Tuesday, February 28, 2017

Saka Tok Mun oleh Zyra Safiya

Assalamualaikum..
Hye semua..

Novel ini rupanya dah ada di perpustakaan tempat kerja Sha..
Cuma Sha je tak perasan..
Sebab novel ini pelajar sorok..
Kebetulan masa kami kemas-kemas, terjumpa..
Novel ini dah pun rosak.. Tapi masih boleh dibaca..
Memang novel yang ohsem..

Gangguan saka yang berterusan hingga ke cucu cicit..
Terus mencari tuan yang baru..
Novel yang memberi pengajaran untuk hidup..
Hubungan adik beradik..
Hubungan antara kawan..
Hubungan suami isteri..
Memang best..

Mula baca 24.02.2017 dan habis baca pada 25.02.2017

Saka Tok Mun oleh Zyra Safiya

Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Kebangsaan Amani

Assalammualaikum..
Hye semua..

Hari ini dalam sejarah..
Sha pergi Mesyuarat Agung PIBG sekolah Amani..
Ada ucapan, pembentangan aktiviti dan kewangan, pembubaran dan pelantikkan AJK baru, pembentangan cadangan ibu bapa dan akhir sekali cabutan bertuah..
Masa daftar kedatangan, ibu bapa diberi sarapan mee hoon goreng dan air mineral.. 
Sedap mee hoon goreng yang.. Rasa tomyam.. hehehe..

Sha memang allergic duduk lama-lama.. Mujurlah masa perlantikan AJK baru dilaksanakan dengan cepat.. Tiada bantahan langsung.. Lepas cabutan bertuah, dah boleh balik.. Mesyuarat berlangsung lebih kurang 4 jam.. Kira okaylah Sha berjaya duduk tanpa bangun selama 4 jam tu.. Hehehe..

Tak ramai ibu bapa yang datang.. Sedih juga tengok sambutan ibu bapa.. Tak salah datang beri sokongan.. Sha pun bukannya datang berdua.. Sha seorang je yang pergi.. Sekurang-kurangnya kita tahu apa yang berlaku sepanjang tahun 2016..

Masa inilah baru tahu sekolah tu dapat sumbangan buku untuk Perpustakaan Sekolah bernilai belas ribu juga.. Kemudian sumbangan dari Adun kawasan lagi.. Aktiviti pelajar sepanjang tahu 2016.. Kejayaan dan pencapaian sekolah.. Bangga la juga, walaupun anak Sha baru sekolah dua bulan je di sekolah itu.. Sekadar pendapat Sha..

Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Kebangsaan Amani 

Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Kebangsaan Amani

Birthday Giveaway Nur Imani

TAMAT

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha nak ajak joint Birthday Giveaway Nur Imani..
Giveaway ini sempena Birthday Nur Imani pada 03.03 nie..

Syaratnya mudah sahaja..
  • Follow Blog Sha - KasihkuAmani
  • Buat entry dengan tajuk "Birthday Giveaway Nur Imani" dan letakkan gambar dibawah dalam entry anda.
  • Linkkan entry tu ke sini.
  • Tinggalkan komen di sini.
Giveaway Birthday Nur Imani
Inilah Birthday Girl..

Birthday Giveaway Nur Imani
Hadiahnya ialah Creative Cutlery Set yang di sponsor oleh abah Sha..
Ohsem tak??
Set Cutlery ini sangat comel dan unik tau..

Pemilihan pemenang oleh Nur Imani ye..

Tarikh Giveaway ini adalah 20.02.2017 sehingga 28.02.2017
Pengumuman Pemenang pada 01.03.2017
Hadiah akan dipos pada 03.03.2017

Yeah!! TAMAH SUDAH GA NYA
TERIMA KASIH PADA YANG JOINT

Monday, February 27, 2017

Lawatan Ke SMK Convent Jalan Peel

Assalammualaikum..
Hye semua..

Hari selasa (21.02.2017) Sha ada ikut rombongan EKSA buat lawatan..
Kami pergi ke SMK Convent  Jalan Peel di KL..

Sekolah nie 8 tingkat dan berbentuk U..
Sekolah yang sangat ohsem.. Cantik..
Memang rasa bersemangatlah nak gi sekolah kalau sekolah kat sini..
Tak caya?? Ce tengok gambar-gambar selfie Sha..
Cantikkan mural-mural tu..

 
Selfie bersama mural-mural yang ada kat sekolah nie..
Ada banyak lagi tau..
 
 
Belum tengok lagi lukisan pelajar-pelajar dan cikgu-cikgu yang digantung di sepanjang koridor dan tangga.. Ayat-ayat ohsem..
 
 
Library sekolah yang sangat best..
Dua tingkat okey..
Tapi buku tak banyak.. Hehehe..

Suprise dari Rakan Blogger

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ya Allah.. Hari Jumaat (24.02.2017) ini memang penuh kejutan untuk Sha..
Sha terima sekeping sampul putih bersih..
Bila buka.. Ada sepucuk surat bertaip kemas..
Dan yang paling best...
Serius memang best sangat..
Best sebab memang Sha perlukan sangat..

Hadiah yang diberi untuk orang macam Sha ini, memang sangat bermakna..
Terharu tau akak bila terima hadiah Mek ini..
Terima kasih ye Mek.. Semoga makin murah rezeki Mek..
Eh.. Lupa lak.. Nak tau ke siapa Mek ini..
Jom terjah Blog QueenBee by Mek.. Bolehlah berkenal-kenalan dengan Mek..

 
Suprise yang sangat mengujakan hati tau..
 
 
Book Tag Corner yang comel sangat..
Berserta surat yang bertaip rapi...
Ya Allah mek nie..
Terharu akak tau..
 
 
Tunggu lagi.. Memang satu keperluan untuk pembaca buku tau..
Terus guna dekat buku yang sedang dibaca..

Sunday, February 26, 2017

Koleksi Buku Februari 2017 #1

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha beli novel lagi..
Kali ini beli dengan penulis..
Memang serius terkejut sangat bila bungkusan sampai..
Bayar 23.02.2017, Jumaat 24.03.2017 dah sampai..
Terharu sangat-sangat tau..
Sebab apa?? Sebab....
Ce tengok gambar kat bawah..

 
Bungkusan yang ohsem..

 
Isi dalam dia yang super ohsem..
Tak sangka dapat suprise macam nie..
Sha memang terharu sangat-sangat..
Semoga makin murah rezeki sis Ilya Abdullah..

Gardenia Quick Bites : Double Choc

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ini adalah review peribadi..
Tidak berbayar dan tidak ada kena mengena dengan Gardenia..
 
Snek feveret ini bila rasa nak menguyah kat opis..
Rasa coklat dia yang mewah..
Kemudian berintikan coklat.. Pergh!!
Memang ohsemlah untuk lepaskan stress...

Kalau korang penggemar kek coklat, mesti korang akan sukakan muffin nie..

Tambahan pula dalam pek ini ada dua biji muffin..
Dibungkus berasingan.. Memang bestlah..

 
My feveret bila stress..
 
 
dua pek comel muffin..

Saturday, February 25, 2017

Penulis - Sara Aisha

Assalamualaikum..
Hye semua..

Penulis yang sorang nie Sha kenal melalui karya beliau yang bertajuk Chan Rak Ter... Aku Cinta Kamu.. Menarik juga novelnya.. Kisah dua negara.. Bolehlah korang try baca..

Antara karya beliau:-

  1. Jodoh itu milik kita (2012)
  2. Chan Rak Ter... Aku Cinta Kamu (2013) nie je yang dah baca..
  3. Salju Kyoto
  4. Encik Sayang Dan Miss Sweetheart (2014)
  5. Pembuka Hati (2015)
  6. Cereka Cinta (2014)
  7. Kompilasi Cerpen Pelangi (2015)
  8. Syurgaku Tak Sempurna
Boleh juga mengenali beliau dengan lebih dekat di Goodreads, Facebook, Wattpad, Twitter dan blog beliau Sara Aisha.

Kuintai Cinta Di Dalam Rahsia oleh Qurratu'ain

Assalammualaikum...
Hye semua..

Novel yang ohsem..
Penulis ini juga menggunakan nama pena Ilya Abdullah..

Pada Sha buku ini memang best..
Mengenai manusia yang berdendam sehingga sanggup membunuh..
Dendam memang memakan hati manusia..
Menjadikan manusia itu kejam dan tidak berperikemanusiaan.. 
Menghancurkan hubungan sesama manusia..

Kisah yang sangat menyayat hati..
Memang sedih, geram dan gembira bila membaca novel ini..
Novel ini berjaya memainkan perasaan Sha..

Kuintai Cinta Di Dalam Rahsia oleh Qurratu'ain 
Novel ini hak milik Perpustakaan Negara Malaysia
Sha baca dan selesai pada 23.02.2017

Koleksi Buku Februari 2017

Assalammualaikum..
Hye semua..

Sha tambah koleksi buku lagi..
Yeah!! Untuk diri sendiri.. Hehehe..
Jom tengok buku apa Sha beli..

 
Buku Preloved..
Aku, Dia & pinky Promise - Anna Lee
Magisial - Jun
Parut - Zahida Zarkasi
Kau Kuseru - Hasrudi Jawawi
Isteri - S. Mara GD
Awan dan Aksara - Syafiq Aizat

Murah giler kot beli dengan seller nie..
Siap dapat buku free sebiji tau...
Berminat?? Whatsapp je dia di 0176123410 - Riena

Inilah Pos yang berjaya menggoda nafsu membacaku untuk membeli..

Friday, February 24, 2017

Penulis - Suzani Nadzir

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jom berkenalan dengan penulis yang comel ini..
Sha dah baca kedua-dua buah buku beliau nie..
Kedua-duanya karya seram..

Antara karya beliau ialah:-
  1. Anak Patung Nana (2015)
  2. Projek Seram Cermin : Rasukan Ayunindya (2016)
Boleh juga ikuti perkembangan beliau di Goodreads, Facebook, Instagram, Twitter dan boleh juga baca karya beliau secara online di Facebook - The Ghost Girl. Boleh juga baca di Portal Ilham Karangkraf KSMJ - Bidan Sumiah, KSMJ - Deejay, Jangan Cakap Besar, Nak... dan Malam Angker.
Selamat membaca..

Pencarian Bloglist Sesi Mac-April 2017

Assalamualaikum..
Jom joint..

http://coretan-athirah.blogspot.my/2017/02/pencarian-bloglist-sesi-mac-april-2017.html

Sehingga 8 Mac 2017

Fisioterapi Sesi Kedua

Assalammualaikum..
Hye semua..

Meneruskan sesi Fisioterapi di Klinik..
Sha pergi semalam untuk buat sesi yang kedua..
Kali ini sampai je klinik terus kayuh basikal.. 15 minit.. Terbakar gak la kalori..
Kalau banyak duit, teringin gak nak ada satu basikal tu kat umah.. hehehe..

Lepas mengayuh, bubuh Hotpad dekat lutut.. 15 minit.. Best..
Kali ini memang tak kalih langsung Hotpad tu.. Biar je kat lutut..
Dah cukup 15 minit.. Biar lutut rest sekejap.. Baru buat terapi elektrik lak..
Yang ini pun 15 minit.. Sebab buat dalam keadaan baring kan.. Mata nak pejam je..
Lepas buat terapi elektrik, Sha kena buat senaman kaki..
Duduk je dekat tepi katil, pastu doktor tu bubuh getak dekat kaki..
Kemudian Sha regangkan kaki.. Pergh!! Berpeluhlah juga..
Alhamdulillah.. Banyak dah perbezaan berbanding sebelum ini..

 
Mengayuh Basikla..
 
 
Hotpad..
 
 
Mesin renjatan elektrik..
Best tau..

Thursday, February 23, 2017

Dunia Kartun : Lawak Budak Sekolah oleh Poyo

Assalammualaikum..
Hye semua..

Sesekali release tension..
Jom kita baca komik
Kali ini Sha pilih Komik keluaran PTS..
Dunia Kartun : Lawak Budak Sekolah karya oleh Poyo..
Serious memang boleh release tension dan mengimbau kenangan zaman persekolahan..
Ada teka teki yang Sha sendiri tak terfikir boleh menggeletek usus ketawa..
Kalau korang nak lepaskan tekanan silalah baca komik ini.

Dunia Kartun : Lawak Budak Sekolah

Dunia Kartun : Lawak Budak Sekolah
Tahap Dua

Baca dan selesai pada 21.02.2017
Owh ya.. Buku ini hak milik Perpustakaan Negara Malaysia..
Kalau berminat nak beli boleh try cari di PTS.

Akaun Goodreads Amani

Assalammualaikum..
Hye semua..

Pada Sha, akaun Goodreads ini bagus untuk kita keep track buku apa yang kita dah baca..
Sebab tu jugalah Sha buat satu untuk Amani..
Disebabkan Amani tak ada lagi akaun Facebook, maka Sha buatkan e-mail Google untuk dia..
Jadi sekarang, Sha dah boleh update buku apa yang Amani baca..
Supaya bila Amani besar, dia tahu dia dah banyak membaca..
Sha yang update.. Amani tak ada akses untuk semua ini..
Bila dia dah faham konsep betul dan salah, mungkin Sha akan dedahkan dia ada teknologi..
Sekarang tak boleh lagi..

Kepada yang ada akaun Goodreads, bolehlah add Amani ye..
Goodreads : Amani

https://www.goodreads.com/user/show/65215651-amani-dzulkafli
 

Wednesday, February 22, 2017

Penulis - Fitri Hussin

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha mengenali beliau melalui buku Kabut.. Kemudian baru Sha baca Katarak dan Rakus..
Sha sangat menyukai cerita dalam Rakus.. Tajuknya sahaja sudah menggambarkan keseluruhan cerita.. Betapa Kerakusan manusia itu tiada batasnya..

Terbaru beliau akan keluar dengan Kesumat sambungan kepada Rakus..
Semoga terjawab persoalan-persoalan yang tertinggal di dalam Rakus..

Buku beliau:-
  1. Sehangat Rindu (2004)
  2. Katarak (2013)
  3. Kapsul Nurani (2014)
  4. Rakus (2015) 
  5. Kabut (2016) 
  6. Projek Seram Kerusi : Bela (2016)
  7. Kau Pertama Aku Kedua (2011) 
  8. Kesumat (2017)
Ingin kenali beliau dengan lebih dekat? Boleh ke Blog beliau iaitu fh, Facebook, dan Goodreads. Boleh juga ikuti siri beliau di Blog Fitri Husin Menulis yang bertajuk Fana.

Seronok oleh Saat Omar

Assalamualaikum..
Hye semua..
Novel ini untuk bacaan dewasa ye..
Kupasan mengenai naluri songsang..
Ada dua bahagian..
Bahagian satu
Mengenai Amirul dan Bakar..
Bagaimana Amirul yang terpisah dengan Bakar bertemu semula..
Juga mengenai Pakcik Halim yang risaukan naluri anak lelakinya..
Bahagian dua
Perkembangan cerita diantara Bakar, Amirul dan Rozilla..
Perkongsian tentang hubungan antara lelaki dan lelaki, lelaki dan perempuan..
Konsep bahagia itu sendiri..
Penerimaan keluarga dengan kecenderungan seksual anak..
Okay itu je yang Sha boleh explain..
Yang lain korang kena baca sendiri..
Sha baca dan amik yang positif..
Yang negatif kita letak dalam bakul sampah..
Yang pasti buku ini bacaan dewasa..
Sha start baca pada 19.02.2017 dan settle pada 21.07.2017

Wordless Wednesday #56

Assalammualaikum..

Wordless Wednesday #57

Assalamualaikum..


Tuesday, February 21, 2017

Penulis - Zyra Safiya

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha rasa macam dah baca je buku beliau yang lenlain..
Tapi ialah masa tu tak ada akaun Goodreads lagikan..
So tak boleh nak keep track novel apa yang dah baca dan novel apa yang belum baca..
Takpelah.. Nanti baca balik.. hehehe..

Kalau ikut buku yang memang conform Sha dah baca, penulisan beliau menarik juga..
Adalah juga diselitkan mengenai sesuatu sebagai pengetahuan tamabah kita yang membaca..
Karya solo beliau yang paling letest Pendamping.. Not bad lah pada Sha..

Senarai buku beliau:-
  1. Projek Seram Lombong : Lolongan Lombong Lama - 2016
  2. Penunggu Cinta - 2012
  3. Pendamping - 2015
  4. Dendam Pewaris - 2007
  5. Saka Tok Mun - 2007
  6. Rasuk - 2009
 Boleh ikuti beliau di Goodreads, Facebook dan Instagram.

Giveaway Topup Percuma by Cik Candy

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jom joint GA best ini..
http://cikcandysour.blogspot.my/2017/02/giveaway-topup-percuma-by-cik-candy.html
20 FEBRUARI 2017 - 11 MARCH 2017

Bila Elektrik Tiada

Assalammualaikum..
Hye semua..

Ahad (19.02.2017) umah Sha tak ada elektrik.. Dari pukul 9 pagi sampai 7 petang.. Lama tu.. Setelah bermesyuarat, maka kami ambil keputusan balik kampung.. Ziarah MIL dan abah Sha.. Gerak dari umah pukul 8 pagi.. Settlekan dulu jemur baju dan gosok baju.. Mujur Baju sekolah Amani, Encik Suami dah tolong gosokkan separuh malamnya.. Alhamdulillah.. Tak adalah lama sangat Sha berdiri menggosok baju..

Kami singgah sarapan di Sungkai.. Lupa pula nak amik gambar kedai ini.. Memang meriah makanannya.. Ada nasi dagang, nasi kerabu, nasi lemak, kuih muih.. Memang best.. Kami sampai umah Mil kul 10 pagi.. Jalan dah main dekat so cepatlah sampainya.. Lepak dan kemas mana yang patut.. Kul 4 baru gerak umah abah Sha pula.. Singgah dulu kat pasar petang di Titi Gantong.. Pasar ini start lebih kurang kul 3 lebih damai kul 7 je.. Sebab tu Sha panggil pasar petang.. Sha beli putu mayam.. My Feveret..

Gerak balik kul 8 malam.. Ziarah mak ayah nie, kalau ada kesempatan memang kami buat.. Walaupun balik hari.. Sekurang-kurangnya kalau tak dapat balik, Sha or suami akan call.. Sementara ada nie, kenalah berbakti.. Esok esok dan tak ada, tak adalah menyesal..

Bila Elektrik Tiada
Teruja nak balik kampung..

Bila Elektrik Tiada
Sampai umah MIL memang inilah kerjanya.. Mengadap channel Ceria.. Tak boleh tukar channel lain..

Bila Elektrik Tiada
Atok bagi buku.. Kemain suka lagi mereka..
Amani dapat buku mewarna..
Amani lak dapat buku Pop-up

Bila Elektrik Tiada
Jom layan dan aji.. Hehehe..
Atok tunjuk skil depan cucu..
Dam nie adik Sha buat sendiri..
Buahnya pakai kulit kerang je..

Bila Elektrik Tiada
Yeah!! Koleksi buku Sha bertambah..
Abah Sha bagi ini..

Bila Elektrik Tiada
My Feveret.. and my abah feveret..
Putu mayam.. Kalau yang ori warna putih dan ada kelapa serta gula merah..
Sha suka makan dengan gula je.. hehehe..

Bila Elektrik Tiada
Adik ipar masak..
Jamu perut dulu sebelum gerak balik..

Bila Elektrik Tiada
Abah bagi.. Sha guna kat Opis..
Radio nie guna bateri AA 4 biji..
Boleh cucuk pendrive tau..

Monday, February 20, 2017

Bila Kaki Diaktifkan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ohsem tak tajuk entry Sha..
Hehehe.. sesekalikan..
Sebenarnya, kaki Sha dah makin okay..
Dah tak de terhencut-hencut..
Berjalan memang tak nampak macam orang sakit..
Cuma tak boleh melakukan aksi turun naik tangga je..
Kalau Sha banyak bergerak or turun naik tangga..
Memang terasa sakitnya sampai ke tulang..

Sha cuba-cuba juga mencangkung tapi boleh meraung owh..
dia punya rentapan urat tu rasa macam nak terajang orang..
Adoilah.. Dugaan sungguh..
Apapun Sha memang try-try juga mencangkung..
Try-try lipatkan kaki..
Bukan apa.. Kalau tak buat pun nanti kejung terus..
Sambil-sambil buat senaman yang pakar Fisio suruh..

Kebetulan hari Jumaat tu ada pelancaran EKSA..
Sha pula terlibat sebagai AJK..
Bayangkanlah berjalan dan turun naik tangga dan bukit..
Petang tu memang terasalah kejang lutut..
Membawa ke hari ini.. Tapi jalan tetap jalan.. hehehe..

Bila diberi sedikit peringatan oleh Allah nie..
Sha makin menghargai kesihatan dan kesempurnaan fizikal..
Malah Sha rasa bersyukur sangat-sangat yang Sha masih lagi boleh berjalan dan memandu..
Ini ialah luahan hati.. Cewah.. Hehehe..
Supaya Sha sentiasa beringat dan merendah diri..

Mr London Ms Langkawi oleh Herna Diana

Assalamualaikum..
Hye semua..

Novel komedi romantik yang menarik..
Seorang datang dari London..
Seorang pula anak jati Langkawi..
Bila bertembung, huru hara jadinya..

Sha suka dengan kelainan yang dibawa dalam novel ini.. Kisahnya nampak simple tapi membawa jati diri orang Malaysia.. Walaupun macam mempromosikan Langkawi tapi bagus.. Ada terselit sejarah Langkawi..

Bukan sekadar novel tapi ada juga pengajarannya..
Jadinya Sha cangkan untuk dibaca..
Sha baca dan selesai pada 18.02.2017.

Mr London Ms Langkawi oleh Herna Diana
Hak milik Perpustakaan Negara Malaysia.

Senarai Peserta Birthday Giveaway Nur Imani

Assalamualaikum..
Hye semua..

Terima kasih sudi joint GA Sha yang tak seberapa ini..
Berikut ialah senarai peserta..
Sila maklumkan kalau ada yang Sha tak bubuh..
Terima kasih sekali lagi.

Kepada yang ingin turut serta GA ini boleh klik SINI.
GA masih berlangsung sehingga 28 Februari 2017..

Senarai Peserta
  1. Zafirah Nazri
  2. Mohd Noor Shawal
  3. Nam@Along
  4. Shikin Razali
  5. Lea Azleeya
  6. Nur Aaisyah
  7. Zai Zamree
  8. Belogs JM
  9. Syuhada Salleh
  10. Cik Haziqahh
  11. Noor Maizan
  12. Hani Fadhlina Abdul Rahman
  13. Don Ayhan
  14. Noor Atikah Ramli
  15. Azman Arsad
  16. Banu Syah
  17. Unni Anje
  18. Ibu Dilah
  19. Mrs Velentine
  20. Sarah lalala
  21. Siti Rohaida Yusof
  22. Tomodachi
  23. Ana Fatihah
  24. Cik Candy
  25. Tiara Sapphire
  26. Athirah
  27. Kim Chaa
  28. Iffah Hussin
  29. Ana Suhana
  30. Noor najwa
  31. Mummy_Ayu
  32. Radhia Razali
  33. Adianiez Aida
Terima kasih sekali lagi..

Sunday, February 19, 2017

Buku Idaman Hati

Assalammualaikum..
Hye semua..

Sha ini suka lupa..
Jadi Sha nak letak kat blog ini..
Letak apa???
Inilah buku-buku yang menjadi idaman hati..
Yang masih tertunggak dalam list untuk dibeli..

Bukan hanya seram tapi macam-macam..
Sha nie baca semua genre tau..
Cuma sejak tahun lepas terjatuh cinta dengan genre seram dan thriller keluaran penulis Malaysia... Sha respek penulis-penulis ini..
Semoga mereka terus berkarya..

Buku-buku nya ialah:-
  1. Fugitif oleh Maya Iris
  2. Projek Seram Lif oleh Ninie Othman, Resmanshah & Helmi Effendy
  3. Jeritan Puaka oleh Ninie Othman
  4. Mannequein oleh Ilya Abdullah
  5. Projek Thriller Vape oleh Zaifuzaman Ahmad, Helmi Effendy, Salleh Kausari & Syasya Bellyna
  6. Janji Julia oleh Maria Kajiwa
  7. Datang Pada Waktunya oleh Maria Kajiwa
  8. Mitos oleh Ramlee Awang Murshid
  9. Rahsia Gadis VIP oleh Maria Kajiwa
  10. Seteguh Illalang oleh Maria Kajiwa
  11. Kapur Kasut vs. kapur Tulis : Koleksi 50 Kisah Alam Persekolahan
  12. Semusim di Barzakh oleh Hadi Fayaddh
  13. Tarbiyyah Dari Langit oleh Hadi Fayyadh
  14. Ketika Azazil Berputus Asa oleh Hadi Fayyadh
  15. Aksara oleh Syafiq Aizat
  16. Awan oleh Syafiq Aizat
  17. Rooftop oleh Farrah Izzlorna
  18. Magisial oleh Jun Sahaja
  19. Parut oleh Zahida Zarkasi
  20. Fasad oleh Adnil Zaff
  21. Tangisan Berdarah oleh Hasrudi Jawawi
  22. Kau Kuseru oleh Hasrudi Jawawi
  23. Trilogi Seruan oleh Ismi Fa Ismail
  24. Kunci oleh Ismi Fa Ismail
  25. Mesej oleh Anna Lee
  26. Naskah Terakhir, Laura Isabella oleh Anna Lee
  27. Hello It's Me oleh Anna Lee
  28. Couple oleh Anna Lee
  29. Aku, Dia dan Pinky Promise oleh Anna Lee
  30. Isteri oleh S. MARA Gd
  31. Minyak Dagu oleh Ida Anuar
  32. Kebangkitan : Antologi Cerpen Seram 1.0
  33. Kisah Seram Malam Jumaat Vol 1 & Vol 2
  34. Fobia oleh Siti Rozilah
  35. Kesumat oleh Fitri Hussin
  36. Tempur oleh Ahmad Erhan
  37. Pareidolia oleh Ida Anuar
  38. Anding Ayangan oleh Ramlee Awang Murshid
  39. Penanda Kubur Anira oleh Hafiz Aziz
  40. Roommate oleh Khaidir Helmi
  41. Jejak Karmila oleh Nilam Himawari dan Rizalwan Ramli
  42. Buruan oleh Aiman Hazziq
  43. Kuintai Cinta Dalam Rahsia oleh Qurratu'ain (Pinjam Perpustakaan Negara Malaysia)
  44. Coke & Sundae I & II oleh Ilya Abdullah
  45. 566 Hari Mencari Cinta oleh Ilya Abdullah
  46. Awek Skuter oleh Ilya Abdullah
  47. Queen Control oleh Ilya Abdullah
  48. Antara 5 Cinta oleh
Banyakkan??
Buat masa nie.. Nie je yang ingat.. 
Hehehe.. Nanti-nanti, tambah lagi..
Yang Sha cross tu Sha dah jumpa dan beli.. Hehehe..

Hero Aku Tomboy oleh Arisa Eriza

Assalammualaikum..
Hye semua..

Novel yang sempoi..
Walaupun ada sesetengah perkara macam tak logik gaya penceritaannya..
Tapi masih okaylah pada Sha..
Watak utama cik tomboy dan mamat gentelmen tu memang menjadi..
Cuma macam mana mereka boleh dikahwinkan tu agak tak logik..
Tak ada penegasan dan juga permulaan kepada kejadian..
Tetibe je dah kena tangkap basah.. hehehe..
Tapi masih okaylah..

Dalam nie juga ada diketengahkan mengenai perasaan tak normal iaitu lelaki suka lelaki dan perempuan suka perempuan.. Tapi masih okay sebab tidak melampau dan masih dalam batas nya.. Sekadar selingan..

Part hero boleh nampak hantu tu comel..
Hero yang tak berapa nak hero.. hehehe..
Ada lah a few adegan dimana hero menolong hantu..
Tak adalah seram sangat.. Kacau-kacau manja je..
Masih terkawal gitu.. Seram romantik tau..

Watak tomboy tu memang menjadi..
Suka sangat dengan Faz yang macho..
Ini adalah pandangan Sha..
Pandangan korang??? Kenalah baca..

Sha start baca 16.02.2017 dan habis pada 18.02.2017

Buku ini adalah hak milik Perpustakaan Negara Malaysia..

Saturday, February 18, 2017

Invasi oleh Raja Faisal

Assalamualaikum..
Hye semua..

Walaupun buku yang Sha beli, masih banyak belum dibaca..
Namun Sha beri laluan kepada buku-buku dari Perpustakaan Negara Malaysia..
Ada yang menarik perhatian Sha..
Antaranya ialah Invasi oleh Raja Faisal..
Kita baca genre lain pula selain seram..

Buku ini menceritakan kelangsungan hidup manusia selepas diserang makhluk asing..
Bagaimana kedatangan makhluk asing tu mampu merubah manusia..
Daripada jahat kepada baik..
Untuk hidup, manusia juga sanggup menjadi pembelot..
Novel yang menarik cuma endingnya biasa sahaja..

Satu lagi yang menarik mengenai novel ini adalah quote di setiap permulaan bab..
Dan quote yang paling ohsem adalah "It is not the strongest of the species that survive, nor the most intelligent, but the one most responsive to changer."-Charles Darwin. Memang sepadan sangat dengan cerita ini..
Nama watak utamanya juga unik Ahmad Bayani.
Silalah baca.. hehehe..

Baca pada 13.02.2017 dan selesai pada 15.02.2017.

Invasi oleh Raja Faisal
Buku ini hak milik Perpustakaan Negara Malaysia..

Teaser Birthday Giveaway Nur Imani

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jangan lupa joint Giveaway terbaru Sha..
Sempena birthday Nur Imani pada 03 Mac ini..
Lagipun cam best je nak buat giveaway lagi..
Tapi kali ini hadiahnya bukan buku tau..
Hadiahnya sesuatu yang unik.. Hehehe..
Hope anda semua suka..

Jangan lupa joint ye..
Giveaway akan dilancarkan pada 20 Februari 2017..

Teaser Birthday Giveaway Nur Imani 
Inilah birthday girlnya..

Friday, February 17, 2017

Penulis - Ida Anuar

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha memang friends di Facebook dengan penulis ini..
Tapi belum ada buku beliau yang Sha baca..
Kebetulan Sha ternampak Status beliau seperti gambar dibawah, maka Sha pun terus pm untuk dapatkan harga istimewa bagi 3 buah buku beliau.. Dua buku tahun lepas dan satu buku terbaru untuk 2017.. Korang berminat?? Jom ke Facebook beliau..
Kalau baca teaser-teaser buku beliau memang menarik..
Yang pasti genre yang Sha suka iaitu seram.. Hehehe..

https://www.facebook.com/Noranidaanuar
Inilah status tu..

Antara buku beliau ialah:-
  1. Kebangkitan : Antologi Cerpen Seram 1.0 (2016)
  2. Minyak Dagu (2016)
  3. Pareidolia (2017)
Kalau ingin mengenali beliau dengan lebih dekat, boleh follow Facebook, Goodreads, dan dekat Ilham Karangkraf ada cerita beliau yang bertajuk Pareidolia (tak sepenuhnya) dan Lot 333. Owh ya, kalau nak baca karya beliau secara online boleh juga ke Facebook Kalimah Paranormal. Ada Siri June. jomlah usha sesama.. Walaupun belum mengenali karya beliau secara dekat namun Sha nak share juga di blog ini..

Wolf Fever (Heart of the Wolf Series, # 6) by Terry Spear

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lama dah tak baca novel English..
Untuk 2017, novel Wolf Fever by Terry Spear menarik perhatian Sha..
Novel English yang pertama untuk tahun 2017..
Novel ini sebenarnya dari siri Heart of The Wolf..
Yang Sha baca nie siri yang ke enam..

Menariklah pada Sha kisah serigala jadian..
Warna merah dan kelabu..
Ada yang hidup dikalangan manusia..
Ada juga yang hidup dalam komuniti mereka sahaja..
Pekan kecil yang terdiri daripada serigala jadian..

Kemudian ada masalah dimana seorang perempuan tanpa sengaja digigit..
Ada kuasa psikik dan sangat kuat melawan kehendak pertukaran..
Lepas tu masalah mereka yang bertukar jadi serigala dan tak boleh bertukar jadi manusia semula..

Tak sesuai untuk bacaan kanak-kanak ye..
Sebab novel ini 18sx..

Sha mula membaca pada 11.02.2017
Tamat pada 13.02.2017

Wolf Fever (Heart of the Wolf Series, # 6) by Terry Spear

Membaca dan Kerjaya Sha

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buat pengetahuan semua.. Ewah..
Suspen tak?? Hehehe..
Buat yang tak tahu.. Sha ini kerja dekat Perpustakaan..
Sebagai Pembantu Pustakawan.. Dulu jawatan ini nama dia Pembantu Perpustakaan..
Sekarang dah sedap sikit.. Gred pun dah jadi S19..
Dunia Sha memang dengan buku je..
Masa memula masuk kerja, memang meminjam novel je kerja Sha..
Sampai habislah semua novel dalam Perpustakaan ini Sha baca..

Awal-awal masuk kerja dulu, adalah juga buat pembelian novel..
Sekarang memang tak ada dah... Start tahun 2014..
So kami amik keputusan buat pinjaman berkelompok di Perpustakaan Negara Malaysia..
Setiap 3 bulan sekali pergi pulang dan pinjam..
Oleh kerana permintaan banyak pada buku kanak-kanak dan novel..
Maka itulah yang kami pinjam.. Kalau rezeki kami, dapatlah novel yang baru-baru..
Kalau tak memang dapat yang lama-lamalah..

Oleh kerana Amani dah pandai membaca dan dah mula meminjam di Perpustakaan Sekolah..
Lepas tu takut nak pulang buku sebab lewat..
Makanya Sha buat keputusan untuk tak bagi dia pinjam lagi..
Nanti dia dah berani dan faham makna tanggungjawab baru Sha bagi dia pinjam balik buku dekat Perpustakaan Sekolah..

Sebagai alternatif untuk dia terus membaca, Sha pinjam dekat tempat kerja Sha..
Sekurang-kurangnya dia akan terus membaca..
Pilihan adakan.. Lagipun membaca ini perlu diterapkan dari kecil..
Bila tengok dia suka membaca, Sha pun happy..

Membaca ini banyak kelebihan sebenarnya..
Menambah bilangan perkataan..
Membantu untuk membina ayat..
Boleh buat kita berimaginasi...

Korang minat membaca??

 
Buku yang Sha pinjamkan untuk Amani..
Ini Sha bagi dia baca masa hujung minggu je..

 
Mak pun nak juga..
Hehehe.. 3 buku..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Family Blogger

 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI