Wednesday, April 8, 2020

Day 22 | Kawalan Pergerakan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Lega sikit bila dah luahkan di blog semalam.. Emosi masih heywire tapi tak seteruk semalam.. Cuma kurang produktiflah bila emosi terganggu ini.. Lama sebenarnya tak kena macam nie.. Mungkin sebab terkurung dan media sosial pula penuh dengan perkara negatif.. Sha memang kurangkan buka FB atau IG untuk jaga emosi.. Lebih layan Mukbang di Youtube je.. Membaca pun dah mula nak hilang mood.. Kena cari buku-buku yang romantik komedi nampak gayanya nie.. Apa pun, rutin harian tetap kena buat macam biasa.. Semoga Covid 19 ini berlalu pergi.. Terima kasih juga pada rakan-rakan yang singgah dan memberikan peransang buat Sha.. Korang memang Awesome.. Deabakkk!!

Pagi ini beli kuih ini buat tambahan sarapan.. Kuih Puteri Ayu, Permata Zamrud (yang hijau putih tu) dan Abuk Abuk Sagu..

Rojak Manis ini Sha beli untuk minum petang.. Sebungkus RM3.. Sha beli dua.. Cukup untuk kami sekeluarga..

Hari ini walaupun masih sedikit suram namun dah mula nampak semakin segar.. Emosi dah mula makin stabil.. Masa Sha isikan sebanyak-banyaknya dengan aktiviti dan juga melayan anak-anak.. Cuma bila datang rasa nak tidur tu, Sha tidur je.. Tidur antara terapi yang paling berkesan untuk menguruskan emosi Sha..

Hidup ini singkat.. Tak tahu bila masanya kita akan kembali padaNya.. Sha hanyalah seorang manusia yang lemah.. Berusaha untuk menjadi seorang hamba yang taat dan sentiasa di dalam landasan iman.. Sesekali tergelincir akibat mainan emosi yang menghentam jiwa..

17 comments:

  1. Semoga nampak cahaya terang di hujung perjalanan

    ReplyDelete
  2. semoga baik-baik aja emosi kak sha.. kena tengok cita lawak-lawak ni untuk embali tersenyum.. ^^

    ReplyDelete
  3. betul tu sha. kita ni bukan robot, memang ada emosi.
    kalau ada yang rasa tak kena, stress, ada baiknya luahkan saja.
    boleh luahkan dengan org tersayang, atau tulis kat blog perasaan kita tu.
    anyway, semoga sha baik2 saja tau.

    ReplyDelete
  4. layan youtube pun best sekarang ni, banyak content best. take care ye kak sha :)

    ReplyDelete
  5. tak kira hari ke berapa pun...

    ReplyDelete
  6. Semoga dipermudahkan segala urusan, Kak Sha. Sekarang ni kena banyak spend time dengan something yang boleh buat kita happy untuk release stress😁.

    ReplyDelete
  7. moga akk siht seperti biasa :)

    ReplyDelete
  8. Semoga dipermudah semuanya ye

    ReplyDelete
  9. layan mukbang memang boleh hilang stress!
    tapi, kelaparan tu akan dtg menerjah!!! ha ha ha ah...

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com