Thursday, April 16, 2020

Kari Daging Versi Sha

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha memang masak ringkas dan mudah je.. Janji ada rasa kari dan boleh dimakan, Alhamdulillah.. Kadang tu ubah suai ikut bahan yang ada je.. Sha kalau masak kari wajib bubuh kentang.. Tak kisahlah kari apa pun sebab Amani suka makan kentang.. Bendi tu kalau jumpa kat kedai memang beli.. Sebab ada peminat bendi kat rumah ini.. Hehehe.. Lain anak, lain selera makannya.. Boleh je bubuh apa pun.. Kita yang nak makan kan..


Kari Daging Versi Sha
Bahan-bahannya
Rempah kari 1 peket
Bawang merah - dihiris
Bawang putih - dihiris
Cili hijau - dihiris
Setangkai daun kari - dibuang tangkainya
Santan kotak
Minyak untuk menumis
Kentang
Bendi

Cara Memasak
1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih, cili hijau dan daun kari sampai naik bau.. Kemudian masukkan serbuk kari dan kacau sampai garing baru masukkan air.. Biar seketika..
2. Masukkan daging dan air.. Didihkan sehingga daging separuh masak dan masukkan kentang..
3. Selepas kentang empuk, masukkan bendi bersama santan kotak.. Sha gunakan dalam suku je santan ini.. Ikut kesukaan nak pekat boleh tambah lagi, nak cair bubuh sikit je..
4. Kacau dan tunggu kuah mendidih, dah siap..

8 comments:

  1. My favorite menu juga Sha.. Bila ada roti boleh cicah roti untuk minum petang..

    ReplyDelete
  2. Saya suka kari jugak. Tapi buat stail mamak xde santan. Tahan lama sikit

    ReplyDelete
  3. baru je mkn menu kari daging kelmarin..yummyy

    ReplyDelete
  4. owh sha buh bendi ye,menarik juga ni sebab kak ana kalau kari ikan je buh bendi ni :)

    ReplyDelete
  5. suka sangat dua sayur ni kalau masuk dalam kari!

    ReplyDelete
  6. my fav daging kari..alahai tmbh terung, kacang pjg ni..perghh..berpeluh2 mkn

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com