Monday, June 10, 2019

Ovaltine: Chocolate Malt Cookies

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha jumpa biskut ini dekat Sakan Kg. Gajah.. Itupun encik suami yang perasan.. Sha memang tak perasan.. Beli dua bungkus.. Satu dah selamat masuk perut.. Harga sebungkus RM3.50.. Rugi pula tak beli banyak.. Pada Sha, biskut ini memang sedap.. Rasa dia ohsem.. Pada Sha lah..

Dekat Shopee pun ada jual.. Murah juga.. Lebih berbaloi beli sekali dengan Ovolmatine, baru RM24.00.. Hehehe.. Senang betul hidup bila boleh beli online.. kikiki..

Inilah rupa biskutnya.. Sedap okay.. Ada krim kat tengah-tengah dia..

6 Syawal 1440

Assalamualaikum..
Hye semua..
Dah mula berkerja ke?? Atau masih bercuti?? Untunglah kalau masih bercuti.. hehehe.. Sha dah mula berkerja.. Anak-anak masih cuti lagikan.. Hari ini nak kena siapkan packing buku-buku untuk hantar semula ke Perpustakaan Negara Malaysia.. Ada yang dah mula puasa enam ke? Kalau ada, baguslah.. Sha doakan semoga semua kawan-kawan dapat buat puasa enam dan jangan lupa ganti puasa..  Dugaan puasa di bulan selain Ramadhan memang mencabar tapi InsyaAllah kita semua boleh..


Alhamdulillah tahun ini dengan izin Allah, Sha dapat berpuasa penuh.. Sebelum Ramadhan itu Sha ada masalah kesihatan, risau juga tak dapat puasa penuh.. Bila pakai implant ini, hormon kurang stabil sikit.. Tambah-tambah bila nak dekat waktu expired dia.. Memang doa dan minta pada Allah supaya dipermudahkan urusan sepanjang Ramadhan, dan Alhamdulillah dimakbullan.. Sekarang ini kena kuatkan diri dan istiqamah untuk buat puasa enam..

Sunday, June 9, 2019

Be With You (2018)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sedih filem ini.. Tapi tengok sebagai hiburan je tau.. Sebab dalam filem ini, watak utama dia dah mati dan balik semula ke bumi masa musim hujan.. Hehehe.. Dongeng kan..
Filem ini menarik.. Bagaimana watak Soo Ah yang dah mati dan balik semula ke bumi demi membantu suami dan anaknya untuk meneruskan hidup.. Bukan mudah untuk mereka yang kehilangan dalam meneruskan hidup.. Tapi setiap yang hidup akan mati dan masih hidup kena teruskan hidup.. Cuma kita yang hidup ini kenalah sentiasa menghargai masa dan mereka yang masih ada.. Itu apa yang Sha rasa..Jangan putus asa.. Jadikan kenangan bahagia sebagai kekuatan hidup..

Be With You
Also Known As: Jigeum manaro kamnida; Now I Will Meet You
KMovie | Romance, Melodrama | Adapted from the Japanese novel "Ima,Ai ni Yukimasu" | 14 Mar 2018

Sinopsis | Soo Ah, before passing away makes an unbelievable promise to her husband, Woo Jin, to return one year later on a rainy day. Miraculously, she keeps the promise and reappears before her husband and son but all her memories have disappeared. Tragically, the relief at their reunion is short-lived, because it turns out that Soo Ah has to leave her family once again.
(Source: Wikipedia)

Filem Jepun | Kamen Rider Build: Be the One (2018)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Be The One ini dibuat antara episod 45 dan 46 dalam drama Kamen Rider Build.. Masa ini ada kemunculan Kamen Rider Zi-O di penghujung filem yang sekarang ini tengan main di TV Jepun.. Sha tak tengok lagi Kamen Rider Zi-O ini sebab belum habis tayang lagi.. 

Filem ini tunjukkan tiga makhluk asing dari Blood Tribe yang memang ada disebalik tadbir penguasaan tiga menteri di tiga wilayah.. Diorang ini memang bercita-cita nak musnahkan bumi seperti planet-planet yang diorang dah musnahkan sebelum ini.. Cumanya rancangan diorang ini gagal sebab ada Kamen Rider Build dan makhluk asing Evolt yang berpaling tadah dari Blood Tribe ini.. Yang best bila Kamen Rider Build ini dapat bertukar kepada Kamen Rider Cross-ZBuild Can.. Dua orang dalam satu transformasi.. Menarik..


Filem & Drama Korea Jun 2019

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sekadar memastikan ada entry di blog.. Hehehe.. Tengah kekeringan idea sebenarnya.. Mood membaca pula masih perlahan macam siput.. Jadinya jomlah baca apa yang menarik perhatian Sha sekarang ini.. Filem dan drama dari Korea..

The Beast (2019)
Relase Date: Jun 2019 tapi tarikh belum pasti..

Drama: Joseon Survival
Country: South Korea
Episodes: 20
Aired: Jun 8, 2019 - ?
Aired On: Saturday
Network: TV Chosun

Drama: Partners for Justice 2 (Yeah!! Ada sambungan.. Review musim 1 baca SINI)
Country: South Korea
Episodes: 32
Aired: Jun 3, 2019 - Jul 23, 2019
Aired On: Monday, Tuesday
Network: MBC
Duration: 35 min.

Drama: Arthdal Chronicles (Ada 3 seasons)
Country: South Korea
Episodes: 6
Aired: Jun 1, 2019 - Jun 16, 2019
Aired On: Saturday, Sunday
Network: tvN, Netflix, Netflix, Netflix, Netflix
Duration: 1 hr. 20 min.

Saturday, June 8, 2019

Psikik oleh Husna Rosli

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku yang sangat menarik.. Tak terasa masa berlalu.. Mula je pembacaan memang terus tertarik nak baca hingga ke akhirnya.. Ini buku ketiga yang Sha berjaya baca semasa di kampung.. Walaupun bermula lambat tapi momentum membaca tu dah berjaya dapat..

Buku ini tak seperti buku-buku Fixi yang Sha baca sebelum ini.. Bahasa yang digunakan pun tak adalah melampau.. Tak ada adegan tak senonoh.. Yang ada hanyalah sedikit adegan ganas.. Selain itu memang ohsem sangat buku ini.. Penerangan mengenai watak, jalan cerita, plot dan aksinya sangat kemas.. Bila sampai dekat beberapa muka surat terakhir tu memang Sha tak sangkalah dia punya twist walaupun sebenarnya perasan tapi memang tak sangkalah juga.. Yang pasti, tahniah buat penulis untuk buku pertama yang ohsem..

Sha baca pada 07.06.2019 dan selesai pada 08.06.2019..

Koleksi peribadi Sha..
Published February 28th 2019 by Buku Fixi

4 Syawal 1440

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Sha dah pun selamat balik ke Behrang pagi tadi.. Memang gerak balik awal sebab nak basuh baju dan kemas rumah.. Baju sekolah anak-anak sebelum cuti dah selesai dah.. Nak rehat dan selamatkan diri dari kesesakkan lalu lintas.. hehehe.. Memang jalan lengan jelah.. Bayangkan.. Gerak dari Kg. Gajah jam 7 lebih, sampai kat Behrang jam 9.15 pagi.. Tu pun sebab singgah dekat Sungkai bungkus sarapan dan Sg. Behrang tapau air.. 

Seronok gerak pagi, jalan pengang.. Kereta tak banyak.. Cuaca sejuk.. Lega rasanya dah sampai rumah.. Bolehlah rehat dan kemas apa yang patut..

Nasi lemak sambal paru.. Puas hati..
RM5

Puaka Kerusi Antik oleh Zaifuzaman Ahmad

Assalamualaikum..
Hye semua..

Memang terbaiklah versi penulis Zaifuzaman Ahmad ini.. Novel ini merupakan sambungan kepada novelet Projek Seram Kerusi bertajuk Antik oleh Ebriza Aminnudin.. Latar selepas peristiwa berdarah yang menimpa keluarga Lutfi..

Dua peristiwa kehilangan di dua tempat berbeza menjadi satu kebetulan yang tak diduga.. Kenapa peristiwa kehilangan yang berlaku seolah-olah sama dengan apa yang menimpa keluarga Lutfi sebelum ini.. Mimpi yang mengganggu Norliesa juga mula berlainan.. Kalau sebelum ini 3 anaknya yang muncul dalam mimpi, kali ini Shafiqah pula yang menghantui Norliesa.. Apakah kaitan perubahan mimpi dan kehilangan yang berlaku.. Garapan yang sangat menarik dan mengujakan..

Baca pada 06.06.2019 dan selesai pada 07.06.2019..

Published February 2019 by Buku Prima

Friday, June 7, 2019

3 Syawal 1440

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini bawa Imani ke Klinik Gigi, gusi dia bengkak.. Doktor cadangkan untuk cabut lepas bengkak dia surut.. Nampak gayanya memang kena bawa jugalah nanti ke Klinik Gigi untuk dicabut..


Legasi Pejuang oleh Arman Jazee

Assalamualaikum..
Hye semua..

Punyalah lama baru berjaya habiskan.. Nak kata tebal sangat tak sampai 600 pun muka suratnya.. Yang buat jadi lambat sebab novel ini sedikit berat.. Mengenai perjuagan seorang lelaki yang diasuh menjadi pejuang Islam.. Menyelamatkan mereka yang memerlukan bantuan.. Dugaan dan ujian yang menimpa memvuatkan beliau semakin bersemangat dan kuat melaksanakan tugas..

Aksi yang disajikan penulis memang berjaya memberikan bayangan peperangan dan pertempuran yang dilalui watak utama.. Rasa seperti menonton filem perang dan perjuangan yang ohsem..

Baca pada 18.06.2019 dan selesai pada 06.06.2019..

Buku ini merupakan koleksi peribadi Sha
Published July 20th 2012 by Alaf21 Sdn Bhd

Harold's Bread, Mydin Meru

Assalamualaikum..
Hye semua..

#ceritasemalam
Kalau ke Mydin Meru, memang suka menyinggah di sini.. Beli Portuguese  Tart dan Japanese Light Cheese.. Cuma kali ini Sha belikan Amani dan Imani Kek Blueberry Cheese 1 potong.. Beriya mereka meminta nak kek.. Bila tanya, masing-masing rambang mata.. Sudahnya bagi dua pilihan sahaja dan akhirnya mereka pilih kek ini.. Sedap dan menarik.. Harga pun okay untuk sepotong ini..


Thursday, June 6, 2019

Mee Tarik Warisan Asli, Mydin Meru

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini berjalan ke Ipoh.. Melawat mak saudara encik suami di Hospital Ipoh.. Lepas tu ke Mee Tarik belanja MIL makan.. Agak kurang memuaskan layanan yang diberi.. Pada Sha secara peribadinya lebih suka makan di Rawang dan Batu Caves.. Kuantiti hidangan pun tak sama macam di Rawang dan Batu Caves.. Lebih berbaloi makan di Rawang dan Batu Caves.. Lepas makan terus gerak balik.. Sampai rumah agak lewat.. Kebetulan sekarang ini musim hujan di sebelah petang, agak sesak sikitlah jalan.. 

Rice with Braised Chicken
Ini pilihan Amani.. Habis dia makan.. Selalu tu susah nak suruh dia makan yang lain dari kebiasaan dia..

Dried Dumpling Beef 10pcs
Sha kongsi dengan encik suami.. Sedap.. Imani pun suka..

Mee Tarik Goreng
Pilihan MIL.. Okaylah pada MIL, cuma pedas sikit katanya..

Wet Mee With Potato & Sliced Beef
Pilihan encik suami.. Menu baru.. Sha rasa sikit.. Sedap.. Memang boleh jadi kesukaan ini.. Kena pula bila makan kentang dengan mee tu.. Tambah bila guna mee halus..

Mee Soup with Sliced Chicken
Yang ini pilihan Imani.. Habis dia makan.. Sup dia sedap.. Yang ini pun guna mee halus..

Strawberry
Jasmine Tea O (hot & cold)
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com