Friday, October 23, 2020

Buang dan Pasang Implanon

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi tadi Sha ada temujanji di Klinik Ibu & Anak untuk membuang implant lama dan ganti dengan yang baru.. Implant ini dimasukkan dibawah kulit lengan.. Sha pakai di tangan kiri.. Proses kali ini agak lama berbanding kali pertama dahulu.. Kali ini doktor mulakan dengan suntikan bius.. Sakit wei masa ubat bius tu masuk.. Meleleh air mata.. hahaha.. Bila ubat bius tu dah beri kesan, tak rasa apa pun..

Setelah bius memberikan tindak balas, doktor melakukan torehan sedikit menggunakan mata pisau pembedahan.. Torehan itu untuk mengeluarkan implan yang lama sebelum digantikan yang baru.. Alhamdulillah, implan yang lama berjaya ditarik keluar dengan mudah.. Bersih je batang implan tu.. Selepas memasukkan implan yang baru, kawasan tu doktor bandage supaya dapat menghentikan aliran darah.. Kebas lah sekejap tangan kiri Sha tu.. 

Sha beli Implan ini di LPPKN.. Sebelum pergi beli dekat LPPKN, doktor buat surat untuk Sha.. Surat tu Sha bawa ke LPPKN bersama wang tunai.. Kalau tak ada surat, rasanya tak boleh beli.. Boleh juga pasang dekat LPPKN tapi ada bayaran extra lah.. Kalau beli je Sha bayar RM500.. Implan ini untuk 3 tahun.. Cukup tempoh 3 tahun baru keluarkan dan ganti baru kalau nak terus pakai.. Tapi kalau tak cukup 3 tahun dan nak keluarkan semula pun, okay je..

6 comments:

  1. Pernah dengar tentang implan ni, kawan cerita. Tapi saya tak pernah pakai. Rupanya begitu cara pakai implan, kena tukar juga ye.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah smuanya berjalan lancar..

    ReplyDelete
  3. nadia pun bercadang nak pakai implan kepas bersalin yg no 3 ni..skrg ni nadia ambik suntikan depovera lagi yg tahan 3 bulan tu..tq revew...

    ReplyDelete
  4. Wasalam kak Sha.. semoga akak ceria² selalu.. gitu rupanya cara nak tanam implan..

    ReplyDelete
  5. toreh ! aduhh.. dgr pun takot :( hua hua hua

    ReplyDelete
  6. ramai kawan aida guna implan ni.
    yes, 3 years diorang gi tukar, sha.
    as for aida, alhamdulillah, berjaya la merancang keluarga tanpa apa2.
    bukan tak nak or kedekut, tapi penakot!!!
    baca pulak kena toreh toreh tu, hu hu hu hu memang seram la!

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com