Monday, January 4, 2021

Drama Korea | Kairos (2020)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Drama yang sangat mendebarkan.. Bermula dengan penculikkan Da Bin dan kemudiannya isteri Kim Seo Jin mati bunuh diri dan panggilan telefon yang mengatakan pemanggil berada sebulan lewat dari tarikh kejadian.. Kerana [anggilan telefon yang pelik dua manusia saling berhubung dan membantu.. Ada konspirasi yang menyebabkan tragedi pada mereka.. Ada kemalangan yang menyebabkan mereka boleh berhubung.. Seo Jin dan Ae Ri saling membantu mengubah takdir mereka namun tanpa mereka sedar, setiap takdir yang diubah menyebabkan tragedi lain berlaku.. Perkara yang sepatutnya mereka lakukan ialah menghapuskan punca masalah.. 

Drama ini memang berjay buat Sha tak senang duduk tengok mereka bergelut menyelesaikan setiap masalah.. Dalam masa yang sama kasih seorang ayah dalam usaha melindungi anak memang menyentuh perasaan..

Drama: Kairos
Also Known As: kailoseu, kairoseu, Cairos, Kyros
Director: Park Seung Woo
Screenwriter: Lee Soo Hyun
Genres: Action, Thriller, Drama, Fantasy
Country: South Korea
Episodes: 16
Aired: Oct 26, 2020 - Dec 22, 2020
Aired On: Monday, Tuesday
Original Network: MBC
Duration: 1 hr. 10 min.
Living a precarious life as a part-timer at a convenience store, Ae Ri strives to support her mother who is on a waiting list for a heart transplant. Unfortunately, her mother’s worsened physical condition leads her to forgo the long-awaited opportunity for the transplant, and just like that her mother disappears. Things were already chaotic enough for Ae Ri when she receives a phone call from a strange man claiming to be from the same world but 31 days in the future. Ironically, he desperately asks Ae Ri for help. Seo Jin, a father and a husband of a close-knit family, has been living a successful life as the youngest person to become a director at a construction company. One day, it all crumbles down with the kidnapping of his daughter and his wife’s suicide. On the verge of breaking down, he is given an opportunity to restore everything that was lost under one condition, help from a strange woman. To bring his daughter and wife back to life, he makes a phone call as the clock strikes 10:33.
(Source: KOCOWA)


Kairos translated as "the right time" from Ancient Greek

GIVEAWAY MINYAK HERBA ASMAK !!! (By Kak Ecah & Blog Naimy Art)

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Giveaway pertama untuk tahun 2021..
Jom joint.. syarat pun mudah je..


4 pemenang dicari guys.. Jom joint..

Makanan | Adabi: Kurma Ayam dengan Kentang

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lauk kecemasan namanya ini.. hehehe.. Cepat, mudah dan menjimatkan masa.. Sesekali tu okaylah.. Jangan buat selalu pula.. Kecuali masa tengah travel, sesuai sangat bawa ini.. Mudah untuk dimakan.. hehehe.. Berbaloilah pada Sha harga dengan isi dia.. Rasa dia pun sedap tau, puas hati makan.. Memang boleh beli buat stok dekat rumah.. Pastikan tarikh luput tu lama lagi tau..

Setin ini harga dia RM6.20..

Isi dalam dia.. Okaylah.. Ada ayam dan juga kentang.. Dah siap masak, boleh terus makan.. 

Filem Korea | The Night of the Undead (2020)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem yang kelakar.. Memang terbahak bahak dibuatnya.. Man Gil merupakan lelaki yang sangat sempurna dan pjnya stamina yang luar biasa.. Namun satu hari isterinya So Hee merasa pelik dan mula mengupah penyiasat persendirian untuk menyiasat apa yang dilakukan oleh suaminya sepanjang hari.. Pembongkaran yang dibuat oleh penyiasat persendirian tu kepada So Hee memang mengejutkan dan dalam masa yang sama Man Gil cuba meracun isterinya.. Malangnya So Hee bangkit semula dari mati dan disahkan hanya tercekik air.. Memang gila dan kelakar.. Sebab lepas tu So Hee cuba membunuh suami dia pula malangnya Man Gil bukanlah manusia biasa dan sangat susah nak dibunuh.. Dalam masa yang sama ada pihak yang turut memburu Man Gil ini..

Part kelakar dalam filem ini masa So Hee cuba bunuh Man Gil.. Kena renjatan elektrik pun tak mati.. Dah kena tanam tak mati.. Jatuh gaung tak mati.. Memang kelakarlah.. Hahaha..

The Night of the Undead (2020)
Also Known As: jukjianhneun ingandeuleui bam
Genres: Action, Thriller, Horror, Comedy, Sci-Fi
Country: South Korea
Type: Movie
Release Date: Sep 29, 2020
Duration: 1 hr. 50 min.
In this sci-fi comedy thriller, So Hee married the perfect man but while she looks into the secret of his everlasting stamina, she finds out she's about to be killed by him and joins powers with her friends in order to kill him first. (Source: HanCinema)


Sunday, January 3, 2021

Filem English | Wonder Woman 1984 (2020)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Seronok pula tengok filem ini.. Lama tak tengok cerita macam ini.. Ini kisah Wonder Woman masa tahun 84.. Masa ini dia terjumpa batu yang boleh menunaikan hajat dan tanpa sengaja telah berhajat untuk bertemu semula dengan Steve.. Hajatnya tertunai tapi ada harga yang perlu dibayar.. Dalam masa yang sama ada seorang lelaki turut mencari batu tu dan telah membuat hajat yang lagi pelik iaitu dia nak jadi batu tu.. Memang huru haralah dunia.. Semua orang nak hajatnya ditunaikan dan lelaki tu pula nak jadi orang no 1 dunia.. Bila tidak ada peraturan dan sesiapa sahaja boleh memohon hajat malah ditunaikan memang kacau bilau dan huru haralah dunia.. Batu tu memang akan muncul dan menunaikan hajat pada beberapa tahun sekali untuk menghapuskan manusia.. Ending mestilah hero menangkan..

Diana Prince lives quietly among mortals in the vibrant, sleek 1980s -- an era of excess driven by the pursuit of having it all. Though she's come into her full powers, she maintains a low profile by curating ancient artifacts, and only performing heroic acts incognito. But soon, Diana will have to muster all of her strength, wisdom and courage as she finds herself squaring off against Maxwell Lord and the Cheetah, a villainess who possesses superhuman strength and agility.


Filem Korea | P1H: The Beginning of a New World (2020)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hujung minggu Sha berakhir dengan menonton filem.. hehehe.. Belum ada mood nak mulakan pembacaan gitu..

Latar masa pertama kemanusiaan berakhir akibat diserang virus yang pelik.. Virus yang menyebabkan manusia saling berbunuhan.. Namun ada yang berjaya terselamat dan mereka cuba mencari penawarnya.. Bukan mudah namun usaha tetap perlu dilakukan.. Latar masa kebelakang pula, dua remaja terjaga di satu tempat dalam keadaan hilang ingatan.. Cuba menjejak siapa mereka dan mendapat kuasa luar biasa tanpa sengaja.. Namun ada yang ingin memanipulasi mereka tapi tak berjaya.. Latar masa ketiga pula saat dunia mula diserang drone yang membawa virus gila.. Seorang remaja yang dibunuh berjaya hidup semula dan seorang budak perempuan yang mempunyai kuasa menghidupkan telah diselamatkan dibawa ke suatu tempat.. Mereka cuba diserang namun terselamat dibantu dua remaja dari latar masa kedua yang muncul tiba-tiba.. Filem tamat.. Mungkin akan ada sambungan bahagian kedua lepas ini.. Pening.. hahaha..

P1H: The Beginning of a New World (2020)
Also Known As: P1H: The Start of a New World, P1H
Genres: Action, Drama, Sci-Fi, Supernatural
Country: South Korea
Type: Movie
Release Date: Oct 8, 2020
Duration: 1 hr. 38 min.
The story revolves around six boys from the stars Alkaid and Alcor, arriving on Earth to save the planet from the spread of a strange virus. The fictional virus is known to instill wrath and violence in human beings, which the boys will seek to prevent. (Source Allkpop)


Shopee | Cerek Bunyi Aluminum

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Kali ini Sha beli beberapa barang yang agak susah nak ditemui di kedai biasa.. Merata Sha cari cerek ini dekat kedai, tak ada yang jual.. Yang banyak jenis kita tekan dekat tangkai dan penutup muncung terbuka.. Sha tak suka yang jenis tu sebab senang rosak.. Kalau yang ini memang bestlah.. Cabut tutup muncung tu terus boleh tuang air..

Bagus betul seller ini.. Memang dia bubuh kotak keliling cerek supaya tak kemek.. Cerek inikan senang kemk.. Berbaloi beli dengan seller ini..

Yeah!! Dah boleh masak air.. hehehe

Saturday, January 2, 2021

ebook Percuma Dari Buku Fixi

Assalamualaikum..
Hye semua..

Berita gembira buat ulat buku yang kesempitan atau yang baru nak mula membaca buku-buku terbitan Fixi.. Fixi bagi banyak ebook percuma untuk bacaan anda.. Cuma perlu ada aplikasi esentral @ Google Play Book @ Kaki Buku.. Sha guna Google Play Book sebab lebih mudah untuk akses.. Buka saja aplikasi Google Play Books dan taip 'Buku Fixi' di bahagian search.. Nanti akan keluar senarai semua buku terbitan buku Fixi..

Ini ialah ebook yang Fixi berikan secara percuma.. Hilang, Parcel, Pentas, Pinjam, Retina dan Romantis Sha dah baca.. Yang lain-lain tu tak pernah baca lagi.. 

Selamat dah bubuh dalam library Google Play Books..

Soulless dan Ular tu pun keluaran buku Fixi tapi tak free, Sha beli.. Dendam Semalam tu buku terbitan karangkraf..

Telefilem Melayu | Bercinta Dengan Jin (2020)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha tertengok telefilem ini sebenarnya.. Kisah seorang perempuan yang terbuka hijabnya.. Dah bertunang tapi dia rasakan seolah-olah tunangnya selalu perlekehkan kelebihan yang dia ada.. Tak lama kemudian perempuan ini diarahkan ke sebuah kampung yang juga kebetulan merupakan kampung arwah neneknya.. Disini perempuan ini berkenalan dengan seorang cikgu bernama Haikal dan mereka menjadi rapat.. Bila perempuan ini mula rapat dengan cikgu ini, dia mula melupakan tunangnya.. Namun tanpa disedari perempuan ini, Cikgu Haikal bukanlah seperti yang disangkakan.. Berjayakah tunang perempuan ini menyelamatkan tunangnya.. Kenalah tonton..

JUDUL : BERCINTA DENGAN JIN
WAKTU SIARAN : Sabtu, 26 Disember 2020, 9:00 malam
SIARAN TV : Astro Citra & Citra HD
IDEA ASAL : Dian Mayasari Suri, Irwan Rauf
PENULIS SKRIP : Baizura Kahar
PENGARAH : Irwan Abdul Rauf
PRODUKSI : Motiofixu Sdn Bhd, SilentKaiju Studio
PELAKON : Uyaina Arshad, Yusuf Bahrin, Raja Syahiran, Charlie Numan Salleh

SINOPSIS BERCINTA DENGAN JIN
Kisah Maya dan Cikgu Haikal.
"Orang yang paling aku sayang pun tidak percayakan aku" - Maya
"Haikal mahu tunang Maya rasa seperti apa yang Haikal rasa" - Haikal

Goodreads | 2021 Reading Challenge

Assalamualaikum..
Hye semua..

Entry wajib setiap awal tahun.. Kali ini Sha tak letak sasaran yang tinggi.. Sha bubuh 202 buah sahaja.. Bubuh banyak ini dengan semangat ingin membaca secara santai dan tenang-tenang sahaja.. hehehe.. Jom sertai Sha buat cabaran membaca.. Tak payah letak banyak.. Mulakan dengan jumlah yang rakan-rakan selesa.. Boleh bubuh di ruangan komen berapa sasaran bacaan yang ingin kawan-kawan capai.. Boleh juga cadangkan tajuk buku untuk Sha baca..

Kita mulakan dengan 202 buah buku sahaja..

Untuk dapatkan sasaran Sha tu, Sha perlu membaca 4 buah buku seminggu.. Minggu ini dah tinggal 2 hari, tak tahu lagi nak mulakan dengan buku apa.. 

Friday, January 1, 2021

Goodreads | My Year 2020 in Books

Assalamualaikum..
Hye semua..

Entry pertama mengenai Goodreads untuk tahun 2021.. My journey in books for 2020.. Mulanya nak kejar sampai 300 buah buku tapi asyik tersasar dengan perkara-perkara yang tak sepatutnya.. hehehe.. Berjaya baca 298 buah buku sahaja.. Tahun 2020 telah diungguli dengan buku digital melalui aplikasi Oakbee Buffet dan Google Play Books.. 2 aplikasi ini paling best nak guna untuk bacaan.. Sebab bukaan bukunya memang seperti buku fizikal berbanding dengan PNM e-Reader atau eSentral.. Jomlah sambung jelajah perjalanan bacaan buku Sha..

298 buah buku dengan 72,488 muka surat.. 28 buah lagi banyak dari tahun lepas.. hehehe..

Buku paling sikit muka suratnya bertajuk Sonic The Hedgehog: Tanggle & Whispper dengan 14 muka surat sahaja.. Manakala paling tebal dengan 988 muka surat pula bergajuk Lelaki Langit Bumi.. Tak cecah 1000 muka surat pun.. huhuhu.. Average bacaan Sha untuk sehari ialah 243 muka surat..

Buku paling popular yang Sha baca untuk tahun lepas bertajuk Harry Potter and the Curse Child dan yang paling tak popular pula bertajuk Terbangkan Saya.. Average bintang yang Sha bagi untuk tahun lepas ialah 3.5 bintang..

Sha bermula dengan buku fizikal bertajuk Hasutan Iblis oleh Illya Abdullah..

Buku digital bertajuk Dendam Semalam oleh Zaifuzaman Ahmad yang Sha beli di Google Play Books menjadi buku terakhir yang Sha baca dan review..

Filem China | Monster Hunters (2020)

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem fantasi dari China ini menarik.. Di awal cerita ditunjukkan perlawanan diantara seekor naga dan juga seorang pahlawan.. Kemudiannya roh naga tu berjaya diperangkap namun tercampak ke dalam laut dan ditelah seekor kepah.. Disebuah kampung pula seorang budak dituduh sebagai syaitan yang membunuh.. Ketika cuba ditangkap seorang sami menyelamatkan budak tu.. Rupanya budak tu telah meresap roh naga yang tercampak ke laut tadi dan menjadi buruang penangkap syaitan dan syaitan.. Tengok untuk suka-suka je.. Budak tu perempuan sebenarnya menyamar sebagai lelaki supaya tak diganggu..

Movie: Monster Hunters
Also Known As: zhen hun ge
Genres: Action, Adventure, Wuxia
Country: China
Release Date: Jul 26, 2020
Duration: 1 hr. 16 min.
Five hundred years ago, Grandmaster Tianxuan sealed the King of All Demons, in exchange for a prosperous and peaceful world. However, the good times were short-lived. Demons lurked in the peaceful town of Qui Yuan, and cholera resurfaced.



Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com