Tuesday, September 11, 2018

Scarlett oleh Sha Hanim Ramli

Assalamualaikum..
Hye semua..

Disebabkan cuti panjang.. Berjayalah Sha membaca.. Ini buku ketiga untuk bulan September 2018.. Kalau sebelum ini Sha kongsikan buku seram, kali ini Sha review buku yang bermain dengan emosi dari penulis Sha Hanim Ramli..

Cubaan pertama yang sangat baik pada Sha.. Buku ini dikarang berinspirasikan kisah benar tapi telah diolah mengikut kesesuain penulis..

Kisah kemurungan yang dialami oleh Scarlett bermula dari kecil.. Kemudian episod dukanya bertambah bila dibenci ayah kandung dan ibu tirinya.. Menyebabkan hidupnya sedari kecil tidak pernah bahagia.. Sakit itu satu kepuasan dan kemuncaknya bila dia melalui pengalaman hidup yang sangat menyakitkan.. Malang yang datang bertimpa timpa tidak menggagalkan, sebaliknya hidup tetap diteruskan walau dalam kepayahan.. Cahaya mula memunculkan diri dalam hidupnya bila April dan Arash muncul membantu.. Bukan mudah pesakit depresi ingin bangkit andai tidak ada yang sudi membantu..

Sha harap buku ini akan dibaca ramai orang untuk memahami bahawa depresi itu bukanlah mainan tetapi penyakit yang serius.. Berminat? Boleh terus ke Facebook Sha Hanim Ramli..

Sha baca pada 09.09.2018 dan selesai pada 10.09.2018..

Terbitan Hucad Consultants

Monday, September 10, 2018

Obsesi Hantu: Ya, Aku Peduli! oleh Mars Land

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ini buku ke 3 dari siri Magic Bean yang Sha baca.. Sha baca buku ini dulu sebab ada permintaan untuk Sha review buku ini.. Boleh tengok di SINI..

Permintaan dari Anies..

Masa mula-mula baca tajuk, tak adalah rasa seram ke apa.. Tapi bila dah mula baca, sedikit demi sedikit beberapa perasaan terbina dalam diri Sha.. Perasaan pertama, geram dan bengang dengan watak Darius/Saka sebab sibuk sangat nak cari hantu sampai tak mengira masa ataupun tempat.. Perasaan kedua, seram.. Gaya penulis bercerita memang mampu memberikan Sha rasa seram sejuk walaupun tak dijelaskan yang mana hantu.. Perasaan ketiga, celaru... Bila pembacaan Sha masuk ke bab 5, Sha mula rasa celaru sama seperti Saka... Antara realiti dan mimpi, yang manakah yang sebenarnya... 

Walaupun novel ini novel remaja, tapi penulis berjaya menarik Sha untuk terus membaca dari satu bab ke satu bab.. Ada mesej yang ingin disampaikan penulis.. Memang sampailah pada Sha.. Pada Sha garapan dan penceritaan penulis sangat menarik dibaca..

Sha baca pada 08.09.2018 dan selesai pada 09.09.2018... Yes!! Momentum membaca dah datang balik...

Koleksi Sha

Diterbitkan oleh Gempakstarz

Alice - Boy From Wonderland

Assalamualaikum..
Hye semua..


Bila tengok part awal je dah rasa sangat misteri dan seram.. Permulaan yang buat Sha rasa nak tengok terus sampai habis.. Persoalan yang diberikan memang buat hati tertanya-tanya..

Cerita ini memang betul betul menguji minda.. Memori semasa kecil yang hilang, mula mengganggu saat dewasa.. Mimpi mimpi yang seolah olah realiti.. Cubaan membunuh diri sendiri membawa Hye Joong ke Wonderland.. Bertemu Hwan dan juga Eonni yang punya sejarah lampau di rumah tu.. Hye joong perlu mencari memori yang hilan/terpendam sejak sekian lama kerana dalam memori itu ada Hwan dan juga Eonni..

Cerita ini tamat dengan sedih.. Tapi sangat menarik pada Sha..

Sinopsis : "Boy From Wonderland" depicts nightmare sufferer Hye Joong whose dreams have become so severe that they actually happen in reality and finally endanger her life. To find the source of her terrors she travels to "Wonderland", a private resort she visited with her family 24 years prior. There is a mysterious and enchanting man, Hwan waiting for her. Within 15 days, she should find what she lost to stop her nightmares. Ifshe can’t everybody will die.

Sunday, September 9, 2018

Shopping Barang Dapur

Assalamualaikum..
Hye semua..


Sekarangkan MIL Sha dah duduk dengan Sha.. Jadinya memang beli barang basah setiap minggu.. Cuma kali ini beli lebih sikit sebab dah ada cara penyimpanan yang ohsem.. Sha guna plastik Ikea (boleh baca SINI).. Memang banyak boleh muat dalam peti beku tu.. Sebelum ini Sha guna tupperware, jadi tak boleh simpan banyak.. Bila guna plastik nie memang budget siap-siap untuk harian punya masak.. Senang dan ikan kekal segar..

Sha beli ikan di pelbagai tempat.. Kewangan tak besar, jadi kenalah bijak berbelanja.. Pergi cari di Pasaraya Segi, Fresh Mart dan Pasaraya TF.. Dengan RM70 dapatlah Sha beli 2 kilo ikan sardin, 1/2 kilo ikan kayu, 1/2 kilo ikan Bawal, 1/2 kilo ikan kembung, 1.5kg ayam, 30 biji telur ayam dan bawang..

Bila dah keluar tu mulalah mata tu memandang yang lain.. Kebetulan ada Pasar Malam, memang seronoklah tengok buah-buahan.. Sha beli 1kg mata kucing, 1kg mangga lily, sebiji (2.5kg) rock melon, 3 biji limau dan 8 biji epal.. Puas tengok buah.. kikiki.. Bila dah banyak mulalah pening macam mana nak simpan.. Tambah mata kucing dan Rock melon tu.. Sudahnya Sha kupas siap, bubuh dalam bekas..

Ikan dan ayam yang dah diasing-asingkan untuk sekali masak..

Kopek mata kucing bubuh dalam bekas, lepas tu simpan dalam peti ais.. Bila dah sejuk baru kita makan.. Memang best..

Rock melon yang dah dikopek.. Manis buahnya..

Ophelia oleh Salleh Kausari

Assalamualaikum..
Hye semua..


Ophelia ini macam sambungan kepada Sumpahan Ling Chi tapi sebenarnya satu cerita yang lain.. Latar tempat sahaja yang sama iaitu di House of Ophelia tapi watak yang ada semuanya lain dan baru..

Kali ini Ophelia membawa pembaca menyelusuri kisah mereka yang berdendam dan salah membuat pilihan hidup.. Watak-watak yang ada dalam Ophelia ini semuanya menarik dan mempunyai masa silam.. Bila baca dari awal memang jenuh Sha teka siapa yang jahat.. Siapa sebenarnya yang memanggil makhluk tu untuk menghuni terowong itu?? Memang jenuh fikirlah.. Tak sangka ada duri dalam lipatan..

Watak-watak yang terperangkap dalam terowong tu perlu berkerjasama dan mengatasi masa silam mereka untuk membolehkan mereka menewaskan makhluk tu.. Banyak nyawa yang perlu terkorban..
Walaupun buku ini ada perkataan Tamat, namun Sha dapat rasakan akan adabuku ketiga untuk House of Ophelia ini.. Harapnya akan semakin ohsem..

Lama juga baru Sha berjaya habiskan buku ini.. Kikiki.. Sha mula baca pada 05.09.2018 dan selesai pada 08.09.2018..

Saturday, September 8, 2018

Hindustan - Saansein : The Last Breath (2016)

Assalamualaikum..
Hye semua..

 Cerita seram Hindi.. Sha tengok tanpa suara.. Hahaha.. Penakutkan.. Tapi nak tengok juga.. Tu yang gigih tutup bunyi.. Menariklah juga pada Sha walaupun seram sebenarnya.. Memang menakutkan.. 

Cerita ini pasal Shirin yang kerja dekat kelab sebagai penyanyi.. Shirin ini tak pernah layan lelaki dan selalu balik awal.. Kalau ada lelaki cuba dekat dengan Shirin, mesti mati.. Sampailah munculnya hero, barulah kebenaran terbongkar.. Rupanya ada roh yang mendampingi shirin.. Roh yang sangat jahat dan kejam.. Jenuh juga nak hapuskan roh itu..

Saansein : The Last Breath (2016)
India Movie | 25 November 2016 | Horror, Romance |
Sinopsis: Shirin (Sonarika Bhadoria) is a singer at one of the best clubs in Mauritius. Her beauty invariably gets a lot of visitors interested in her. However Shirin never meets anyone and rather mysteriously disappears every night as soon as her performance is over. Even being close to her is horrifying.
That's when the hero Abhay (Rajneesh Duggal) enters the story. Having come to Mauritius for business purposes, he happens to land up at the same club and falls for Shirin right away. Shirin ignores Abhay, but he refuses to give up. He makes up his mind to find what is actually keeping her away. And that's when he stumbles upon a secret that Shirin has. Abhay is not deterred. He swears to find a way for them to be together come what may.. (Sumber : Wikipedia)

Menang Top Komentator di Blog Shuhaida Kabdy

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah sha menang top komentator di Blog Kak Sue.. Terima kasih Kak Sue mesej Sha maklumkan.. Terus Sha terjah entry Kak Sue.. Boleh tengok di SINI..

http://www.shuhaidakabdy.com/2018/09/pemenang-top-komentator-blog-kak-sue.html

http://www.shuhaidakabdy.com/
Jom terjah blog Kak Sue.. Klik je gambar diatas.. (Kak Sue Sha pinjam header Kak Sue..)

Friday, September 7, 2018

Filem Jepun | Kamen Rider Heisei Generations Final Build & Ex-Aid with Legend Rider

Assalamualaikum..
Hye semua..

Movie ini sebenarnya movie crossover antara siri televisyen Kamen Rider Build dan Kamen Rider Ex-Aid.. Kalau yang Ex-Aid tu Sha tak tengok sangat tapi tahulah sikit-sikit.. Movie ini masih seronok ditonton sebab tak bersambung dan kita boleh faham penceritaan dia..

Menariklah layan movie ini dengan Imani.. Sambil bersoal jawab kan.. Dalam movie ini, bumi ada dua.. Orang jahat nak cantumkan bumi dan jadi manusia Immortal.. Tapi Build berjaya halang dengan bantuan Ex-Aid..  Biasalah hero kena kalah dulu awal-awal cerita baru boleh menang dihujung cerita.. Bukan takat Buil dengan Ex-Aid je ada dalam movie ini.. Ada Kamen Rider Fourze, OOO, Gaim dan Ghost..

Sinopsis : The story begins following Ex-Aid and Para-DX's battle against Build during Kamen Rider Ex-Aid: True Ending. Build appeared and took Ex-Aid's powers away, but Sento has no recollection of such incident happening other than a dream. Misora has made two new Fullbottles.
When Sento arrived to a Smash distress call, he found a Nebula Bugster instead, the latest mutation of the Bugster Virus. While Sento battled the Nebula Buster, Ryuga was blown into an alternate reality where the Sky Wall never existed, where he meets Emu and the Gamer Riders. The Riders from the world of Build and the Riders from the world of Ex-Aid, alongside the Legend Riders Fourze, OOO, Gaim, and Ghost will stand up against this threat!

Koleksi Buku September 2018 #1

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alahai.. Lemah betul Sha bila ada jualan murah depan mata.. Rabu dan Khamis (5&6.09.2018) baru ini ada jualan buku oleh Galeri Ilmu di Perpustakaan tempat Sha kerja.. Harga yang ditawarkan memang murah ya amat.. Mula tu macam tak nak belilah juga.. Tapi bila dah depan mata, memang terpengaruh lah akhirnya.. Sha dapat 8 buah buku dengan harga RM100 sahaja.. Memang berbaloi-baloilahkan..

8 buah buku = RM100

Keris Long Leh oleh Syauqie MK
Pulangkan Kembar Puaka oleh Kayy Mann, Iz Zunairah & Mus Nasmian
Revolusi oleh Pahrol Mohamad Juoi

Ahmad Ammar Engkau Milik-Nya oleh Bonda Nor
Komik - Mimpi Bintangku oleh Abeben (penulis) Syafy Zahin (pelukis)

Komik 👆
Serangan Berani Mati oleh Pak Cik Bad
Geng Puaka oleh Pak Cik Bad
Kelab Hantu oleh Pak Cik Bad

Thursday, September 6, 2018

Jepun | Kamen Rider Build (2018)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sebelum ini Sha ada share pasal Kamen Rider ini dekat SINI.. Ini kira sambungan entrylah.. Habis tengok dah sampai episod 49.. Pergh!! Banyak tu episod dia.. Tapi setiap episod dalam 22 ke 25 minit je..

Sento Kiryu adalah ahli fizik teori yang sangat genius. Beliau membuat ujikaji Fullbottles untuk meningkatkan kemampuannya sebagai Kamen Raider Build untuk melawan organisma Smash yang jahat. Seorang lelaki yang tidak mengingati masa lalunya, dia pada mulanya dipercayai sebagai orang yang bernama Taro Satou, tetapi identitinya yang sebenarnya ternyata orang lain.
Pandora Box yang dijumpai saintis meletus dan menyebabkan negara terbahagi kepada 3 iaitu Touto, Hokuto dan Seito.. Kemudian ada pula makhluk asing yang bernama Evolt (jahat) ni nakkan kuasa Pandora ini untuk musnahkan bumi.. Evolt tu sejenis makhluk yang boleh masuk dalam badan manusia dan menguasai manusia.. dengan cara menguasai manusia, Evolt memanipulasikan manusia untuk mencapai matlamatnya.. 
Memang bestlah untuk Sha sebab sha memang minat Kamen Rider ini dari zaman sekolah lagi..

Wednesday, September 5, 2018

Koleksi Buku September 2018

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bulan September ini Sha berjaya beli 3 buah buku.. Buku yang tak dijangka sebenarnya.. kikiki.. Yang Magic Bean tu terbeli dekat 7eleven.. Macam menarik pula sinopsis dia.. Yang lagi dua tu pun terbeli sebab tersuka.. Hahaha.. Sabar jelah.. Tak pernah lah tak terbeli.. Semedang je terbelinya.. Ophelia oleh S. Kausari tu nampak sangat ohsem.. Tu ya terbeli tu.. Hahaha.. Bacanya tak tahu bila.. Beli je dulu..

 
Obsesi Hantu: Ya, Aku Peduli! oleh Mars Land
Laughter, the Best Malaysian by David Tong
Ophelia oleh S. Kausari

 
Alhamdulillah.. akhirnya buku ini berjaya juga diterbitkan.. Lama sebenarnya Sha tunggu buku ini.. Dari Februari 2018 lagi.. Tapi disebabkan terdapat kekangan dan halangan untuk penulis menerbitkan buku ini, tu yang lambat.. Penantian yang berbaloi sangat-sangat.. Cover buku yang sangat cantik.. Sekiranya berminat boleh ke Facebook Sha Hanim untuk pembelian.. Buku ini sangat-sangat berbaloi.. Buku ini selamat sampai ke tangan Sha semalam (04.09.2018)..

 
Yang ini pula Sha baru buat Pra tempahan dengan Penulis.. Sebab nakkan tandatangan penulis.. Kalau korang nak beli dengan penulis boleh ke Facebook Illya Abdullah.. Ataupun boleh je beli dekat Dear Novels.. WhatsApp je dekat no yang ada dalam gambar tu..

Tajuk: MAS AYU
Penulis: ILYA ABDULLAH
Harga: RM24 / RM27
ISBN: 978-967-2116-26-4
Kematian Bidan Senah menarik perhatian seorang wartawan muda, Benjy. Dia sanggup meredah kampung itu untuk mendapatkan cerita.
“Siapa perempuan cantik itu, tok?”
“Namanya Mas Ayu.”

Mas Ayu, kehadirannya ke kampung itu sangat tidak disenangi orang kampung, terutamanya Mak Puteh dan Melati. Ini kerana suami Melati, Musa, tergila-gilakan Mas Ayu. Mereka berpakat untuk membunuh Mas Ayu.
“Manalah saya tahu siapa yang bunuh dia.”
“Habis macam mana boleh kamu kata yang Mas Ayu itu langsuir? Kamu pernah nampak dia bertukar jadi langsuir?”

Wordless Wednesday Special #30

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com