Monday, July 26, 2021

ebook | Perfectly Imperfect oleh Ayumi Syafiqah

 Assalamualaikum..
Hye semua..

ebook ini diberikan secara percuma oleh penulis.. Kalau berminat boleh ke Facebook Ayumi Syafiqah.. Kisah cinta mengenai Shana dan Haizaq.. Dua manusia ini bagaikan langit dan bumi namun takdir menemukan mereka serta membuahkan rasa cinta antara mereka.. Namun sikap Haizaq yang beku, tak rajin melayan Shana serta desakan dan kata-kata dari orang sekeliling menggugat hubungan mereka.. Ramai yang pelik bila melihat Haizaq seorang lelaki yang stok alim menerima Shana seorang gadis yang sosial sebagai kekasih.. Rakan-rakan Haizaq sering memperlekehkan Shana serta mendesak Haizaq memilih gadis yang lebih alim hingga melukakan Shana.. Kemunculan Ain juga mengganggu hubungan Shana.. Bila badai melanda barulah Haizaq nampak yang selama ini dia mengabaikan Shana namun semuanya sudah terlambat.. Hati Shana terluka.. 

Hubungan yang tak sempurna namun mereka saling melengkapi.. Tapi komunikasi juga penting dalam meneruskan hubungan.. Itu antara perkara yang cuba disampaikan penulis melalui novel ini.. 

Sha baca dan selesai pada 26.07.2021..

Sha terima buku ini secara percuma dari penulis dan Sha baca menggunakan PDF.. 
Published 2021 by Ayumi Syafiqah

Filem Korea | Kingdom: Ashin of the North (2021)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem yang memang dinanti-nantikan buat mereka yang mengikuti drama bersiri Kingdom.. Walaupun pendek tapi isinya padat.. Kali ini Kingdom: Ashin of the North membawakan kisah permulaan bagaimana zombie mula wujud di Joseon.. Semuanya kerana pengkhianatan demi kesenangan hidup.. Ashin anak kepada Ta Hab perisik kerajaan Joseon telah menemui bunga yang boleh menghidupkan orang mati di dalam hutan yang dilarang masuk.. Namun bapanya melarang dia masuk ke hutan itu.. Dalam masa yang sama sekumpulan pencari akar kayu mati dibunuh di dalam hutan tersebut.. Pembunuhnya adalah manusia namun askar mengatakan mereka dibunuh harimau.. Perkampungan Ashin diserang, semua orang dibunuh dan rumah dibakar oleh orang Pajeowi.. Ashin pergi berjumpa dengan askar yang selalu bertemu ayah dia untuk meminta pembalasan dendam pada pembunuh dan dia sanggup buat apa saja untuk askar tu.. Ashin ini dia jadi orang suruhan askar Joseon untuk mengintip pergerakan askar Pajeowi.. Satu hari itu masa dia menyusup masuk ke khemah askar Pajeowi ini dia terjumpakan bapanya yang disangka mati..Askar Pajeowi menyeksa bapa dia dengan sangat teruk.. Masa ini terbongkarlah kisah sebenar.. Baru dia tahu punca kampung dia diserang dan siapa sebenarnya yang bersalah..

Lepas Ashin tahu inilah baru ada babak zombie.. Tetaplah zombienya berlari laju mengejar mangsa.. Memang tak lama babak zombie ini tapi penceritaan kali ini mengundang kesedihan.. Memang kesian sangat dengan watak Ashin ini.. Zombie dia macam biasalah ganas dan laju.. Pantang bau darah je mulalah mengejar..


Special: Kingdom: Ashin of the North
Also Known As: Kingdom: Asin , Kingdom: Tale Of Ashin, Kingdom: Warrior of Ashin, Kingdom Epilogue, Kingdeom Wijeon: Asin, Kingdeom Oejeon: Asin
Screenwriter: Kim Eun Hee
Director: Kim Sung Hoon
Genres: Action, Thriller, Historical, Horror, Drama, Zombies
Country: South Korea
Episodes: 1
Aired: Jul 23, 2021
Aired On: Friday
Original Network: Netflix
Duration: 1 hr. 32 min.
A sidequel from Kingdom season two and a backstory about the mysterious character Lee Chang's group encountered on their journey north to discover the origins of the infected. Ashin will unveil the mystery behind her identity. The new story will detail what had happened to Ashin in the past in the northern region and how the two characters' fates intertwined.
(Source: HanCinema)

ebook | Dongeng Yang Sempurna oleh Ayumi Syafiqah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kisah mengenai Azy Rania yang menarik.. Azy dilahirkan berbeza dari kakaknya Maiya, malah turut dilayan berbeza.. Azy dibenci mama dan kakaknya namun itu bukanlah alasan untuk dia mengalah atau bersedih.. Sebaliknya Azy gigih meneruskna hidup dengan belajat dan berkerja separuh masa.. Namun pertemuan Azy dengan Farish mendatangkan satu rasa dalam hati Azy.. Tanpa disedari cinta mula berputik sedangkan Farish kekasih kakaknya Maiya.. Cinta Azy berbalas malah Azy akhirnya berkahwin dengan Farish kerana rahsia yang dibongkarkan mama Farish.. Tapi akibatnya Azy dibuang ayahnya.. Masalah tak berhenti disitu bila Maiya disahkan mengidap kanser tahap 4.. Tiba-tiba Azy membuat keputusan utuk bercerai dengan Farish dan meminta Farish berkahwin dengan Maiya.. Farish ikutkan kehendak Azy, maka terjatuhlah talak..

Penulis berjaya mencipta watak heroin yang sangat tabah, cekal dan juga tak mengalah.. Namun bila Azy minta cerai dan suruh Farish kahwin dengan Maiya terus rasa macam nak ketuk kepala Azy.. Ingat perkahwinan tu main-main agaknya.. Kalau nak berkorban pun agak-agaklah.. Ini je satu perkara yang Sha tak boleh terima.. hehehe.. Lain tu memang bestlah novel ini

Sha baca dan selesai pada 25.07.2021..

Sha baca dan selesai pada 25.07.2021..
Published August 2016 by Anaasa Publication

Sunday, July 25, 2021

ebook | Silhouette oleh Karra Ryna

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha tertarik sangat nak baca novel ini lepas tengok cover dan baca sinopsis dia.. Sha dah boleh agak novel ini menarik.. Memang best baca.. Kisah Raid/Rizan yang gelap namun berubah bila bertemu atau lebih tepat diselamatkan oleh Khalil.. Kasih sayang dan perhatian yang Khalil, Mak Long dan Pak Long berikan pada Rizan buat hidupnya bahagia.. Namun tanpa disangka masalah mula muncul bila Rizan berkahwin dengan Thalea.. Perkenalan tanpa dirancang membawa mereka ke gerbang perkahwinan.. Hidup Rizan makin rumit bila musuh lamanya muncul.. Kisah lama yang cuba disembunyikan akhirnya terbongkar.. Lebih malang lagi bila Thalea, Hadif, Pak Long dan Mak Long diculik.. Antara Karl, Rizan dan Khalil ada rahsia yang berselirat.. Mampukah terungkai dan menyelesaikan dendam..

Sha baca dan selesai pada 24.07.2011..

Sha pinjam dan baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..
Published 2019 by Love Novel Publishing

Minuman | SuperCoffee Essenso: Mandheling Blend

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sajalah cuba kopi dari Essenso ini.. Ada dua jenis, Mandheling Blend dan Colombian Blend.. Sha cuba yang Mandheling Blend ini dulu.. Sha beli kopi je bukan 3 in 1.. Dalam kotak ini dia dah paket siap-siap untuk satu bancuhan.. Kita cuma perlu tambah gula atau susu je.. Ikut selera masing-masing.. Sha dah kurang minum 3in1, rasa dia dah tak kena dengan tekak sejak minum Nescafe Kopi Kedah.. hehehe.. Tapi tu lah, Nescafe dah tak jual Kopi Kedah ini.. Sedih.. hehehe.. Kenalah cari kopi lain.. Setakat ini belum jumpa lagi yang sedap macam Nescafe Kopi Kedah.. 

Kopi essenso ini berkeladak.. Jadi memang kena hati-hatilah bila minum.. Keladak tu tak elok diminum ye kawan-kawan.. Kopi ini okay lah dari segi rasa, agak sesuai dengan tekak Sha.. Cuma Sha tak berkenan sebab ada keladak tu je.. hehehe.. Nanti kita try Colombian Blend pula..

Harga pun okaylah untuk satu kotak ini.. RM8.80..

Ada 20 sachet.. Cukup untuk 20 cawan..

Okaylah.. Kita boleh adjust gula dan susu/creamer.. Sekarang ini tak berapa nak minum manis-manis..

Saturday, July 24, 2021

Filem China/United States | Wish Dragon (2021)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha tonton filem ini sebab Imani suka.. hehehe.. Bila cuti je memang dia minta nak tonton animasi.. Bila dah buka dengan mak sekalilah menonton.. Kisah seorang raja yang ditukarkan kepada wish dragon.. Wish dragon ini kena tunaikan 3 permintaan dari 10 orang pemilik teko ajaib yang mengurung beliau sebelum rohnya dibenarkan ke syurga.. Namun bila wish dragon ini bertemu dengan Din, baru dia faham kenapa dia perlu menjadi wish dragon.. Hayat wish dragon ini semasa dia manusia adalah seorang yang sangat tamakkan kuasa.. Hinggakan dia mati tanpa seorang pun di sisi.. Bila kenal dengan Din ini baru dia faham erti hidup dan kebahagiaan..

Wish Dragon
2021 ‧ Comedy/Fantasy ‧ 1h 38m
Determined teen Din is longing to reconnect with his childhood best friend when he meets a wish-granting dragon that shows him the magic of possibilities.

ebook | Puaka Dobi Layan Diri oleh Siti Solehah, Mus Nasmian, Khairul Ahmad

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku terbaru dari Koleksi Siri Cerita Hantu.. Kali ini membawakan tema dobi layan diri dengan 3 orang penulis..

Penunggu Baju - Siti Solehah
Mengisahkan tentang baju yang berdarah cuba dibersihkan di kedai dobi.. Malangnya gangguan pula yang timbul.. Pemilik dobi terkurung tanpa sengaja di kedai dobi dan mula diganggu.. Puaka tu cuba mengambil kesempatan dengan adanya baju berdarah.. Rupanya tanpa disedari ada kisah tersembunyi mengenai baju dan juga tapak kedai dobi.. Dua kisah berlainan namun berada di tempat yang sama..

Dobi Dosa - Mus Nasmian
Dobi tu menjadi tempat berlakunya pembunuhan dan juga aktiviti yang tak sepatutnya di bahagian atas.. Faizal berada di tempat yang salah pada waktu yang salah.. Kehadirannya disitu membongkar sebuah kisah tragis.. Namun ceritanya sedikit tergantung..

Ah Soh - Khairul Ahmad
Kisah pembunuhan yang disembunyikan didalam mesin dobi.. Malangnya yang diganggu tak berjaya menyelesaikan misteri gangguan.. Sebaliknya penulis menerangkan dihujung cerita.. Nice..

Sha baca pada 23.07.2021 dan selesai pada 24.07.2021..

Sha pinjam dan baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..
Published June 2019 by Penerbit X

Shopee | Hasil Laut Ocean Papa

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semuanya di hujung jarikan.. Bila stok ikan bilis dengan sotong kering dah habis, maka mencarilah di Shopee.. Selalu Sha beli di Hasil Laut Jamilah tapi disebabkan harganya agak mahal dan gak ada promosi atau diskaun makanya ke kedai lainlah kita.. Sha cuba beli di Kedai Ocean Papa ini pula.. Kebetulan masa Sha beli tu tengah ada promosi dan boleh tebus coins, memang berbaloilah jadinya.. Sha dapat diskaun kedai RM7 dan tebus coins RM5.73.. Teruslah buat pembayaran.. Penghantaran pun tak lama.. Beli pada 18.07.2021 dan sampai ke tangan pada 21.07.2021..

Kombo Jimat  (B) 4+1 ini harga dia RM64.90
1 pek  500g Ikan Bilis Mata Biru Kopek (saiz M) - Gred 5A
2 pek 100g Udang Kering - Gred A
1 pek 100g Ikan Bilis Mata Biru Halus (Saiz XS) - Gred A (2-4cm+-)
PERCUMA 50g Udang Kering Geragau

Sayap Sotong Kering Gred A Lembut (200G) ini pula baru pertama kali Sha beli.. Selalunya Sha beli dekat Hasil Laut Jamilah.. Sha tengok sayap dia agak bersih tu yang cuba.. Harga untuk 200g ini ialah RM15.90

Sambal Garing Ikan Bilis Ocean Papa ONE BITE (8g) ini harga dia RM1.20 untu satu bekas.. Saja je Sha beli buat rasa.. Kalau sedap baru beli pek besar.. Alhamdulillah dah rasa.. Sedap, rangup dan sedikit pedas.. Sha kurang makan pedas sebab tu Sha rasa sambal ini pedas.. Pada yang suka makan pedas mungkin rasa dia biasa-biasa saja.. Paling best pada Sha sebab ikan bilis dia rangup.. Puas hati..

Ikan Masin Gelama yang comel ini percuma.. Ada dalam 5 ke 6 ekor macam tu..

Friday, July 23, 2021

ebook | Tukang Masak Cik Mafia oleh Aein Dhiyauddin

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bila Cik Mafia bertemu dengan Tukang masak, memang huru haralah hidup si tukang masak.. Orked Adelia tanpa sengaja bertemu dengan Chef Haidar bila Chef Haidar terlanggar dia.. Dari satu pelanggaran membawa kepada hubungan majikan pekerja dan akhirnya suami isteri.. Orked yang misteri dengan perangai yang pelik.. Kejap baik dan kejap lagi garang macam Mafia.. Walau apa pun yang cuba dilakukan oleh Haidar, namun Orked tetap meminta cerai.. Ada rahsia besar yang Orked sembunyikan dari suaminya demi melindungi nyawa suami tersayang.. Sedikit kisah dendam yang menyebabkan banyak nyawa terkorban..

Sha baca pada 22.07.2021 dan selesai pada 24.07.2021..

Sha pinjam dan baca menggunakan aplikadi PNM e-Reader..
Published April 2018 by Love Novel Publication

Filem Jepun | The Legacy of Dr. Death: Black File (2020)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem yang sangat menarik.. Mengenai pembunuhan secara senyap seorang doktor yang digelar Doctor Death.. Mangsa dia semuanya pesakit yang mengalami sakit kritikal.. Tujuan dia kononnya ingin menyenangkan kematian pesakit dan membebaskan keluarga pesakit dari bebenan emosi dan fizikal.. Masalahnya cara dia salah.. Perbuatan dia tetap dikira salah dan dia pembunuh.. Kes mula terbongkar bila ada seorang budak buat panggilan kecemasan dan maklumkan tentang kematian bapanya selepas seorang doktor datang ke rumah.. Polis mula melakukan siasatan dan terlepas penjenayah sebenar.. Doktor Death telah menghasut anak detektif Hayato Inukai yang kebetulan sedang sakit untuk menggunakan khidmat beliau.. Cara doktor tu psiko anak detektif tu memang kejamlah.. Teserlah sifat keji doktor tu.. Ajal maut tu ditangan tuhan sebenarnya, siapalah kita untuk menentukan orang tu layak mati atau tak hanya kerana dia sakit..

Movie: The Legacy of Dr. Death: Black File
Also Known As: Legacy of Dr. Death, Doctor Death no Isan: BLACK FILE, Dr. Death no Isan -BLACK FILE-
Director: Fukagawa Yoshihiro
Screenwriter: Kawasaki Izumi
Genres: Suspense, Drama, Detective, Investigation
Country: Japan
Release Date: Nov 13, 2020
Duration: 2 hr. 1 min.
A series of suspicious death cases take place. All the victims were terminal patients. Detective Hayato Inukai  and Detective Asuka Takachiho investigate the case. Through their investigation, they learn of a person known as "Dr. Death." He performs euthanasia by request. Meanwhile, Detective Hayato Inukai’s daughter Sayaka requests the help of Dr. Death. Sayaka suffers from a severe kidney disease. (Source: AsianWiki)

~ Adapted from the novel "Doctor Death no Isan" by Nakayama Shichiri.~

Shopee | Essager C3 1080P Prostream Webcam

Assalamualaikum..
Hye semua..

Encik suami yang buat pembelian ini untuk memudahkan sesi pembelajaran Amani.. Laptop ini memang tak ada kamera tu yang kena beli kamera asing.. Beli dari China ye kawan-kawan.. Harga pun berbaloi.. Paling best boleh Selfie.. hehehe.. Lepas ini mudahlah nak ambil gambar keluarga.. Ada timer untuk snap gambar selain video.. Kamera dia ada penutup.. Kalau tak nak guna tutup je.. Ada tripod juga kalau tak nak letak dekat laptop.. Penghantaran pun tak adalah lama walaupun dari China.. Encik suami beli pada14.07.2021 dan kamera ini selamat diterima pada 19.07.2021.. Cepatkan, tak sampai seminggu pun.. Sha beli di SINI.. 

Essager C3 1080P Webcam Full HD (Web Camera For PC Computer) - RM68.99

Inilah kameranya.. Penutup dia yang ada garis bulat tu.. Nak guna just tolak ke atas..

Selamat dah dipasang di laptop..

Thursday, July 22, 2021

Kuarantin 10 Hari

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini bermula lah kuarantin kami dengan gelang pink untuk 10 hari.. Walaupun result covid19 encik suami belum keluar lagi tapi pihak kesihatan maklumkan satu keluarga kena kuarantin juga.. Pihak Kesihatan telefon dan maklumkan encik suami sebelah pagi, sebelah petangnya baru mereka datang untuk pemakaian gelang.. Bertabahlah duduk dalam rumah selama 10 hari.. Doakan yang baik-baik sahaja buat kami ye..

Hari ini juga Sha terima satu berita sedih.. Rakan sekerja meninggal lepas jatuh akibat asma.. Mudahnya kematian datang menjemput.. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para solehin.. Aamiin..


Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com