Tuesday, September 19, 2017

Kau Perempuan Itu oleh Sri Sarah

Assalamualaikum..
Hye semua.. 

Novel yang sangat tebal.. Wargh!! 1010 muka surat tu..

Stress Sha baca novel ini..
Semuanya sebab watak Sarah dan Ari Aqashah..
Sarah yang terlalu menyerah, pasrah dan lembut..
Ari pula panas baran, melulu dan sangat kejam memukul Sarah.. 

Perangkap yang orang lain pasang, tapi yang terjerat tak bersalah..
Maka bermulalah kepahitan dalam hidup Sarah..
Bahagia itu tidak mudah dicapai..
Namun tak mustahil dimiliki..
Berjayakah Sarah menempuh kebahagiaannya.. 

Sha baca pada 17.09.2017 dan habis pada 18.09.2017..

Sha pinjam Perpustakaan Negara Malaysia

Diterbitkan oleh Kaki Novel

Pancake Versi Sha

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari itu Sha ada terbaca dan tertengok resipi pancake dekat blog Busyra..
Terus tanam tekad nak buat..
Sebab resipi yang Buyra share itu, senang sangat..
Bahan pun tak banyak..
Resipi asal boleh tengok dekat SINI.
Hari ini Sha berjaya buat..
Senang dan semudah ABC je..

Pancake
Bahan-bahannya
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu HL
1 biji telur
1 sudu kecil baking powder
4 sudu planta adele (dicairkan)

Cara membuat
Satukan tepung, susu, telur dan baking powder dalam mangkuk..
Kacau hingga sebati..
Cairkan planta adele dan masukkan dalam bancuhan tepung tadi..
Kacau bagi sebati dan tidak berketul-ketul..
Panaskan kuali dan bubuh sesenduk bancuhan tepung tadi..
Masak ikut selera masing-masing..
Siap.. Bolehlah hidangkan bersama madu ke.. Peanut butter ke.. Ataupun aiskrim.. Nak lagi best bubuh buah-buahan potong..

Selamat mencuba..

Tutorial Versi Sha

Bahan-bahannya.. 
Sha pakai ikut apa yang ada dekat rumah.. 

Satukan tepung, telur, susu dan baking powder.. Kacau bagi sebati.. 

Cairkan planta Adele dan masukkan ke dalam adunan tadi.. Boleh je nak guna jenis lain.. Sha suka Adele sebab wangi.. 

Adunan yang dah siap.. 

 Goreng atas kuali yang dah dibubuh mentega..
Buh sikit je tau mentega itu.. Untuk tak bagi melekat je..

 Amani makan dengan peanut butter..

 
Sha pula makan dengan Aiskrim.. Pergh!!

Temujanji Susulan (Birth Control Implant @ Nexplanon) 

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ini adalah perkongsian Sha..
Apa sahaja maklumat dalam ini adalah berbeza mengikut pemahaman individu..
Anda digalakkan mendapatkan nasihat daripada doktor..

Setelah tempoh tamat, maka Sha kembali berjumpa doktor..
Keputusan dibuat untuk pemasangan Implant..
Demi mendapat keputusan kami, doktor pun memberikan panduan apa yang perlu kami buat..
Doktor tanya nak pasang dekat mana?
Sha terus jawab dengan yakin dekat hospital..
So doktor kata kalau dekat hospital, dia buat surgeri tu setiap hari Rabu je..
Sha kena dapatkan implant itu dulu baru doktor boleh keluarkan surat..

Sha sempat bertanya dengan doktor..
Kawan blogger Sha iaitu MV ada bagi tahu sekiranya pasang Implant sha tak boleh buat kerja berat..
So Sha pun conformkan dengan doktor..
Alhamdulillah.. Tempoh tak boleh buat kerja berat tu hanya 48 jam lepas pasang implant tu..
Lepas itu boleh je buat kerja macam biasa..

Disebabkan klinik kerajaan dan hospital tak menyediakan Implant ini makanya Sha kena beli dekat LPPKN..
Oleh kerana encik suami lupa bawa duit, balik rumah dulu..
Petang itu lepas settelkan hal-hal lain baru kami pergi LPPKN untuk beli implant tu..
Harganya RM500 tunai.. Wargh!! Melayang duit..

Dapat je implant itu, sha patah balik pergi klinik untuk surat referral pula..
Doktor itu tengok Sha bawa implant itu terus call Hospital..
Hospital penuh bulan Oktober..
Tapi doktor berjaya dapatkan tarikh untuk Sha.. Terus buat surat..
Alhamdulillah, dipermudahkan..

Surat itu Sha fotostat dan bagi dekat LPPKN sebagai jaminan yang implant itu Sha beli memang untuk Sha pakai..
Sebab ada juga yang beli implant itu dan jual balik.. Like serius...
Macam-macam manusia sekarang..
Dekat LPPKN pun boleh pasangkan implant itu..
Doktor yang akan buat tapi Sha lebih suka buat di Hospital..
My favourite place.. Kikiki.. Rasa lagi selamat..

Owh ya.. Masa beli implant dekat LPPKN itu pun Sha dapat penerangan detail pasal perancangan keluarga..
Pil perancang, IUCD, Implat dan injection perancang..
Kalau ikat rahim itu hanya akan dilakukan pada mereka yang berusia 40 tahun ke atas, berpenyakit risiko dan mereka yang bersalin secara operation tiga tahun berturut-turut..

LPPKN pun ada terangkan kesan sampingan bila pakai implant ini..
Kesan sampingan adalah berbeza pada setiap pemakai..
Bergantung pada tindak balas badan terhadap hormon yang dikeluarkan oleh alat implant itu..
So.. Jangan cepat percaya pada perkongsian di internet..
Baca dan kaji mengenai implan tak pe..
Yang penting dapatkan nasihat dari doktor dan juga LPPKN..

Nak tahu lebih detail pasal implant boleh klik SINI.

Nanti Sha akan sharekan kesakitan dan prosuder pemasangan Implant ini..

Inilah dia Implant yang berharga RM500.. 
Tempoh dipasang dibadan bergantung pada tindak balas badan terhadap hormon.. 
Kalau normal tiga tahun.. 
Kalau berat badan naik 2 ke 2 1/2 tahun sahaja.. 

Monday, September 18, 2017

Menang 'Happy Giveaway by Mrs Pip'

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah Sha Menang 'Happy Giveaway by Mrs Pip' 
Terima kasih Mrs pip..
Boleh semak senarai pemenang di SINI.
Yeah!! No Sha bertuah..

Baby Driver (2017)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Tak best ceritanya.. Huhuhu..
Best masa aksi memandu je..
Transporter juga still the best..
Tapi masib boleh layan di petang hari..
Cumanya tak sesuai ditonton bersama anak-anak..

Kisah pemandu kereta yang sangat menggunakan nama samaran Baby..
Saat cinta menyapa mata, Baby tidak lagi mahu memandu untuk penjenayah..
Namun dia diugut.. Orang jahat kan.. Mengugut jelah kerjanya..
Kerja terakhir yang bermula dengan kacau bilau berakhir dengan kematian..
Kerana naluri Baby bukan penjenayah dia berusaha menyelamatkan mereka yang tak bersalah..
Akhirnya Baby menyerah diri setelah semua halangan berjaya dimusnahkan..

Gitulah filem Baby Driver ini..
Memandu bersama muzik yang ohsem..
Owh ya.. Sha tonton online je..


SUPPORT ME!! POKUCU Contest

Assalamualaikum..
Hye semua..
 

http://www.sishawa.com/2017/09/support-me-contest.html
Tamat pada 15.10.2017

 Pendapat saya mengenai blog POKUCU.COM ialah blog beliau ringkas dan penuh informasi. Yang paling penting dan saya suka ialah cepat loading.. Senang nak akses.. Semoga terus berblog..

MENANG MERDEKA GIVEAWAY BY PENSELDUABEE.BLOGSPOT.COM

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam masa blogwalking Sha dapat tahu Sha menang GA anjuran blog Penselduabee..
Alhamdulillah.. Ada juga rezeki Sha..
Terima kasih Radhia..

Senarai penuh pemenang boleh tengok di SINI.

Sha menang RM10..
Yeah!!

Sunday, September 17, 2017

Drama Jepun | Garo: Makai no Hana (2014)

Assalamualaikum..
Hye semua.. 

Yeah!! TV2 tayang cerita Garo: Makai no Hana..
Memang ohsem..
Setiap hari jam 6.30 petang..
Kali ini anak kepada Kouga Saezima dan Kaoru Mitsuki yang dilatih oleh Silver Knight Zero selepas kehilangan ayah dan ibunya untuk menjadi Golden Knight..
Alahai.. Lama tak tengok cerita ini..
Maaflah ye.. Walaupun usia dah 30 tapi masih tengok cerita-cerita macam ini.. 

Untuk Garo: Makai no Hana ini watak yang jadi Garo ini nampak lebih friendly dan ohsem..
Sha suka karekter Garo itu.. Berkarisma.. 
Cara dia lawan.. Berjalan dengan kot putih yang sangat menarik.. 
Belum lagi tengok bila dia pakai perisai emas.. Pergh!!

Sahabat dia yang sama-sama dalam misi menentang horror ialah Mayuri dan Crow..
Makai Knight Crow ini pun ohsem.. Baju besi dia warna silver dan ada kepak..
Awal cerita nampak macam sangat angkuh dan sombong..
Tapi lama-lama makin okay dan friendly..
Disebabkan malas nak tunggu setiap hari dan kadang-kadang terlupa, Sha tengok online je.. Ada 25 episod macam itu.. 


Jika Aku oleh Anna Lee

Assalamualaikum..
Hye semua..

Novel ini novel terbaru dari Anna Lee..
Sha suka watak Maliq dan juga Teja..
Klasik sangat nama Teja itu..

Yang pasti kisah kali ini pasal 'mind reader'..
Konspirasi jahat yang ingin mempergunakan mereka yang berbakat..
Penuh debaran, aksi dan persoalan..
Apa hubungan Maliq dan Teja?
Siapa pula Aidan yang tiba-tiba muncul..

Permulaan part pertama paling Sha suka..
Perkenalan antara Teja dan Maliq..
Salah faham dan juga pertembungan..
Akhirnya menjalin persahabatan..
Berjayakah hubungan Maliq dan Teja?

Kenalah baca Jika Aku..
Sha baca pada 15.09.2017 dan selesai pada 16.09.2017..

Koleksi Sha..
Published April 2017 by PROLOG MEDIA..

Infiniti oleh Farrah Izzlorna

Assalamualaikum..
Hye semua.. 

Prolog Media berjaya buat Sha jatuh cinta berkali-kali..
Setiap kali lepas habis baca satu novel, rasa sangat puas..
Seperti bertemu cinta pertama setiap kali.. 

Untuk Infiniti watak Andrian tonggak utama cerita..
Kisah Andrian sangat menyeluruh dan memberikan kepuasan kepada Sha..
Dalam Infiniti diterangkan mengenai kelebihan Andrian..
Siapa diri Andrian yang sebenarnya..
Pengembaraan Andrian menemukannya dengan dirinya yang sebenar..
Cinta dan persahabatan yang akhirnya membawa Andrian kepada Noah.. 

Misteri, cinta dan sedikit rasa seram..
Memang complete tapi menjadi sangat tak complete bila cerita padal Noah tergantung..
Mungkinkah akan ada sambungan lagi..

Baca dan selesai pada 14.09.2017..

Koleksi Sha..
Published April 2017 by PROLOG

Saturday, September 16, 2017

Gado Gado di Tanjung Malim

Assalamualaikum..
hye semua..

Jom makan Gado Gado.. 
Sha baru first time makan Gado Gado ini.. 
Sha makan dekat medan selera Tanjung Malim.. 

Gerai Aman Gado Gado 

Gado Gado Ayam RM4.50
Pilihan encik suami.. 
Encik suami suka sebab kuah kacang dia sangat sedap.. 

Gado Gado Biasa RM4.00
Pilihan Sha..
Pada Sha Gado Gado ini macam rojak tapi bahan dia tak semeriah rojak.. Sedaplah.. 
Sedap atau tak bergantung pada tekak korang ye.. Pada Sha okay and nice.. 

 Air Kelapa RM4

Temani Aku Selamanya oleh Pena Kayu

Assalamualaikum..
Hye semua.. 

Memula Sha baca tajuk novel ini, Sha agak cerita misteri..
Walupun gambar kulit depan itu nampak macam happy je..
Hahaha.. Teruk sangat dah ketagih membaca buku seram ini..
Tapi bila baca sinopsis rupanya cerita cinta..
Lepas itu kawan kerja pun cakap novel ini menarik..
Sha memang perlahan sikit kalau baca novel cinta..
Tapi bila dapat feedback dan review ok pasal buku ini, Sha pun setuju nak baca.. 

Okay.. First yang Sha rasa..
Carl sangat annoying.. Hahaha..
Memang penulis berjaya mewujudkan watak Carl tu dengan sangat ohsem..
Sangat meruntun jiwa.. Hahaha..
Kejap rasa macam menyampah lepas tu kejap lagi kang rasa macam sweet sangat..
Nirina memang sepadan untuk Carl..
Cerita cinta yang bermula dengan salah sangka dan sedikit kekeliruan..
Sangat menarik dan berjaya buat Sha baca sampai habis.. 

Sha baca dan selesai pada 13.09.2017..

Buku Terbitan Idea Kreatif
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com