Assalamualaikum..
Hye semua..
Buat apa tu?? Alhamdulillah.. dah 44 hari kita dalam PKP dan dah 7 hari kita berpuasa dan berterawih di rumah sahaja.. Hari ini encik suami kena bertugas.. Menghantar pelajar yang dibenarkan pulang ke rumah.. Bukan semua dapat balik.. Yang rumah mak ayahnya di zon hijau sahaja yang boleh balik.. Itupun kena duduk berjarak-jarak di dalam kenderaan.. Sebelum bertolak ada prosedur yang dijalankan oleh bomba dan polis.. Penghantaran pun bukannya terus ke rumah pelajar sebaliknya di IPD kawasan.. Nampak tak.. Bukannya mudah.. Itupun ada juga yang dengki dengan kakitangan kerajaan.. Sudah-sudahlah menyerang kakitangan kerajaan.. Kami nak dapat kerja ini pun bukannya mudah.. Turun naik interview berkali-kali.. Ada rezeki baru terpilih menjadi penjawat awam.. Setiap orang ada rezeki masing-masing.. Setiap ujian ada hikmahnya.. Jangan dilepaskan kemarahan pada kami.. Maaflah.. Termelalut pula.. Bukan apa.. Semua orang terkesan.. Tak ada yang terkesan.. Cuma minta janganlah pukul rata semua kakitangan kerajaan.. Tu je..
Okaylah.. Bersahur apa pagi tadi?? Berbuka apa hari ini?? Menu yang ringkas je Sha kali ini.. Bersahur dengan telur mata dan hirisan cili padi bersama kicap.. Ikan bilis goreng tu patutnya nak buat sambal tumis tapi masa dah terlewat jadinya makan jelah ikan bilis goreng.. Berbuka pula makan ayam bakar, sambal tumis ikan bilis dan kentang goreng.. Yeah!! Berjaya juga masak sambal tumis ikan bilis..
Menu sahur Sha.. Akhirnya.. Ikan bilis tu nak buat sambal sebenarnya tapi masa dah time maka kita makan je apa yang ada.. hehehe..
Telur kicap tu nampak sangat menyelerakan sha.. haha.. boleh tolak lauk lain kalau yg tu ada..
ReplyDeletealhamdulillah. bersama nasi panas itu sangat mengasyikkan. ehee
ReplyDeleteRasa rindu pulak nak makan kentang goreng lepas tengok menu Kak Sha.
ReplyDeleterasa lapar balik lak tengok ikan bilis tu 😁
ReplyDelete