Saturday, June 1, 2019

27 Ramadhan 1440

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kita dah makin ke penghujung Ramadhan.. Tak berapa hari je lagi Ramadhan akan berlalu meninggalkan kita.. Berpeluangkah kita melalui lagi Ramadhan pada tahun hadapan, hanya Allah sahaja yang tahu.. Hari ini tak berapa sihat.. Sejak malam tadi asyik nak ke toilet je.. Sistem pembuangan mengalami masalah.. Mungkin sebab dah beberapa hari tak membuang.. Tu yang perut jadi tak selesa.. Pagi tadi sahur mujur terjaga.. Sebab tidur tak berapa lena.. Mujurlah lauk dah siap masak malamnya tinggal nak masak nasi dan bancuh air je.. Sahur apa pagi tadi?? Sha makan nasi lauk daging black paper dan telur masin.. Terlupa pula nak snap gambar.. Faktor usia.. hehehe.. Pagi ini memang encik suami suruh rehat je tapi bila mengenangkan dua bakul baju tak berlipat, mana maunya berbaring saja.. Lepas menaip entry ini memang nak mengadap bakul bajulah pula.. Hehehe.. Karang nak ke TF pula mencari bahan basah dan kering untuk dibawa balik ke kampung MIL.. Tahun ini memang beraya di kampung MIL jelah.. KL tak tahu dapat pergi ke tak.. Rumah arwah abah pun nak kena balik juga.. Adik bongsu masih ada di sana.. Mungkin Isnin petang berbuka sama..

Gambar tak ada kaitan dengan entry.. Hehehe.. Ini gambar throwback.. Sila scroll laju-laju kalau tak nak terliur ye.. Hehehe..

Ini antara lauk sahur yang wajib ada.. Tak kisahlah sambal ikan ke, sambal ayam ke.. Yang penting sambal.. Ini menu sahur ramadhan ke 23..

Menu berbuka untuk Ramadhan ke 25.. Tak sempat nak masak, tu yang beli Gado-gado je..

Menu berbuka semalam.. Akhirnya.. dapat juga makan laksa.. MIL masak nie.. Air tu pula bandong soda cincau.. Pergh!!

6 comments:

  1. Banyakkan makan buah-buahan untuk pelawasan

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih WP.. Memang kena tambah stok buah nie..

      Delete
  2. Gado-gado tu nampak sedap😋.

    ReplyDelete
  3. bandung soda cincau tu pergghhhh

    ReplyDelete
  4. ms puasa hari tu mmg teringin nk mkn laksa tp bla jumpa rasa nan hado

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »