Monday, October 26, 2015

Sanggup ke korang duduk kat Malaysia kalau 6 benda menyeramkan ni berlaku? Risaunya!

Assalamualaikum..

Sha nak tanya Pembaca semua,

6 benda yang menyeramkan ini ada kaitan dengan jenayah RASUAH. BIla ada RASUAH pasti akan ada PENYELUDUPAN. Sebut saja tentang PENYELUDUPAN, pasti kita akan terbayang aktiviti haram yang dilakukan secara underground. Ia melibatkan penggunaan laluan yang tidak dibenarkan, pemalsuan dokumen, jual beli barang terlarang, dan macam-macam lagi.


Apa komen anda mengenai perkara ini?
Jom sharekan bersama saya.

http://kasihamani.sharethisstory.net/my-584956-7898

Ruginya! Korang tak pernah tahu ke ada benda-benda BEST ni kat petrol station?

Assalamualaikum...

Hari ini Sha nak share Mengenai Stesen Minyak yang Awesome.
Korang mesti  tak pernah tahu ke ada benda-benda BEST ni kat petrol station? Antaranya..



Apa lagi perkara yang selalu membuatkan korang singgah ke Stesen Minyak??
Jom sharekan di ruangan komen..

lastone

Sunday, October 25, 2015

Nasi Saye

Assalamualaikum..
Mohle kita food hunting.. Cari makanan lain, junpa makanan lain.. Yang penting rasa dia terangkat..

Nama je dah unik.. Nasi Saye.. Kata abang yang jual nie, asalnya dari Nasi Wok @ Nasi Umi.. Dia dah ubahsuai tu yang jadi Nasi Saye..

Rasanya memang Aweaome.. Mungkin sebab gabungan dua jenis gulai tuh kot. Tapi memang bestlah.. Puas hati makannya. Sekarang nie ada promosi RM3 sebungkus, sehingga 30 Oktober 2015. So, apa tunggu lagi, gilah cuba..

Lokasinya berhadapan dengan BHL Computer, Taman U di Tanjung Malim.


Dua jenis gulai yang digabungkan.

Inilah dia rupanya.
Nasi + gulai + ayam berempah + sambal cili + timun = Nasi Saye

Saturday, October 24, 2015

KitKat Green Tea

Assalamualaikum..
Jomlah kurus dengan KitKat Green Tea..
Boleh gitu??? Hahaha..
Main-main jer..
Lama dah nak cuba KitKat ini.
Tapi asyik termiss jer..
Harga jualan bagi KitKat Green Tea nie berbeza-beza..
99speedmart - RM3.50
Supermarket TF - RM3.40
Kedai Mesra Petronas - RM4.35
Pergh!!! Harga.. So kenalah pandai yer..

Rasa KitKat Green Tea ini, okay okay lah..
Sedap sangat tuh x juga.. Nak kata x sedap pun x juga..
Bagi penggemar green tea mungkin akan menyukainya.
Kalau sha pula, sesekali makan tuh kira oklah.
Tapi anak sha Nur Imani sangat suka KitKat Green Tea nie.
Kakak dia Nur Amani pula x sukakan rasanya.
Jadi kena cuba makan dulu baru tau sedap ke x.

Memorial Tunku Abdul Rahman

Assalamualaikum..
#ThrowBack Entry lagi..
Maaflah, lawatan nie dah lama sebenarnya tapi Sha baru berkesempatan nak share dekat sini.
Harapnya sudilah baca ye..
Jom singgah ke Memorial Tunku Abdul Rahman.
Masuk percuma ye.
Kalau nak guide kena call dan request awal.
Kalau nak jenjalan sendiri, boleh walk in jer.
Besar tau tempat dia.
Memula pameran mengenai kerjaya Tunku Abdul Rahman, pastu ada rumah dan juga pejabat beliau. Baju-baju lama, pingat dan macam-macam lagi mengenai Tunku Abdul Rahman.
Memang puas berjalan dan kenyang pengetahuan.

Waktu Lawatan


Kereta Perdana Menteri


Ruang-ruang dalam rumah Tunku Abdul Rahman




 Pejabat Tunku Abdul Rahman

Friday, October 23, 2015

Lawatan Sambil Belajar ke Muzium & Galeri Seni Bank Negara

Assalamualaikum...
#ThrowBack Entry ye..
Sabtu 10.10.2015, Sha bawa pelajar untuk sesi lawatan sambil belajar.
Sebelum ini Sha ada buat entry mengenai Muzium & Galeri Seni Bank Negara kan.
Kali ini sesi penuh mengenai lawatan kami.
Alhamdulillah walaupun pelajar yang joint x ramai, namun lawatan tetap diteruskan.

Buat pengetahuan pembaca, sekiranya datang pada hari berkerja aktivitinya lebih banyak dan ada taklimat berserta guide sepanjang lawatan. Tapi kena hantar permohonan awallah ye melalui email infomuseum@bnm.gov.my ini. Kalau datang Sabtu dan Ahad kena lawat sendirilah ye..
Lawatan boleh dilakukan setiap hari bermula jam 10.00pagi - 6.00petang.
Tiada bayaran masuk dikenakan.

Sebelum Sha cerita apa yang menarik di Muzium & Galeri Seni Bank Negara, Jom layan dulu gambar-gambar kami.. Hehehe...

Sampai sudah.

Terowong sejuta

Bergambar bersama duit-duit lama dan terkini.

Tangga berpusing yang tinggi dan memeningkan.

Keratan-keratan akhbar berkaitan ekonomi.

Kontena-kontena yang memaparkan Negara yang berdagang dengan Malaysia.

Cari dimana saya??

Pameran seni. 
(Boleh bergambar tapi tidak boleh memakai flash dan tidak boleh sentuh)

Jom kita sembang apa yang menarik di Muzium & Galeri Seni Bank Negara.
Highlight kali ini adalah mengenai
1. Program Pendidikan Hari Kanak-kanak (1 Oktober 2015 - 28 November 2015)

  • Susun Suai Gambar Si Kijang (9-15 tahun) 
  • Apa itu Wang? (9-17 tahun) 
  • Jom Buat Tabung (4-9 tahun)
  • Sejak bilakah Ringgit digunakan? (13-17 tahun)
Program Istimewa sempena Hari Kanak-kanak (every Tuesday, Thursday and Saturday : 1 Oktober 2015 - 28 November 2015)
  • Bengkel Membuat Boneka ASEAN (7-12 Tahun)
  • Karya Agung Ku(4-6 tahun)
  • Mengumpul Mata Wang: Hobi dan Warisan (7-17 tahun)
  • Detektif Matawang (7-17 Tahun)
  • Mata Wang Lama ASEAN yang Pelik dan Ganjil (7-12 tahun)
  • Aktiviti Menghias Kek (Bendera Negara-Negara ASEAN) (7-17 tahun)
  • Kenali Duit Syiling Peringatan (13-17 tahun)
  • Warna-warna ASEAN (3-6 Tahun)
  • Terokai Dunia Kewangan (7-12 tahun)
  • Beg Seni Saya (7-12 tahun)
  • Kenali Mata Wang Anda (7-12 tahun)
  • Kelas Melukis – Tugu dan Bangunan Ikonik Negara-negara ASEAN (7-12 tahun)
  • Penjagaan Koleksi Seni Visual (7-12 tahun)
  • Susun suai Duit Syiling Peringatan Gergasi ASEAN 2015 (7-17 tahun)
  • Kenali ASEAN Melalui Seni (13-17 tahun)
  • Aktiviti Menghias biskut Duit Syiling (7-17 Tahun)
  • Ceramah Mengenai Keselamatan Kanak-Kanak dan Demonstrasi Seni Mempertahankan Diri (7-17 Tahun)
  • Sesi Bercerita : Cerita Rakyat Negara ASEAN (Terbuka kepada Semua)
Maklumat lebih terperinci boleh klik SINI.

2. Pameran LATerasi Kewangan (29 September 2015 - 28 April 2016)
    Dipenuhi dengan karikatur LAT yang bersaiz besar dan aktiviti-aktiviti pengurusan kewangan             yang menyeronokkan seperti Buka akaun bank untuk anak anda Aktiviti mewarna Permainan             silang kata dan CongkakPameran LATerasi Kewangan ini terbahagi kepada 3 syeksen iaitu :-

  • Seksyen 1 : Buku Wang Saku
  • Seksyen 2 : Rancang Kewangan Anda
  • Seksyen 3 : Jadilah Pengguna Bijak dan Urus Kewangan Anda
Maklumat terperinci boleh klik SINI.

Thursday, October 22, 2015

Ini Mungkin 10 Taktik Paling Power Yang Digunakan Oleh Rakan Korang Bila Nak Ajak Teman Makan

Assalamaualaikum...
Ingat lagi tak masa zaman uni dulu, kita mesti akan ada kawan yang tak pernah lunch atau dinner sorang-sorang. Dia ni akan cuba sedaya upaya ajak kawan-kawan untuk makan sekali dengan dia.

Lepas tu kawan kita ini sangat pandai bagi alasan semata-mata nak ajak kita makan sekali dengan dia. Alasan yang digunakan kadang-kadang tu paling rare. Macam kat bawah ini.

4. "Makan kat kedai ni lagi sedap weh. Aku dah try dah. Kedai yang kau nak pergi tu tak best sangat. Jom follow aku."

Nak tau alasan lain?? Jom tengok sini.

Genting Highlands Strawberry Farm

Assalamualaikum..
#Throwback Entry
Jom kita gi jenjalan..
Sempena cuti 1 Muharram (14.10.2015)
Sha bawa anak-anak ke Genting Strawberry Farm.
Sebelum ini Sha ada buat review ringkas mengenai Strawberry Farm nie.
Tapi masa tuh x masuk dalam pun..
Just duk kat luar jer.. Singgah sebab tunggu masa berlalu..
Kali ini kita jalan-jalan dekat dalam pula.

Bayaran tiket RM8.00 (Dewasa) RM5.00 (Kanak-kanak berusia 3 tahun ke atas)
Free (Kanak-kanak 3 tahun ke bawah). 
Jadi jumlah bayaran kami RM21.00 (2 dewasa & 1 kanak-kanak)
Bayaran untuk buah Strawberry handpick RM8.00 / 100gm
Kalau dah siap packing RM15.00
Kami x beli apa pun sebab tujuan utama adalah jalan-jalan, lagipun mahal dan x berbaloi.

Dalam Strawberry Farm nie ada
1. Strawberry
2. Taman Lavender
3. Taman pelbagai bunga.
4. Ladang Lebah
5. Ladang Cendawan
6. Cafe
7. Toilet
8. Bergambar bersama Ular dan burung kakak tua (Dikenakan bayaran)

Jomlah layan gambar-gambar di Strawberry Farm.





Review - Homemade Soap oleh Kathy's Homemade Soap

Assalamualaikum..
Homemade Soap..
Wangi.. Best di pakai..
Tapi bukan sha yang pakai..
Belikan sabun nie untuk En. Suami..
Tapi seriously bau dia memang awesome..

Testimoni dari pemakai iaitu En. Suami.
"Best pakai sabun nie, sebab lepas bilas dengan air masih rasa kelembapan di kulit tak macam pakai sabun biasa. Kelembapan dia lagi best dari sabun cecair yang memang ada pelembap. Bau dia wangi dan menyegarkan."

Sha beli sabun jer.. Lemon Grass
Gambar ehsan dari Cik Alia..
Biasalah bila dah excited sangat nak bagi kat En. Suami, lupa nak snap gambar.

Bukan hanya untuk dipakai sendiri..
Kalau nak buat doorgift pun boleh..
Cantik-cantik tau design dan warna dia..

Kalau nak cuba bolehlah hubungi Cik Alia kita 
di IG : @kathyshomemadesoap
call Alia di 0133363775

Wednesday, October 21, 2015

Toko Kopi Al-Wali

Assalamualaikum..
Jom minum..
Kali ini kita cuba Toko Kopi Al-Wali pula..
Baru sahaja beroperasi pada 20 Oktober 2015.
Jom sokong anak muda kita.
Sha beli dua perasa Walioka (Mocha) dan Green Tea Paradise..
Green Tea memang Awesome.. Seriously fall in love..
Walioka masih boleh deperbaiki.. Sedap cuma kurang kick..

Ok.. Camne nak cari stall nie??
Senang jer..
Stall ini terletak di tepi jalan..
Berhadapan dengan Pasaraya TF, Behrang 2020..

Stall berada di hadapan Pasaraya TF, Behrang 2020


Walioka - RM4.00
Green Tea Paradise - RM3.00

Setelah dicampurkan.. Pergh!! Awesome..

Boleh joint IG mereka iaitu @tokopialwali
Gunakan juga #tokopialwali ye bila post gambar anda di IG.

5 Ciri-Ciri Ini Membuktikan Anda Ibu Yang Paling Cool & Trendy Di Dunia!

Assalamualaikum..
Sahabat-sahabat semua..

Apakah dia?
Salah satunya ialah Senaman Zumba Bersama..
Memang selalu kami lakukan bersama..
Gunakan muzik yang mampu menarik minat mereka..
pasti mereka akan seronok berzumba bersama kita..
Memang awesome.. Sambil berseronok bersama anak, dapat juga mengeluarkan peluh kita..
Apa lagi ye??

Jom kita tengok..





Jadi tunggu apa lagi jom berseronok bersama anak-anak

Wordless Wednesday #24


Peringatan untuk Diri Sendiri
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com