Wednesday, June 5, 2019

Tuesday, June 4, 2019

Stray (2019)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Terjumpa dan tertengok filem ini.. Menarik sebab ada kuasa supernatural.. Semuanya bermula dengan penemuan mayat seorang perempuan yang menjadi batu dan berusia 1000 tahun walhal perempuan tu tak adalah tua mana..Bila anak dia datang tengok mayat tu, tetiba je keluar bunga dari mayat tu.. Memang lagi peliklah.. Rupanya anak dia ada kuasa supernatural yang ohsem.. dan ada seorang lagi anak yang ditinggalkan.. Anak yang ditinggalkan itu berdendam dan tak berjaya mengawal kuasa yang dimiliki dengan sebaiknya.. Pertembungan antara dua kuasa ini sangat ohsem..

Stray (2019)
Genre | Action,Crime,Fantasy
Sipnosis | An orphaned teenager teams up with the detective investigating her mother's murder. They soon discover a supernatural force threatening the city and realize the teen possesses hidden powers of her own which might be the key to stopping it.

30 Ramadhan 1440

Assalamualaikum..
Hye semua..


Hari ini dah hari terakhir Ramadhan.. Pagi tadi sahur nasi goreng dengan ikan bakar.. Sekejap je masa berlalu.. Esok dah 1 Syawal.. Memang sedih.. sebak.. Tak tahulah dapat jumpa lagi ke tak Ramadhan tahun depan.. Semoga kita semua berpeluang melaluinya..

Tahun lepas Ramadhan terakhir bersama arwah abah.. Tahun ini Ramadhan pertama tanpa arwah abah... Kehilangan tu sangat terasa namun hidup perlu diteruskan.. Tiada siapa menyangka bila ajal akan datang bertamu namun kematian itu pasti.. Maka hargailah mereka yang tersayang semasa masih ada.. Semoga roh arwah abah, mak, ibu dan ayah mertua Sha ditempatkan bersama mereka yang beriman.. Aamiin..

Monday, June 3, 2019

Kamen Rider Heisei Generations FOREVER (2018)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem kedua yang Sha tengok dengan anak-anak.. Kamen Rider ini bukan Sha dengan encik suami je layan.. Anak-anak Sha pun layan juga.. Hehehe.. Cerita ini kesinambungan antara Kamen Rider Build dan Kamen Rider Zi-O.. Zi-O ini Sha belum tengok lagi, Tapi okay je nak tonton filem Kamen Rider ini.. Kira macam stand alonelah.. Dalam filem ini memang boleh tengok kemunculan kamen rider yang awal-awal dululah.. Ada Hibiki, Wizard, Den-O dan ramai lagilah..

Diorang kena selamatkan sorang budak ini dari penjahat yang nak hapuskan semua watak Kamen Rider ini.. Nama pun cerita super hero, memula hero kalahlah dulu.. Kemudian baru hero menang.. Hehehe.. Okaylah sekadar tontonan suka-suka.. 

Dari zaman remaja lagi memang layan Kamen Rider ini.. Kikiki.. Sisi kanak-kanak yang tak boleh nak dibuang.. Sekarang dengan anak-anak dan encik suami pun layan sama.. Hehehe..

Temujanji Pemasangan Besi

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi tadi bawa Amani untuk temujanji pemasangan besi.. Susulan kepada Temujanji Amani #11 yang sebelum ini.. Kali ini Sha pergi berdua je dengan Amani sebab encik suami nak kemas rumah MIL, lama tak ada orang duduk kan..

Mula-mula Sha kena bawa Amani ke Klinik Pakar Orthodontik di Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Hilir Perak, Telur Intan untuk dapatkan besi yang perlu dipasang di gigi Amani.. Setelah dapat besi untuk dipasang pada gigi, baru kami ke Klinik Pakar Pergigian di Hospital Teluk Intan.. Di Klinik Pakar doktor masukkan acuan untuk dapatkan ukuran mulut Amani.. Acuan itu akan dihantar ke makmal untuk proses pembuatan rangka besi.. Temujanji pemasangan lagi dua minggu..

Inilah besi yang Sha ambil dekat Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Hilir Perak..

Siri Amani sakit gigi

Top Baker: Choc Coated Cake

Assalamualaikum..
Hye semua..

Selalu tengok encik suami je rajin beli kek ini.. Kelmarin Sha belilah 1 nak rasa.. Memang berbaloilah bayar RM1 untuk sebungkus ini.. Dalam dia ada dua ketul kek yang disaluti coklat.. Pergh!! Layan tu makan masa sahur.. hehehe..


Dua ketul kek..

Sunday, June 2, 2019

How to Train Your Dragon: The Hidden World (2019)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hujung minggu lepak dengan anak-anak menonton movies.. Seronok pula tengok kartun dengan Amani dan Imani.. Yang paling best layan Imani punya soalan.. Ada je yang dia nak tahu.. Kami tengok kartun ini dan Kamen Rider.. 

Pada Sha cerita dia menariklah.. Amani dan Imani boleh layan dua, tiga kali cerita ini.. Kira seronoklahkan.. Paling best tengok aksi Night Fury dengan Light Fury.. Comel je watak dua ini.. Hehehe.. Aksi, berwarna-warni dan kelakar.. Sesuailah..


Random Photo #Ramadhan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Maaflah kalau buat korang tertelan air liur.. Ini antara dessert yang MIL masak dan Sha beli sepanjang Ramadhan.. Mana yang sempat ambil je.. hehehe.. Kadang dah tinggal mangkuk kosong baru teringat nak ambil gambar.. Aneka bubur tu dah tentulah..

Bubur pulut hitam..

Mangga dan nescafe lepas terawih..

Roti dengan inti kacang merah..

Kurma Ajwa ini Sha beli dengan kawan yang ke Madinah, sampai pada 1 Ramadhan..

Durian ini adik MIL bagi.. Dapatlah merasa durian..

Bubur campur namanya.. Dalam ini ada Caca, keledek, gandum dan sagu..

Pengat pisang bersama sagu..

2019 Reading Challenge #5

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini dah 2 Jun.. Sekejap je masa berlalu meninggalkan kita kan.. Walaupun kita masih dalam bulan Ramadhan, namun Sha tetap meneruskan aktiviti membaca Sha.. Selain buku yang Sha kongsi dibawah, ada juga buku lain yang Sha baca tapi tak dikongsikan disini.. Biarlah menjadi sesuatu yang tersembunyi.. Pembacaan bukanlah memuaskan hati orang lain tapi memuaskan hati sendiri.. Demi kelansungan hidup dan juga kegembiraan hati.. 

Bahan bacaan Sha untuk bulan Mei ialah:-

Saturday, June 1, 2019

Secret Recipe: Durian Fromage

Assalamualaikum..
Hye semua..

Masa beli kek anniversary tu, ternampak kek durian ini.. Ada dua jenis.. Sha beli yang cheese.. Peminat setia cheese kan.. Memang berbaloi bayar RM11.80 untuk satu potong ini.. Luas hati dengan rasa durian dia.. Mengancam dan meletop-letop dalam mulut.. Hahaha.. Hyper betul perbandingan itu.. Tapi memang kenalah dengan tekak Sha.. Tekak korang, Sha tak pastilah kan.. Ada rezeki nak cuba yang satu lagi tu, Absolute Durian..

Durian Fromage
Durian cream cheese covered with white chocolate drizzle.

27 Ramadhan 1440

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kita dah makin ke penghujung Ramadhan.. Tak berapa hari je lagi Ramadhan akan berlalu meninggalkan kita.. Berpeluangkah kita melalui lagi Ramadhan pada tahun hadapan, hanya Allah sahaja yang tahu.. Hari ini tak berapa sihat.. Sejak malam tadi asyik nak ke toilet je.. Sistem pembuangan mengalami masalah.. Mungkin sebab dah beberapa hari tak membuang.. Tu yang perut jadi tak selesa.. Pagi tadi sahur mujur terjaga.. Sebab tidur tak berapa lena.. Mujurlah lauk dah siap masak malamnya tinggal nak masak nasi dan bancuh air je.. Sahur apa pagi tadi?? Sha makan nasi lauk daging black paper dan telur masin.. Terlupa pula nak snap gambar.. Faktor usia.. hehehe.. Pagi ini memang encik suami suruh rehat je tapi bila mengenangkan dua bakul baju tak berlipat, mana maunya berbaring saja.. Lepas menaip entry ini memang nak mengadap bakul bajulah pula.. Hehehe.. Karang nak ke TF pula mencari bahan basah dan kering untuk dibawa balik ke kampung MIL.. Tahun ini memang beraya di kampung MIL jelah.. KL tak tahu dapat pergi ke tak.. Rumah arwah abah pun nak kena balik juga.. Adik bongsu masih ada di sana.. Mungkin Isnin petang berbuka sama..

Gambar tak ada kaitan dengan entry.. Hehehe.. Ini gambar throwback.. Sila scroll laju-laju kalau tak nak terliur ye.. Hehehe..

Ini antara lauk sahur yang wajib ada.. Tak kisahlah sambal ikan ke, sambal ayam ke.. Yang penting sambal.. Ini menu sahur ramadhan ke 23..

Menu berbuka untuk Ramadhan ke 25.. Tak sempat nak masak, tu yang beli Gado-gado je..

Menu berbuka semalam.. Akhirnya.. dapat juga makan laksa.. MIL masak nie.. Air tu pula bandong soda cincau.. Pergh!!

Kasut Black Hammer

Assalamualaikum..
Hye semua..

Memandangkan kasut kerja Sha dah pun koyak dibahagian tapaknya, maka beli kasut barulah kita.. Tapi budjet tak besar.. Kalau beli kat kedai memang mahal melampau.. Hahaha.. Jadinya Sha beli secara online je.. Rasa macam nak cuba kasut lelaki pula, maka Sha beli sepasang kasut yang sama macam encik suami tapi saiz kecik.. Malangnya saiz yang Sha beli tu besar dan longgar.. Sha amik saiz 6 sebab pernah beli sebelum ini design lelaki memang saiz 6 tu ngam kat kaki.. Beli hari Khamis 23.05.2019 dan kasut sampai 24.05.2019.. Rasa macam nak nangis bila kasut tu longgar dan macam kasut Ronald McDonald.. Hahaha.. Encik suami suruh telefon kedai tu tanya boleh tukar ke tak.. Masalahnya kasut sampai hari Jumaat dan Sha buka tu lepas balik kerja, conformlah kedai dah tak beroperasi.. Positifkan diri yang esoknya (Sabtu) kedai tu beroperasi.. Pukul 10 pagi Sha cuba telefon dan alhamdulillah ada orang jawab.. Sha cuma perlu bayar kos pos untuk hantar balik kasut ke kedai dan kos pos untuk kedai hantar kasut saiz baru kepada Sha.. Alhamdulillah.. Barulah ceria rasa hati.. Hehehe.. Terus ajak encik suami ke Tanjong Malim untuk pos semula kasut ke kedai..

Inilah dia kasut yang Sha beli.. Mesti pelikkan Sha beli kasut lelaki.. Kasut lelaki ini mahal dan tahan lama.. Saja Sha nak cuba, sesuai tak kalau Sha pakai kasut lelaki ini dan berapa lama ketahanan dia untuk orang macam Sha yang pakai hari-hari dan kerap berjalan.. Kalau tahan lama, memang beli kasut lelaki jelah lepas ini.. Hahaha.. 

Kasut berjaya tukar dan sampai pada 29.05.2019.. 
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com