Saturday, February 29, 2020

Mesyuarat Agung PIBG Sek Kebangsaan 2020

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi tadi ke sekolah Amani dan Imani untuk Mesyuarat Agung PIBG 2020.. Bawa sekali Amani dan Imani sebab encik suami ada hal.. Alhamdulillah mesyuaratnya mula awallah juga.. Jam 9.05 pagi dah mula.. Selesai jam 12.30 tengahari.. Ada cabutan bertuah, penyampaian bantuan kewangan, pembentangan minit PIBG dan kewangan yang lepas, pembubaran jawatankuasa dan pelantikkan jawatankuasa yang baru.. Alhamdulillah masih berpeluang terlibat..


Ada beberapa pembentangan usul yang menarik.. Seperti mempelbagaikan jualan buah-buahan di kantin sekolah, sumbangan pokok dari setiap satu keluarga murid,  penambahbaikkan kemudahan OKU dan beberapa lagi..

ebook | Cinta Kita Sempoi oleh Ummu Wafa

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kisah cinta yang sangat sempoi.. Tak ada babak-babak sweet yang melampau ataupun heroin lembik.. Memang menarik bila heroinnya seorang janda yang bangkit dari kisah silam yang perit dan berubahmelalui hidup dengan lebih bermakna.. Lurus dan agak kurang tangkap bila berkias.. 

Novel ini bukan setakat kisah cinta, malah lebih lagi.. Ada kisah seorang kakak yang sentiasa memberikan nasihat pada adiknya.. Ada kisah seorang manusia yang menghargai setiap kesusahan manusia lain dan membantu tanpa mengharapkan balasan.. Ada kisah seorang suami yang menceraikan isterinya dengan baik malah menutup semua aib si isteri.. Kisah anak yatim, gelandangan dan misi kemanusiaan.. Kisah seorang mak yang hilang anak-anaknya.. Memang tak rugi dibaca.. Cuma garapan penceritaannya tidak berapa cantik dan agak berterabur..

Sha baca pada 27.02.2020 dan selesai pada 28.02.2020..

Sha baca menggunakan aplikasi Oakbee Buffet..
Published 2014 by Alaf 21

Julie's Butter Waffles

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha jumpa biskut ini dekat kedai ECO.. Saja cuba beli.. Ingatkan tebal, rupanya nipis.. Ada dalam 7 keping.. Sedap wei.. Serius sedap.. Berbaloi dan memang akan beli lagi.. Paling best bila makan dengan aiskrim vanila.. Korang ada yang cuba dah ke?

Sekotak RM2.10 ada 7 keping..

Inilah rupa dia..

Sha makan dengan aiskrim vanila.. Makan macam tu pun sedap juga..

Friday, February 28, 2020

Filem Hindi | The Body (2019)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha terjumpa sebenarnya filem ini.. Bila baca sinopsis, macam pernah tengok filem Korea seakan-akan filem ini.. Terus Sha google.. Yup.. Filem ini rupanya remake juga.. Macam Filem Korea | The Vanished (2018).. Filem asalnya bertajuk The Body (2012) dari Spanish.. 

Versi Hindi ini lebih panjanglah kan sebab ada lagu.. Walaupun remake tetap menarik ditonton.. Lakonan pelakonnya menarik ditonton.. Sama macam filem Korea yang Sha tonton.. Kehilangan mayat seorang usahawan wanita membongkar kepada cerita pembalasan dendam seorang ayah dan anak perempuannya.. Bila kemalangan berlaku sepatutnya mangsa dan juga yang melanggar saling membantu tambahan pula bila kejadian disebabkan kecuaian pihak yang melanggar.. Ini dah lah langgar, lepas tu lari dan terlepas.. Memang mengundang kemarahanlah kan.. Perancangan yang rapi akhirnya membuahkan hasil.. Not badlah cerita ini walaupun remake..

Poster dia cantik..

Adabi: Perencah Ikan Bakar

Assalamualaikum..
Hye semua..

Menu malam semalam.. Hehehe.. Mudah dan cepat.. Tak tahu nak masak apa dan kesuntukkan masa, sha guna je pes Adabi ini.. Sha memang standby je pes ini.. Pagi sebelum pergi kerja, Sha keluarkan ikan letak dekat sinki.. Balik tengahari Sha lumurkan pes ini dekat ikan dan simpan dalam peti ais.. Perapkan sampai balik kerja.. Balik kerja terus masuk dalam oven dan bakar.. Lebih kurang 20 minit macam tu.. Masak nasi sekali.. Sementara tunggu masak bolehlah mandi dan siapkan anak-anak.. Lepastu boleh makan.. Mudah dan cepatkan.. 

1 peket ini RM1.60 saja..

Sha bubuh dekat ikan cencaru saiz kecil.. 1 pek tu cukup untuk 4 ekor ikan ini..

Selepas diperap lebih kurang 5 jam camtu..

Selamat dibakar.. hehehe.. Sedap juga rasanya cuma sedikit masam pes dia.. Encik suami cakap lebih sedap kalau guna ikan pari atau kembung yang besar.. Nanti kita cuba..

Thursday, February 27, 2020

Drama Menarik March 2020

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha kongsikan di sini antara drama dan filem yang best akan keluar.. Semua pilihan Sha ini lebih pada jalan cerita dan genre bukan pelakon.. Sha memang lebih suka tengok sinopsis dan genre terlebih dahulu bila memilih cerita.. Saja bubuh kat sini.. Tengoknya tak tahulah dapat ke tak.. hehehe..

Tapi yang jumpa ini drama Korea je.. Tak ada pula drama china yang menarik.. Tapi tengoknya entah bilalah.. hehehe.. Bubuh je dekat sini dulu.. Drama-drama ini belum mula pun lagi.. 

Drama: Nobody Knows
Country: South Korea
Episodes: 16
Airs: Mar 2, 2020 - Apr 21, 2020
Genres: Mystery, Drama, Detective, Investigation
Cha Young Jin is a detective. She lost her friend 19 years ago to a serial killer. Cha Young Jin still carries guilt and trauma over the death of her friend. The serial killer case then begins again after 19 years. Cha Young Jin chases after the killer.
(Source: AsianWiki)

Drama: Memorist
Country: South Korea
Episodes: 16
Airs: Mar 11, 2020 - Apr 30, 2020
Genres: Action, Thriller, Mystery, Drama, Supernatural, Detective
Based on the hit webtoon of the same name, “Memorist” will be a mystery thriller that tells the story of Dong Baek, a detective with supernatural powers who loses his memory, as he stumbles upon a mysterious case of serial murders. 
(Source: Soompi)

Drama: Kingdom: Season 2
Country: South Korea
Episodes: 6
Airs: Mar 13, 2020
Genres: Action, Suspense, Thriller, Historical, Horror, Drama, Zombies
In an attempt to save the people during a plague, the crown prince Lee Chang returns to the palace to find the source of the disease and uncovers other secrets and plots within the palace.

Drama: Rugal
Country: South Korea
Episodes: 16
Airs: Mar 16, 2020 - May 5, 2020
Genres: Action, Thriller, Crime, Drama, Sci-Fi
Based off the webtoon of the same name, it's the story of a police officer whose attempt to bring down a nationwide criminal organization ends up with him losing not only his beloved wife, but also both of his eyes and the person he once was. He’s forced into becoming a murderer, and after he receives artificial eyes with unique abilities created by the special organization Rugal’s biotechnology, he sets himself on a mission to wipe out the criminal organization. 
(Source: Soompi)

Drama: 365: Repeat the Year
Country: South Korea
Episodes: 24
Airs: Mar 23, 2020 - Apr 28, 2020
Genres: Thriller, Mystery, Crime, Drama, Fantasy, Supernatural
A story where ten people get the chance to go back in time by one year, but unexpectedly mysterious situations start to arise when their fates are changed and twisted in the process.

Drama Korea | Catch the Ghost (2019)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lama tak menonton drama Korea.. Sha tak tertarik pun nak tengok drama ini pada mulanya namun lepas terbaca review dari rakan blogger terus rasa macam, Eh.. Menariklah.. Tu yang Sha tengok..

Kisah Ryung yang kehilangan kembarnya Jin di Subway.. Selama 2 tahun Ryung cuba mencari kembarnya dan dah menghafal setiap laluan, tempat tersembunyi, kedai dan mesin di laluan keretapi bawah tanah.. Kerana polis tidak mempedulikan kehilangan adiknya, Ryung berusaha menjadi polis subway.. Bila dah diterima bermulalah misi Ryung menyeludup di terowong laluan keretapi demi mencari pembunuh hantu yang diheboh-hebohkan.. Ryung percaya yang pembunuh tu ada kaitan dengan kehilangan kembarnya.. Dalam masa yang sama polis subway juga tengah berusaha nak menangkap sekumpulan pencuri yang sangat cekap menjalankan operasinya..

Drama ini penuh dengan aksi sedih, kelakar, kemanusiaan dan juga thriller.. Bayangkan kita yang kesusahan dan perlu menjaga orang yang kita sayang dengan penuh perhatian, kemudian ditimpa malang.. Sekuat mana kita melalui kesusahan itu sehingga ada masanya kita mengalah dan mengambil jalan singkat.. Namun kesedaran atas rasa mengalah tu membuktikan yang kita ini hanyalah manusia biasa..

Drama: Catch the Ghost
Also Known As: Catch Yoo-Ryung, Yooryungeul Jabara, Catch Yoo Ryung
Directors: Shin Yoon Sub
Screenwriters: So Won, Lee Young Joo
Genres: Comedy, Romance, Drama, Melodrama, Investigation
Country: South Korea
Episodes: 16
Aired: Oct 21, 2019 - Dec 10, 2019
Aired On: Monday, Tuesday
Original Network: tvN
Duration: 1 hr. 5 min
"Catch the Ghost” is a romantic investigative drama about a woman named Yoo Ryung who solves cases with her overflowing sense of justice and exceptional spatial perception but always gets herself into trouble because of her rash actions. She meets the Wangsimni station constabulary chief, a man who avoids cases and seeks stability. However, he always ends up cleaning up after the problems caused by Yoo Ryung and holds the key to solving the cases. (Source: Soompi)

Sunshine Giveaway By Ombakbergigi

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jom joint GA ohsem ini..

Giveaway akan tamat pada 11.59 malam 24 March 2020

Sila jawab soalan ini dan ianya WAJIB "Apakah perkara yang menceriakan hari anda sepanjang Januari 2020?"

Perkara yang menceriakan sepanjang Januari 2020 ialah diberi kesihatan yang baik, sentiasa dikelilingi yang tersayang dan yang paling membahagiakan bila berpeluang menikmati hari dengan yang tersayang.. 

Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s

Assalamualaikum..
Hye semua..

Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s kembali lagi.. Jom calonkan guru yang menjadi inspirasi buat anda semua.. Raikan dan hargai mereka dengan anugerah yang hebat ini.. Baca caranya dibawah.. Calonkan sekarang tanda terima kasih anda kepada guru..


Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s
Mencari Guru Paling Berinspirasi di Malaysia

Anugerah Guru Inspirasi (AGI), sebahagian daripada program #McDSayangCikgu
Carian guru inspirasi di seluruh negara bermula sekarang hingga 30 Mac, 2020

KUALA LUMPUR – 24 FEBRUARI, 2020 – Anugerah Guru Inspirasi (AGI) oleh McDonald’s Malaysia kembali lagi untuk tahun keempat berturut-turut dan membuka pencalonan dari seluruh negara mulai hari ini hingga 30 Mac, 2020. Rakyat Malaysia berpeluang berkongsi kisah-kisah guru yang menjadi inspirasi kepada mereka mahupun anak-anak dalam mencapai kejayaan, memenuhi potensi masing-masing dan meraih kejayaan yang di luar jangkaan.

Menjelang sambutan Hari Guru Kebangsaan pada 16 Mei, 2020, AGI memberi rakyat Malaysia peluang untuk mencalonkan dan menghebahkan kehebatan guru mereka yang penuh berinspirasi kerana, telah melaksanakan tanggungjawab melangkaui bidang tugas mereka di dalam kelas.

Anugerah ini akan diberikan kepada 25 orang guru paling berinspirasi dan setiap penerima anugerah akan meraih hadiah wang tunai bernilai RM5,000, trofi, kain selempang dan sijil penghargaan dalam majlis yang dianjurkan oleh sekolah masing-masing sempena sambutan Hari Guru. Rakyat Malaysia yang mencalonkan guru tersebut juga akan menerima baucar hadiah McDonald’s bernilai RM200.
AGI yang diperkenalkan pada tahun 2017 telah menerima sambutan yang sangat menggalakkan dengan lebih 11,500 pencalonan dan seramai 56 orang guru telah menerima anugerah ini. Anugerah ini merupakan inisiatif McDonald’s di bawah program #McDSayangCikgu demi menghargai dan meraikan warga pendidik yang mencetuskan inspirasi dan gigih berusaha melebihi tugas-tugas hakiki mereka demi mendidik para pelajar. McDonald’s ingin meraikan wira-wira tidak didendang ini yang telah mendidik generasi pelajar secara akademik dan kreatif menerusi sikap penyayang dan keluhuran hati budi mereka.

“Anugerah Guru Inspirasi yang merupakan sebahagian daripada #McDSayangCikgu berkisar tentang usaha menghargai, meraikan, dan mengiktiraf segala usaha para guru kita. McDonald’s yakin bahawa guru memainkan peranan penting yang bukan semata-mata untuk pertumbuhan akademik anak-anak, malah untuk pertumbuhan peribadi mereka juga. Seorang guru yang mempunyai pengaruh positif ke atas pelajarnya berupaya untuk mencetuskan suatu tindak balas rantaian positif yang berlanjutan hingga ke luar kelas. McDonald’s Malaysia komited untuk memastikan bahawa para guru sedar bahawa mereka dihargai dan dapat terus memberikan inspirasi kepada lebih ramai lagi untuk melakukan sesuatu yang kecil tetapi memberikan makna dan pengertian yang besar,” kata Melati Abdul Hai, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran McDonald’s Malaysia.

Tambah Melati lagi, “Selain itu, McDonald’s juga menzahirkan penghargaan kami terhadap para guru dengan memberikan hidangan percuma pada Hari Guru, menganjurkan seminar motivasi tahunan untuk melengkapkan mereka dengan kemahiran yang baharu serta mengadakan jamuan Hari Guru di cawangan-cawangan kami. Kami menyeru para pelajar, ibu bapa, keluarga dan warga pendidik untuk meluangkan masa berkongsi kisah guru-guru mereka yang benar-benar berinspirasi.”

Calonkan guru kesayangan anda dalam tiga langkah mudah dan jadikan Hari Guru kali ini hari yang lebih bermakna buat mereka:-

Langkah 2 - Tuliskan bagaimana guru anda menjadi inspirasi kepada anda (dalam Bahasa Malaysia, Inggeris atau Mandarin).
Langkah 3 - Tambahkan apa-apa gambar atau video sokongan (pilihan)

Antara kriteria bagi pemilihan pemenang termasuklah usaha mereka meningkatkan pencapaian akademik pelajar, teknik pengajaran yang inovatif dan di luar kotak, dedikasi yang melebihi tugas-tugas hakiki dan penghasilan impak positif yang berkekalan ke atas pelajar.

Menghulurkan bantuan kepada komuniti merupakan nilai teras McDonald’s Malaysia. Selain meraikan para guru, McDonald’s juga sangat komited dalam usaha penglibatan komuniti dan menyumbang semula kepada masyarakat menerusi beberapa program yang berlangsung sepanjang tahun. Antara beberapa prakarsa yang dilaksanakan di seluruh negara termasuklah lawatan ke rumah orang tua ketika Tahun Baharu Cina, penajaan moreh yang diberikan kepada masjid-masjid setempat pada bulan Ramadan, pelbagai aktiviti keceriaan bagi kanak-kanak kurang bernasib baik pada bulan Oktober dan penawaran peluang kepada para belia untuk menyertai program perantis vokasional McDonald’s. McDonald’s juga menyokong Rumah Ronald McDonald (RRM), yang memberikan tumpuan pada asas-asas pendidikan, kesihatan dan kebajikan yang menyasarkan kanak-kanak dan keluarga yang memerlukan.

Nota:
Mana-mana pelajar, ibu bapa atau warga pendidik boleh mencalonkan guru-guru yang memenuhi kriteria yang digariskan dalam laman sesawang.
Guru-guru yang dicalonkan mestilah seorang warganegara Malaysia dan hendaklah sedang mengajar di mana-mana sekolah kerajaan atau swasta di mana-mana negeri di Malaysia.
Pemenang akan dipilih oleh panel hakim pakar berdasarkan beberapa kriteria termasuk tetapi tidak terhad kepada – usaha meningkatkan prestasi akademik pelajar, penggunaan kaedah pengajaran yang inovatif dan di luar kotak, dedikasi yang melebihi tugas-tugas hakiki dan penghasilan impak positif yang berkekalan ke atas pelajar.

Wednesday, February 26, 2020

Drama China | Love The Way You Are (2019)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Drama yang sweet dan mengenyangkan mata.. Seorang model cantik yang mempunyai penyakit pelik.. Beliau akan menjadi gemuk sekiranya makan berlebihan.. Namun masakan dari hero yang juga bekas lelaki yang diminati tak pula mengemukkan beliau.. Kisah cinta yang complicated disebabkan campur tangan mak hero serta sejarah silam yang berlaku masa mereka sekolah.. Drama ini santai-santai je dan ada 24 episod.. Sha tengok di Youtube sahaja sebab ada subtitle bahasa inggeris.. Boleh tengok di SINI..

Drama: Love The Way You Are
Also Known As: Shen wei yi ge pang zi
Genres: Food, Comedy, Romance
Country: China
Episodes: 24
Aired: Dec 18, 2019 - Jan 15, 2020
Aired On: Wednesday, Thursday
Original Network: Mango TV, Mango TV
Duration: 45 min.
Zhen Yuan Yuan is a plump girl who fell in love with her high school senior named Ruan Dong Shen but they were separated due to some misunderstanding. Many years later they were once again reunited in their adulthood. Now Yuan Yuan had slim down and became a fashion model with the stage name Eva while Dong Shen became a successful entrepreneur and chef.  They began an incredibly miraculous journey of love together but.....it may not be as he planned. 

Komik | CUN #4: Srikandi oleh Artis-Artis Komik-M

Assalamualaikum..
Hye semua..

Komik yang bagus dibaca semua.. Betapa askar itu sebahagian dari kita.. Tanpa mereka tak akan aman kita melalui kehidupan.. Demi negara berjuang dan mengorbankan perasaan untuk melindungi.. Keluarga yang ditinggalkan dan terkoban.. Sha suka semua komik yang ada dalam ini.. Anak-anak pun seronok mengulang baca..

Sha baca dan selesai pada 25.02.2020..

Koleksi peribadi Sha..
Published March 22nd 2019 by Komik-M, PTS Media Group Sdn Bhd

Wordless Wednesday 2020

Tuesday, February 25, 2020

Besi Gigi Amani Patah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi tadi Sha sekeluarga ke Klinik Pakar Pergigian Teluk Intan untuk tengok xray gigi Amani.. Minggu lepas masa checkup, doktor maklumkan besi gigi Amani patah.. Buat xray untuk tengok gigi dah tumbuh ke belum tapi tak sempat nak tengok sebab pukul 5 dah masa tu.. Jadi datang balik hari ini.. Bila tengok xray, gigi tak keluar lagi.. Maka kenalah buat balik besi penahan tu.. Mujur tak ramai orang hari ini.. Mudah urusan.. Semuanya berjaya diselesaikan dalam masa 1 hari.. Buka besi lama, pergi balik Klinik Pakar Orthodontik di Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Hilir Perak, Telur Intan untuk ambil casing baru.. Sebab yang patah ini casing dia bukan besi penahan gigi tu.. Lepas dapat casing tu patah balik ke Klinik Pakar Pergigian di Teluk Intan untuk ambil acuan besi penahan gigi.. Alhamdulillah pukul 11.40 pagi dah selesai.. 2 minggu lagi datang balik untuk pemasangan..


Entry Sebelum ini Temujanji Pemasangan Gigi..

Wall's Cornetto Black Hōjicha

Assalamualaikum..
Hye semua..

Untuk tekak Sha aiskrim ini biasa-biasa je.. Sekali rasa dah cukup.. Nak beli lagi memang tak kot.. Aiskrim ini tak manis dan sos coklat ditengahnya menyelamatkan rasa dia.. Sha beli sebab tertarik dengan pembungkusan dia yang hitam dan seksi.. Hahaha.. Hitam itu sentiasa memikat.. Gitu.. Sha jumpa dekat TF Value Mart.. Dekat 7Eleven, Petronas atau 99 Speedmart tak nampak pula.. 

RM3 satu ini

Rupa dia bila dah buka pembalut.. Hitam.. 

Atas tu macam biskut.. rangup dan crunchy..

Kat tengah dia ada sos coklat.. sampai ke hujung tau.. Yang ini jelah penyedapnya pun..

Pengalaman Menaiki ETS Gold

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pengalaman pertama menaik ETS Gold.. Sha beli tiket ETS ini 24 jam sebelum naik.. Sebab perjalanan pendek dia jual dalam tempoh 24 jam sebelum perjalanan.. Sha nai ETS ini sebab entry Jalan-jalan Naik Motor ini.. Ini je pengangkutan awam yang paling cepat untuk ke Ipoh.. Harga Tiket dari Tanjung Malim ke Ipoh untuk seorang dewasa ialah RM25.. Laju dan selesa.. Cuma Sha tak jelajahlah ETS ini.. 

Beli tiket ini pagi ahad jam 8.41 pagi untuk perjalanan hari Isnin jam 8.41 pagi.. Sha beli di kaunter KTM.. Pekerja itu minta nama penuh, no IC dan no fon.. Nama dan No IC itu nanti akan dicetak diatas tiket..

Wajah-wajah teruja nak menaiki ETS.. hehehe..

Monday, February 24, 2020

Jalan-jalan Naik Motor

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pergh!! Penat.. Hehehe.. Seperti dalam entry Sha pagi tadi, Sha melakukan aktiviti menunggang motor bersama encik suami.. Sebenarnya tujuan asal ialah ambil motor encik suami di Ipoh.. Beliau beli motor baru.. Motor Honda RS 150R.. huhuhu.. Kat Ipoh je yang murah dan berbaloi.. Dah alang-alang ke Ipoh, Sha ajak encik suami naik Cameron Highlands dari Simpang Pulai dan turun ke Tapah.. Merasalah pengalaman menunggang motor dengan jarak yang jauh.. hahaha.. Kami ke Ipoh naik ETS.. Dari Stesen Keretapi Ipoh ke Silibin, kami naik Grab.. Okaylah driver grab tu.. 

Motor baru encik suami.. Beliau beli di kedai motor Kin Wah Motorcycle Shop, Jalan Silibin di Ipoh.. Memang murah dari harga di Tanjung Malim atau Slim River.. Sales person dia pun ohsem sangat.. Memang Sha recommend lah kedai ini..

Sebelum naik CH, singgah isi perut dulu.. Lapar wei.. Lepas makan terus gerak naik CH.. Sejuknya suhu.. Sempatlah singgah bergambar dan cuci mata tengok pelbagai jenis sayur, bunga dan buah.. Beli strawberry dan sayur baby kailan je..

Singgah kejap dekat Kampung Sedia makan aiskrim strawberry dan beli scones.. Lepas tu solat kejap dan gerak turun ke Tapah.. 

Masa turun ke Tapah jumpa tempat ini.. Actually ada juga bila naik dari Simpang Pulai tapi Sha tak singgah.. Sha tinggah yang nak turun ke Tapah je.. Cantik wei..

Turun Tapah singgah dekat kedai Mee Rebus.. Sha makan mee rebus daging (RM7).. Okaylah..

Encik Suami pula makan mee rebus biasa (RM5)..

Leas makan terus keluar highway untuk gerak balik.. Dari Tapah ke Poli lebih kurang 40 minit.. Kali ini tak rasa seram, motor agak stabil.. Cuma seat dia je keras..

Let's Ride & Dating

Assalamualaikum..
Hye semua..

Aktiviti yang dirancang tanpa sengaja untuk tahun 2020.. Pertama kali mencuba sebenarnya.. Selalunya kami naik kereta.. Kali ini kami naik motor.. Nanti Sha update di entry lain ye.. Doakan perjalanan kami selamat ye.. 


HelloDoktor | Pantang Larang Ibu Mengandung Terbukti Oleh Sains

Assalamualaikum..
Hye semua..

Info menarik dari HelloDoktor ini wajib dibaca semua..

Oleh Mohammad Nazri ZulkafliFakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan


Kepada wanita yang telah disahkan mengandung, tahniah! Dalam masa kurang daripada setahun, jika tiada apa-apa kesulitan, anda akan bergelar ibu. Dalam menempuh tempoh kehamilan tersebut, pasti anda pernah terdengar pelbagai jenis ura-ura yang berupa pantang larang ibu mengandung, kan?

Biasalah, apabila anda berbadan dua, jika tidak dijaga dengan baik, alamatnya teruklah tahap kesihatan si ibu kelak. Kesihatan si ibu akan mempengaruhi tahap tumbesaran si manja. Maka, penting buat anda untuk mengetahui sama ada pantang larang tersebut bercanggah dengan konsep sains (mitos) atau merupakan fakta yang telah terbukti oleh kajian.

Kita tidak mahu mengamalkan sesuatu pantang larang tanpa mengetahui sebab di sebaliknya, kan? Baca artikel ini untuk tahu berkenaan dengan 3 pantang larang ibu mengandung yang telah terbukti oleh kajian sains.

Boleh ke pegang kucing sewaktu anda mengandung? 


Boleh, namun masa bersama dengan haiwan peliharaan tersebut perlu dipendekkan berikutan ia boleh menyebabkan komplikasi kehamilan yang serius. Ini mungkin antara pantang larang ibu mengandung yang paling sukar untuk anda ikuti tetapi ingat, kucing anda boleh menjadi sumber kepada mikroorganisma yang dikenali sebagai Toxoplasma gondhii.

Ia merupakan parasit yang boleh menyebabkan jangkitan toksoplasmosis melalui najis kucing, daging yang tidak dimasak dengan betul dan air yang tercemar. Oleh sebab itulah, wanita mengandung tidak disarankan untuk membersihkan najis kucing. Mereka boleh dijangkiti dan kesannya boleh melarat kepada bayi di dalam kandungan.

Perkara yang lebih menakutkan adalah, menurut Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC) kebanyakan individu yang dijangkiti dengan parasit ini tidak menunjukkan sebarang simptom. Segelintir individu akan mengalami simptom seakan-akan selesema, bengkak kelenjar limfa dan sakit badan.

Kajian yang dijalankan pada tahun 2014 melibatkan 219 wanita hamil di Malaysia telah menunjukkan bahawa prevalens bagi jangkitan ini berada pada peratusan 42.47. Jumlah peratusan tersebut agak membimbangkan berikutan bayi di dalam kandungan berisiko untuk mendapat jangkitan toksoplasmosis tahap serius jika ibu mempunyai status jangkitan aktif. 

Kebanyakan bayi yang terjangkit, lahir dalam keadaan bebas simptom namun mereka berisiko untuk mengalami simptom yang teruk kelak. Simptom/gejala yang boleh dialami oleh bayi tersebut seringkali berupa kerosakan mata, otak dan organ lain serta terdedah kepada jangkitan mikroorganisma kesan daripada sistem pertahanan badan yang lemah.

Jika anda perlu menguruskan najis kucing dan tiada siapa boleh membantu anda pada saat itu, gunakan sarung tangan. 

Boleh ke ambil minuman berkafein?


Jika anda merupakan peminum kopi tegar, ini mungkin berita buruk buat anda. Kafein adalah bahan yang seharusnya dikurangkan pengambilannya berikutan ia merupakan sebahagian daripada pantang larang ibu mengandung yang seharusnya dituruti. 

Bukannya tak boleh jika anda ingin mengenakan secawan kopi bagi melengkapkan rutin pagi anda. Namun jumlah pengambilannya perlu dikawal bagi memastikan kesihatan ibu dan anak berada pada tahap yang baik. 

The American College of Obstetricians and Gynecologists (ACOG) telah menyarankan pengambilan kafein tidak melebihi 200 mg sehari jika anda sedang hamil. Bergantung kepada jenis minuman kopi (latte, mocca, americano), jumlahnya bersamaan dengan 1-2 cawan kopi. 

Pengambilan minuman kopi melebihi had tersebut boleh melanggar pantang larang ibu mengandung seterusnya menyebabkan komplikasi kepada bayi yang dikandung.

Jika anda suka minum teh, berita buruk untuk anda juga. Minuman teh turut mengandungi kafein walaupun jumlahnya mungkin jauh lebih rendah berbanding dengan minuman kopi. Menurut ACOG, anda dibenarkan untuk mengambil di antara 2 hingga 4 cawan teh bergantung kepada jenisnya (teh halia, teh peppermint).

Kafein bukan sahaja terkandung di dalam minuman kopi dan teh. Ia juga terdapat dalam minuman soda dan minuman tenaga. Berbanding dengan teh dan kopi, minuman soda dan minuman tenaga mempunyai jumlah gula yang tinggi. 

Leceh, kan? Oleh sebab itulah, jika boleh, jangan ambil sebarang minuman berkafein sepanjang tempoh kehamilan. Ia merupakan alternatif yang lebih selamat. Anda tidak perlu risau berkenaan dengan apa-apa sukatan. Minum sahaja air kosong.

Jika anda masih ingin mengenakan secawan dua minuman berkafein, saranan pantang larang ibu mengandung ini wajar diambil serius. Hal ini kerana, pengambilan minuman berkafein secara berlebihan boleh menyebabkan masalah kelahiran pramatang, keguguran dan masalah bayi kurang berat badan semasa lahir.

Boleh ke buat prosedur pergigian semasa hamil?


Perubahan hormon yang dialami ketika tempoh kehamilan boleh menyebabkan gusi anda menjadi bengkak, berdarah dan mengalami iritasi kesan daripada makanan yang terperangkap pada celahan gigi. Anda mungkin tertanya-tanya adakah rawatan gigi merupakan prosedur yang perlu dielakkan semasa hamil? 

Ia bukanlah satu bentuk pantang larang ibu mengandung yang definitif. Secara amnya, adalah lebih baik jika prosedur tersebut ditangguhkan sehingga selepas bersalin. Namun buat sesetengah kes yang berisiko untuk menyebabkan jangkitan gusi, ia wajar dirawat dengan kadar segera. 

Para ibu kebiasaannya digalakkan untuk menjalani pemeriksaan dan prosedur pergigian pada trimester kedua fasa kehamilan. Oleh sebab ubat tahan sakit dan antibiotik yang diberikan semasa rawatan tersebut berlangsung mempunyai keupayaan untuk menembusi dinding darah plasenta (blood-placenta barrier), kebanyakan ibu khuatir untuk melaksanakan prosedur tersebut pada trimester pertama.

Setakat ini tiada bukti klinikal yang jelas menunjukkan bahawa terdapat kesan buruk yang dialami oleh wanita hamil yang mendapatkan rawatan pergigian pada trimester pertama. Namun, bagi mengurangkan kerisauan si ibu dan jika prosedur pergigian tersebut bukanlah prosedur kecemasan, tidak salah untuk mereka menjalaninya pada trimester kedua.

Kenapa tidak pada trimester ketiga? Jika terdapat keperluan kepada wanita hamil untuk menjalani prosedur pergigian pada trimester ketiga, ia boleh dilakukan. Cuma si ibu mungkin akan merasa tidak selesa berbaring dengan perut yang membesar untuk satu tempoh masa yang lama. Rawatan gigi elektif seperti pembersihan dan pemutihan gigi, sebaiknya ditangguhkan sehingga selepas bersalin bagi mengelakkan risiko kelahiran pramatang.

Konklusi

Jangan mudah percaya dengan ura-ura berkenaan dengan pantang larang ibu mengandung. Dapatkan pengesahan daripada pihak profesional. Pastikan perkara yang anda ingin terapkan sepanjang pengalaman anda hamil tidak akan memberikan kemudaratan kepada anda ataupun anak anda. 

Sebagai contoh, jika anda berhasrat untuk mengambil 2 cawan kopi sehari, pastikan anda ambil kira berapa cawan kopi yang telah anda minum dalam masa sehari. Jangan ambil lebih daripada apa yang disarankan kerana ia boleh menyebabkan kesan negatif terhadap anda dan perkembangan anak anda secara menyeluruh.

Info menarik di https://hellodoktor.com/ms/

Saturday, February 22, 2020

Novel | Bramfield House: Rumah Inggeris Bertiang Seri oleh Maria Kajiwa

Assalamualaikum..
Hye semua..

Novel ini Sha ambil masa untuk baca sebab sayang nak habiskan... hehehe.. Ada kisah yang tersembunyi dalam rumah Inggeris ini.. Ianya terbongkar bila keluarga Brock datang untuk melihat.. Rumah yang sangat menyeramkan dan ada pula yang cuba membangkitkan semangat yang dah dikunci demi melunaskan dendam..

Asalnya berpunca dari ketaksuban Brock terhadap amalan pawang sehingga meletakkan semangat dalam tiang seri rumahnya.. Namun nafsunya bukan setakat amalan khurafat malah anak dara orang kampung juga nak disebatnya.. Kerana satu peristiwa, ramai nyawa yang menjadi korban.. Kedatangan keluarga Brock membongkar semua sejarah yang tersimpan rapi..

Cerita yang sangat menarik dan bagus dijadikan teladan..

Sha baca pada 18.02.2020 dan selesai pada 20.02.2020..

Koleksi peribadi Sha.. Hadiah dari penulis..
Published January 1st 2020 by FAJAR PAKEER

Friday, February 21, 2020

Korea Variety | SJ Return S3

Assalamualaikum..
Hye semua..


Variety oleh Super Junior.. Kali ini cukup ahli mereka 9 orang.. Kyun Hyun dah habis khidmat tenteranya.. Seronok tengok mereka berkumpul dan berbincang untuk album baru mereka.. Disampung aktiviti berkumpulan, ditunjukkan juga aktiviti solo ahli-ahli Super Junior.. Memang mereka ini mempunyai kelebihan yang tersendiri dan berjaya sama ada secara berkumpulan mahupun solo.. Lagu-lagu baru yang diorang keluarkan bila dah kembali bersembilan pun best dan menarik.. Semuanya best-best.. Shin Dong yang chubby pun dah makin kurus.. Selain kerjaya berkumpulan, kerjaya solo setiap ahli pun makin ohsem..

Walaupun tak cukup semua, sembilan pun dah okay..

TV Show: SJ Returns 3
Country: South Korea
Episodes: 54
Aired: Sep 9, 2019 - Oct 20, 2019
Aired On: Monday, Wednesday, Friday
Original Network: Naver TV Cast, vLive
Duration: 5 min.
The show will follow the members on their individual activities, as well as their preparations for their new album that will be released this year. It will show the members choosing their title track, recording the music, practicing choreography, and participating in photo shoots for the album. (Source: soompi)

Tips Membaca Ketika Sibuk

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jom sha kongsikan tips yang menarik dari Facebook Must Read untuk pembaca yang disayangi semua.. Tips yang bagus untuk membantu kita supaya terus bersemangat membaca walaupun sibuk dengan aktiviti harian..

"Membaca ni selain daripada menambahkan ilmu, ia juga membantu meningkatkan kreativiti kita. Luas pembacaan, luaslah pemandangan. Baru kita dapat berfikiran lebih jelas, optimis dan kreatif!"


HelloDoktor | Realiti Penyakit Mental Dalam Kalangan Kanak-Kanak

Assalamualaikum..
Hye semua..

Info ini bagus untuk bacaan semua.. Tak kisahlah anda ada anak, tak ada anak, dah berkahwin atau belum berkahwin..

Oleh Mohammad Nazri Zulkafli Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan


Penyakit mental kian meningkat saban tahun. Pada tahun 2016, kajian terhadap pelajar yang menuntut di sekolah bawah kendalian Kementerian Kesihatan Malaysia telah menunjukkan bahawa 2 daripada 10 pelajar sekolah di negara ini mengalami gejala penyakit mental yang serius.

Bukan senang buat ibu bapa untuk tahu berkenaan dengan risiko anak untuk mendapat penyakit mental. Ia merupakan keadaan kesihatan yang kebiasaannya tidak terzahir pada rupa luaran. Jika ia tidak dibendung, mereka boleh didiagnosis dengan penyakit mental kronik yang boleh mempengaruhi kualiti hidup mereka kelak.

Artikel ini akan mengupas tajuk penyakit mental dalam kalangan kanak-kanak. Teruskan membaca untuk tahu dengan lebih lanjut.
Kanak-kanak 10 tahun ditemui mati tergantung

Hancur hati seorang ibu apabila melihat anaknya mati tergantung pada pemegang tangga. Hakikatnya, percubaan untuk membunuh diri (sama ada berjaya ataupun tidak) dalam kalangan mereka yang menghidap penyakit mental agak tinggi.

Anak yang berusia 10 tahun itu tidak mempunyai rekod penyakit mental. Tiada bukti keganasan seksual mahupun perbuatan jenayah telah direkodkan dalam laporan bedah siasat. Punca pemergiannya hanyalah disebabkan oleh gantung diri. 

Ini bukanlah kali pertama kes menyayat hati sebegini terjadi. Beberapa kes cubaan bunuh diri oleh kanak-kanak pernah berlaku kebelakangan ini. Ingat lagikah anda akan kes kanak-kanak perempuan yang cuba untuk terjun daripada tingkat 19 selepas bertengkar dengan ibunya? 

Apakah yang telah terjadi? Adakah kita terlalu memberikan tumpuan kepada risiko untuk orang dewasa membunuh diri walhal anak-anak juga mengalami kemurungan dek tekanan hidup? Peristiwa sebeginilah yang menjadi bukti bahawasanya jiwa anak-anak muda sedang bergolak.

Masalah yang dialami oleh mereka seperti buli, perceraian ibu bapa dan kehilangan insan tersayang membuatkan perbuatan menamatkan hidup seakan-akan alternatif yang munasabah. Mereka lebih rela untuk mengambil jalan mudah daripada menghadapi stigma yang kian menebal dalam kalangan masyarakat.

Ada sahaja yang tidak kena. Mengaitkan penyakit kemurungan dengan gila tidak akan membantu mana-mana pihak. Gejala tersebut perlu dirawat dan jika ibu bapa mendapati terdapat kelainan pada corak tingkah laku anak, bawalah mereka berjumpa dengan doktor. Kesihatan mereka jauh lebih penting daripada maruah keluarga yang sering dianggap akan tercalar dek diagnosis penyakit mental.
Jumlah kes bunuh diri kian meningkat di Malaysia

Menurut Kaji Selidik Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NMHS) 2017, terdapat peningkatan pada peratusan individu yang berusia di antara 13 hingga 17 tahun daripada perspektif tingkah laku bunuh diri. Anda perlu tahu bahawa tingkah laku bunuh diri ini boleh dibahagikan kepada beberapa kategori:
Idea ingin bunuh diri: Hanya timbul idea untuk membunuh diri
Mempunyai perancangan untuk bunuh diri: Mempunyai idea dan perancangan berkenaan dengan kaedah untuk membunuh diri
Cubaan bunuh diri: Melaksanakan perancangan bunuh diri. Ia boleh berjaya atau gagal

Menurut NMHS 2017, prevalen individu yang mempunyai idea untuk bunuh diri meningkat daripada 7.9% (2012) kepada 10%. Prevalen bagi mereka yang merancang pula meningkat daripada 6.4% (2012) kepada 7.3%. Bagaimana pula dengan cubaan untuk membunuh diri?

Peratusan prevalen bagi mereka yang cuba untuk membunuh diri meningkat sebanyak 0.1% (6.9%) daripada nilai peratusan NMHS 2012. Dalam kalangan 10 hingga 40 cubaan membunuh diri, 1 kes berjaya. Bunuh diri merupakan antara 10 punca utama kematian di dunia.

Bukan semua orang yang membunuh diri mempunyai masalah kemurungan. Ada yang mengalami diagnosis penyakit mental yang lain. Namun, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), masalah kemurungan merupakan punca utama kepada terjadinya permasalahan ini.
Bukan di Malaysia sahaja, penyakit mental kian teruk


Jika anda beranggapan bahawa peningkatan kepada kes bunuh diri ini khusus buat negara Malaysia sahaja, anda silap. Negara maju seperti England juga mengalami permasalahan yang sama. Peratusan kanak-kanak yang mendapatkan rawatan penyakit mental meningkat sebanyak 50% pada tahun 2018 berbanding dengan tahun 2015.

Syarat yang dikenakan kepada kanak-kanak yang boleh dirawat dikatakan tidak masuk akal. Kira-kira ⅓ daripada jumlah pusat kesihatan di England tidak akan memberikan rawatan kepada kanak-kanak yang tidak mempunyai penyakit mental tahap serius. Secara asasnya, jika tiada cubaan membunuh diri, tiada siapa pun akan mengambil kisah.

Peningkatan pada masalah kesihatan mental di negara tersebut berpunca daripada tekanan untuk mendapatkan prestasi cemerlang dan perkara yang berkaitan dengan media sosial. Kekurangan jumlah pusat kesihatan yang berperanan dalam merawat gejala kesihatan mental pada peringkat awal boleh menyebabkan komplikasi kronik.

Bayangkan, kanak-kanak yang menunjukkan tanda-tanda awal penyakit mental disarankan untuk mendapatkan bantuan daripada badan amal kebajikan. Masalahnya, kebanyakan gerakan tersebut hanya boleh memberikan khidmat kaunseling memandangkan mereka kekurangan doktor pakar yang berlesen untuk merawat pesakit tersebut.

Kaji selidik yang telah dijalankan oleh badan amal YoungMinds telah menunjukkan bahawa kanak-kanak yang mempunyai penyakit mental tidak mahu berkongsi perasaan mereka dengan keluarga, guru atau rakan-rakan. Antara faktor yang mempengaruhi tahap kesihatan mental mereka adalah seperti berikut:
Tekanan untuk mencapai prestasi cemerlang di sekolah (77%)
Risau dengan rupa paras mereka (69%)
Masalah dengan rakan-rakan (52%)
Terlalu banyak menghabiskan masa di media sosial (27%)
Buli di alam maya

Jumlah kanak-kanak yang berusia di bawah 11 tahun yang mendapatkan rawatan penyakit mental pada tahun 2018 di England meningkat kepada 31,531 daripada 21,125 pada tahun 2015. Perkara ini dilihat sebagai sesuatu yang serius memandangkan guru dan pekerja sekolah seringkali menemui pelajar yang menghantukkan kepala ke dinding berikutan tidak dapat mengawal tekanan emosi.

Selain daripada sebab yang dinyatakan di atas, kegiatan buli di alam maya juga memainkan peranan penting dalam peningkatan kes penyakit mental tersebut. Antara gejala yang boleh dialami oleh mereka yang melalui keadaan tersebut adalah:
Mengalami tekanan emosi selepas menggunakan telefon pintar atau internet
Tidak bergaul dengan keluarga, rakan-rakan atau melibatkan diri dalam sebarang aktiviti sosial
Tidak mahu bercampur dengan kanak-kanak lain di sekolah
Prestasi menurun dan cepat mengamuk di rumah
Mengalami perubahan pada mood, tingkah laku, tidur dan selera makan
Berhasrat untuk tidak menggunakan telefon pintar atau komputer
Gelisah atau melatah tatkala menerima pesanan ringkas di telefon atau e-mel
Tidak mahu berbual mengenai aktiviti di alam maya (media sosial dan sebagainya)

Konklusi

Jika anak anda menunjukkan sebarang gejala atau perubahan pada tingkah laku, jangan membuat sebarang tindakan melulu berasaskan anggapan. Bawa mereka berjumpa dengan golongan profesional untuk khidmat nasihat dan pemeriksaan kesihatan. Ingat, penyakit mental tidak khusus buat golongan dewasa sahaja!

Lebih banyak info menarik di https://hellodoktor.com/ms/

Thursday, February 20, 2020

Lirik | Eclipse by Moonbyul

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lagu baru dari Korea ini Sha suka dengar.. Muzik dia ohsem dan catchy.. Bila Sha tengok makna lirik dia pun best.. Lagu yang melindungi.. Menjadi semangat dan penerang pada yang disayangi.. Gitu.. hehehe... Bila ada translation in english, bolehlah dengar dan faham.. Kalau tak ada tu, selalunya Sha layan sebab muzik dan penyanyi dia.. hehehe..



Moonbyul - Eclipse
[English Translation]

The twilight is coming
But why you're just looking at me
When the moon covers the sun
I feel Ilike I'm alone

(eclipse)

The dark hypocrite shows face
It covers the two eyes that are dyed red
Phantom that feels behind back
The pattern repeats itself like a nightmare again
Don't get away from me
I'm gonna cut out the terrible pain

Dark side of the moon that no one could reach
We'll face it, so a tightly closed door yeah

Ready set go, follow me, Follow
Dda dda dda dda dda dda dda (Eclipse)

Moon moon what moon Moonstar who will protect you
Monster to hide over the moon and swallow the light
Moon moon what moon Moonstar who will protect you
Swallow the dark world, What

When the moon covers the sun
When it loses its light and the darkness comes down
I'll become a star and shine you
Get over darkness and light up, light up, light up
I will save you, with my light
When the moon covers the sun
The one that will fill you with bright light
I'll become a star and shine you
(I'll become a star and shine you)

Dark side of the moon that no one could reach
We'll face it, so a tightly closed door yeah
Ready set go, follow me, Follow
Dda dda dda dda dda dda dda (Eclipse)

Moon moon what moon Moonstar who will protect you
Monster to hide over the moon and swallow the light
Moon moon what moon Moonstar who will protect you
I'll wake you up to your hidden instincts, What

When the moon covers the sun
When it loses its light and the darkness comes down
I'll become a star and shine you
Get over darkness and light up, light up, light up
I will save you, with my light
When the moon covers the sun
The one that will fill you with bright light
I'll become a star and shine you

Moon moon what moon
Moon moon what moon

When the moon covers the sun
When it loses its light and the darkness comes down
I'll become a star and shine you
Get over darkness and light up, light up, light up
I will save you, with my light
When the moon covers the sun
The one that will fill you with bright light
I'll become a star and shine you
(I'll become a star and shine you)


Promosi KFC 20.02.2020

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini KFC ada buat promosi ohsem tau.. Dua set Snack Plate pada harga RM20 sahaja.. Memang tak lepaskan peluanglahkan.. Kebetulan pula baru lepas Audit ETAC dan bos puas hati dengan performance kami, maka dibelanjanya kami KFC.. Teruslah rakan pejabat pergi beli.. Bayangkan sampai KFC pukul 10.03 pagi pun dah bersusun orang beratur.. Kalau pergi masa makan tengahari lagilah bersusun orang.. Tapi KFC memang dah bersedia menerima pelanggan sebab selalunya menu snack plate ini bermula jam 11 pagikan.. Ini buka je KFC dah boleh beli menu ini.. Baguslah pada Sha.. KFC juga hadkan pembelian.. Seorang boleh beli 3 set sahaja.. Maknanya kalau nak beli banyak, kenalah pergi bertiga atau lebih.. hehehe.. Ini dekat KFC di tempat Sha ini tau.. KFC kawasan lain tak pastilah pula macam mana proses pembeliannya..

Dua set snack plate.. Satu Sha punya, satu lagi rakan opis punya..

Tunjuk je gambar kat atas ini.. 

Wednesday, February 19, 2020

Shopee | Tayar Lagi

Assalamualaikum..
Hye semua..

Baru ini Sha beli lagi tayar untuk Scooter.. Kali ini nak ganti tayar depan pula.. Dah gelong sangat dah tayar lama tu.. Risau tergelincir dan Sha jatuh berdebuk je.. Hahaha.. sebelum jatuh lagi, baiklah ganti dulu.. Macam biasalah.. Beli dekat Shopee je.. Harganya tak sampai RM50 pun.. Wraping pun okay.. Sekarang ini tunggu encik suami free je untuk ganti.. sementara tu kita kenalah bawa pelan-pelan.. hehehe..

Tayar RM42.40 lepas tu encik suami tumpang sekaki beli minyak untuk motor dia.. 
Beli pada 13.02.2020 dan tayar selamat sampai pada 17.02.2020.. Okaylah.. Cepat je..

My tayar dan minyak motor encik suami..
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com