Shoplinks.Asia

Friday, October 9, 2015

Ayam Pedas Kimchi

Assalamualaikum..
Hari tu sha ada share pasal Kimchi yang sha belikan.
Jadinya hari ini sha nak share resepi menggunakan Kimchi.
Resepi ini simple dan ringkas.

Ayam Pedas Kimchi
Bahan-bahan

1. Ayam potong kecil dan gaulkan bersama kunyit dan garam.
2. Bawang Besar separuh dihiris nipis.
3. Cili merah sebatang dihiris
4. 1 sudu besar cili giling
5. 1 sudu kecil gula
6. 2 sudu besar kimchi
7. Minyak untuk menumis dan sedikit air.

Cara Memasak
1. Panaskan kuali dan masukkan minyak. Setelah minyak panas, tumiskan bawang dan cilimerah. Setelah naik bau @ bawang kekuningan, masukkan cili giling. Tumis sehingga naik bau, masukkan gula dan air.
2. Kemudian masukkan ayam, biarkan sehingga ayam agak masak. Masukkan kimchi. Kacau dan biarkan sebati. Siap.
Bolehlah dimakan bersama nasi atau begitu saja.


Resepi asal pakai cili padi ye, tapi sebab sha punya cili padi pedas sangat sha ganti dengan cili merah. Siapa yang minat pedas boleh je guna cili padi. Resepi ini boleh diolah mengikut selera masing-masing. Kalau xnak bubuh kimchi pun boleh, just perah jus limau sikit.

14 comments:

  1. ni mesti minat tgk dramaK ni kan ... hehehehe

    ReplyDelete
  2. ni mesti minat tgk dramaK ni kan ... hehehehe

    ReplyDelete
  3. Kimchi sedap mkn dgn bihun sup..seriously..
    Mmg sedap! Hehe..

    ReplyDelete
  4. wow kakak kite ni dah tekak korean laaaa ehehe..

    ReplyDelete
  5. pasni kalu ke-korea tak kekok dah ler nak makan..hihihi

    ReplyDelete
  6. wahhh teringin nak rs kimci tu caner...
    nti jumpa bw mai kimci mangkuk tingkat ok :)

    ReplyDelete
  7. sha bolehlah geng dengan anak kak ana makan kimci bagai ni, kak ana follow sha kay :) #260

    ReplyDelete
  8. peminat tegar korea ni..

    kimchi tak nak kawan ngan kite kakk...

    kemain susah nak telan.. tak de jodoh la ngan korea macam ni... huhu

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..
1. Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
2. Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
3. Komen yang baik2 sahaja ye..
4. Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..
Terima kasih sekali lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Family Blogger

 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI