Shoplinks.Asia

Friday, October 23, 2015

Lawatan Sambil Belajar ke Muzium & Galeri Seni Bank Negara

Assalamualaikum...
#ThrowBack Entry ye..
Sabtu 10.10.2015, Sha bawa pelajar untuk sesi lawatan sambil belajar.
Sebelum ini Sha ada buat entry mengenai Muzium & Galeri Seni Bank Negara kan.
Kali ini sesi penuh mengenai lawatan kami.
Alhamdulillah walaupun pelajar yang joint x ramai, namun lawatan tetap diteruskan.

Buat pengetahuan pembaca, sekiranya datang pada hari berkerja aktivitinya lebih banyak dan ada taklimat berserta guide sepanjang lawatan. Tapi kena hantar permohonan awallah ye melalui email infomuseum@bnm.gov.my ini. Kalau datang Sabtu dan Ahad kena lawat sendirilah ye..
Lawatan boleh dilakukan setiap hari bermula jam 10.00pagi - 6.00petang.
Tiada bayaran masuk dikenakan.

Sebelum Sha cerita apa yang menarik di Muzium & Galeri Seni Bank Negara, Jom layan dulu gambar-gambar kami.. Hehehe...

Sampai sudah.

Terowong sejuta

Bergambar bersama duit-duit lama dan terkini.

Tangga berpusing yang tinggi dan memeningkan.

Keratan-keratan akhbar berkaitan ekonomi.

Kontena-kontena yang memaparkan Negara yang berdagang dengan Malaysia.

Cari dimana saya??

Pameran seni. 
(Boleh bergambar tapi tidak boleh memakai flash dan tidak boleh sentuh)

Jom kita sembang apa yang menarik di Muzium & Galeri Seni Bank Negara.
Highlight kali ini adalah mengenai
1. Program Pendidikan Hari Kanak-kanak (1 Oktober 2015 - 28 November 2015)

  • Susun Suai Gambar Si Kijang (9-15 tahun) 
  • Apa itu Wang? (9-17 tahun) 
  • Jom Buat Tabung (4-9 tahun)
  • Sejak bilakah Ringgit digunakan? (13-17 tahun)
Program Istimewa sempena Hari Kanak-kanak (every Tuesday, Thursday and Saturday : 1 Oktober 2015 - 28 November 2015)
  • Bengkel Membuat Boneka ASEAN (7-12 Tahun)
  • Karya Agung Ku(4-6 tahun)
  • Mengumpul Mata Wang: Hobi dan Warisan (7-17 tahun)
  • Detektif Matawang (7-17 Tahun)
  • Mata Wang Lama ASEAN yang Pelik dan Ganjil (7-12 tahun)
  • Aktiviti Menghias Kek (Bendera Negara-Negara ASEAN) (7-17 tahun)
  • Kenali Duit Syiling Peringatan (13-17 tahun)
  • Warna-warna ASEAN (3-6 Tahun)
  • Terokai Dunia Kewangan (7-12 tahun)
  • Beg Seni Saya (7-12 tahun)
  • Kenali Mata Wang Anda (7-12 tahun)
  • Kelas Melukis – Tugu dan Bangunan Ikonik Negara-negara ASEAN (7-12 tahun)
  • Penjagaan Koleksi Seni Visual (7-12 tahun)
  • Susun suai Duit Syiling Peringatan Gergasi ASEAN 2015 (7-17 tahun)
  • Kenali ASEAN Melalui Seni (13-17 tahun)
  • Aktiviti Menghias biskut Duit Syiling (7-17 Tahun)
  • Ceramah Mengenai Keselamatan Kanak-Kanak dan Demonstrasi Seni Mempertahankan Diri (7-17 Tahun)
  • Sesi Bercerita : Cerita Rakyat Negara ASEAN (Terbuka kepada Semua)
Maklumat lebih terperinci boleh klik SINI.



2. Pameran LATerasi Kewangan (29 September 2015 - 28 April 2016)
    Dipenuhi dengan karikatur LAT yang bersaiz besar dan aktiviti-aktiviti pengurusan kewangan             yang menyeronokkan seperti Buka akaun bank untuk anak anda Aktiviti mewarna Permainan             silang kata dan CongkakPameran LATerasi Kewangan ini terbahagi kepada 3 syeksen iaitu :-

  • Seksyen 1 : Buku Wang Saku
  • Seksyen 2 : Rancang Kewangan Anda
  • Seksyen 3 : Jadilah Pengguna Bijak dan Urus Kewangan Anda
Maklumat terperinci boleh klik SINI.

10 comments:

  1. seronoknya... tak berkesempatan pun dedulu...

    ReplyDelete
  2. banyak jugak aktiviti yang boleh buat dalam tu walau hanya bank negara je kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak kira.. tp nie bukan bank negara. Nie muzium dia. Bangunannya belakang sikit dari bangunan bank negara.

      Delete
  3. Replies
    1. Xlah ain.. akak bawa student buat lawatan..

      Delete
  4. assalam cikgu, bolh share kertas kerja lawatan ni hihi 0197288071 cikgu lina

    ReplyDelete
  5. Sis, kalau kajian tentang kesan islam dalam ekonomi sesuai tak buat lawatan kt sini, bnyk tak maklumat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena call pihak Muzium & Galeri Seni Bank Negara untuk maklumat itu.

      Delete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..
1. Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
2. Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
3. Komen yang baik2 sahaja ye..
4. Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..
Terima kasih sekali lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Family Blogger

 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI