Saturday, December 31, 2016

Hadiah Giveaway Dipulangkan Semula

Assalammualaikum..
Hye semua..

23.12.2016 Sha dapat balik bungkusan ini.. Ini hadiah GA Sha hari tu.. Katanya tak dapat diberikan pada penerima.. Sha pun tak pasti kenapa.. Mungkin bukan rezeki penerima.. Siapa nak?? Komen pertama yang Sha terima Sha bagi hadiah ini.. Sha serious tau.. Siapa komen dulu dia dapat..

Hadiah Giveaway Dipulangkan Semula

Penulis - Syaida Ilmuna

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jom kenal dengan penulis yang comel lagi mesra ini..
Syaida Ilmuna.. Sha mula-mula baca novel beliau tajuk Jangan Percaya!..
Pergh!! memang psiko kot..
Best.. Serious best..
Kalau tak daya boleh baca review Sha mengenai novel Jangan Percaya!
Pastu barulah cari novel-novel yang lain..

Antara karya beliau ialah :-
  1. Dia Bukan Arissa
  2. Akulah Si Jelita
  3. Jangan Percaya!
  4. Antologi Aksi Bunuhan - Tren 
Tiga dari empah dah berjaya Sha baca..
Tinggal nak cari satu je lagi..

Boleh ikuti perkembangan beliau di
Blog : Jendela Cinta
Facebook : Syaida Ilmuna
Page Facebook : ThrillerThrill

Buku ini masih ada dengan Sha..
Jangan Percaya dah ada yang beli rasanya..

Daftar Amani Sekolah Agama

Assalamualaikum..
Hye semua..

Khamis (29.12.2016) Sha daftarkan Amani ke Sekolah Agama sesi petang..
Alhamdulillah.. Settle bayar Yuran semua termasuk yuran bulanan hingga hujung tahun 2017..
Senang bila bayar semua.. Bulan-bulan tak payah bayar dah..
Jumlah semua sekali RM150.80..

Teruja Amani melihat sekolah agama dia..
Yang dah dapat masa bayar yuran, lencana 2 keping..
Patutnya beli lagi Lencana tu..
Terlupa pula.. Adoilah..
Takpelah nanti suruh Amani beli dekat cikgu dia..
Lega bila dah settlekan pendaftaran dan yuran sekolah agama Amani..
Tinggal sekolah kebangsaan je lagi..

Daftar Amani Sekolah Agama

Main Bakar-Bakar di Kampung

Assalammualaikum..
Hye semua..

Hahaha... Mesti ada yang suspen tengok tajuk entry Sha nie kan..
Acah je lah.. Bukan bakar rumah ke apa ke..
Bakar seafood je..

Kebetulan dapat berkumpul dengan pengantin-pengantin baru..
Tu yang buat bakar-bakar nie..
Sha gi beli ayam seekor, keli sekilo dan kerang sekilo..
Pastu tambah Hotdog dua pek..
Ini pun banyak giler..

Kerang tu yang makan banyak Imanilah..
Dia memang suka kerang-kerangan dan seafood..
Udang lupa nak beli.. feveret abah dengan Imani..
Main Bakar-Bakar di Kampung 
Bahan-bahan yang akan dibakar..

Main Bakar-Bakar di Kampung 
Ayam yang dah siap diperap..
Perap petang tu.. Malam bakar..

Main Bakar-Bakar di Kampung 
Inilah dia sos yang diguna untuk memerap ayam..
Memang sedap..

Main Bakar-Bakar di Kampung 
Ikan keli.. salah bungkus, lambat sikit masaknya..

Main Bakar-Bakar di Kampung 
Ayam yang dah diperap dalam proses pembakaran..

Main Bakar-Bakar di Kampung 
Bakar kerang dan hotdog..

Main Bakar-Bakar di Kampung 
Tinggal kulit sahaja..

Main Bakar-Bakar di Kampung 
Teruja tengok kerang tu masih hidup..
Sabar jelah..

Friday, December 30, 2016

Membeli-belah di MPH Online

Assalammualaikum..
Hye semua..

Sha first time beli melalui MPH Online..
Mereka guna GDEX untuk penghantaran barang..

Kronologi membeli di MPH Online..
Sha buat pesanan pada 20.12.2016..
Kemudian MPH send email kata transaksi untuk pesanan Sha berjaya.. (20.12.2016)
22.12.2016 MPH hantar email kata pesanan telah diproses..
23.12.2016 email untuk track pesanan dihantar..
Sha memang tak perasan tracking GDEX kat bawah sekali..
Cuma Sha pasti buku-buku akan sampai pada 27.12.2016 sebab lepas kita membeli dan bayar ada dinyatakan untuk menerima buku yang dipesan pada 27.12.2016..
Yup.. Memang buku-buku ini selamat sampai pada 27.12.2016..

Best dan ohsem bila beli online..
Ada diskaun dan penghantaran percuma..
Lepas tu dapat keahlian percuma untuk setahun..
Memang ohsemlah.. Hahaha..
Tapi ada syarat-syaratnya..
Kena beli RM120 ke atas baru dapat penghantaran percuma dan untuk keahlian percuma selama setahun kena belanja RM100 ke atas.. Tu je syaratnya..

 
Tracking dekat GDEX
 
 
Parcel sampai pada 27.12.2016 tapi Sha amik 28.12.2016..
sebab sampai dekat pejabat pentadbiran..
 
 
Balutan yang kemas dan ohsem..
 
 
Inilah yang ada dalam bungkusan tu..
Teori X, Dialah Bunga Berembun Bulan dan Kitab Lama oleh Sha Hanim Ramli
Seram Sebuah Antologi
Lindungi Aku oleh 
Shhh... Ini Rahsia Amani Tau! (Buku nie untuk Amani)
Kalender 2017 free dari MPH..
 
 
ini cover dia tau..
 
 
Isi dalamnya..
Cantik tau..

Penulis : Ilya Abdullah / Illya Abdullah / Qurratu'ain

Assalamualaikum..
Hye semua..

Penulis yang sangat ohsem..
Kisah cintanya menarik..
Kisah seramnya memberi debaran..

Antara buku nukilan beliau menggunakan nama pena Ilya Abdullah ialah:-
1. Coke anda Sundae (2010)
2. 566 Hari Mencari Cinta (2011)
3. Coke anda Sundae II (2012)
4. Awek Skuter (2013)
5. Queen Control (2014)
6. Roses (2014)
7. Antara 5 Cinta (2014)
8. Mas Ayu (2018)
9. Cerpen seram Sihir (2018)
10. Kerajaan Paling Seram Vol 2 (2019)
11. Demi Cintaku Demi Cintamu (2019)
12. Roses (2019)
13. Jemaah Seram Pohon (2019)

Menggunakan nama pena Illya Abdullah pula :-
1. Qarin (2016)
6. Mannequin (2017)
7. Lintah (2018)
8. Kak Lang Gojes (2018)
9. Kisah Seram Malam Jumaat Vol 5 (2018)
10. Kisah Seram Pendek : Bahagian 1 (2018)
11. Langsuir Kampung Condong (2018)

Yang dibawah ini menggunakan nama pena lain:-
Kuintai Cinta Dalam Rahsia - Qurratu'ain (2008)
Blog beliau Biar Pena Berbicara.. Ada hasil karya beliau..
Kalau nak kenal beliau dengan lebih dekat boleh ke Blog beliau ataupun Facebook beliau..
Beliau juga sangat pandai melukis... Cantik tau..
Kalau follow FB beliau ada beliau kisahkan mengenai Kak Lang dan Pak Semeon..
Di page Seramlicious pun ada cerpen menarik dari beliau..

Menang Mini Giveaway By Penselduabee

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah Sha..
Menang Mini Giveaway By Penselduabee..
Bertuah rasanya tersenarai untuk Bloglist..
Ohsem okay..
Terima kasih pada Sis Radhia kerana menganjurkan Mini Giveaway ini...
Semoga makin murah rezeki.. dikurniakan kesihatan yang baik..
Aamiin.. Aamiin..

Menang Mini Giveaway By Penselduabee 
Korang nak semak pemenang?? Klik je SINI.

https://penselduabee.blogspot.my/ 
Yeah!! Sha di senarai Bloglist Sis Radhia..

Bila Bercuti di Kampung

Assalammualaikum..
Hye semua..

Cuti tiga hari korang kemana??
Lama tu.. Tak balik kampung ke??
Sha stay rumah je.. Sebab esok (31.12.2016) Amani ada orentasi..
Last week dah balik kampungkan..
Last week pun dapat cuti tiga hari gak sebab Krismas jatuh hari Ahad..
Tu yang balik kampung.. Weekand nie tak baliklah..

Memula balik umah Mak mertua dulu di Kg. Gajah..
Hari Ahad lepas lunch baru balik umah abah Sha di Ayer Tawar..
Memang bestlah anak-anak dapat bermain dan berjumpa pak sedara..

Bila Bercuti di Kampung 
Reaksi Imani bila jumpa anak kucing..
Habis diusungnya keliling rumah..
Sabar jelah nengok perangainya..

Bila Bercuti di Kampung 
Kakak takut2 nak pegang..
Adik memang sukalah..

Bila Bercuti di Kampung 
Atok belikan buih sabun..
Seronoklah mereka meniup belon..

Bila Bercuti di Kampung 
Isnin pagi, pergi Ulu Licin mandi sungai..
Best je.. Sejuk dan nyaman..

Thursday, December 29, 2016

Ending Drama 7 First Kisses

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari tu Sha ada update pasal Drama Online Korea kan..
Kalau tak tengok lagi, boleh Klik SINI.. Sha dah update sampai episod 7..
Rupanya setiap daripada 7 orang lelaki tu ada 7 ending yang berbeza..
Masa Sha buat entry ni part Lee Min Ho tak ada lagi tau..
Kat bawah ini ending dia dan lagu feveret Sha..

Ending 7 First Kisses
  1. Choi Ji Woo
  2. Lee JoonGi
  3. Park Hae Jin
  4. Ji Chang Wook - yang ini memang tak leh nak move on.. Napelah mamat nie handsome sangat.. Hahaha.. Sorrylah tetibe minat dia lak..
  5. EXO Kai
  6. Ok TaeCyeon
  7. Lee Jong Suk 
  8. Lee Min Ho
Hahaha.. Kalau tengok ending satu-satu memang kelakar...
Terutama sekali masa part Ji Chang Wook tu.. Comel je..
Agaknya kalaulah kita diberi pilihan macam tu, siapa yang akan kita pilih ye??
Pilihan di tangan kita.. So pilihlah dengan bijak..

Jom layan lagu ini..
Sha tersuka tanpa sengaja tau.. hehehe..


Pastukan sebab Sha suka babak Ji Chang Wook, ini Sha bagi link untuk tengok pembikinan part Ji Chang Wook dengan Lee Cho Hee.. Comel dan sweet sangat.. Hahaha.. Klik Sini Ji Chang Wook..

Penulis - Ramlee Awang Murshid

Assalamualaikum..
Hye semua..

Penulis ini merupakan penulis kegemaran Sha..
Karya pertama beliau yang Sha baca ialah Ungu Karmila..
kemudian barulah Sha mula mencari karya beliau yang lain..
Ungu Karmila punya jalan cerita yang mendebarkan..
Sinopsis di belakang buku juga berjaya memikat hati Sha untuk terus membaca..
Permulaan kepada novel berbentuk thriller dari karya berbahasa melayu..
Memang ohsem dan terus jatuh cinta tau..

Berikut adalah hasil karya beliau.. Ada yang dah tak keluar dah..
Ada beberapa novel je yang Sha tak baca lagi..
Masa tengah gila membaca nie, Sha tak ada akaun Goodreads lagi..
So tak bolehlah nak jejak review Sha mengenai novel-novel beliau..
Apa yang Sha tau, karya beliau memang ohsem..
Tajuk dengan kaler merah tu Sha tak baca lagi..
Owh ya.. Kalau tak salah Sha Tombiruo dijadikan filem rasanya..
Kita tunggu jelah ye.. Harapnya tidak mengecewakan..

Hadiah November Giveaway by CP

Assalammualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Hadiah selamat sampai pada 28.12.2016..
Memang Rai dah maklumkan hadiah lambat sikit..
So Sha just tunggu je ketibaannya..
Terima kasih Rai..
Sha ingatkan seketul je sabunnya..
Rupanya ada tiga..
Teruja tau buka bungkusan..
Bau wangi kopi tu semerbak.. 

Hadiah November Giveaway by CP
Sampai pada 28.12.2016

Hadiah November Giveaway by CP 
Tiga ketul tau..
Puas mandi dengan sabun kopi ini..

Semoga makin murah rezeki penganjur yang menganjurkan Giveaway yang ohsem ini dan juga Rai yang sponsor hadiah ini.. Aamiin.. Aamiin..

Sikap Manusia di Malaysia

Assalammualaikum..
Hye semua..

Sajalah nak share dengan korang perangai manusia dalam dunia nie..
Punyalah besar tong sampah yang disediakan..
Merata-rata juga dia nak buang sampah..

Apalah salahnya, sampah-sampah tu dibubuh dalam plastik..
Diikat dan dibuang dalam tong yang disediakan..
Barulah tempat mandi itu kekal cantik dan bersih..
Siapa setuju??? Angkat tangan.. hehehe..

Korang tengoklah gambar-gambar yang Sha ambil ini..
Sesuka hati je mereka cemarkan tempat mandi yang ohsem ini..
Tempat mandi punyalah cantik tapi dicemari dengan sampah..
Lokasi kejadian di Ulu Licin, Beruas Perak.

Sikap Manusia di Malaysia 
 Bekas makan, pampers dibiarkan sahaja..

Sikap Manusia di Malaysia 
Kotak rokok dan sampah makanan ringan..

Sikap Manusia di Malaysia 
 Udah main bakar-bakar, buanglah besi tu..
Bahaya pada mereka yang bawa anak-anak kecik..

Sikap Manusia di Malaysia 
Yang ini lagi best..
Dia dah siap pack dalam plastik dah sampahnya..
Tapi dibiar je sampah ini.. Bukan dibuang dalam tong sampah..

Sikap Manusia di Malaysia 
Tikar ini pun ditinggalkan je..
Datang kami, kami kumpulkan dan bakar..
(Mencemar udara la pula kami ini)

Wednesday, December 28, 2016

Penulis Kegemaran Sha di Malaysia

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha memang sangat meminati buku, novel dan apa sahaja bahan bacaan..
Sebagai tanda Sha nie minat membaca, makanya Sha dedikasikan entry ini untuk penulis-penulis yang karyanya Sha dah baca..
Sha juga akan bubuh hasil karya mereka yang belum Sha baca..
Bolehlah sha tahu mana yang dah baca, mana yang belum dibaca..

Sha akan secara konsisten memuat naik mengenai penulis kegemaran Sha ini..
Hasil karya mereka dan yang mana yang Sha dah baca.. Sebagai koleksi Sha..
Antara yang akan Sha tulis ialah:-
Sha akan update senarai ini berterusan..
Walaupun hanya sebuah novel beliau yang sha baca, sha akan bubuh juga disini..

Imani dan Pampers #2

Assalamualaikum..
Hye semua..

Anak Sha, Imani memang Sha da train untuk tak pakai Pampers sebelah siang..
Sebab nak sekolah dah kan tahun 2017..
Tapi sebelah malam bila nak tido, Sha pakaikan dia Pampers..
Sebab dia belum pandai lagi nak tahan kencing..
Tapi bila da lama tak pakai pampers dan pandai kencing kat toilet, kadang-kadang malam pun dia tak kencing kat pampers..
Bangun pagi masa nak mandikan dia tu baru dia kencing..

Nak dijadikan cerita, ada satu malam..
Sha dan suami terlupa nak pakaikan Imani pampers..
Kami masing-masing kepenatan.. Terus tido..
Esok paginya masa bangun baru perasan Imani tak pakai pampers..
Mujurlah dia tak kencing..
Kalau tak jenuhlah nak basuh tilam..

Nampak gayanya memang bolehlah nak ajar dia tido malam tanpa pampers..
Tapi kena beli lapik plastik dulu.. Hehehe..

Imani dan Pampers #2
Kejadian berlaku pada 25.12.2016

Tuesday, December 27, 2016

Penulis - Saidee Nor Azam

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kali ini Sha nak bercerita mengenai penulis lelaki pula..
Penulis kegemaran Sha ini banyak menghasilkan karya seram yang ohsem..
Malah ada antara hasil beliau dikatakan meniru karya RAM..
Tapi kalau anda memang seorang pembaca tegar, anda akan tahu perbezaan kedua penulis ini..
Sangat-sangat berbeza dan ada aura yang tersendiri..
Penulis itu ialah Encik Saidee Nor Azam..
Anda boleh mengenali beliau dengan lebih dekat melalui

Facebook : Saidee Nor Azam
Wikipedia : Seramlicious
Goodreads : Saidee Nor Azam

Hasil karya beliau ialah :
Kesemua novel beliau Sha dah baca.. hehehe..
Sekarang tengah menanti kemunculan Novel terbaru beliau iaitu Marina..
Sha pun tak sangka Sha dah baca kesemua novel beliau.. Hehehe..

Perjalanan Sepanjang 2016

Assalamualaikum..
Hye semua..

Tahun 2016 merupakan tahun yang sangat Ohsem pada Sha..
Macam-macam yang berlaku sepanjang tahun 2016 ini..
Gembira.. Sedih.. Pemergian dan Menerima Keluarga baru..
Jom Sha share pengalaman, kenangan dan perjalanan Sha sepanjang 2016 ini.

Awal 2016 Sha berjaya bercuti sekeluarga ke Negeri Sembilan, Melaka dan Johor..
Perjalanan Sha bermula pada 18.05.2016 dan berakhir pada 21.05.2016..
Yang seronok sebab kami pergi sekeluarga, bersama mak mertua Sha dan adik perempuan Sha..
Perjalanan ini memberi banyak kenangan pada kami sebab Melaka memang tempat kesukaan Mak mertua Sha.. Semasa Arwah bapa mertua Sha masih ada, mereka selalu ke Melaka berdua..
Bila Sha dapat ke sini lagi bersama Mak mertua Sha memang bahagia rasanya..


 


Pada tahun 2016 ini juga Sha dapat melihat bakat Nur Amani dalam menyertai pertandingan Kalam Jamaie.. Pertandingan Peringkat Daerah, Group Amani mendapat Johan dan layak ke Pertandingan Peringkat Negeri.. Tapi mereka kalah semasa Pertandingan Peringkat Negeri.. Disini dapat Sha tengok betapa seronoknya Amani melalui pengalaman bertanding.. Merasai kemenangan dan kekalahan. Berseronok bersama rakan-rakan..

Pencapaian paling besar bila melihat perkembangan Amani di sekolah.. Dari usia Amani 4, 5 dan 6 tahun.. Dengan bantuan guru-guru dan juga adik perempuan Sha, Alhamdulillah Amani menunjukkan peningkatan yang bagus.. Cuma perlu sentiasa berlatih, berlatih dan berlatih.. Harapan Sha semoga Amani akan terus suka dan gembira ke Sekolah..



2016 juga merupakan tahun sedih buat kami sekeluarga kerana melalui detik-detik kehilangan Ibu tersayang.. Memang Arwah Ibu dah terlantar akibat angin ahmar, namun kami tak menyangka akan kehilangan beliau.. Perginya arwah ibu pada 26 Syawal (31.07.2016). Alhamdulillah Syawal kali ini Sha sekeluarga dapat beraya bersama arwah ibu. Walaupun sambutan Syawal yang sederhana namun kami bahagia bersama.. Dapat Sha lihat betapa gembiranya arwah ibu melayan kebisingan anak-anak dan cucu-cucunya.. Al-Fatihah buat arwah ibu..

 

Kegembiraan yang terbesar bila kami menerima ahli baru.. Adik perempuan Sha selamat berkahwin pada 09.09.2016.. Majlis yang sederhana namun meriah.. Ramai Saudara mara dan kawan-kawan yang dating meraikan adik perempuan Sha. Sebulan kemudian adik perempuan Sha disahkan Mengandung.. Alhamdulillah, bertambah lagi ahli keluarga kami.. Semakin besar dan meriah..

 

Pada hujung November 2016 Sha menerima adik ipar lagi kerana adik yang bongsu melangsungkan perkahwinannya.. Bertambah seorang lagi ahli dalam keluarga kami..Sha doakan kebahagiaan buat kedua-dua adik Sha ini.. Semoga Perkahwinan mereka kekal hingga ke Jannah..

Sha juga berjaya menyelesaikan cabaran Goodreads iaitu Reading Challenge 100 buah buku untuk 2016 pada 25.11.2016.. Memang tak sangka.. Sebab masa sangat mencemburui Sha..

Tahun 2016 juga menjadi permulaan kami menyelesaikan segala-galanya untuk persekolahan Amani.. Sekolah Agama, Sekolah Rendah, transit dan pengangkutan Amani.. 2016 juga menjadi saksi cabaran bagi kami untuk menentukan sekolah Imani.. Banyak permasalahan yang perlu diselesaikan.. Harapnya bolehlah settle sebelum awal 2017..

Harapan Sha untuk tahun 2017 ialah kami sekeluarga dapat bercuti bersama-sama.. Perancangan kali ini melibatkan Sha sekeluarga, Mak mertua Sha, Abah Sha, adik perempuan Sha dan suami serta adik lelaki Sha dan isterinya.. Sha juga teringin untuk meraikan ulang tahun perkahwinan kami dengan suasana yang istimewa dan romantis.. Hahaha.. Part nie asyik berangan je tapi tak berjaya lagi.. Biasalah kekangan masa, pastu kewangan pula banyak yang lebih penting.. Semoga semua impian ini akan tercapai.. Aamiin.. Aamiin..

Monday, December 26, 2016

Japan Candy Box

Assalamualaikum..
Hye semua..

Akhirnya yang ditunggu-tunggu telah pun tiba...
Sweetness Has Arrive..
My Japan Candy Box dari Giveaway Budak Vanilla
Bungkusan sampai dengan selamatnya pada 22.12.2016..
Terima kasih Budak Vanilla atas Giveaway yang ohsem ini..

http://www.japancandybox.com 
Korang kalau berminat nak dapat Japan Candy Box ini bolehlah subscribe dengan klik gambar kat atas ini.. Mudah je..

 
Bungkusan dia cantik tau..
Pink kaler.. Memang cun..

 
Ini adalah senarai produk yang ada dalam kotak Candy Box ini..
Siap ada mesej Sweet 2017.. Comel je..

 
Meriah okay bila buka kotak tu..
1. Meiji Mushroom Mountain DIY Kit
2. Lotte Koala March Strawberry Biscuits
3. Hi-Chew White Soda Chewy Candy
4. Fujiya Milky Matcha Green Tea Candies
5. Pompompurin Pudding Gummies
6. Fujiya Anpanman Lollipop
7. Yaokin Christmas Chcolate Stick
8. Morinaga Tsum Tsum Chocolate Biscuit
9. Yaokin Christmas Corn Potage Snack Stick
10. Fujiya Anpanman Biscuits

 
Meiji Mushroom Mountain DIY Kit

 
Lotte Koala March Strawberry Biscuits

 
Fujiya Milky Matcha Green Tea Candies
Hi-Chew White Soda Chewy Candy
Fujiya Anpanman Lollipop
 Morinaga Tsum Tsum Chocolate Biscuit

 
Yaokin Christmas Chocolate Stick
Yaokin Christmas Corn Potage Snack stick

 
Pompompurin Pudding Gummies

 
 Fujiya Anpanman Biscuits

Memang puas hatilah bila tengok produk dalam Candy Box Japan ini..

 
 Siap ada tips tau macam mana nak dapatkan 'Perfect Unboxing'..
 Ambil gambar semua dulu...
Pastu share dekat media sosial..
Pastu barulah makan...
Jangan lupa #JAPANCANDYBOX
Manalah tau rezeki menang pula lagi..
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com