Friday, January 25, 2019

Pra Tempahan Kombo Seram dan Mistik

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha buat pra tempahan lagi.. Semalam baru masuk gajikan.. Walaupun kena berjimat cermat tapi bila ada kombo menarik depan mata, tak kan nak lepaskan.. RM50 dapat dua buku.. Satu novel seram dengan cover baru yang ohsem dan satu lagi novel ilmiah.. Kedua-duanya dari penulis yang sama.. Mulanya nak beli melalui Karangkraf Mall je tapi bila penulis buka tawaran kombo ini, terus Sha beli.. Hahaha.. Nampak tak betapa rapuhnya diri ini dengan godaan buku.. Jom tengok gambar bukunya di bawah.. Kalau korang berminat boleh ke Facebook Naim Tamdjis atau klik je gambar tu.. Sambil tu boleh membantu penulis juga..


KOMBO PRAORDER MELETUP TAHUN INI
POS PERCUMA
Harga RM 50 dapat 2 buah buku
Satu novel satu ilmiah !
Novel Koc 13 sahajapun boleh. Kos pos rm 5 smnjg
Kalender Gaya Kuda Berpuaka Istimewa 2019 sebagai cenderamata

PM atau komen laju laju di SINI.

ANDA MEMBANTU PENULIS MEMBIAYAI KOS PERUBATANNYA

NOVEL KOC 13
Raiqal, pengembara mistik berada di Stesen Kereta Api Dabong yang terbiar sejak pembinaan rel baru pada tahun 2030. Tujuannya hanyalah satu, menaiki Koc 13 yang akan membawa dia ke dunia lain. Pertemuan dengan Aiman Aklaken, penulis seram bestseller antarabangsa di stesen yang sama untuk menaiki Koc 13 membawa mereka mengembara ke dunia penuh misteri.

Bermula dengan tiket bertulisan Jawi yang datangnya entah dari mana hinggalah kemunculan Koc 13 tepat pada waktunya menyebabkan Urban Legend yang dianggap khayalan semata kini berada di hadapan mata mereka. Koc 13 yang tiada pemandu membawa mereka ke dunia khayalan seperti Pengkalan Kubur menentang kerasukan zombie, menghadapi ahli sihir tua, menghadapi perang robotik dan tinggal semalaman di dunia hospital berpuaka. Mereka harus melepasi cabaran itu atau tetap terperangkap di dunia berpuaka itu selama-lamanya.

BUKU ALAM MISTIK MELAYU
“Penggunaan azimat untuk membalas dendam dan niat jahat yang lain yang merupakan salah satu jenis sihir selain serapah dan ritual tertentu”

RO Windstedt

Pada zaman kolonial, 2 orang pentadbir British di Tanah Melayu sangat berminat mengkaji ilmu mistik orang Melayu iaitu RO Windstedt dan Wilkinson. Tetapi ilmu mistik ini bukanlah baru ditemui oleh mereka, tetapi telah lama berakar dari sejak zaman orang Melayu menganut kepercayaan Animisme lagi.

Malah ilmu mistik orang Melayu banyak terakam di dalam kitab-kitab kuno orang Melayu itu sendiri. Kepercayaaan terhadap mambang, hantu, ritual mistik, perubatan kuno menggunakan serapah, persenjataan, sihir, perkara ghaib dan penujuman dan peramalan menjadi khazanah di perpustakaan istana atau pembesar tertentu sebelum diselongkar oleh mereka berdua.

Kini, ilmu mistik alam Melayu kembali dikaji oleh pengkaji kita dan banyak sumber yang dijurnalkan hatta di universiti terutama di UKM dan UM. Kajian lama dan mutakhir maka terhasilnya buku ini.

Aplikasi Asmaul Husna

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha jumpa pasal Aplikasi ini di Blog ABM, boleh tengok entry ABM di SINI.. Tunggu lagi.. Teruslah Sha download bubuh dalam Telefon.. Setakat ini ABM kata untuk android je.. Korang berminat?? Klik SINI..

Apa Yang menarik mengenai aplikasi ini? Aplikasi ini dibina bagi membantu masyarakat lebih mengenali nama-nama Allah. Makanya jomlah muat turun..

Thursday, January 24, 2019

Hadiah Giveaway Akhir Tahun 2018 by Lady In Red Planner

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Hadiah dari Sis LZ dah selamat Sha terima pada 23.01.2019.. Entry mengenai kemenangan Sha tu boleh tengok SINI dan SINI.. Hadiah yang sangat mengujakan, sebab misterikan.. Idaman setiap wanita tu.. Malam tu balik kerja terus pakai mandian yang diberi.. Pergh!! Ohsem sangat.. 

 Besarnya bungkusan..

 Inilah isi dalam plastik tu.. Luxury Bath & Body Gift Set..

 Isi dalam kotak ialah 2 botol mandian dan body lotion.. Bau bunga rose.. Memang terapi yang baik ini..

Ada ucapan dari sis LZ untuk Sha.. sekeping kad nama dan sebotol wangian.. Wangi sangat.. Suka Sha baunya..

Jangan lupa ke Blog Sis LZ.. Klik je gambar dibawah ini.. Sis.. Sha pinjam header ye..

#10yearschallenge

Assalamualaikum..
Hye semua..

Asyik dok lalu lalang je dekat timeline facebook dan juga ternampak dalam entry kawan-kawan.. Maka gigihlah mencari gambar 10 tahun lepas.. Malangnya yang ada gambar berdua macam kat bawah ini aje.. kikiki.. Kira acilah kan.. Tunjuk muka dulu dengan muka sekarang..

Saje je tau encik suami buat muka macam tu.. kikiki..
Yang 2009 tu baru kahwin.. Kat Cameron Highlands, tengah Honeymoon.. Muka masing-masing kurus je.. Yang 2019 tu baru je amik malam Isnin baru ini.. kikiki.. Muka tambun je memasing..

#Ghost oleh Zura Rahman

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku ini menarik tapi kurang umph.. Sebab Sha mengharapkan aksi yang banyak.. Tapi masih okay untuk dibaca.. Masih ada keseronokkannya yang tersendiri.. Ada aksi oleh #Ghost cuma tak meriah.. Novel ini lebih banyak aksi antara #Ghost dan Arin.. Walaupun babak benci/cinta mereka lebih diketengahkan, tetap berjaya membuatkan Sha baca sampai kehujung.. Tertanya-tanya juga apa yang akan terjadi lepas ini dari satu muka ke satu muka.. Cuma watak Arin tu sedikit annoying.. Kerjanya asyik nak membangkang je.. Geram pula Sha dengan si Arin tu, walaupun faham kenapa dia bertindak macam tu.. Hehehe.. Faham tapi geram.. Ha.. Faham tak??

Sha baca pada 22.01.2019 dan selesai pada 23.01.2019..

(ebook - PNM e-Reader)
Published December 1st 2017 by karnaDya..

Wednesday, January 23, 2019

Warung Man Burger, Slim River, Perak.

Assalamualaikum..
Hye semua..

Warung Man Burger ini terletak berdepan dengan Taman Tasik YDP Slim, RIver.. Tepi jalan sahaja.. Mula beroperasi seawal jam 5 petang camtu.. Sha suka beli burger dia.. Memang best dan kesukaan Sha.. Cuma sekarang dah makin banyak menu.. Sesekali lepak sini makan, best..

 Dah besar dah warung ini.. Dulu asalnya abang man nie meniaga burger je.. Lepas tu dia tambah nasi lemak dan char kuew tiaw.. Terbaru dah ada masakan goreng-goreng.. Bagus..

Menu di warung Man Burger..

 Nasi Goreng Kambing..
Seriously memang sedap.. Daging kambingnya tak liat dan di pottong kecil digoreng bersama nasi..

 Nasi goreng ayam tak pedas untuk Amani dan Imani..

 Berger daging special.. Tinggal roto dan daging yang disalut telur je.. Sepatutnya ada roti, ada nenas, tomato dan salad.. Tapi terlupa nak snap.. Hahaha..

Kopi ais kaw.. dan sirap limau..

Children of Nobody (2018)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Penat tengok cerita ini.. Banyak sangat teka teki yang diberi.. Tapi tu yang buatkan cerita ini menarik.. Episod pertama berjaya buat Sha tertarik untuk terus menonton dengan kemunculan budak perempuan berbaju hijau dan sebaris sajak yang ditinggalkan bila ada kematian.. Sajak yang menakutkan.. Masuk episod 7, mula timbul suspek yang berkemungkinan untuk membunuh.. Mayat makin bertambah, begitu juga dengan sajak.. Nak kata saling berkait macam tak ada kaitan.. Tapi bila tengok balik macam ada kaitan.. Pening..

Semuanya kerana penderaan terhadap kanak-kanak.. Bermulalah misi menyelamatkan kanak-kanak yang didera.. Namun cara yang digunakan salah.. Undang-undang diletakkan di tangan sendiri.. Mak Ayah yang mendera pula merasakan apa yang mereka buat tu betul untuk kepentingan mereka.. Dua sikap yang sangat bahaya dalam masyarakat..

Drama ini memang bermain dengan emosi tapi Sha seronok nak tengok sebab perkembangan ceritanya laju tak adalah perlahan.. Penjahat pun memang tak disangka.. Serious bila orang yang diteka tu tak nampak pun macam jahat.. Emosi yang diberikan oleh Cha Woo Kyung dan Kang Ji Hun dalam drama ini memang ohsem pada Sha.. Misteri budak perempuan berbaju hijau tu akhirnya terjawab.. 

 Children Of Nobody
Also Known As: Beuleundal Peureunhae; Red Moon, Blue Sea; Red Moon, Blue Sun
KDrama | Thriller, Mystery, Psychological, Drama, Detective, Investigation, Revenge | 32 Episodes | 21 Nov 2018 - 16 Jan 2019 | 

Sinopsis: Cha Woo Kyung is a child counselor who works at a children’s center. Her life seems perfect since she is married to a great husband and is pregnant. However, her perfect life doesn't last long, when an accident changes her life. She then meets Kang Ji Hun, a detective who is hurt for hiding his troubling past but is strict toward criminals and believes they should be punished to the full extent. (Source: MyDramaList)

Wordless Wednesday #book


Langka
Definisi : jarang-jarang berlaku (terjadi, ada, dll); kelangkaan perihal (keadaan) langka: ~ kata pinjaman Inggeris dalam dialek Melayu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Tuesday, January 22, 2019

Menang Review Segmen Drop Your Link! oleh ABM

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Pepagi dah dapat berita gembira.. Sha menang review dari ABM (Adinda Baizura Mazlan) sebab joint Segmen Drop Your Link! Bukan itu sahaja, Sha juga menang hadiah.. Terharunya.. terharu.. Hahaha.. Happy giler.. TQ ABM..


Siap masuk bloglist lagi..

Urusan Yang Belum Selesai oleh Rahim Ramli

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku ini sekadar imaginasi penulis.. Memang menarik dibaca.. Tambahan pula bercerita mengenai Mikael yang dah mati kemudiannya jadi hantu.. Mikael boleh menjelmakan dirinya bila dia berkehendak ataupun kekal halimunan.. Ada urusan yang belum diselesaikannya, menyebabkan Mikael menjadi hantu.. Mikael juga terdengar satu rahsia yang selama ini disembunyikan oleh ibu bapanya.. Rahsia yang membawa Mikael ke sebuah pekan yang dihantui 3 hantu lain.. Sambil membongkarkan rahsia, Mikael juga membantu penduduk pekan itu menghapuskan 3 hantu jahat yang mengacau penduduk pekan itu.. Rahsia apakah yang disembunyikan oleh mak ayah Mikael dan siapakah yang menyebabkan kematian Mikael??

Sha baca dan selesai pada 21.01.2019..
Weekands yang ohsem.. Cuti 3 hari ini dok baca buku dengan marathon drama Korea.. Kikiki..

Nescafe Rose Latte (Edisi Khas)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Gigih pergi cari Nescafe ini kelmarin lepas baca entry Mama Tisya di SINI.. Tertarik dengan warna tin nya yang pink itu.. Petang tu juga terus singgah 7Eleven nak beli.. Rm2.20 je setin.. Harga tu murah sebab ada promosi katanya sampai 21 Januari ini.. Sedap walaupun rasa rose tu tak kuat sangat.. Memang bestlah layan nescafe sambil emmbaca atau menaip.. Kawan baik ini.. Cuma tak bolehlah minum selalu.. Sesekali memang layan..

Nescafe Perisa Ros..

Monday, January 21, 2019

Random Photo #2

Assalamualaikum..
Hye semua..

Random photo yang Sha kongsikan kali ini ialah mengenai buah-buahan.. Hujung minggu hari tu, Sha telah membeli-belah buah untuk dijadikan kudap-kudapan.. Sha dengan buah memang sahabat paling karib.. Kikiki.. Sha berjaya beli buah Rock Melon, Pisang, Mangga Susu dan Limau Manis..

 Masa beli pagi tu.. Cantik je keadaan buahnya..
Rock Melon tu RM7 lebih.. Sekilo dalam RM5.90 camtu..

Malamnya dah tinggal banyak ini.. Hahaha.. Pisang tu Imani yang makan.. Dia memang suka pisang.. Berbaloilah beli bila anak-anak suka makan kan.. ROck Melon tu tak berapa manis.. Bolehlah.. Sha makan dengan serbuk asam masin.. Sedaplah sikit..

 Limau manis ini SHa beli dua pack.. Kali ini harganya dalam 7 ringgit lebih dna buahnya besar-besar serta manis.. Memang puas makan.. Sampai malam dah tinggal sebungkus je.. hahaha..

Yang ini mangga susu.. Lemak manis.. Sha beli 5 biji dalam 8 ke 9 ringgit lebih macam tu..

Puas makan buah je.. hehehe
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com