Monday, September 25, 2017

Cendol Pak Samat, Kuala Kubu Bharu

Assalamualaikum..
Hye semua.. 

Semalam saja jalan ke Kuala Kubu Bharu..
Cari cendol Pak Samat yang sedap itu..
Okaylah.. Sedap..
Sha suka rojak dia..
Encik suami pula suka nasi ayam dia..
Berbaloi dengan harga katanya.. 

Cendol Kacang RM3
ABC Aiskrim RM4

Nasi Ayam RM5

Sha punya rojak.. Biasa (RM4)
Encik suami pula makan Rojak Ayam (RM5)

Laksa RM4

 
Kedai ini tepi jalan je.. Betul-betul depan masjid..

Amani & Gaun

Assalamualaikum..
Hye semua.. 

Anak dara Sha ini cepat tinggi..
Banyak seluar dia dah pendek..
So minggu lepas memang merata kami cari seluar untuk dia..
Dalam pada mencari seluar terjumpa lah gaun dan baju kurung cantik-cantik..
Tapinya saiz Imani..
Saiz Amani tak ada.. Kalau ada pun lengan pendek..
Ayahnya tak bagi beli.. 

Bayangkan, mencari dari Manjung, Lumut dan Kg Gajah..
Sudahnya jumpa dekat Tanjung Malim..
Itupun dapat seluar je..
Sehelai RM10 tau..
Bila dah dapat seluar, barulah lega..
Ayahnya suruh ambil gaun untuk Amani dan Imani..
Amani punya Sha beli saiz 12 tahun..
Baru muat dan labuh.. Lepastu Sha belikan dia inner jenis baju..
Bolehlah dia pakai inner dengan gaun tu..
Imani punya Sha beli saiz 6 tahun..
Lama sikit boleh pakai.. 

Seronoklah mereka berdua..
Lama dah mengidam gaun.. Hehehe..
Anak gadiskan.. Melawalah je kerjanya.. 

Saturday, September 23, 2017

Pelaris oleh Muhammad Fatrim

Assalamualaikum.. 
Hye semua.. 

Novel ini terbitan penulis sendiri.. 
Jadinya tiada ISBN..
So Sha hanya buat review di blog sahaja.. 
Goodreads tiada ye.. 

Pelaris pada Sha sangat istimewa..
Memaparkan kisah seorang perempuan yang berdendam.. 
Kerana dendam perempuan lain jadi mangsa.. 
Siapa yang berdendam?
Siapa pula yang jadi mangsa? 
Apa kaitannya dengan pelaris? 

Mawar yang selama ini hanya di rumah, terpaksa meneruskan perniagaan kedai makan suaminya..
Dari seorang suri rumah, Mawar bangkit membina hidup selepas suaminya mati.. 
Namun semuanya tidak semudah yang disangka.. 
Ada sahaja halangan yang terpaksa Mawar tempuh.. 
Kedai yang tidak ramai dikunjungi pelanggan.. 
Pembekal bahan mentah yang jahat.. 
Orang kampung yang sering menabur fitnah.. 
Sehinggalah muncul dua lelaki dalam hidup Mawar.. 
Tok Alang dan juga Yusof..
Siapakah mereka berdua ini? 
Berjayakah Mawar melalui semua dugaan.. 

Sha baca dan selesai pada 22.09.2017..

Penulis - Tajul Zulkarnain

Assalamualaikum..
Hye semua..

Penulis ini Sha kenal secara tak sengaja di Facebook..
Masa itu beliau dalam proses menerbitkan novel pertama beliau..
Novel yang bertajuk Dari Tanah Ke Tanah...
Memang tajuknya sahaja sudah menimbulkan perasaan ingin tahu..
Setelah asyik disajikan dengan iklan buku beliau, Sha pun tempah satu..
Alhamdulillah.. Novelnya ohsem..
Boleh baca review Sha di goodreads dan blog juga..

Antara buku beliau:-
  1. Dari Tanah ke Tanah (2017)
  2. Pendosa Dulu Kini Selamanya (2017)
Boleh ikuti perkembangan beliau di Goodreads dan Facebook.

Friday, September 22, 2017

Novel Tajul Zulkarnain

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Novel yang Sha tunggu-tunggu dah sampai..
Novel ini Sha pre-order dengan Tajul Zulkarnain..
Yang best bila buat pra tempahan atau beli terus dengan penulis,
kita akan terima cenderahati dan tandatangan penulis di buku..
Tidak percaya?? Jom tengok..

 
Buku sudah sampai pada 21.09.2017..

 
Buku, Metal bookmark, fridge magnet dan sticker..

 
Tandatangan dan ucapan istimewa dari penulis..

 Penanda buku

Nak beli buku ini? Tengok gambar bawah ini..
https://www.facebook.com/tajulzulkarnain

Nestle Ice Cream Mat Kool: Fruity Bug

Assalamualaikum..
Hye semua..

Gabungan rasa nenas dan strawberri yang ohsem..
Warna dia pun cantik dan menawan..
Masa Sha beli ini harga promosi.. RM1.55 je..
Kalau harga asal RM1.90..

Makan pula bersama yang tersayang..
Dalam satu paket boleh di bahagi dua..
Pergh!! memang sesuai sangat makan masa dating dengan encik suami.. Hehehe..


 Yang warna kuning itu rasa nenas, pink pula rasa strawberi..
Memang sedap dan mengancam..

Perkhidmatan Katering Soft IceCream

Assalamualaikum..
Hye semua..

Perkhidmatan Katering Soft IceCream yg pasti melazatkan, lembut di gusi nyaman ditekak dengan rasa luar biasa & dijamin halal.
Kami menerima tempahan untuk pelbagai majlis keramaian.

Order/Inquiry
Call/whatapps
013-2866780 ( Zyia )


 

Thursday, September 21, 2017

Drama Jepun | Kamen Rider Ghost (2015-2016)

Assalamualaikum..
Hye semua.

Sesekali lepaskan tekanan kerja dengan menonton cerita zaman sekolah dulu..
Kali ini Sha layan Kamen Rider Ghost..
Ada 50 episod tau..
Cerita yang ohsem..dan menarik..

Walaupun hanya sekadar fantasi tapi masih ada pengajaran..
Sha tengok dengan anak-anak..
Kebtulan, anak-anak pun suka kan..

Cerita ini Sha tengok zaman sekolah lagi..
Cumanya tak ingat siri yang mana..
Kalau ikutkan Kamen Rider ini banyak..

Kamen Rider Ghost ini kira macam spiritlah..
Dia kenal kumpul heroic eyecon kalau nak balik jadi manusia..
Dalam tempoh 99 hari kena cari 15 heroic eyecon..
Setiap episod hanya setengah jam sahaja..
Makhluk yang dia kena lawan ialah Gamma, spirit of other creature dan riders yang bernama Specter..

 Kamen Rider Ghost


Tiada Yang Lain oleh Ana Sofiya

Assalamualaikum.. 
Hye semua..

Novel kali ini buat sha insaf.. 
Memang tajuknya membawakan cerita cinta.. 
Tapi ada yang menarik boleh dijadikan panduan hidup.. 
Kisah yang disampaikan sangat meruntun hati.. 
Bayangkan watak utama yang didera fizikal dan mentalnya.. 
Hanya kerana mengikut kehendak mak supaya berkahwin hidup Iqa akhirnya tak serupa pasangan pengantin lain.. 
Fizikal dan emosi Iqa diseksa sehingga Iqa menderita dengan teruk.. 

Namun setiap yang jahat pasti mendapat balasan.. 
Cuma kesannya pada mangsa yang kekal selamanya.. 

Sha baca dan selesai pada 19.09.2017..

Buku Terbitan Idea Kreatif

Wednesday, September 20, 2017

Hadiah 'Face Mask Giveaway By Asyiqin89'

Assalamualaikum..
Hye semua..

Yeah!! Hadiah 'Face Mask Giveaway By Asyiqin89' dah sampai..
Terima kasih Asyiqin untuk hadiah yang ohsem ini..

 Hadiah sampai pada 18.09.2017
Lepas Sha pakai, Sha update ye dekat sini..

Comel sangat packaging dia..
Malam ini bolehlah kita berface mask.. kikiki..

Transformers: The Last Knight (2017)

Assalamualaikum..
Hye semua.. 

Best juga filem ini..
Masih lagi penuh aksi dan cerita..
Mungkin tidak disukai oleh ramai orang tapi pada Sha masih lagi puas ditonton..
Sha menonton tanpa mengharapkan apa-apa..
Jadinya sha menonton dengan keseronokkan..
Memang memuaskan hati sha.. 

Sha tonton kerana Sha suka..
Hal-hal yang lain Sha malas nak amibil kisah..
Suka pada Sha tak semestinya orang lain kena suka..

Untuk Last knight ini Sha suka watak Cade Yeager..
Rasa macam ohsem pula bila dia sinis macam itu..
Tu belum lagi tengok mini Dinobots yang comel-comel tu..
Tak suka bila Optimus jadi jahat..
Bumble Bee memang sentiasa ohsem..
Bila dengar suara original dia rasa macam comel pula..

Perlawanaan antara jahat dan baik..
Sudah semestinyalah baik yang menang..


Wordless Wednesday #66


Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com