Basuh ikan dan lumur rempah goreng.. Mujurlah ikan dah keluarkan awal sebelum tidur.. Tinggal nak goreng.. Sambil tu masak air dan potong sawi untuk buat sup.. Terkejar-kejar rasanya.. Hehehe.. Nasib baik ada 3 dapur.. Jadinya sempatlah masak semua serentak.. Lepas air dan telur masin masak terus jerang air untuk buat sup sayur.. Pukul 5 pagi siap.. Hehehe.. Sesak nafas berkejar-kejaran memasak.. Siap masak baru kejut encik suami dan Amani untuk sahur.. Menu ringkas di pagi hari..
Malam tu tak berapa lena nak tidur.. Tulang pinggang sakit dan tulang peha rasa ngilu.. Sapu minyak panas baru rasa lega sikit.. Sahur terus makan panadol extra, untuk mengelakkan sakit lagi.. Ini menaip sambil semak email pemenang GA Sha.. Baru 5 orang yang respon.. Sha tak akan cabut undi lain ye.. Lambat respon, lambatlah Sha pos hadiah.. Siapa yang dah bagi tu Sha terus isi dan pos.. Sebab hadiah memang dah ada.. Sempatlah design kad raya simple gunakan aplikasi Canva untuk dimasukkan sekali dalam bungkusan hadiah tu.. Ada ke yang nak kad raya? Sha ada yang buat sendiri dan juga yang beli.. Nak?? Hehehe.. Baca sampai habis ye..


Ada yang nak terima kad raya tak?? Kalau ada, bolehlah email kat coklat.funky@gmail.com, nama dan alamat ye.. Tajuk email boleh bubuh Kad Raya 2019.. Siapa cepat, dia dapat.. hehehe..
Saturday, May 11, 2019
Ari oleh Mahizan Husain
Assalamualaikum..
hye semua..
Sha beli novel ini lepas baca sinopsis dia yang sangat menarik.. Covernya juga menawan.. Hitam dengan tulisan merah.. Memang sangat memikat... Tapi membacanya memerlukan masa sebab Ari ini novel noir thriller, ia gelap dan berlapis.. Sangat gelap dan bahasa yang digunakan pun memerlukan pembacaan yang bersungguh..
Novel yang sangat gelap dan pengakhirannya bukanlah seperti yang diharapkan.. Sungguh tak disangka yang jahat itu sebenarnya sangat dekat.. Begitu dekat sampai kita tak perasan.. Ari Harapan, terjebak dengan kejahatan kerana ingin membalas dendam untuk kawan baiknya.. Namun pengakhirannya tak begitu baik.. Mengerikan.. Murung dibuatnya..
Sha baca pada 06.05.2019 dan selesai pada 10.05.2019..

Koleksi Sha..
Published January 2019 by Penulisan2u
Helios Eclipse Quaternion, Quintet, Hexad, Septenary & Epilogue oleh Kaoru
Assalamualaikum..
Hye semua..
Habis dah baca semua tajuk untuk siri Helios Eclipse ini.. Memang menarik sebagai bacaan santai.. Penamatnya sedikit menyedihkan sebab Mineko dan Helios bersama tapi tak bersatu.. Ha.. Camne tu.. Hehehe.. Kenalah baca ye tak..
Sha baca dan selesai kelima-lima komik ini pada 08.05.2019
Habis dah baca semua tajuk untuk siri Helios Eclipse ini.. Memang menarik sebagai bacaan santai.. Penamatnya sedikit menyedihkan sebab Mineko dan Helios bersama tapi tak bersatu.. Ha.. Camne tu.. Hehehe.. Kenalah baca ye tak..
Sha baca dan selesai kelima-lima komik ini pada 08.05.2019

Subscribe to:
Posts (Atom)
Book Quotes
Review & Rating
Sha's bookshelf: read




by Del Osmera
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..




by Del Osmera
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

























